Showing posts with label Def Leppard. Show all posts
Showing posts with label Def Leppard. Show all posts

Tuesday, October 31, 2023

Gila Format - Retro Active

Sempena ulang tahun yang ke 30 tahun (5hb Okt)

Def Leppard - Retro Active (1993)

Lama dah tak buat cerita gila format. Padahal banyak lagi yang belum ditulis. Malas adalah alasan yang utama. Yang ini pun tak ada nak tulis apa. Dulu dah pernah tulis dah >SINI> Kali ini sekadar berkongsi gambar.

Retro active adalah album terakhir Def Leppard yang saya betul-betul suka. Mungkin kerana ianya masih ada sentuhan Steve Clark dan lagu-lagunya masih ada perisa Def Leppard yang lama.

Kalau ikut tarikh di kaset, ianya dibeli pada 7hb Okt 1993, bermakna 3 hari selepas ianya dilancarkan. Zaman kaset dulu biasanya band-band besar seperti Def Leppard setiap album baru mereka pastinya ada promosi dari syarikat rakaman dan kedai-kedai kaset yang terlibat. Dan ianya akan mula dijual secara serentak serata dunia. Bagi yang "die hard fan" biasanya pagi-pagi dah terpacak di kedai kaset untuk menjadi antara orang yang pertama membeli.  

Perkara yang dah tak wujud untuk masa sekarang. Zaman dah berubah. Sekarang, sambil baring atas katil dengar Spotify/Youtube pun dah boleh menjadi antara orang yang pertama dengar. Benda dah jadi mudah. Tetapi perasaannya memang tak akan sama. Itupun untuk mereka yang pernah hidup zaman tersebut. Bagi budak sekarang ianya tak penting sangat pun...


Friday, September 22, 2023

Drastic Symphonies

Antara album terkini (2023) di dalam simpanan...

Def Leppard - Drastic Symphonies (2023)

Asalnya membeli sekadar untuk menlengkapkan koleksi. Tak minat sangat album-album gabungan rock + orkestra. Ingatkan ianya seperti Metallica - S&M atau Scorpions - Moment of Glory. Rupa-rupanya Drastic Symphonies ada sedikit berbeza konsepnya.

Walaupun ianya dirakamkan bersama Royal Philharmonic Orchestra, tetapi bahagian muzik Def Leppard adalah dari master tape yang asal. Bermakna hampir keselurahannya adalah muzik asal yang di "mixing" semula bersama muzik orkestra. Ada bahagian gitar dan solonya diganti dengan cello dan violin.


Tak pasti jika ada bahagian yang dirakam semula tetapi rasanya tidak. Kerana dari apa yang dibaca, hanya Phil Collen dan Joe Elliott sahaja yang berada di studio ketika proses penerbitan album. Yang pastinya vokal Joe Elliott juga menggunakan vokal yang asal kecuali untuk beberapa bahagian lagu "Too Late for Love" dan mungkin juga "Pour Some Sugar on Me".

Yang jadi menarik bagi saya adalah pilihan lagu-lagu lama seperti "Too Late For Love" dan "Bringin' On The Heartbreak". Tapi yang paling menarik perhatian sudah semestinya "Switch 625". Tak sangka ianya berjaya di"orkestrakan" dengan baik. Ianya seperti mendengar runut bunyi filem...




Sunday, January 22, 2023

Gila Format - Pyromania

 Lagi yang dah berusia 40 tahun pada 20hb Januari yang lalu...

Def Leppard - Pyromania (1983)

Satu lagi kenangan ketika zaman sekolah menengah. Tak ingat bila kali pertama mendengar album ini secara penuh. Album (kaset) Def Leppard pertama saya adalah High 'n' Dry. Tetapi Pyromania lebih bernostalgia kerana Foolin' adalah lagu pertama Def Leppard yang saya tahu dan dengar.

Foolin' adalah lagu yang agak popular pada ketika itu. Tak pasti di tempat lain tetapi bagi remaja di Johor Bahru termasuk saya yang jauh di Ulu Tiram pun tahu. Boleh dikatakan kebanyakan band-band jamming dan kerja kahwin di kampung boleh memainkan lagu tersebut. Malah Search sendiri pun pernah merakam lagu tersebut ke dalam Bahasa Melayu dengan tajuk "Berpaling".

Sebenarnya Pyromania bukan sekadar Foolin’. Banyak lagi lagu-lagu yang sedap yang menjadi soundtrack sepanjang zaman untuk Def Leppard. Photograph dan Rock of Ages adalah antaranya. Ianya juga adalah penghujung zaman yang sound dan muzik mereka boleh dikaitkan dengan New Wave Of British Heavy Metal. Bermula dari Hysteria mereka telah mula berubah menjadi lebih pop dan komersial. Mungkin ianya ada kaitan dengan kemalangan yang menimpa kepada pemain drum mereka, Rick Allen.


Saturday, October 15, 2022

Gila Format - Retro Active

Sempena ulang tahunnya yang ke 29 pada 5hb Oktober  yang lalu...


Def Leppard - Retro Active (1993)

Album terakhir dari Def Leppard yang jadi kegemaran. Kurang berminat dengan arah tuju muzik mereka selepas dari ini. Ianya juga adalah penglibatan terakhir mendiang Steve Clark. Secara kebetulan atau tidak, muzik mereka berubah selepas ketiadaan beliau.

Mengikut tarikh yang dicatatkan di kaset, ianya dibeli 3 hari selepas dilancarkan di pasaran (07/11/1993). Ketika itu pembelian seperti ini adalah melalui kaedah cuba jaya. Tiada internet untuk maklumat. Tiada Youtube/Spotify untuk pra-dengar. Pembelian kasetnya adalah hanya bergantung kepada jenama "Def Leppard". Tak tahu pun yang ianya adalah album kompilasi B-sides dan "unreleased tracks". Nasib baik ianya sedap dan kena dengan selera.


Cd pula adalah cd terpakai ebay pos percuma dari E-Stock. Rasanya dibeli dengan harga tak sampai pun RM25.00. Ketika itu memang hampir kesemua cd yang diborong dari E-Stock adalah dibawah RM25.00. Meriah betul ketika itu. Selang 2,3 hari pastinya ada sahaja posto yang sampai.


Lp pula adalah versi reissue terkini (2022). Ianya adalah versi 2 disc. Tak pernah tengok versi asal tetapi rasanya ia dibuat serupa dengan versi asal. Sama seperti kaset dan cd, "Miss You in a Heartbeat" (versi piano) tetap menjadi "hidden track" dan tidak ditulis dalam senarai lagu.

Seperti majoriti entri "gila format", cerita tentangnya telah pun ditulis sebelum ini. Untuk Retro Active, saya pernah menulisnya pada tahun 2013 >SINI<. 




Wednesday, September 14, 2022

Diamond Star Halos

Lagi sebuah band yang belum reti nak pencen... 

Def Leppard - Diamond Star Halos (2022)

Agak teruja juga ketika menantikan album ini diterbitkan. 2 dari 3 ("Take What You Want" dan "Kick" ) lagu awal yang dikeluarkan agak menarik. Ianya memberikan harapan yang Def Leppard telah sekurang-kurangnya cuba untuk kembali kepada era sebelum Slang. Tetapi gerak hati masih ragu-ragu untuk membuat pre-order terutamanya versi lp. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menunggu versi spotify sebelum membuat keputusan tentang pembelian secara fizikal.

Ternyata gerak hati saya betul. Lagu-lagu lainnya tidak mencapai apa yang saya harapkan. Mereka sememangnya bukan lagi Def Leppard yang lama. Muzik mereka kini lebih cenderung kepada pop rock berbanding hard rock. Saya sememangnya tidak mengharapkan yang mereka akan kembali ke era NWOBHM, tanpa Pete Willis dan Steve Clark sememangnya mereka tak akan dapat ke situ. Cukuplah sekadar sekurang-kurang mereka kembali ke era Adrenalize (1992). Tetapi ternyata tidak.

Saya akhirnya membuat keputusan untuk sekadar membeli cd. Itu pun kerana penyakit "cdholic" saya yang tiada ubat. Ianya mungkin akan hanya 2,3 kali dimainkan sebelum kemudiannya terkubur di rak….



Friday, August 19, 2022

High 'n' Dry

Beberapa minggu lepas dalam menunggu ketibaan album baru Def leppard, sempat pula "TER"beli piring hitam yang ini.


Def Leppard - High 'n' Dry (1981)

Kenangan tentang album adalah kerana ianya adalah kaset asli (orang puteh) yang pertama saya beli. Sebelum itu semuanya adalah versi cetak rompak terutamanya jenama Apache.

Membeli kasetnya dulu pun adalah secara cuba jaya. Kedai kaset di pekan Ulu Tiram tempat saya mengabiskan duit belanja sekolah untuk membeli kaset amat jarang atau rasanya memang tak ada pun menjual kaset asli (original). Tetapi menjelang tahun 1988, dengan kempen membasmi cetak rompak yang lebih meluas, mereka mula menjual kaset-kaset asli tak kira yang berbahasa melayu mahupun inggeris.


High 'n' Dry adalah antara kaset original yang pertama di jual di kedai tersebut. Kalau ingatan saya masih betul, kaset asli berbahasa inggeris dijual pada harga RM11.00 dan berbahasa melayu pada RM9.00. Ini adalah harga pelanggan biasa (regular customer), kalau tak biasa memang tak akan dapat dengan harga diskaun tersebut.

Ketika itu, tak pernah dengar pun High 'n' Dry. Tetapi disebabkan jenama "Def Leppard", maka timbulnya rasa teruja untuk membeli. Maklumlah zaman sebelum internet dan tinggal pula di ceruk Felda memang kehidupan macam katak bawah tempurung.


Mulanya agak kurang berminat. Ketika itu agak kurang masuk dengan muzik yang berpaksikan ACDC. Tetapi lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, mula jatuh minat. Tambah pula apabila Def Leppard sediri semakin berubah menjadi pop dan komersial, sound dan lagu-lagu era awal ini terasa lebih menarik.

Sebagai peminat, kita sememangnya terpaksa menerima perubahan. Suka atau tidak, terpulang kepada selera masing-masing. Tetapi yang pastinya tanpa Pete Willis dan Steve Clark, Def Leppard tak mungkin akan dapat kembali kepada sound muzik yang sebegini.

Switch 625 akan sentiasa menjadi salah satu lagu instrumental kegemaran...



Saturday, March 13, 2021

Songs from the Sparkle Lounge

Antara cd yang baru dimiliki...

Def Leppard - Songs from the Sparkle Lounge (2008)

Sebuah lagi band yang menjadi kegemaran ketika zaman remaja tetapi tak ambil tahu pasal mereka kemudiannya. Kali terakhir yang betul-betul minat dengan muzik mereka adalah album Retro Active (1993). Bermula dari Slang (1996) memang dah tak berminat. Tak beli pun. Tetapi ketika Euphoria (1999) beli juga kasetnya. Tetapi minat kepada mereka semakin luntur. Bila X (2002) keluar memang langsung dah tak ambil tahu..

Cd ini sebenarnya baru di beli tahun lepas. Perbincagan bersama rakan blogger di whatsapp group menyebabkan rasa terpanggil untuk mencuba. Def Leppard sebenarnya telah lama berubah. Kalau nak kira sekurang-kurangnya dah 3 kali mereka berubah. Dari zaman Pete Willis / Steve Clark (NWOBHM) ke zaman Steve Clark / Phil Collen (Melodic hard rock) hinggalah kepada Phil Collen / Vivian Campbell (pop rock). Kalau minat mereka di era sekarang belum tentu anda boleh minat era On Through the Night (1980). Memang muziknya berbeza.

Songs from the Sparkle Lounge secara jujurnya tidaklah mengecewakan sangat. Ada jugalah percubaan mereka di dalam beberapa lagunya yang cuba untuk mencapai "rasa" Hysteria walaupun tak berapa nak sampai. "Bad Actress" adalah lagu rancak yang baru nampak ada gunanya juga 2 shredder bagus dalam satu band (kalau anda faham maksud saya).

Secara keseluruhannya, ianya jenis melodic hard rock yang boleh layan jika anda tak mementingkan sangat sound Def Leppard yang lama. Lagu balada "love" memang seakan-akan lagu Queen. Kalaulah solo lagu ini dipanjangkan pastinya ia akan menjadi sebuah lagu balada yang epik.

Apa-apa pun gambar cover dia menarik.



Tuesday, June 25, 2019

Kaset

Dah tercerita pasal kaset pada entri lepas... sambung sikit la...antara kaset terbaru yang di beli...


Tak ada lah niat nak kumpul kaset. Ini semua penyakit… hahaha…

Tapi tu lah… bila ada yang up jual ni kat FB… teracun juga lah… Benda-benda kenangan ni memang senang nak jual…

*untuk makluman…ini semua bukannya asli. Nak cari yang asli memang susah dan harga yahudi. Terimakasih kepada d'Atok Akeem yang menghasilkan produk yang berkualiti. Sound memang mantap!



Thursday, August 3, 2017

Hysteria

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 3hb Ogos...


Def Leppard - Hysteria (1987)

30 tahun dah. Lagi album yang banyak kenangan silam. Dulu masa kali pertama dengar memang rasa berbeza. Bagi sesiapa yang bermula dari sini memang tak akan sangka yang mereka adalah seangkatan dengan Iron Maiden dalam memulakan pergerakan NWOBHM. Hysteria memang tak ada sound NWOBHM. Malah ianya langsung bukan heavy metal.

Def Leppard memang banyak pengaruhnya kepada budak-budak rock zaman 80an. "Foolin" tu kira lagu wajib. Bila Hysteria keluar memang rasa pelik. Sangat Pop. Tapi dalam masa yang sama memang sedap. Tiada lagi pengaruh ACDC. Mereka dah jumpa sound dan trademark yang tersendiri. Mungkin juga kerana keadaan fizikal Rick Allen. Mereka kini lebih santai, melodic dan yang penting lagu-lagunya memang mudah melekat dalam kepala.


Hysteria membawa mereka ke puncak. 25 juta unit terjual. 7 hits single. "Women" (no 80 carta Billboards), "Rocket" ( no 12 carta Billboards), "Animal" (no 19), "Pour Some Sugar on Me" (no 2), "Armageddon It" (no 3), "Hysteria" (no 10) dan yang paling berjaya "Love Bites" (no 1 dalam carta Billboards). Rekod yang sukar nak diulangi oleh mana-mana band termasuk mereka sendiri.

Malah lagu-lagu yang tak jadi single macam "Don't Shoot Shotgun", "Run Riot" dan "Gods of War" pun sedap. Ini memang betul-betul album yang "All killer no filler".


Ianya juga penampilan terakhir Steve Clark. Aura Def Leppard memang tak sama selepas ketiadaan beliau. Ingat lagi dulu-dulu agak sukar juga nak bezakan solo Steve Clark dan Phil Collen. Tapi dengan adanya Encik Google, segalanya di hujung jari...

WomenPhil – Steve does a solo during the final chorus, then Phil again for the ride out
RocketPhil and Steve
AnimalPhil
Love Bites Steve
Pour Some Sugar On MeSteve and Phil, Steve does ride out
Armageddon ItSteve main solo, Phil ride out
Gods Of WarSteve
Don’t Shoot ShotgunSteve
Run RiotPhil
HysteriaSteve and Phil, Steve does ride out
ExcitableSteve and Phil
Love And Affection Phil main, Steve does ride out


Apa-apa pun album ni memang terbaik. Tak mampu pulak nak beli edisi Hysteria [5 CD/2 DVD] - 30th Anniversary tu. Ada cd yang asal ni pun jadi la....

Rekomended!




Friday, August 5, 2016

Yeah!

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada 23hb Mei yang lalu...


Def Leppard - Yeah! (2006)

Beli dah lama. Kalau tak silap ketika "Popular" buat sales dengan harga RM9.90 semasa renovation kedai mereka beberapa tahun yang lalu. Mendengarnya baru sekarang. Ntah mengapa sejak album "Slang" agak tawar hati juga untuk mendengar Def Leppard.

Tak sangka pula album ini sedap. Terbaik dari mereka semenjak "Retro Active". Satu kemungkinannya kerana ianya adalah lagu-lagu cover yang memang dah sedia sedap. Lagu-lagu rock klasik Britain 70an. Menariknya mereka menjadikan lagu-lagu tersebut seolah-olah lagu mereka sendiri tanpa mengubah sangat versi yang asal. Sesuatu yang tak mudah untuk dilakukan. Sekarang kita dah tau dah dari mana Def Leppard mendapat "influence" mereka.



Banyak juga lagunya yang baru pertama kali saya dengar dan ada juga yang pernah dengar tetapi baru ini tahu siapa penyanyi asalnya. Contohnya lagu "Hangin' On The Telephone". Pertama kali dengar versi thrash dari band Acid Reign. Terus suka. Baru ni ambil tahu siapa penyanyi asalnya yang sebenar.

Pilihan lagunya memang menarik. Tambah pula kebanyakannya bukanlah lagu popular dari penyanyi asal. Antara yang paling saya suka selain "Hanging on the Telephone" - The Nerves adalah "20th Century Boy" dari T. Rex, "Waterloo Sunset" - The Kinks, "Hell Raiser" - Sweet, "No Matter What" - Badfinger  dan "Don't Believe a Word" - Thin Lizzy

Yang menariknya juga adalah gambar-gambar dalam inlaynya. Setiap band member bergaya ala-ala cover dari album-album lejen klasik rock 70an...


Contohnya, Rick Savage bergaya ala-ala Freddie Mercury dari album Queen II



Vivian Campbell ala Marc Bolan dari album T. Rex - Electric Warrior


Yang ni pula khas untuk Deaf....Abang sado Phil Collen dengan gaya Iggy Pop dalam Raw Power...hahaha....




Wednesday, May 18, 2016

Slang

Yang 20 tahun pada 14hb May yang lalu...


Def Leppard- Slang (1996)

Dulu tak beli pun kaset ataupun cdnya. Memang tak masuk. Lagu perlahannya terlampau meleweh manakala lagu rancaknya dah jadi industrial. Sememangnya bukan Def Leppard yang saya kenal ketika tahun 80an dulu.

Tetapi setelah membaca ulasan Deaf dan cerita Portdy dalam blog mereka beberapa tahun yang lalu, rasa teringin pula untuk mendengarnya semula. Setelah RM20++  melalui ebay dari e-stock, akhirnya cd ini menjadi milik saya.

Ternyata selera muzik saya tidak banyak berbeza. Tetap tak berapa nak suka. Jangan salah faham. Lagu-lagunya bagus juga. Mungkin kalau ini Def Leppard anda yang pertama, pastinya anda akan menyukainya. Tetapi bagi saya yang membesar dengan mereka dari zaman NWOBHM, perubahan begini memang agak sukar untuk diterima.


Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang pelik. Def Leppard memang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Hysteria (1987) dan Pyromania (1983) pun dah nampak berubahnya. Tetapi mungkin yang secara kebetulannya, lagu-lagu mereka menjadi kurang menarik selepas kematian Steve Clark.

Tak berapa minat sangat. Hanya "All I Want Is Everything" adalah satu-satunya lagu yang hampir pada Def Leppard yang lama. Dan saya rasakan Vivian Campbell tidak menunjukkan kebolehannya yang sebenar sejak bersama Def Leppard.






Thursday, January 9, 2014

Pyromania


Penghabisan stok entri dari tahun lepas.....

Album kegemaran yang dah capai 30 31 tahun...



Def Leppard - Pyromania (1983)

Sebenarnya dah pernah cerita pasal album ni dulu. Rujuk >SINI< Tu yang agak lama entri ini tersangkut dalam draf pasal tak tau apa lagi nak di ceritakan sempena 30 tahun dah album ni tahun lalu.

Senang cakap ini adalah album Def Leppard kegemaran saya di zaman kegemilangan NWOBHM. Hysteria pun bagus cuma mereka pada ketika itu telah pun berubah menjadi pop metal. Seolah-oleh mendengar kumpulan yang berbeza. Foolin' akan sentiasa segar menjadi lagu yang mengingatkan zaman persekolahan saya.

Cuma satu yang secara kebetulannya...semalam pada 23 tahun yang lalu...Steve Clark telah meninggal dunia. Perginya dia seolah-oleh berakhirnya Def Leppard pada saya. Def Leppard tidak akan sama tanpa lagu-lagu dan petikan gitar Steve Clark.

Kalau cerita bab Steve Clark ni teringan juga nak baca buku memoir Runway RunAway: A Backstage Pass to Fashion, Romance & Rock 'n Roll yang di tulis oleh bekas tunang dia Lorelei Shellist. Pasal dalam buku ada cerita pasal dia. Sayangnya masih belum berpeluang...



 Switch 625

In memory of Stephen Maynard Clark (23 April 1960 – 8 January 1991)...thank you for the music.



Tuesday, September 24, 2013

Retro Active

Lagi album best yang dah 20 tahun


Def Leppard - Retro Active (1993)

Retro Active bolehlah dikatakan sebagai penutup bagi era Steve Clark. Selepas dari ini tiada lagi lagu-lagu ciptaan beliau untuk Def Leppard. Kematiannya bagi sesetengah peminat adalah juga merupakan kematian untuk Def Leppard. Saya termasuk dalam golongan tersebut. Susah untuk menerima hala tuju Def Leppard yang baru.

Retro Active adalah merupakan himpunan lagu-lagu B-sides dan  lagu-lagu yang tak pernah diriliskan semasa seisi rakaman dari tahun 1984 hingga 1993. Majoriti lagu-lagunya telah di touched-up semula tetapi masih mengekalkan apa yang dimainkan oleh Steve Clark. Ianya juga merupakan penampilan pertama Vivian Campbell sebagai gitaris baru mereka.

Ini adalah album terakhir Def Leppard yang betul-betul best. Lebih best dari Adrenalize (1992) yang dah terlalu pop rock bunyinya. Saya kurang berminat dengan rilisan seterusnya. Walaupun mereka cuba kembali ke era Steve Clark dengan Euphoria (1999). Percubaan yang baik sayangnya Def Leppard tak akan sama tanpa lagu-lagu ciptaan Steve Clark.

Leppard yang paling best

Terdapat 5 lagu ciptaan Steve Clark seperti "Desert Song", "Fractured Love", "Ride into The Sun", "Ring of Fire"dan "I Wanna Be Your Hero" yang pada saya sangat best. Tapi untuk lagu-lagu slow, memang patut di serahkan kepada Joe Elliott dan Phil Collen,. "Two Steps Behind" dan "Miss You in a Heartbeat" memang feeling. Tak hairanlah kalau Def Leppard selepas Retro Active cuma best pada lagu-lagu slownya sahaja.

Entah mengapa, saya suka betul dengan lagu "Only After Dark", cover version lagu 70an dari album solo gitarist David Bowie, Mick Ronson. Memang best. Pada saya kalau mahukan Def Leppard yang terbaik selepas era NWOBHM. Cari sahaja album ini dan Hysteria.


***1st time tengok gambar kaver album ni ingatkan gambar tengkorak...macam tak percaya pulak Def Leppard guna tengkorak....tapi rupanya sekadar ilusi mainan mata sahaja...heheh..




Tuesday, April 2, 2013

wasted

Kebelakangan ni banyak dengar balik band2 NWOBHM. Antaranya Def Leppard.


Bila dengar Def Leppard dulu dan sekarang memang banyak perubahan. Sekarang mereka hanyalah sekadar band pop rock yang lebih sikit rocknya berbanding Bon Jovi sekarang (Bon Jovi dulu pun heavy juga). Joe Elliot pun cakap Def Leppard bukanlah band metal dan tak mau dikaitkan dengan NWOBHM. Tapi kalau kita dengar-dengarkan balik album-album dan EP awal mereka, memang tak syak lagi...mereka sememangnya antara band awal pengerak NWOBHM.

Buktinya cuba dengarkan lagu bertajuk Wasted ni. Single pertama mereka dari album On Through the Night yang diterbitkan pada tahun 1979. Kalau ini bukan NWOBHM, tak tau la nak panggil apa lagi..

Thanks kepada youtube, dapat tengok video klasik ni...zaman awal Def Leppard bersama Pete Willis dan Steve Clark. Semua muka budak-budak lagi...

 Ni pulak Wasted masa Rock-Pop Fest 1983 di Dortmund...Ni Deaf ada burnkan aku dia punya dvd (thanks Deaf). Ni zaman Phil Collen dah gantikan Pete Willis.

Dan yang bawah ni pulak versi  Live at Donington tahun 2011. Best juga bila tengok mereka dah mula main balik lagu-lagu lama yang macam ni...paling best bila tengok Vivian Campbell menyolo part Steve Clark tu...baru lah nampak macam Vivian yang dulu...sayangnya bakat dia terbazir duk kat Def Leppard.


http://youtu.be/jzxz-J6jk7w

(aku tak berjaya nak upload video ni kat blog...klik ajer la...)




Wednesday, October 10, 2012

Adrenalize

Lagi album yang dah menjangkau usia 20 tahun...



Def Leppard - Adrenalize (1992)

Kalau Hysteria pun banyak yang kata Def Leppard dah jadi lembik...Adrenalize apatah lagi...penantian selama 4 tahun menunggu rasanya agak kurang berbaloi...kalau nak salahkan kematian Steve Clark pun tak boleh jugak...masih ada lagi lagu2 dari album ni yang sekurang2nya dicipta bersama beliau...tapi mungkin jugak kerana faktor dia...tiadanya dia di studio (semua part gitar Phil Collen yang main) macam Def Leppard dah takder soul...mungkin jugak kalau lagu2 ni dia yang main...album ni jadi lain...tak dapat dinafikan sememangnya beliau adalah nyawa Def Leppard...Def Leppard terus merundum selepas ketiadaan beliau...



Tapi sebenarnya album ni tak lah teruk sangat...banyak jugak lagu sedap2...yang selepas dari ni lagi mengarut....walaupun zaman ni grunge tengah meletup...still album ni terjual 7 juta unit worldwide...still dapat no 1 kat US dan UK...mungkin jugak momentum Hysteria masih ada...cumanya ianya terlampau poppy...kekadang dah macam lagu Bryan Adam pun iyer jugak...tambah2 kalau anda mat metal yang belum kebah dari demam thrash pada masa tu...macam susah nak terima yang Def Leppard...antara band yang menjadi pencetus NWOBHM menghasilkan album se"pop" begini...

Tapi takper la...mungkin ini direction mereka selepas Steve Clark...dalam satu interview aku baca Joe Elliot pun pernah cakap Def Leppard bukannya metal band...malah kalau boleh tak mau ada kena mengena pun ngan NWOBHM....



Rasanya inilah album mereka yang terakhir selain Retroactive yang aku boleh terima...Slang dan ke atas memang tak masuk kepala...apa2 pun kalau anda suka pop rock...Adrenalize adalah salah satu album yang patut anda cuba...



Tuesday, December 27, 2011

High 'n' Dry

Lagi album nostalgia yang dah genap 30 tahun...



 Def Leppard - High 'n' Dry (1981)


Kalau aku tak silap...High 'n' Dry adalah 1st kaset ori omputeh aku...sebelum tu macam biasa la...cap apache...yearghhh...apache rules!!!!...zaman hujung 80an tu kaset ori omputeh reganya dalam RM11 kalau aku tak silap...sebenonya aku mencari kaset Pyromania...pasal zaman aku kenal Def Leppard adalah zaman album Pyromania...tapi dah kedai kaset kat pekan Ulu Tiram tu jual kaset ni jer...aku pun sambo jer la...(sayangnya kaset tu dah hilang...member pinjam tak pulang...)

Masa beli tu memang aku tak familair ngan High 'n' Dry...kecuali lagu "Bringin' On The Heartbreak"...ada member dubbingkan...rasanya memang lagu ni yang paling popular dari album ni kan...sampaikan Mariah Carey pun pernah kaver lagu ni...pada aku "Bringin' On The Heartbreak" adalah contoh lagu slow rock yang betul2 rock...aku memang suka lagu2 slow yang jenis cengini...clean electric guitar plucking..(memang susah nak jumpa kat slow rock sejak 90an hingga sekarang kan??..balik2  jenis plucking akustik gitar jer kan...hampeh...) dan satu lagi distortion gitar...bukan leleh keyboard cuma part solo baru nak distortion gitar...arghh!!!...harap korang paham maksud aku...mungkin aku patut buat entry pasal ni...

Berbalik pada High 'n' Dry...dulunya aku tak suka sangat...pasal terlampau AC/DC...maklumlah penerbitnya  pun pernerbit "Highway To Hell" dan "Back In Black"...Robert John "Mutt" Lange...abis sound album ni pun dah macam AC/DC...tak caya try dengar title track "High 'n' Dry" atau pun "Let It Go"...memang bunyi Angus Young...tapi selepas 20++ tahun ni...aku rasa best pulak...sama best macam Pyromania...tu hari drive malam sambil layan cd ni...rasa macam asik nak tekan minyak jer dia punya syok...awas...jangan memandu sambil mendengar album2 macam ni...heheh..

Dulunya masa 1st time dengo...selain "Bringin' On The Heartbreak"...lagu pertama yang menangkap kat telinga aku adalah instrumental "Switch 625"...syok betul gandingan Steve Clark dan Pete Willis ni...ok...walaupun dorang teknikal tak sehebat solo2 Phil Collen...tapi perlu diakui...selepas Pete Willis kena tendang...Steve Clark mati...Def Leppard dah jadi merapu meraban...




So kalau korang nak dengo Def Leppard yang raw...yang rocked...zaman2 NWOBHM...ini memang rekomended...memang banyak lagu2 sedap...terutamanya side A kalau kat kaset..."Let It Go", "Another Hit And Run", "Lady Strange", "Mirror,Mirror"...nak lagi best cari cd rilisan 1984 macam aku punya ni..ada 2 bonus track "Bringin' On The Heartbreak" - remix version (masih mengekalkan solo Pete Willis walaupun rakaman video clip letak muka Phil Collen) dan  "Me and My Wine"...ni 2 lagu bonus memang berbaloi..

Apa2 pun mendengar Pyromania dan High 'n' Dry...membuatkan aku terpikir betapa bagusnya band ni satu masa dulu...kenapa la sekarang boleh jadi hampeh....perasaan sama yang aku rasa kalau aku mendengar Ride The Lightning mau pun Master Of Puppets...iskh....

beli Pyromania...pastu beli ni....REKOMENDED!

Friday, September 16, 2011

Pyromania

Belek2 label posting aku baru perasan aku tak pernah buat cerita pasal Def Leppard...padahal dorang ni la salah satu band yang mempengaruhi aku zaman aku budak2 dulu...bersempena tahun ni genap dah 20 tahun kematian Steve Clark...jom cerita pasal Pyromania dari Def Leppard.



High & Dry adalah kaset Def Leppard yang pertama aku ada...tapi lagu2 dari Pyromania lah yang mengenalkan aku kepada dorang terutamanya lagu Foolin...pertengahan 80an...lagu ni memang popular dikalangan rockers...sampaikan Search pun kaver...cekidot filem Kembara Seniman Jalanan...dan versi melayu Search "Berpaling" kat album Di Pintu Sepi...

Tahun 1983 adalah tahun bermulanya apa yang dipanggil sekarang sebagai glam metal..padahal aku tak rasa pun Def Leppard ada imej glam...Phil Collen pun dalam satu temuramah aku baca dorang tak pernah pun rasa dorang glam metal...rambut dia tak pernah beso pun...mungkin Rick Savage ada la sikit2 gaya glam...mungkin pasal Pyromania bersama2 dengan Metal Health (album metal pertama dapat no 1 dalam carta billboard) lah yang membuka jalan untuk band2 hard rock/heavy metal ke arena mainstream...pasal dorang...band2 macam Dokken, Twisted Sister, Motley Crue tiba2 jadi popular...tak pasal2 pun dorang jugak kena tempias label glam metal...



Bagi aku Pyromania adalah album terbaik Def Leppard...High & Dry ok..cuma banyak pengaruh ACDC dan lagu2nya tak semua yang aku suka...Hysteria pulak memang best...cuma iyanya dah terlalu pop...so kalau nak dengar Def Leppard yang masih raw soundnya...yang betul2 sound NWOBHM walaupun tak sekeras On Through The Night adalah Pyromania...

Ni memang killer album...semua lagu pun best...tambah2 pulak lagu2 wajib dengar dorang macam Photograph,Rock of Ages,Foolin,Too Late For Love semua asal dari album ni...tu lum campur lagu2 lain macam Rock Rock Till You Drop,Die Hard The Hunter,Billy's Got A Gun tapi ntah kenapa...aku kureng sikit kat lagu Stagefright (sorry Deaf...ni aku tau ko punya favourite...heheh..)

mungkin secara kebetulan...semua lagu kecuali Stagefright adalah ciptaan Steve Clark...tu pasal semuanya best...aku memang minat Steve Clark...aku rasa Def Leppard jadi agak merapu sejak kematian Steve Clark...last album dorang yang best pada aku adalah Adrenalize...walaupun tu jam Steve Clark dah takder...tapi lagu2 dia masih ada dalam album tu...masuk jer Slang...aku dah tak berapa minat dah nak follow dorang...tak tau apa jadi kat Vivian Campbell...mana ntah hilang sentuhan dia zaman Dio dulu...aku dulu2 memang harap John Sykes yang join...tak pun Luke Morley (Thunder)...



Pyromania jugak album 1st Phil Collen...tak silap aku masa dia join album ni dah separuh siap...part rythm gitar Pete Willis main dorang tak buang (ni kat inlay cd ada sebut)...Phil Collen menyolo jer kat album ni...tu yang jadi kelainan antara album ni ngan album2 awal...solo2 Phil Collen memang sedap...gandingan Steve Clark ngan Phil Collen memang serasi...best kalau tengok konser2t lama dorang berdua ni...aku tak feel ahh tengok Phil Collen ngan Vivian Campbell...

apa2 hal pun...ini memang rekomended!



In memory of Stephen Maynard Clark (23 April 1960 – 8 January 1991)...thank you for the music.

Friday, April 22, 2011

Last Action Hero

Baru2 ni tertengok pulak cerita Last Action Hero kat Astro...apa yang aku ingat dulu (tahun 1993)...selepas Terminator 2...ini lah filem Arnold Schwarzenegger yang ditunggu2...(serius susah betul nak eja nama mamat ni...siap kena google..heheh..)

Tapi bila filem ni main kat panggung...rasa nyesal lak nengok...memang hampeh...tapi ada satu benda yang aku suka pasal Last Action Hero...soundtrack dia...giler best..



Yang paling aku suka dalam soundtrack ni ialah Angry Again dari Megadeth...Satu lagu ni pun aku rasa dah cukup berbaloi untuk aku beli kaset ni...dan lagu ni memang takder kat mana2 album studio Megadeth kecuali Hidden Treasures dan album kompilasi...Angry Again bagi aku anytime je boleh beat mana2 lagu dari Countdown to Extinction...period!

Lagu lain yang best...Big Gun - ACDC...walaupun aku bukannya fan ACDC...banyak lagu dia susah aku nak hadam....tapi ini antara lagu pop dorang yang aku boleh layan...mungkin pasal terlampau kerap sangat ternengok video klip dia kat MTV tv singapore dulu...

What The Hell Have I - Alice In Chains...ni pun meletup gak kat MTV time tu...tapi aku kurang masuk la...ntah la...lemas aku lagu2 yang jenis moody gini...satu2nya lagu Alice In Chains yang masuk kat benak aku cuma "Would?"..(ni pun dari soundtrack jugak kan...)

Dream On - Aerosmith...aku memang tak jemu ngan lagu ni...dulu2 puas aku cari dari album mana la lagu ni...iskh..zaman2 takder internet la kan...soundtrack ni jer la yang dapat aku layan lagu ni...beli cd Big Ones pun frust takder lagu ni...

Two Steps Behind - Def Leppard...ni wife aku suka lagu ni...lepas More Than Words - Extreme meletup...semua pun nak buat stail unplugged camgini...1st time nengok kemunculan Vivian Campbell...ingatkan lepas ni Def Leppard semakin best...sekali.....aduh...pesal la dorang tak ambik John Sykes jer???..

Poison My Eyes - Anthrax...kira ok la...layan jugak..bunyi macam lagu2 dari Sound of White Noise...

Real World - Queensrÿche...lagu ballad ni pun sedap...ciptaan bersama Michael Kamen...tak kenal Michael Kamen??..klik >SINI<....dulu mula2 ambik masa gak nak hadam...



lagu2 lain tu aku tak berapa ambik pot sangat...walaupun aku suka Tesla...tapi lagu dia kat soundtrack ni tak berapa menarik pada aku...complete track listing adalah seperti berikut

1."Big Gun" - (AC/DC)
2."What the Hell Have I" - (Alice in Chains)
3."Angry Again" - (Megadeth)
4."Real World" - (Michael Kamen and Queensrÿche)
5."Two Steps Behind" - (Def Leppard)
6."Poison My Eyes" - (Anthrax)
7."Dream On" - (Aerosmith)
8."A Little Bitter" - (Alice in Chains)
9."Cock the Hammer" - (Cypress Hill)
10."Swim" - (Fishbone)
11."Last Action Hero" - (Tesla)
12."Jack and the Ripper" - (Michael Kamen & Buckethead)


Kesimpulan...filemnya sucks...tapi soundtracknya ROCKS!!!