Showing posts with label celtic frost. Show all posts
Showing posts with label celtic frost. Show all posts

Wednesday, September 5, 2018

Cold Lake

Yang dah genap 30 tahun pada 1hb September yang lalu...

Celtic Frost - Cold Lake (1988)

Bukan sahaja tidak digemari oleh majoriti peminat, malah Tom G. Warrior sendiri seolah-olah mahu memadamkannya terus dari discography mereka. Satu-satunya album mereka yang tidak pernah diterbitkan semula.


Ia sememangnya jauh berbeza dari konsep Celtic Frost yang asal. Muziknya lebih komersial dan pop. Ramai yang mengangapnya sebagai glam. Tetapi bagi saya ianya adalah sebuah album yang sering di salah anggap. Bukanlah glam seperti Poison. Imej dan lirik mereka mungkin. Tetapi lagu-lagunya bagi saya lebih kepada hard rock ala Judas Priest di zaman komersial mereka. Masih ada bau-bauan Celtic Frostnya sebenarnya.


Bagi saya yang tidak berkira sangat perihal genre metal, janji sedap dan boleh masuk kepala. Album ini boleh tahan sedap. Lagu-lagunya catchy. Lagu pilihan sudah semestinya Cherry Orchards. Rasanya kalau album ini bukan dikeluarkan atas nama Celtic Frost, mungkin sebagai album solo Tom G. Warrior contohnya. Mungkin ia akan lebih diterima.

Bukan ekstrem...tapi boleh tahan...



Thursday, June 1, 2017

Into the Pandemonium

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30...


Celtic Frost - Into the Pandemonium (1987)

Pelik? Ambitious? Mungkin itu yang boleh dikatakan tentang Into The Pandemonium. Terpulang kepada siapa anda bertanya. Ianya mungkin terlalu inovatif bagi sesetengah pihak tetapi sangat kreatif bagi sesetengah pihak yang lain.

Walau apa pun tanggapan peminat, mereka sememangnya band yang berani untuk keluar dari zon selesa dalam membuka ruangan baru untuk muzik metal. Visi mereka memang jauh kedepan. Adakalanya melebihi sempadan (contohnya Cold Lake - 1988). Tetapi walaupun aneh, ianya memang menarik.


Tiada siapa yang meletakkan lagu cover sebagai lagu track pertama. Tetapi itu yang mereka lakukan. Tambah menarik lagu cover tersebut adalah sebuah lagu berentak new wave. "Mexican Radio" dari Wall Of Voodoo menjadi lagu yang lain di tangan mereka. Agak ketagih juga saya mendengarnya. Sedap! Tapi yang lagi pelik apabila mereka sendiri membawakan lagu berentak new wave. "One In Their Pride", sekali dengar membuatkan saya teringat kepada lagu "19" dari Paul Hardcastle.

Memang berlainan mereka kali ini. "Tristesses de la Lune" adalah sebuah lagu opera dengan vokalis wanita. "I Wont Dance" pula sebuah lagi lagu yang ada pengaruh new wave terutamanya di bahagian chorus yang ada suara wanita. Manakala lagu "Rex Irae (Requiem)" pula adalah sebuah lagu yang menjadi ikutan band-band gothic metal kemudiannya.

Saya yang hanya bermula dari era Cold Lake (1988), mungkin tak rasa janggal sangat dengan eksperiman yang dilakukan mereka. Tetapi masih ada lagu-lagu trademark Celtic Frost seperti "Mesmerized", "Inner Sanctum" dan "Sorrows Of The Moon" contohnya. Cuma kali ini kebanyakan lagu-lagunya berunsurkan doom.


Walaupun bukanlah yang terbaik dan konsisten. tetapi Into the Pandemonium berhak untuk dihormati dan dihargai kerana keberanian dan kretifnya mereka. Mungkin ini adalah antara album avant-garde metal terbaik pernah dihasilkan selain album awal Voivod....mungkin...




Saturday, May 20, 2017

koleksi cd



Agak lama juga tak menambah atau menaik taraf album-album lama orang putih dari bentuk kaset, cdr, mp3 atau sekadar dulunya membaca namanya di majalah atau mendengar cerita kawan-kawan ke dalam bentuk cd.

Setahun lebih juga terjebak dengan berderet-deret cd-cd rock melayu reissue. Tapi sekarang macam dah reda dah. Mungkin dah tak ada apa sangat yang nak direissuekan lagi. Dah sibuk dengan piring hitam pulak dah. Tapi dengan harga piring hitam reissue yang hanya orang yang ada-ada yang mampu beli..kualiti pun tak seberapa...maka adalah lebih berbaloi untuk saya kembali untuk menaik tarafkan album-album orang putih yang saya gemari.

4 ini adalah antara yang terkini. Bertahun dah cari cd-cd ini dengan harga mampu milik. Ntah apa nasib berkenalan dengan seller e-bay dari Kazakhtan yang menjual cd-cd ini bukan melalui e-bay. Beli secara langsung dengan beliau dengan harga yang lebih murah dari harga sekeping cd reissue rock melayu. Jangan tak percaya. Mungkin ini namanya rezeki selepas bertahun sabar mencari...

Dah tak banyak dah yang nak dinaik taraf. Yang tak minat memang tak akan beli. Mungkin dah boleh pencen kot kumpul cd. Lp pulak harga yahudi. Dah boleh kot tukar hobi main akuarium pulak macam Mus Speedrider...hahaha...





Wednesday, December 2, 2015

To Mega Therion

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 27hb Oktober yang lalu....


Celtic Frost - To Mega Therion (1985)

Kalau album pertama mereka, Morbid Tales (1984), menjadi antara pengaruh besar meledaknya genre death metal. Album kedua ini pula menjadi antara pencetusnya bermula genre black metal. Memang besar pengaruh mereka. Majoriti band/peminat muzik black death metal pastinya menjadikan Celtic Frost atau band asal mereka, Hellhammer sebagai idola.

Muzik mereka secara dasarnya bolehlah digambarkan sebagai gabungan antara Black Sabbath dan Venom. Tak banyak band yang bermain muzik extreme sebegini dengan vokal growl di awal tahun 80an. Bak kata Tom sendiri, vokalis lain berlumba-lumba untuk menyanyi high pitch, beliau pula menyanyi seperti orang terkena barah tekak.


Saya agak lambat mendengar mereka. Album pertama Celtic Frost saya adalah Cold Lake (1988). Maka boleh bayangkan rasa terperanjat saya bagaimana mereka adalah pengaruh besar death black metal. Rupa-rupanya baru saya tahu, Cold Lake adalah percubaan mereka untuk menjadi mainstream. Walaupun ramai peminat asal tak suka sehinggakan mereka kembali ke muzik asal tetapi bagi seoarng pengemar muzik glam/hair metal seperti saya memang syiok album Cold Lake. Saya suka lagu "Cherry Orchards".

Berbalik pada album ini pada saya mereka bukanlah pemuzik yang hebat sangat. Mereka bukan teknikal. Tetapi sound berat lagi extreme merekalah yang menjadikan album ini hebat. Sesuatu yang berbeza pada ketika itu. Eksperimen yang bejaya. Cumanya pada saya lagu-lagu mereka seakan-akan sama di antara satu dengan yang lainnya. Menjadikan ianya sedikit membosankan jika didengar berulang kali.

Patut ada jika anda mengaku anda peminat black death metal.



Sunday, March 29, 2009

Metal Hammer dan Cherry Orchards

Sejak zaman berinternet dan aku semakin muda belia ni..jarang sesangat aku membeli magazine rock/metal..Dulu2 bolehlah dikatakan hampir tiap2 minggu aku membeli..tak kira lah yg overseas maupun tempatan.

Kebetulan itu hari buang2 masa waktu lunch kat MPH City Square...terjumpa Metal Hammer...lama giler tak baca magazine ni...ini antara magazine yang paling aku suka dulu...sempat la aku belek2..isi kandungan dengan artikel dan review albumnya masih menarik tapi terkejut aku nengok harga dia...RM31.50...mak aii...mahalnya...macam harga cd da...

Balik rumah aku mengembur stor terjumpa pulak sekeping Metal Hammer lama bertarikh February 20th,1989...dengan cover Celtic Frost zaman glam "Cold Lake"...cuba bandingkan harganya...



Cuma RM8.40...bandingkan ngan sekarang...pergh!!!!kos makin menigkat ataupun ringgit yang makin jatuh?...Dengan harga semahal itu rasanya tidak mengizinkan lagi untuk aku membeli magazine seperti ini...mungkin jika ada sesuatu yg extra istimewa..special edition mungkin...yang boleh tergerak hati untuk aku membelinya..mungkin.

Alang2 dah tersebut pasal Celtic Frost dengan album glam/hair metal "Cold Lake" ni... marilah kita layan satu lagu dari album yang kontroversi ni...inilah album yang paling dibenci oleh peminat2 Celtic Frost sendiri kerana mereka menukar konsep untuk menjadi trendy...tapi bagi aku yang jugak meminati glam/hair metal...aku langsung tak der masaalah dengan album ni...kita layan Cherry Orchards la...dah lama tak dengar lagu ni...aku pilih versi live...layannnn...