Merujuk kepada entri >INI<
Thursday, May 23, 2024
Riak Cdwi - L.A. Guns 2
Tuesday, April 30, 2024
Riak cdwi - L.A. Guns
L.A. Guns adalah sebuah band yang dulunya kurang ambil tahu. Satu-satunya yang tahu cuma "The Ballad of Jayne". Itu pun kerana MTV dan kaset-kaset kompilasi slow rock. Tiada rakan yang memiliki kaset mereka dan selera muzik yang berubah antara penyebabnya.
Tapi dalam diam tak diam tak sangka pula hampir berjaya mengumpul kesemua cd era 80an dan 90an mereka. Tinggal hanya satu, Vicious Circle – 1994 (tapi ada kaset dan lagu-lagunya sedap). Makanya dah boleh agak la cd apa yang akan cuba di cari selepas ini…. (ini adalah satu penyakit…hahaha)…
Wednesday, July 5, 2023
Black Diamonds
Antara album pilihan untuk 2023...
L.A. Guns - Black Diamonds (2023)
Siapa kata hanya di Malaysia sahaja ada band berebut nama dan berpecah dua. Band orang putih pun sama. L.A. Guns adalah salah satu contohnya.
Yang ini adalah album terbaru dari kem Tracii Guns (gitar) dan Phil Lewis (vokal). Mereka berdua adalah pemegang hak atas nama L.A. Guns selepas menang tuntutan di mahkahmah. Ini adalah album ke 4 dari reunion mereka berdua.
Aktif sungguh. Satu album untuk setiap 2 tahun semenjak 2017. Namun begitu masih belum kekeringan idea. Walaupun sedikit merundum dengan album sebelumnya (Checkered Past – 2021), Black Diamonds membuktikan yang mereka masih tetap relevan untuk genre muzik yang sebegini. Banyak lagu yang sedap.
Kalau ada yang kurang pun rasanya dari segi mixing. Soundnya agak tenggelam. Perkara yang sama dari album sebelumnya. Mungkin juga itu sound yang mereka mahukan. Tetapi bagi yang sukakan sound bersih ianya sedikt menganggu. Selain dari itu, tiada apa yang nak dipertikaikan. Masih terasa aura glam metal 80annya.
Dengan tak banyak pembelian album baru untuk 2023. Rasanya album ini mungkin akan masuk senarai untuk album kegemaran untuk 2023.
*kita tunggu pula album terbaru dari kem yang lagi satu (Riley’s L.A. Guns) yang akan terbit tak lama lagi. Berdasarkan satu lagu yang dah disiarkan di youtube, band serpihan yang dianggotai oleh Steve Riley (drums) dan Kelly Nickels (bass) ini ternyata tak kalah. Harapnya akan lagi bagus dari album sebelumnya, Renegades (2020).
Friday, February 25, 2022
Checkered Past
Lagi album terbitan tahun 2021...
L.A. Guns - Checkered Past (2021)
Sebagai pengemar genre hard rock 80an, ini adalah album yang ditunggu-tunggu. Selepas 2 album reunion Phil Lewis dan Tracii Guns yang pada saya sangat cemerlang (The Missing Peace -2017 dan The Devil You Know - 2019). Saya sememangnya menaruh harapan yang tinggi untuk Checkered Past.
Tetapi sayangnya ianya tidak mencapai taraf 2 album tersebut. Walaupun ada lagu-lagu yang bagus tetapi secara keseluruhannya tidak konsisten. Malah bagi saya album L.A. Guns versi Steve Riley dan Kelly Nickels, Renegades (2020) adalah lebih baik. Tambahan pula sound dari album ini juga agak mendap. Memang berbeza dengan 2 album sebelumnya
Namun begitu, ianya masih sebuah album yang bagus. Mungkin saya meletakan aras yang terlalu tinggi untuk mereka atau mungkin juga terlalu bernostalgia untuk mereka sentiasa menjadi 80an.
Tabik untuk Phil Lewis dan Tracii Guns kerana terus menerus menghasilkan muzik baru. Kalaulah mereka boleh bergabung semula dengan Steve Riley dan Kelly Nickels...tentu ianya akan jadi lebih baik.
Monday, February 15, 2021
Renegades
Lagi album baru dari tahun lepas...
L.A.Guns - Renegades (2020)
Agak terpedaya juga sebenarnya dengan album ini, Ingatkan ianya adalah L.A.Guns reunion dari Phil Lewis dan Tracii Guns seperti album "The Missing Peace (2017)" dan "The Devil You Know (2019)". Rupa-rupanya ia adalah versi L.A.Guns yang lain. Ianya adalah versi Steve Riley (drums) dan Kelly Nickels (bass) yang juga merupakan 2/5 dari klasik line up mereka.
Nampaknya bukan XPDC sahaja yang ada 2 versi, L.A.Guns pun sama...haha..... Kes album ini pun dah masuk kes mahkamah. Tunggulah nanti versi siapa yang berhak guna nama L.A.Guns.
Tapi sebenarnya ok jugak versi yang ini. Ada beberapa lagunya yang mirip kepada L.A.Guns era "Cocked & Loaded (1989)". Maklumlah Kelly Nickels adalah orang yang bertanggung jawap menghasilkan lagu "The Ballad of Jayne" (lagu mereka yang paling dikenali). Tambahan pula suara vokalis baru mereka agak mirip dengan suara Phil Lewis.
Sepatutnya mereka bergabung, barulah dapat 4/5 dari klasik lineup. Tanpa solo-solo gitar dari Tracii Guns, album ini rasa seperti kurang perencah.
Friday, March 23, 2018
The Missing Peace
L.A. Guns - The Missing Peace
Lagi band lama yang cuba untuk membawa kita bernostalgia ke era 80an. Malah cover albumnya pun mengingatkan ketika kepada album pertama mereka dari tahun 1988. Dari segi penampilan dan fizikal memang mustahil untuk sama tetapi dari segi lagu ianya hampir berjaya.
Lagu-lagunya betul-betul mengembalikan saya ke era hair/glam metal mereka di penghujung 80an. Tak banyak band yang mampu berbuat begitu. Mungkin faktor kembalinya Tracii Guns selepas 15 tahun berpisah banyak membantu. Semua pun maklum. L.A. Guns adalah Tracii Guns dan Phil Lewis. Tanpa mereka berdua sememangnya tidak akan sama.
Beberapa saat mendengar lagu track pertama, sudah membuatkan kita rasa L.A. Guns yang lama sudah kembali. Lagu-lagu berikutnya mengukuhkan lagi andaian tersebut. Walaupun ada sedikit penurunan momentum pada track-track pertengahan, tetapi lagu-lagu dari track ke 8 hingga ke penamat memang cemerlang.
"Speed", “You Bought A Knife To A Gunfight”. "The Missing Peace" dan “Gave It All Away” adalah sebab kenapa saya sukakan L.A. Guns suatu ketika dahulu. Lagu baladanya juga tidak mengecewakan. "Christine" mengingatkan saya kepada "Crystal Eyes". Manakala “The Flood’s The Fault Of The Rain” rasanya mempunyai pengaruh kuat dari lagu classic rock, “House Of The Rising Sun”.
Tak banyak album baru dan band 80an yang dapat membuatkan kita kembali bernostalgia. Tetapi The Missing Peace adalah salah satu darinya.
Best!
Tuesday, December 2, 2014
Vicious Circle
L.A. Guns - Vicious Circle (1994)
1994 adalah antara tahun gelap bagi band-band 80an terutamanya yang berkonsepkan sleazy pop metal ataupun hair metal. Mereka samada duduk diam tidak mengeluarkan album atau mengeluarkan album tetapi tanpa menghiraukan kewujudan Nirvana/Pearl Jam ataupun bersalin kulit mengeluarkan album bersoundkan grunge/alternative untuk terus kekal relevan.
L.A. Guns memilih situasi yang ke 3. Cuba mengekalkan muzik asal mereka supaya tidak dikatakan sell-out tetapi di dalam masa yang sama memberatkan sound mereka untuk menjadi ala-ala grunge dan alternative. Pada saya mereka berjaya. Vicious Circle jauh lebih baik dari kebanyakan album-album rock di zaman tersebut. Sepatutnya album ini mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi. Sayangnya mana-mana band yang ada kaitan dengan "hair metal" telah menjadi sesuatu yang taboo pada ketika itu.
Saya sebenarnya agak kurang "familiar" dengan L.A. Guns. Ketika mereka popular saya telah mula memilih muzik metal yang lebih ekstrim. Saya cuma tahu mereka adalah band awal Axl Rose dan lagu slow rock mereka "The Ballad of Jayne". Tetapi saya membeli album ini kerana adanya lagu "Crystal Eyes". Cerita pasal ini boleh sahaja merujuk kepada entri saya untuk album Hollywood Vampires.
Tidak sangka pula lagu-lagu lainnya pun sedap. Sudahnya album ini menjadi antara album kegemaran saya pada ketika itu. Syahdu betul dengar lagu cover "I'd Love to Change the World" dari Ten Years After. Walaupun pada saya versi Tesla lebih mengasyikkan.
Sayangnya sehingga kini masih gagal mendapatkannya dalam bentuk cd.
Best!!
Friday, January 6, 2012
Hollywood Vampires
Album yang dah masuk

La Guns - Hollywood Vampires (1991)
Untuk rekod...aku bukannya peminat La Guns...lagu dorang yang aku familiar masa tahun 80an dulu pun cuma slow rock "The Ballad Of Jayne"...dan aku tak pernah betul2 dengar 2 album awal dorang "LA Guns (1988) dan Cocked & Loaded (1989)...
Tapi kenapa aku beli cd ni?...alasan standardnya...aku dapat murah...sebenonya aku beli cd lain...tapi si penjual tu nak abiskan stok...dia offer sekali cd ni...average per cd dalam RM16...so aku sapu jer la...tambahan pula pasal adanya lagu "Crystal Eyes"...
Kenapa Crystal Eyes?...masa pertengahan 90an...atau lebih tepat 1995...adalah tahun aku "seluar koyak main cinta"...kurang dah dengo metal2 ni semua...feeling layan lagu2 slow rock...(tapi bukan lah rock leleh Saari Amri Eddie Hamid...jiwa metal tu tetap ada)...antara lagu slow yang aku suka time tu adalah Crystal Eyes dari LA Guns...(ada satu brader kat opis aku yang kenalkan)

Tapi masa tu aku ingat Crystal Eyes ni dari album Vicious Circle (1994)...pasal aku ada beli kaset tu...rupa2nya bertahun lepas tu baru aku tau...lagu tu cuma lagu bonus untuk Vicious Circle...asalnya dari album Hollywood Vampires ni...ntah kenapa memang aku suka lagu ni...melodinya...gitar solonya...memang menangkap...rasanya lagu ni kalau rilis masa penghujung 80an...konpem jadi hits...tu pasal rasanya dorang letak balik lagu ni kat Vicious Circle...sayangnya...masa era 90an...band2 80an cenggini orang dah tak pandang...
Aku memang beli cd ni semata2 pasal Crystal Eyes...so kalau nak review keseluruhan album...mungkin aku tak berapa pasti...cumanya mengikut pendengaran aku secara rambang...album ni tak lah seperti album glam/hair metal 80an...maklum la tak kira apa band pun...metal ker glam...masuk 90an semua berubah arah...contohnya Metallica dan Poison...adanya eleman2 blues ala2 Aerosmith..lagu terbaik selain Crystal Eyes adalah lagu track pembukaan.."Over The Edge"...lain2nya walaupun solo gitarnya sedap...tapi susah melodinya nak melekat...mungkin aku kena dengo banyak kali kot...

Satu yang menariknya cd ni...gambo cover dia tu dalam bentuk 3D...so korang akan dapat cermin mata 3D...so dapat la nengok gambo tu terjojol depan mata...heheh..
sesuai untuk pengemar hard rock era 90an...










