Lagi berkenaan album reissue...
Rahmat - Rahmat (1991) - keluaran semula 2015
Dulu tak pernah dengar pun album ni. Malah tidak pernah tahu pun yang Rahmat itu satu kumpulan. Saya ingatkan selepas Ekamatra, Rahmat bergerak sebagai artis solo. Walaupun begitu saya tahu juga lagu "Rajuk" dan pernah menontonnya dalam rancangan Muzik Muzik TV3.
Jujurnya saya bukan peminat suara Rahmat. Disebabkan itu saya agak kurang berminat dengan kumpulan Ekamatra walaupun gitaris mereka sangat bagus. Pada saya suaranya lebih sesuai dengan lagu-lagu yang berentak perlahan. Album ini telah membuktikannya.
Selepas 3 kali pendengaran, saya merasakan yang saya telah membuat tindakan yang betul pada suatu masa dahulu. Memang tak boleh nak masuk. Banyak sangat lagu yang meleweh. Saya tidak merasa sebarang kerugian kerana tidak mendengarnya dulu. Cuma sekarang baru rasa terasa ruginya. Kalaulah tau dari awal tak boleh nak masuk...memang lah saya tak akan beli...rugi weh..heheh...
Walaupun begitu sound cd ini bagus. Mungkin kerana mereka menggunakan master tape yang asal. Seperti yang tertera di kulit cover depan, "Digitally Remastered in Germany".
*selera saya tidak semestinya sama dengan selera anda...apa yang saya suka tidak semestinya anda pun suka...dengar sendiri...kemudiannya tepuk dada...tanyalah selera....

