Showing posts with label Culture Club. Show all posts
Showing posts with label Culture Club. Show all posts

Wednesday, December 17, 2025

Hati gembira poket menangis 2

 

Lagi berkongsi pembelian terkini.

Ambil gambar. Tukar plastik cover. Simpan di rak. Tak spin pun.

Ini memang satu penyakit 😅

#hati gembira poket menangis


Thursday, March 20, 2014

Throwback Thursday - Karma Chameleon

Hari ni dan mungkin setiap khamis (kalau rajin) nak buat entri KLMJ...



Karma Chameleon - Culture Club (taken from Colour by Numbers - 1983)

Nak baca info wiki klik >SINI<

Ni bukan lagu rock. Tetapi sebagai anak remaja berusia 13 tahun semasa lagu ni meletup 30 tahun yang lalu (no 1 selama 3 minggu berturut dalam carta 100 Billboard untuk bulan Februari 1984) sedikit sebanyak saya juga terpengaruh. Mungkin perkara ini boleh lah disamakan dengan pengaruh K-Pop kepada anak remaja zaman sekarang.

Ketika itu muzik new wave terutamanya dari band-band yang berasal dari UK memang tengah top. Culture Club adalah salah satu darinya. Saya hanya mula menjadi mat rock pada sekitar tahun 1985. Makanya muzik begini sememangnya mainan halwa telinga saya pada ketika itu.

Pengaruh muzik new wave ni banyak datang abang. Belajar lagu-lagu orang putih melalui radio berbahasa Inggeris Singapura, Radio One. Beli kaset kosong dan rakam dari rancangan radio permintaan. Budak zaman sekarang tak merasa buat benda ni. Yang saya tak boleh lupa setiap Ahad (tu jam Johor sekolah hari Ahad...kira macam sekarang la...)  biasanya saya akan potong keratan carta 10 Billboard USA dan Carta 10 UK dari surat khabar The Star dari perpustakaan sekolah. Semata-mata pasal nak tau lagu apa yang tengah top...makanya tiap-tiap minggu la surat khabar kat sekolah tu terlopong kat ruangan hiburan...hahaha...

Yang menjadikan lagu ni agak bernostalgia adalah kerana ia mengingatkan saya kepada Arwah Tok Mak (Emak Abah) . Beliau cukup suka dengan lagu ni. Rasanya inilah satu-satunya lagu orang putih yang beliau suka. Sebagai orang kampung di zaman tersebut manalah beliau faham bahasa inggeris. Biasanya setiap kali saya atau abang pasang lagu-lagu orang putih pastinya beliau akan berkata "Lagu apa lah yang korang bukak...kalau lagu Karma Chameleon tu sedap juga...sedap lagu dan suaranya"...(Sebenarnya beliau tak menyebut Karma Chameleon...lupa dah saya apa ayat yang beliau gunakan untuk merujuk kepada lagu ni...)

Tapi seriusly, melodi lagu ni memang sedap. Sangat catchy. Agak lama juga saya percaya yang Boy George itu perempuan. Maklumlah zaman belum ada google...hahaha...



**mungkin saya patut beli cd Colour by Numbers sebagai kenangan...


Alfatihah untuk arwah Tok Mak - Allahyarhamah Ara Binti Ninggal