Showing posts with label Dream Theater. Show all posts
Showing posts with label Dream Theater. Show all posts

Thursday, May 2, 2019

Distance over Time



Dream Theater - Distance over Time (2019)

Saya bukan peminat tegar. Hanya casual listener untuk Dream Theater. Beli pun setakat dari album Images and Words (1992) hingga ke Falling into Infinity (1997). Muzik progressif yang terlampau teknikal memang rasa susah nak hadam. Tambah pulak bila lagunya panjang-panjang..

Tapi bila dengar album terbaru ni rasa macam ok pula. Lagunya lebih mudah hadam. Dan ianya antara album mereka yang paling pendek. Tak sampai pun satu jam. Lagu-lagunya mengembalikan ingatan saya kepada Dream Theater yang lama. Ada bunyian seperti Images and Words.


Jika anda seperti saya yang menjauhkan diri dari mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin album ini adalah tempatnya untuk anda kembali semula kepada mereka.

Adakah ini album terbaik mereka untuk era Mike Mangini? Jawapan saya adalah YA.





Thursday, April 11, 2019

Cd terkini 2019

Posto...posto...

Selepas cd Metallica - Helping Hands, ini adalah cd terkini di pasaran yang berjaya dimiliki...


Seperti biasa ianya adalah pembelian cd-cd terbaru dari band-band lama. Selera orang tua 😀...
Dua-dua pun gambar tengkorak walaupun genrenya agak berbeza.

Nantilah bila rajin kita cerita satu-satu....tapi nak jadi rajin...memang lah payah sekarang ni...heheh...




Monday, October 2, 2017

Falling Into Infinity

Sempena ulang tahunnya yang ke 20 (23hb Sep) dan kedatangan Dream Theater ke Malaysia pada hari ini (2hb Oktober).


Dream Theater - Falling Into Infinity (1997)

Dah pernah buat entri pasal album ni 7 tahun yang lalu. Kalau rajin nak baca sila klik >SINI<

Kalau 7 tahun dulu penulis katakan yang agak susah juga nak hadam muzik Dream Theater, nampaknya sehingga hari masih juga dengan perasaan yang sama. Salah sendiri kot. Sejak entri tersebut ditulis, penulis memang tidak betul-betul mendalami muzik Dream Theater. Cd mereka yang bertambah dalam koleksi pun hanya sekadar "upgrade" Images & Words ke cd dan 2 cd album cover mereka "The Number Of The Beast" dan "Master Of  Puppets". Makanya memang tak layak la nak bercerita perihal Dream Theater.



Bagi penulis ini adalah album mereka yang paling mudah nak hadam. Album yang agak komersial. "You Not Me" siap guna khidmat Desmond Child. Lagu-lagu perlahannya memang mudah menangkap. Mungkin untuk siapa-siapa yang nak bermula, ini adalah tempat sepatutnya. Kira album pemanas badan. Tetapi selera manusia berlainan. Mungkin ada yang tak suka, malah Mike Portnoy sendiri pun kurang gemar dengan album ini.

Kepada mereka-mereka yang turun ke KLCC Plenary Hall malam ini...selamat berhibur...



Wednesday, July 19, 2017

Friday, April 25, 2014

Awake

Lagi yang dah berumur 20 tahun...


Dream Theater - Awake (1994)

Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghargai album ini. Pertama kali mendengarnya adalah pada tahun 1997. Tetapi pada ketika rasa agak sukar untuk menerima lantas meninggalkannya.

Falling Into Infinity (membeli cdnya pada 1998 atau 1999) yang lebih radio friendly membuatkan saya kembali mendengar album ini. Ketika itu ada beberapa lagu yang berjaya menarik minat saya. "The Silent Man" adalah salah satu darinya. Mungkin kerana lagu ini lebih pendek. Saya mempunyai masalah untuk hadam lagu progressif yang panjang.


Tetapi segalanya berubah selepas saya memiliki cdnya pada 2 tahun yang lalu. Kononnya sebagai persediaan jika saya pergi persembahan live mereka di Singapura pada tahun 2012. Rakan yang menemankan saya ke konsert Iron Maiden Singapura beriya-iya mengajak pergi. Tetapi atas beberapa sebab dan Dream Theater yang saya tahu cumanya album Falling Into Infinity, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi.

Tetapi ianya "a blessing in disguise", kerana disebabkan itu, cd ini berulang-ulang kali saya dengar. Akhirnya Awake dapat saya hadam. Pada saya ini mungkin antara album terbaik Dream Theater. Tambah pula ini adalah album terakhir yang mengandungi lagu-lagu dan lirik ciptaan Kevin Moore. "Space-Dye Vest" yang sedikit lain dari Dream Theater yang biasa pun semakin sedap bila banyak kali didengar.

Walaupun saya masih megalamai masaalah untuk lagu-lagu progressif yang panjang. Sering lost di tengah jalan. Tetapi saya sudah boleh menerima muzik mereka. Mungkin kerana muzik mereka adalah metal dan kurang meleweh jika dibadingkan dengan band progressif yang biasa. "6:00", "Caught in a Web", "Innocence Faded", “Voices”, "The Silent Man" adalah antara lagu kegemaran saya.


Pada saya bukan mudah untuk membuat muzik yang complex tapi dalam masa yang sama sedap untuk didengar. Mereka sememangnya pemuzik-pemuzik yang hebat.

Terbaik!



Tuesday, September 28, 2010

Falling Into Infinity

Ramai yang terkejut bila baca berita yang Mike Portnoy keluar dari Dream Theater...tu yang die hard la kan...bagi aku yang dengar Dream Theater occasionally ajer... ok ok ajer la...tapi berita tu inspired aku untuk entry kali ni...



Jom cerita pasal album no 4 Dream Theater...Falling Into Infinity...satu2 nya cd dorang yang aku ada...(kaset ada la 2,3 keping...) dan satu2nya jugak cd dorang yang senang aku nak hadam...walaupun dari apa yang aku baca Mike Portnoy tak suka album ni...banyak campurtangan syarikat rakaman katanya...sampai dia rilis version dia sendiri...so kalau cd yang paling dia tak berkenan tu yg paling senang aku nak hadam...mungkin bagus jugak kot Mike Portnoy ni takder....hihi..

Seingat aku masa cd ni keluar...tahun 1997...aku dah ada 2 album awal DT...Awake dan Images And Words dalam versi MP3...tu jam ramai yang tengah sibuk2 cakap betapa bestnya DT ni...aku yang poser ni agak ketinggalan zaman...baru nak berjinak2 dengan DT...bila nampak cd ni kat Muzika Kotaraya terus jer aku beli walaupun aku tak sure best ker tak...



Ist impression aku bila dengar cd ni...wow!!!...tak sama macam Awake dan Images and Words pun...ini ada bunyi2 macam AOR yang progressif...padanlah Mike Portnoy tak suka....tapi berbanding ngan Awake dan Images And Words...cd ni sekali dengar jer dah ada yang menangkap kat kepala aku...antaranya Peruvian Skies, Hollow Years, Burning My Soul, Take Away My Pain dan Anna Lee...lagu2 slow dia memang senang nak tangkap...

Memang agak komersil...die hard DT sure cakap this is the sell-out album...siap guna khidmat Desmond Child lagi...(lagu You Not Me)...sayangnya sentuhan Desmond tak berapa nak menjadi...berbanding kerja beliau dengan Bon Jovi,Aerosmith,Alice Cooper (sekadar menyebut beberapa nama)...lagu ni kurang menangkap kat kepala aku...tapi...berbanding ngan album2 lain DT...yang jenuh nak dengar berulang2 nak kasi hadam kat kepala...yang kekadang buat aku rasa bosan...tu pasal aku bukan lah die hard DT...Falling Into Infinity kira ok la...

Seperti yang kita ketahui...dari segi pemuziknya...DT ni memang hebat2 belaka...Petrucci,Myung,Portnoy...tapi telinga aku sering ada masalah bab suara si James LaBrie ni...part2 high pitch dia tu memang aku tak berapa berkenan...tapi untuk Falling Into Infinity dia tak banyak guna teknik high pitch tu yang bagi aku amat bagus sesangat...antara sebab kenapa aku suka album ni...kalau tak silap dia ada masalah sakit tekak kan...tu pasal album ni dia slow down sikit...tapi bagi aku lebih bagus dia tak menjerit2 tu..



Tapi apa yang pasti...solo2 Petrucci memang best...aku memang suka dengar lagu2 instrumental DT...lebih senang hadam dengar solo2 Petrucci daripada aku mendengar nyanyian LaBrie...hahaha...lagu instrumental dari cd ni seperti Hell's Kitchen memang best...layan...dan aku suka jugak dengar keyboard Derek Sherinian ni...kekadang bunyi macam gitar pun ada...ntah kenapa ek...Portnoy tak nak guna khidmat dia untuk2 album lain...bagus per dia ni...

Kesimpulannya...kalau ada sapa2 yang baru nak berjinak2 ngan DT...boleh try album ni dulu...supaya tak terkejut dengar album2 yang lainnya...hahaha..