Showing posts with label 1980. Show all posts
Showing posts with label 1980. Show all posts

Sunday, April 5, 2026

Wheels of Steel

Remembering my youth - 46th anniversary

Saxon - Wheels of Steel (03/04/1980)

Mereka sezaman Iron Maiden dan Def Leppard dan antara watak penting dalam pergerakan New Wave of British Heavy Metal. Tetapi sayangnya populariti mereka tidak sebesar 2 band tersebut. Nasib tidak menyebelahi. Bak kata vokalis mereka Biff Byford, mungkin mereka tidak cukup handsome untuk jadi popular 😁. 

Tetapi tidak boleh dinafikan ini adalah antara album terpenting untuk era NWOBHM.


Thursday, April 17, 2025

British Steel

Remembering my youth - 45th anniversary

Judas Priest - British Steel (14/04/1980)

Tak boleh ingat bila kali pertama mendengar album ini secara penuh. Antara lagu terawal di dengar dari album ini adalah Breaking The Law dan ianya manjadi salah satu sebab kenapa album ini patut dimiliki. Tapi sebenarnya semua lagu pun sedap. Judas Priest ni memang susah nak pilih mana satu album kegemaran.  

Tak pernah ada ada versi kaset. Sebelum ini cuma ada versi cd. Tak boleh lah nak ber"gila format". Piring ini pula dibeli pada tahun lepas ketila promosi "vinyl under £15" dari Rarewaves. Memang berbaloi-baloi.

Tak pasti samada kod ini masih boleh di pakai ataupun tidak. Kalau ada yang nak download bolehlah mencuba.

*sebagai peminat Man United, saya selalu mengangap yang lagu United itu ditujukan kepada Man United 😁


Tuesday, May 17, 2022

Animal Magnetism

Antara album ulangkaji ketika bekerja dari rumah...

Scorpions - Animal Magnetism (1980)

Album yang agak tenggelam kalau nak dibandingkan dengan album sebelum (Lovedrive - 1979) dan selepasnya (Blackout - 1982). Kurang lagu popular. Mungkin hanya "The Zoo" yang agak dikenali. Tetapi untuk saya, "Lady Starlight" adalah tarikan utamanya. Ianya adalah antara kegemaran saya dari zaman kanak-kanak.

Ini adalah album kedua dari klasik line-up 80an mereka. Ianya masih ada pengaruh rock 70an. Tempo lagunya lebih perlahan berbanding "Lovedrive"Matthias Jabs tidak seperti Uli Jon Roth mahupun Michael Schenker yang lebih kepada skill individu. Beliau lebih kepada seorang "team player" yang melakukan tugas mengikut arahan. Dan beliau melakukannya dengan cemerlang. Bagi yang membesar dengan Scorpions era 80an, beliau adalah gitar hero dan imej beliau bersama gitar "Gibson Explorer" nya menjadi poster di bilik bagi ramai peminat rock pada ketika itu.


Saya mendengar album ini secara penuhnya pun agak lambat.  Hanya selepas album "Love at First Sting (1984)". Pinjam kaset kawan. Selain "Lady Starlight" dan "The Zoo", lagu "Make it Real" juga adalah antara lagu yang saya boleh ingat. Yang lainnya kena dengar  semula untuk menyegarkan ingatan. 

Rasanya ini adalah album era Matthias Jabs yang paling kurang saya dengar (tolak album-album selepas Pure Instinct - 1996 yang memang saya agak kurang mengambil tahu walaupun ada beli setiap cd nya). 

Thursday, January 6, 2022

Blizzard of Ozz

 Memori awal remaja...

Ozzy Osbourne - Blizzard of Ozz (1980) - vinyl reissue 2011

Antara koleksi terkini dalam simpanan. Kalau dulunya semua kenangan akan cuba di"cd"kan. Tetapi kini semenjak kembali meriahnya pengeluaran piring hitam, ada kenangan yang cuba pula di"piring hitam"kan. Sayangnya saya tidak pernah memilikinya dalam versi kaset (dulunya sekadar kaset kompilasi) makanya tak dapatlah Blizzard of Ozz untuk di"giler formatkan".

Ini semua adalah kenangan di sekitar tahun 85-86 ketika baru mula untuk terjebak dengan muzik rock. Walaupun pada ketika Duran Duran masih menjadi idola, lagu-lagu seperti Mr Crowley dan Crazy Train telah mula membuka minda kepada muzik heavy metal.

Blizzard of Ozz akan sentiasa dikenang sebagai album yang mengenalkan Randy Rhoads kepada dunia. Salah seorang gitar hero yang agak sukar untuk dicari ganti.


Thursday, November 25, 2021

BBC Radio 1 Live in Concert

Layanan rawak bekerja dari rumah...tak pasti bila nak kena masuk ofis ni... 

UFO - BBC Radio 1 Live in Concert (1992 - copyright 1974/1980)

Cd hadiah dari Deaf. Di beli ketika beliau mengunjungi kota London sebelum zaman Covid yang lalu. Beliau tahu yang saya adalah pengemar UFO. Terimakasih atas ingatannya Deaf. Nak balas balik entah bila agaknya boleh sampai kota London... 😁.

Ini adalah antara cd yang patut dimiliki oleh pengemar tegar UFO. Yang menarik tentang cd ini adalah kerana ia mengandungi rakaman dari 2 era UFO yang berbeza. Era Paul Chapman pada track 1-8 (Hammersmith Odeon - 04/02/1980 dan era Michael Schenker pada track 9 - 12 (Hippodrome at Golders Green - 06/06/1974).

Walaupun begitu, Paul Chapman sebenarnya terlibat dengan kedua-dua persembahan live tersebut. Beliau adalah gitaris jemputan ketika persembahan di tahun 1974 tersebut. Beliau sememangnya pernah beberapa kali menjadi gitaris jemputan untuk persembahan live sebelum secara rasminya menggantikan Michael Schenker pada tahun 1980. 

Yang menariknya, beliau bukan sekadar di posisi rhythm gitar. Tetapi beliau juga melakukan solo. Makanya untuk track 9-11, kita boleh dengar twin gitar solo dari Michael Schenker di kiri speaker dan Paul Chapman di kanan speaker (kena dengar menggunakan ear/head phone untuk kesan yang lebih). Mendengar rakaman live sebegini membuatkan kita rasa lebih menghargai kerja gitar Paul Chapman.

Posisi lainnya tidak banyak beza. Kedua-duanya adalah Phil Mogg (vokal), Pete Way (bass) dan Andy Parker (drums). Cuma untuk rakaman tahun 1980, Paul Raymond digunakan sebagai rhythm gitar dan keyboards.


Thursday, October 18, 2012

Back In Black

AC/DC - Back In Black (1980)



Sebelum ini...saya hanyalah seorang casual listener terhadap muzik AC/DC...tidak pernah mempunyai kaset/cd malah mendownloadnya pun tidak....tetapi selepas membaca buku Why ACDC Matters...saya rasa amat tertarik untuk mendengarnya dengan lebih serius...

Misi saya untuk mendapatkan album mereka yang paling dikenali telah pun tercapai...Back In Black bukan setakat album biasa...kalau tak...takkan lah ianya terjual sebanyak 50 juta unit...hanya ketinggalan di belakang Michael Jackson - Thriller untuk menjadi album paling laris sepanjang zaman..



Selepas mendengarnya hampir setiap hari (ketika menolong isteri mengosok baju...iyer..saya memang suami mithali...heheh) selama seminggu...saya mendapati album ni sememangnya sedap...formula muzik AC/DC memang simple...lagu2nya jenis straight forward rock n roll tapi bermelodi...terutamanya part chorus...mereka sebenarnya memainkan muzik campuran blues pop tetapi dengan sound gitar hard rock hasil rif2 dan solo berhantu adik beradik Young...

Mungkin disebabkan lagu2nya yang agak straight forward menyebabkan sesetengah kita (termasuk saya) akan merasa cepat bosan dan merasa seolah2 semua lagunya berbunyi hampir sama....tapi setelah mendengarnya berkali2...telinga saya hampir terlatih untuk memahami muzik mereka...



Prinsip AC/DC adalah mudah...Rock N Roll is supposed to be fun....dan itulah yang mereka lakukan...keep it simple...and play them loud...no ballads...takder emo2...lirik jenis tak pening kepala...happy happy sudah... inilah yang dinamakan Rock N Roll....

Saya semakin ketagih untuk mendengar lagu "You Shook Me All Night Long" berulang2 kali...sememangnya lagu ini cukup menangkap....pada saya inilah lagu yang paling pop dan paling sedap dari album ni...mungkin "Rock and Roll Ain't Noise Pollution" juga...dan saya juga amat meminati intro lagu "Hells Bells" dan "Back in Black"....nak kata ianya satu album yang sempurna...mungkin tidak juga...tapi kenapa ianya boleh terjual sehingga 50 juta...sememangnya menjadi misteri untuk saya..



Ada yang kata Brian Johnson lebih banyak menjerit daripada menyanyi...maka misi saya seterusnya adalah untuk mendapatkan album ACDC dari era  Bon Scott pula.


Friday, August 27, 2010

Iron Maiden S/T

Memang teruja baca review2 pasal The Final Frontier...tapi apa nak buat...aku masih tak dapat lagi cdnya...Kedai2 kaset kat JB bukan macam zaman dulu...nak cari vcd dan lagu2 ah beng memang bersepah la...tapi kalau cd2 metal memang payah yang amat....

Mungkin zaman dah berubah...spesis2 yang macam aku yang hobinya beli cd ni dah nak pupus kot...download kan lagi senang...free lak tu...yer tak?...tu pasal kedai2 cd yg bagus2 kat Jb ni banyak yang dah tutup...rindu aku zaman2 kegemilangan kedai kaset kat Komtar dan Kotaraya...tu jam aku boleh lepak berjam2 kat dalam tu untuk belek2 kaset/cd dan borak2 ngan budak jaga kedai...kalau sekarang hampeh...bak kata Eddie pun budak2 yg jaga kedai tu muka macam selipar...knowledge pasal muzik memang hampeh!!!...

Iyer la...beli cd ni mahal...bukan semua org mampu...tapi kalau benda tu dah jadi hobi...collectors la konon kan...ikat perut tak makan pun tak kisah...feel belek2 lirik masa dengar lagu tu tak sama macam dengar versi download....betul tak?

Apa la aku melalut pulak ni...emo skit pasal masih tak dapat2 beli The Final Frontier...hahahaha...ok la...gatal tangan nak cerita pasal Maiden punya pasal...mari aku cerita pasal album ni...(actually album ni dah ada dalam draft lama dah...so aku touch up mana yang patut la...untuk En BS...Ratt Infestation lepas raya kot...aku nak beraya ngan cd tu dulu..heheh)


cd ni aku beli saing2 ngan Killers tahun 1998 dulu..sayang tak sempat nak kumpul versi 2 disc ni semua


Sedar tak sedar rupanya dah 30 tahun dah album 1st Iron Maiden ni...tua dah...masa album ni keluar...aku masih bebudak yang tak tau apa2 pasal muzik lagi...lebih syok mandi paya atau tengok robot tempe kat tv dari layan muzik...aku bukan lah peminat Maiden dari generasi Di'anno ni...aku celik2 dah Bruce Dickinson yang nyanyi...1st time dengar full album ni pun masa zaman Somewhere In Time...

Walaupun camgitu...lagu2 dari album ni seperti Running Free,Phantom of the Opera,Iron Maiden dan Sanctuary memang aku dah pernah dengar dari kaset Best Of cap Apache aku...time tu aku pelik sikit naper la vocalnya bunyi lain...lepas tu baru la aku tau time tu Di'anno rupanya vocalist...

Dulu2 aku tak paham kenapa otai2 yang dengar Maiden dari era Di'anno tetap mengangap dia sebagai the best maiden vocalist ever...tapi kalau betul2 menghayati album ni dan Killers memang tak syak Di'anno di zaman ni memang terbaek....mungkin kalau aku bertuah mendengar maiden dari tahun 1980...aku jugak berpendapat begitu...ala ni sama kes macam Janick dan Blaze la ni...Di'anno mempunyai vocal yang lebih kasar dan aggresive berbanding Bruce...punk rocker la kan...tapi lagu2 yang slow down pun boleh tahan vocal dia...cekidout vocal dia pada lagu Remember Tomorrow dan Strange World...apa2 pun pengaruh punk dari Di'anno dan heavy metal dari Steve Harris la menjadikan Iron Maiden sebagai salah satu band unik dan terbaik dari era NWOBHM...




Walaupun tiada Adrian Smith dan Nicko ketika ni...musicianshipnya tetap di tahap yang tinggi...cekidout instrumental "Transylvania"...salah satu all time fav aku kalau sebut pasal lagu2 instrumental selain lagu2 Malmsteen...time ni jugak dah terserlah kehebatan Steve Harris...kalau time tu aku dah dengar Maiden dulu...mungkin John Taylor (Duran Duran) bukan la pujaan hati ku semasa awal2 80an dulu...huhuhu...

Lagu2 dari album ni bukanlah jenis2 epic seperti zaman Bruce...lagu pun banyak pendek2...tapi tetap best..kesemua lagu dari album ni aku suka...takder yang tak best...dari 1st time dengar sampai sekarang aku masih tetap layan...susah nak cakap yang paling favourite...tapi mungkin Phantom Of The Opera kot...kalau dulu2 mungkin aku suka Running Free...maklum la...time2 80an dulu memang femes lagu ni...jadi lagu wajib kat band2 orang kawin kat kampung aku...kumpulan Medicine pun cover lagu ni kan kat rancangan Dari Panggung Anniversary...


inlay sekeping lipat 2...standart cd2 lama...tak tau pulak versi enhance...tebal kot..

Lain2 yang best macam Prowler,Sanctuary,Remember Tomorrow (ni pun fav ni),Strange World (bukan senang nak jumpa lagu slow dorang kan..),Charlotte the Harlot(jarang2 Dave Muray buat lagu..sekali sekala buat best...),Iron Maiden....iskh semua lagu aku dah sebut rupa2nya...hahaha..maknanya semua pun best la...

kesimpulannya...nak kata lebih best dari zaman klasik TNOTB sampai SSOASS...tu susah nak cakap...aku bias kat zaman tu...heheh...tapi still ni album aku rate highly la...rekomended!



UP THE IRONS!!!!!

Wednesday, November 18, 2009

Blizzard Of Ozz

Khas untuk Jairo…Blizzard Of Ozz – Ozzy Osbourne.



Ketika dia awal2 tahun 80an dulu..aku agak kurang familiar dengan Black Sabbath..kerana di kampung aku dulu..kalau sebut rock omputeh..kami lebih biasa dengan Deep Purple,Scorpions,Rainbow dan UFO…maka aku agak kurang kenal sapa tu Ozzy Osbourne..sehingga la pada satu hari dalam tahun 1984 atau 1985..di sebuah kedai kaset di pekan Ulu Tiram (kedai ni dari kedai kecik..tokey dia bujang jaga kedai dgn mak dia…sampai dia dah kawin..kedai dah maju dan besar dan sekarang anak dia pun dah jadi amoi…masih ujud lagi… walaupun sekarang dah penuh lagu indon dan dia pun dah tak kenal aku lagi…aku pun dah lupa apa nama kedai kaset ni..err ..tapi kedai ni memang banyak kenangan…tempat aku kenal banyak band2 rock 80an, sumber kaset apache, tempat dubbing lagu dan jugak kedai tempat aku praktis “memanjangkan tangan”..ala..zaman bebudak nakal..ada la skit2 cilok kaset kat situ…*adik2, anak2..jangan ikut perangai tak elok ni :P*

Meleret2 pulak cerita aku..hehe..kat situ la 1st time aku dengar lagu Mr Crowley…terkesima seketika aku (pergh..ayat..hehe) …betul2 best dia punya gitar work..terus jatuh cinta…and the rest is history la..



Blizzard Of Ozz asalnya diterbitkan pada tahun 1981…album solo pertama Ozzy selepas beliau ditendang dari Black Sabbath...sesapa yang ada cd remastered ni sila check terbitan tahun bila….pasal cd yang diterbitkan pada tahun 2002 bukan sahaja remastered tetapi juga re-recorded version…kenapa re-recorded?..kerana part asal bass yang dimainkan oleh Bob Daisley dan drum oleh Lee Kerslake telah dirakam semula oleh Robert Trujilo (bass) dan Mike Bordin (drum) gara2 masalah saman menyaman duit royalty oleh meraka berdua…

Nasib cd aku ni versi remastered asal yang diterbitkan pada tahun 1995..kira muziknya ori la…pasal ada yang kata production rerecorded version tak best…tapi bagi aku album ni memang masterpiece Ozzy dan Randy Rhoads…so tak kisah la kalau korang tak dapat versi yang asal…janji petikan gitar asal Rhandy tidak diusik..itu sudah cukup puas bagi aku..mungkin nasib Ozzy dipertemukan dengan Randy…kerana sebelum tu ada beberapa gitaris yang dikaitkan dengan projek solo Ozzy ni antara George Lynch (Dokken)…tapi akhirnya Randy yang terpilih…memang diakui…petikan gitar Randy la antara faktor yang menyebabkan album ni berjaya menaikan semula karier Ozzy..



Kalau versi kaset…side A dia memang sampai sekarang tak jemu2 aku dengar…3 lagu fast I Don’t Know, Crazy Train dan Suicide Solution memang best…paling best part gitar worknya la terutamanya Crazy Train..kalau check kat wiki…solo lagu ni dipilih kat no 9 terbaik oleh pembaca Guitar Word dan lagunya pulak no 9 terbaik dalam list VH1 40 greatest metal songs..dan bagi aku sendiri riff Rhandy kat awal lagu ni memang best giler…tak jemu2 dengar..

Begitu jugak dengan I Don’t Know dan lagu yang menjadi kontroversi suatu masa dulu Suicide Solution...lagu2 ni memang kagum aku gitar worknya…terus terang aku cakap aku tak berapa minat suara Ozzy…tapi yang buat aku tertarik pada album ni semata2 pasal Randy Rhoads…tu pasal selepas beliau mati…aku mula skit2 tinggalkan Ozyy dan langung tak follow beliau di zaman Zakk Wylde..

Tapi album ni bukan pasal gitar semata2…Sapa kata keyboard bukan instrument untuk heavy metal?..Dengarkan lagu slow “Goodbye To Romance”…memang feel la…ni bukan lagu cintan sebenarnya..tapi lagu yang ditujukan Ozzy khas untuk Black Sabbath…sekali lagi Randy membuktikan kehebatan beliau…solo beliau bukan hanya untuk lagu2 fast sahaja…lagu slow pun feel giler…begitu juga dengan lagu instrumental akustik “Dee”



Side B pulak dimulakan dengan lagu all time fav. aku..Mr Crowley…sekali lagi membuktikan keyboard juga relevan untuk heavy metal…dengarkan lah intro berhantu keyboard oleh Don Airey ni…pergh..lagu ni solo dia memang berhantu..terutama part2 last lagu tu…aku hafal sebijik2 dalam hati…Cuma nak menyolo dengan gitar sebenar je aku tak reti….hehe..memang terbaek!

Sayangnya 3 lagu last No Bone Movies, Revelation dan Steal Away aku agak kurang minat…bukan pasal tak best…tapi lebih kepada aku kurang mendengar lagu2 ni…tapi aku suka juga part last lagu slow Revelation tu…manakala 2 lagi lagu tu chorus dia agak boring pada aku..

Kesimpulannya pada aku album ni lagu2nya sangat catchy…gitar work yang gila babas best dan antara album heavy metal yang aku rekomen korang beli..mungkin aku agak bias kerana Randy Rhoads tu memang gitar hero aku..tapi kalau ditanya pendapat aku..itulah jawapannya.

Crazy Train Live with Randy semestinya



Mr Crowley Live...juga dengan Randy



Goodbye To Romance (A Randy Rhoads tribute)