Showing posts with label 2006. Show all posts
Showing posts with label 2006. Show all posts

Saturday, April 24, 2021

Glory To The Brave

 

HammerFall - Glory To The Brave (Deluxe Edition 2006)

Tak ada nak cerita apa pun. Dulu dah pernah buat ceritanya di >sini<. Sekadar nak bagi tau akhirnya berjaya juga memiliki cd Glory To The Brave versi original. Dulunya sekadar ada versi Asia Link. Tidak ada yang berbeza pun dari segi bonus track dari cd Deluxe Edition 2003 yang di copy oleh Asia Link. 

Atas - versi Deluxe Edition, Bawah - versi Asia Link

Tak pasti pula enhanced part versi Asia Link boleh berfungsi. Tak pernah cuba membukanya di pc. Yang berbeza cuma covernya versi gambar penuh dan di datangkan dengan kotak cover plastik. Inlay didalamnya juga berbeza tetapi gambar-gambar band member adalah sama.

Misi seterusnya jika ada rezeki mahu menjadikannya sebagai album gila format (kaset dah ada tinggal nak cari versi lp). Tak pun mungkin juga mencari cd "Legacy of Kings" terlebih dahulu. Satu lagi album mereka yang saya cuma ada versi Asia Link.


Sunday, April 15, 2018

Battle Of The Bands


Battle Of The Bands (2006)

Ini sekadar melengkapkan koleksi. Tak beli pun. Tapi ada seorang sahabat bermurah hati nak bagi. Dia yang sambut hari jadi, saya pula yang dibaginya hadiah…hahaha..(terimkasih Encik Hensem Portdy)

Sedikit info, cd ini didatangkan dalam bentuk 2 disc dengan gabungan album BOTB Round 1 dan BOTB Round 2. Susunan lagunya sama seperti versi 2 disc keluaran tahun 1997. Kedua-duanya kurang satu lagu (Hanya Secebis Jawapan - Ella & The Boys)


Yang menarik tentang versi ini adalah inlaynya. Ianya disertakan dengan biodata band-band yang mengambil bahagian. Walaupun ianya bukanlah biodata yang lengkap, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu.


Selepas ni memang rasanya dah tak cari dah apa-apa pun keluaran tentang Battle Of The Bands. Cukuplah apa yang ada. Yang kurang cuma versi kaset dan gold disc cd BOTB Round 2. Tak apa lah. Tak cari pun. Pernah ada versi kaset dulu-dulu (versi cetak rompak). Tapi dah hilang ntah kemana.






Saturday, December 31, 2016

A Matter Of Life And Death

Entri penutup untuk 2016...album yang dah pun berusia 10 tahun...


Iron Maiden - A Matter Of Life And Death (2006)8

Save the best for last...mungkin ianya sesuai untuk entri terakhir tahun 2016. Kalau ikutkan nak buat masa 28hb Ogos yang lalu. Tetapi terlepas pula tarikh tersebut.

Tak mahu tulis panjang. Tetapi yang pastinya album ini jenis "grower". Makin lama dengar makin sedap. Kalau dulu saya katakan di era "3 amigos" paling saya suka adalah Brave New World, tetapi selepas 10 tahun, ada masa dan ketikanya ini adalah album pilihan utama saya.


10 lagu semua sedap. Sampai hari ini masih tak jemu dengan "Different World", "These Colours Don't Run", "Brighter Than a Thousand Suns", "The Pilgrim", "The Reincarnation of Benjamin Breeg", "For the Greater Good of God"....semua la...

Tak syak lagi...inilah album pilihan saya untuk tahun 2006....Rekomended!


btw...selamat tahun baru...semoga 2017 adalah tahun yang lebih baik untuk kita semua...




Thursday, December 22, 2016

Christ Illusion

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada 8hb Ogos yang lalu..


Slayer - Christ Illusion (2006)

Ini adalah percubaan saya untuk kembali mendengar Slayer. Selepas Seasons In The Abyss minat saya kepada Slayer semakin berkurangan. Mereka cuba mendapatkan peminat baru dengan hala tuju muzik mereka yang baru. Mungkin ianya bersesuaian dengan selera 90an. Tetapi bukan untuk saya. Dan rasanya saya tidak berseorangan. Selepas Seasons In The Abyss, mereka dah hilang sentuhan magis. Mungkin ada juga yang tidak bersetuju. Betul...mereka masih heavy dan brutal. Tetapi bagi saya heavy dan brutal tak semestinya bagus. Period!


Kembalinya Dave Lombardo mungkin satu faktor yang membuatkan saya kembali mendengar mereka. Bukan Paul Bostaph tak bagus. Tetapi kembalinya Slayer dengan anggota asal membuatkan saya sedikit teruja. Ini album comeback kata mereka. Memang benar Slayer kembali kepada thrash seperti sebelumnya. Ketukan padu drum Dave mengembalikan nostalgia tersebut. Tak kisahlah jika ada riff-riff yang recycle. Sekurang-kurangnya pada pendengaran telinga saya, ianya lebih baik dari apa yang mereka pernah hasilkan selepas Seasons.

Abaikan liriknya yang setan, ianya album yang boleh tahan. Ada beberapa lagu yang menarik, Flesh Storm, Jihad, Cult, Supremist antara contohnya. Bagus untuk tahun 2006 tetapi tak cukup bagus untuk menjadi album klasik Slayer. Mungkin juga saya yang kuat bernostalgia.

Monday, September 26, 2016

Triumph or Agony

Yang menyambut ulang tahun ke 10 pada hari ini, 26hb September...


Rhapsody of Fire - Triumph or Agony (2006)

Ini adalah bandnya yang membuatkan saya kembali mendengar dan membeli muzik terutamanya metal selepas konon-kononnya nak pencen selepas berkahwin dan mendapat anak pada hujung 90an.

Lagu Dawn Of Victory dari album Rhapsody - Dawn Of Victory (2000) benar-benar membuka selera saya untuk kembali terjebak dengan hobi duniawi ini. Pada saya muzik symphonic power metal pembawaan band bangsa Itali ini benar-benar kena dengan jiwa. Maklumlah zaman tersebut adalah zaman Nu Metal. Genre yang agak kurang berkenan di hati.


Tetapi bila terdengar muzik Rhapsody, ianya mengingatkan saya kepada heavy metal lama ala Monowar dan dicampur pula dengan neoclassical metal ala Yngwie Malmsteen. Muzik sebegini membuatkan semangat kembali berkobar-kobar. Dan dari situlah bermulanya minat saya pada Rhapsody dan genre power metal secara amnya.

Triumph or Agony adalah album ke 7 mereka. Album pertama yang mereka terpaksa menggunakan nama Rhapsody Of Fire atas isu copyright. Ianya sebuah album yang sedikit berbeza dari Rhapsody yang lama. Muzik dan soundnya masih Rhapsody tetapi elemen "speed"nya sudah berkurangan. Lagu-lagunya lebih kepada mid tempo di mana mereka lebih mengutamakan elemen symphonic dan theatrical membuatkan kita merasa seolah-olah di dalam soundtrack sebuah filem.


Walaupun begitu susah nak cakap ianya tak sedap. Banyak lagu lagunya bagus. Tak kisah lah kalau  Luca Turilli sedikit kurang dengan gitar solonya. Tak kisahlah juga kalau kurang perisa "power metal' nya. Tetapi lagu-lagunya sememangnya mempunyai melodi yang cukup kuat. Sukar nak pilih lagu mana yang paling digemari. Semua menarik.

Sesuai untuk pengemar genre symphonic power metal tetapi saya tak pasti samada semua pengemar Rhapsody yang lama dapat menerimanya...




Friday, August 5, 2016

Yeah!

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada 23hb Mei yang lalu...


Def Leppard - Yeah! (2006)

Beli dah lama. Kalau tak silap ketika "Popular" buat sales dengan harga RM9.90 semasa renovation kedai mereka beberapa tahun yang lalu. Mendengarnya baru sekarang. Ntah mengapa sejak album "Slang" agak tawar hati juga untuk mendengar Def Leppard.

Tak sangka pula album ini sedap. Terbaik dari mereka semenjak "Retro Active". Satu kemungkinannya kerana ianya adalah lagu-lagu cover yang memang dah sedia sedap. Lagu-lagu rock klasik Britain 70an. Menariknya mereka menjadikan lagu-lagu tersebut seolah-olah lagu mereka sendiri tanpa mengubah sangat versi yang asal. Sesuatu yang tak mudah untuk dilakukan. Sekarang kita dah tau dah dari mana Def Leppard mendapat "influence" mereka.



Banyak juga lagunya yang baru pertama kali saya dengar dan ada juga yang pernah dengar tetapi baru ini tahu siapa penyanyi asalnya. Contohnya lagu "Hangin' On The Telephone". Pertama kali dengar versi thrash dari band Acid Reign. Terus suka. Baru ni ambil tahu siapa penyanyi asalnya yang sebenar.

Pilihan lagunya memang menarik. Tambah pula kebanyakannya bukanlah lagu popular dari penyanyi asal. Antara yang paling saya suka selain "Hanging on the Telephone" - The Nerves adalah "20th Century Boy" dari T. Rex, "Waterloo Sunset" - The Kinks, "Hell Raiser" - Sweet, "No Matter What" - Badfinger  dan "Don't Believe a Word" - Thin Lizzy

Yang menariknya juga adalah gambar-gambar dalam inlaynya. Setiap band member bergaya ala-ala cover dari album-album lejen klasik rock 70an...


Contohnya, Rick Savage bergaya ala-ala Freddie Mercury dari album Queen II



Vivian Campbell ala Marc Bolan dari album T. Rex - Electric Warrior


Yang ni pula khas untuk Deaf....Abang sado Phil Collen dengan gaya Iggy Pop dalam Raw Power...hahaha....




Friday, January 24, 2014

Holy Diver - Live

Lama dah cari cd ni....


Dulu masa buat entri sempena 30 tahun >SINI< pun ada cerita pasal ni...tak sangka pula terjumpa dengan harga yang tak masuk akal RM18++....(e-stock rules!!!!)


Ni bukan nak review pun...tapi Holy Diver ni banyak kenangannya...mungkin bukan yang terbaik dari Dio...tapi dia punya influence tu sampai ramai budak-budak melayu zaman 80an jadi mat rock...termasuklah yang menulis ni...


Walaupun yang main ni bukanlah klasik line-up Vivian Campbell, Jimmy Bain dan Vinny Appice tapi ada antara lagu-lagunya Doug Aldrich, Rudy Sarzo dan Simon Wright pukul abis dari yang ori...

Rudy Sarzo dan Simon Wright tu memang dah lejen la kan...tapi yang paling menarik Doug Aldrich la...dia cuma penganti ajer....main pun sebab Craig Goldy injured...tapi dia punya solo memang anytime boleh beat Vivian Campbell dan Craig Goldy...hebat!


Best la dorang main lagu Rainbow dan Black Sabbath....Gates of Babylon dan Sign of the Southern Cross yang jarang-jarang tu kan...tapi pada aku kalau dia main satu dua lagu-lagu dari “Sacred Heart” dan “Dream Evil” lagi best...dan nasib ada "We Rock"...yang pada aku lagi best gitarnya dari yang ori...

Doug Aldrich > Vivian Campbell   (tambah-tambah pulak sejak dia main pop dengan Def Leppard...hahaha..)



Thursday, May 2, 2013

Find Me Guilty

lari kejap dari cerita politik... :D


Find Me Guilty (2006)

Jangan tertipu dengan nama Vin Diesel. Ini bukan filem aksi. Jika anda bukan peminat filem bergenre courtroom drama, mungkin filem ini akan membosankan anda. Tetapi tidak kepada saya. Jarang filem begini mengecewakan saya. Apatah lagi bila ianya kisah mafia yang dicampurkan dengan eleman komedi.

Find Me Guilty adalah berdasarkan kisah benar. Mengisahkan seorang ahli mafia yang membela dirinya sendiri di mahkamah. Malah kebanyakan dialog semasa perbicaraan adalah berdasarkan rekod mahkamah. Ianya merupakan perbicaraan kes Mafia yang terpanjang dalam sejarah New York (21 bulan). Sedikit sebanyak ianya mengingatkan saya kepada filem "My Cousin Vinny".

Yang menariknya pada saya, kita akan dapat melihat Vin Diesel yang berlainan. Ternyata beliau bukanlah sekadar pelakon filem aksi. Lakonannya sebagai Giacomo "Jackie" DiNorscio sangat memberangsangkan.

Rekomended jika anda peminat courtroom drama.