lagi cd rock melayu reissue...
Lovehunters - Sehari Dalam Hidup (1987) -keluaran semula 2016
Power trio dari Singapura.
Cd ini mengembalikan nostalgia saya di zaman persekolahan. Ianya mengingatkan saya kepada seorang rakan sekelas bukan melayu dan bukan mat rock yang cukup suka menyanyikan lagu "Sehari Dalam Hidup". Kami dah "lost contact" sejak habis sekolah. Tetapi setiap kali terdengar lagu ini memang ianya mengembalikan nostalgia tersebut.
Sehari Dalam Hidup adalah antara album rock melayu terawal. Pada ketika itu setiap kaset rock yang keluar pastinya saya dan rakan rakan sekelas akan mengambil giliran untuk beli. Nak beli semua mana nak mampu. Jadi untuk mendengar kesemuanya terpaksalah bergilir gilir beli dan kongsi mendengarnya bersama.
Ini bukan giliran saya. Maka tak pernah ada kasetnya. Tetapi lagu-lagunya bila dengar kembali terus ingat. Mereka berkonsepkan hard rock dengan sentuhan rock 70an. Dengan nama band pun dah boleh tahu "influenced" mereka dari era mana. Lagu paling hits mereka "Ku Ukir Nama Mu" (sesiapa duduk JB pasti pernah dengar, agak popular juga lagu ini di radio Singapura pada ketika itu) memang sedap. Solo gitarya memang ala-ala solo band rock 70an. Cuma lagu "Sengketa Dunia", yang pada saya agak berbeza kerana bunyinya seperti heavy metal 80an.
Secara keseluruhannya semua lagu sedap. Mereka memang pemuzik yang berbakat. Majoriti lagunya dicipta oleh mereka sendiri. Sayangnya di penghujung 80an saya mula terpengaruh dengan muzik yang lebih ekstrim, maka album-album mereka yang seterusnya tidak saya ambil tahu kecuali lagu inggeris mereka, "Angel In The Night" yang agak popular juga di radio Singapura pada awal tahun 90an...

