Showing posts with label Piece Of Mind. Show all posts
Showing posts with label Piece Of Mind. Show all posts

Thursday, July 16, 2026

Hail to England

Piala dunia dah nak habis dah. Langsung tak ada cerita pasalnya kali ini. Entahlah...semakin meningkat usia semakin kurang rasa teruja untuk menonton. Memang tak lah nak berjaga malam atau bangun awal pagi menontonnya secara langsung macam dulu-dulu.

Lagipun bukan Malaysia yang bertanding. Nak menyokong negara orang memang rasa tak best, lainlah kalau ianya di peringkat kelab.

Sekadar untuk memeriahkan suasana rasa teringin juga nak tengok England menang di separuh akhir semalam. Bukan nak sokong sangat pun tetapi disebabkan cucu lahir dan ada surat beranak England, adalah sedikit soft spot kat situ...haha...

Tapi apakan daya. Melingkup pulak 😅


Monday, June 29, 2026

Megadeth

Dengan adanya Youthanasia makin hampir complete dah discography studio album Megadeth dalam bentuk piring.


Harapnya khabar angin yang mengatakan Cryptic Writings dan Risk juga akan dikeluarkan semula dalam bentuk piring akan jadi kenyataan.

Boleh dah pencen Megadeth bila dapat dua tu 😁


Tuesday, June 23, 2026

Cucu Tok Abah

 



Dah namanya pun cucu Tok Abah 😁


Sunday, March 22, 2026

Salam Aidifitri

Salam Aidifitri dari kami sekeluarga

Johor Bahru

Stockton-on-Tees




Friday, January 30, 2026

Naik pangkat

 



23/01/2026 - Alhamdullilah, naik pangkat.


Friday, January 9, 2026

50 tahun

 

Album-album ini menyambut ulangtahun yang ke 50 pada tahun ini. 

Saya hanya seorang kanak-kanak kecil yang belum faham apa itu muzik ketika semua album ini diterbitkan. Majoriti darinya hanya mula saya dengar secara penuh ketika di tahun 90an. 

Tetapi kalau nak kena pilih satu yang paling suka sudah semestinya Virgin Killer. Scorpions adalah antara pengenalan awal saya kepada muzik terutamanya muzik rock dan lagu-lagu dari Virgin Killer antara yang terawal saya dengar.


Wednesday, December 31, 2025

2025

 


Terima kasih 2025. Semoga 2026 akan rajin untuk menulis kembali.


Friday, September 5, 2025

Tergendala Sebentar

 

Kekangan masa dan kemalasan yang melanda menyebabkan blog ini tergendala sebentar.


Saturday, July 26, 2025

Goodbye to Romance

Saya bukanlah peminat tegar Ozzy Osbourne.  Pendedahan saya kepada Black Sabbath hanya bermula pada era Dio. Namun, seperti kebanyakan remaja yang terjebak dengan muzik rock pada awal 80an, saya tidak dapat lari dari mendengar muzik solo beliau.

Album - album seperti Blizzard of Ozz (1980), Diary of a Madman (1981), Bark at the Moon (1983) dan The Ultimate Sin (1986) adalah soundtrack zaman saya membesar.

Perubahan dalam selera muzik serta pengunduran Jake E. Lee menyebabkan saya kurang mengikuti perkembangan beliau selepas dari itu.

Walaubagaimanapun tiada siapa yang boleh menafikan yang beliau adalah antara punca tercetusnya Heavy Metal.


Thank you for the music

John Michael "Ozzy" Osbourne (3 December 1948 – 22 July 2025)


Sunday, April 6, 2025

Raya

Dah raya ke 7 baru berpeluang nak berblog...

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Tahun ni beraya tak cukup korum. Anak sulong dan menantu tak balik beraya. Harapnya tahun depan kami pula berpeluang beraya di sana. Nak juga merasa beraya di negara orang 😁


Tuesday, March 25, 2025

Santai nak raya

Pembelian terkini dari shopee.

Ini bagi menggantikan kerusi lipat yang orang bawa berkhemah/memancing/healing tu. Tak tahan la. Kainnya cepat koyak. Harap yang ini lebih tahan lama.

Senang la kalau rasa mengantuk lepas ni 😁


Monday, March 17, 2025

Cdholic 2

Bila cd dah tersusun kat rak memang nampak kemas tetapi agak jenuh juga bila nak mencari sesuatu cd walaupun ianya disusun mengikut abjad.

Hari tu jalan-jalan dalam MR DIY tetiba dapat pula idea untuk mengatasi masalah tersebut. Dan yang penting kosnya pun murah. Pergi bahagian alatulis. Cari kayu batang ais krim dan sticker abjad ABC. Settled!.


Inilah hasilnya. Kira boleh lah kan. Sekurang-kurangnya taklah lagi berpinar mata bila nak mencari sesuatu cd..haha...



Wednesday, March 12, 2025

Cdholic


Pejam celik dah nak masuk pertengahan bulan Mac. Macam baru jer rasa sambut tahun baru 2025.

Satu perangai yang masih tak berubah walaupun dah berubah tahun adalah penyakit membeli cd. Diam tak diam dah berderet juga pembelian untuk tahun ini. Tambah pula banyak pula terjumpa jualan cd terpakai dengan harga bawah RM25 serta pos percuma dari Shopee.

Ada tu yang dah ada pun sebenarnya. Tetapi tetap juga dibeli dengan pelbagai alasan. Contohnya Ozzy Osbourne - Bark At The Moon. Sebelum ini versi Digital Remaster dengan gambar cover kecil tetapi yang ini adalah cover penuh.

Tak payah nak pelik. Dah namanya pun penyakit. Heheh..


Wednesday, January 1, 2025

2025


Selamat tinggal 2024. Ini adalah antara cd album baru terbitan 2024 yang sempat dibeli.

Semoga 2025 dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan untuk membeli lagi dan lagi 😂


Monday, December 23, 2024

Walimatulurus



Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Rafi Xyrus Zone

Kita bikin romantis @ De' Laman Seputeh, Segamat - 22/12/2024


Thursday, December 12, 2024

Thank you

 



**sibuk betul hujung tahun ni ditambah pula dengan demam teruk hampir seminggu. Nak berblog pun tak larat. Copy paste ajer lah dari posting di Threads 5 hari yang lalu. 
Iyer...sebagai seorang yang trendy saya juga ada akaun Threads...hahaha..


Tuesday, October 22, 2024

Paul Di'Anno's Warhorse

Baru bercadang untuk menulis tentang cd ini. Ianya baru dibeli dalam beberapa hari yang lalu.

Paul Di'Anno's Warhorse (2024)

Sedang dalam mendengar dan mencari idea untuk menulis, tiba-tiba terbaca berita yang Paul Di'Anno telah meninggal dunia. Satu lagi kenangan silam yang dah tiada. 

Walaupun saya mula mendengar Iron Maiden ketika zaman Bruce Dickinson, tetapi 2 album beliau bersama Iron Maiden tetap menarik hati. Terutamanya jika mahukan Iron Maiden yang straight forward heavy metal.

Remember Tomorrow, Running Free, Phantom Of The Opera, Wrathchilds, Killers, Prodigal Son adalah antara yang entah berapa puluh atau ratus kali dimainkan sejak dari usia remaja membawa ke umur KWSP.

Terima kasih Mr. Paul Di'Anno (17/05/1958 - 21/10/2024) kerana mewarnai kehidupan zaman remaja. Beliau pernah mengaku yang dia Muslim. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Sedikit info tentang album Warhorse. Ianya adalah antara projek Di'Anno yang terakhir. Semua muzik, lirik dan instrumen dimainkan oleh 2 gitaris berbakat dari Croatia, Hrvoje Madiraca dan Ante Pupačić Pupi. Album ini berkonsepkan straight forward heavy metal ala 80an dengan sound produksi terkini. Memang best!



Friday, May 10, 2024

Membeli kenangan - Bujal

Kenangan dari zaman kanak-kanak...


Ini khas untuk warga tua bernostalgia…haha… Tapi ini bukanlah komik yang asal. Ianya adalah edisi khas terbitan baru 2024. Dicetak semula bersempena ulangtahunnya yang ke 51. 


Tahniah kepada penerbit dan pelukis asal (Tuan Rizalmam ) kerana menerbitkan semula komik ini. Sekurang-kurangnya dapat megembalikan kenangan zaman kanak-kanak disamping mengenalkannya kepada generasi yang baru.


Tapi mungkin komik sebegini bukan lagi pilihan bagi generasi sekarang. Maklumlah dunia sudah menjadi digital dan barangan fizikal hanyalah untuk warga tua bernostalgia (khabarnya dah sold out pun)

Melihatnya semula mengembalikan ingatan kepada watak-watak yang ada di dalamnya. Ada yang hampir terlupa, maklum lah dah lebih dari 40++ tahun.

Tak boleh ingat dah bila kali pertama membacanya. Mungkin sekitar tahun 1978. Tetapi seingatnya antara Bujal atau Bambino adalah bahan bacaan yang pertama dibaca ketika mula pandai membaca.

Mulanya sekadar pinjam kawan kemudiannya mengecek mak untuk beli. Tetapi ianya tak lama. Bujal saya tinggalkan bila munculnya komik Gila Gila.


Wednesday, April 17, 2024

Riak CDwi

Masih dalam mood Raya. Dah habis bulan puasa ni bolehlah ber"riak cdwi"...😁

Dalam mengemas rumah untuk persediaan Hari Raya minggu lepas sempat juga menyusun dan mengambil gambar beberapa keping cd terkini di dalam simpanan. Ini adalah pembelian untuk tahun 2024. Tetapi bukanlah semua. Ini tak termasuk cd baru keluaran 2024 dan beberapa keping lagi cd lainnya yang dah pun diletakkan dalam rak. (Malas nak keluarkan balik).

Tetapi yang pastinya dalam tempoh tersebut kebanyakan cd yang dibeli adalah dari genre hard rock dan pop metal (glam/hair metal). Kebelakangan ini sememangnya lebih cenderung untuk membeli cd-cd dari genre sebegini. Ada juga sedikit dari genre yang lain tetapi tak ambil gambar. Tak kena dengan tema.




Dan dalam tempoh ini juga memang tak ada pun membeli piring hitam (lp) kecuali sekeping. Harga lp yang semakin mahal dan kadar tukaran wang yang semakin teruk menyebabkan rasa tak berbaloi untuk membeli. (kecuali jika ada tajuk yang betul-betul dah lama mengidam nak beli).

Kebanyakan dari cd ini adalah cd terpakai yang dibeli dari Shopee dan buyee.jp. Majoritinya adalah dibawah RM30.

Dah banyak macam ni tak rasa akan ada kerajinan untuk menulis setiap satu….apa-apa pun masih belum terlambat untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA… MAAF ZAHIR DAN BATIN".


Tuesday, April 9, 2024

Sudah Sampai Sini - HMV

Sambungan dari bahagian 1 dan 2

Kedai yang terakhir tetapi sebenarnya kedai yang pertama disinggah bila sampai ke tanah Inggeris.


5 - HMV - The Cleveland Shopping Centre, Middlesbrough


Perancangan untuk berkunjung kesini telah awal dimasukkan ke dalam itinerary setelah mendapat tahu yang ianya terletak berdekatan dengan tempat tinggal anak. (rumah anak di Stockton-on-Tees ke Middlesbrough tak sampai pun 5 km).


Dulu selalu nampak nama HMV kat majalah Kerrang!. Pernah juga kirim kawan beli. Tak sangka pula akhirnya berpeluang juga untuk menjejakkan kaki ke sini. Walaupun mungkin HMV di Midlesbrough ini tidak sebesar seperti di London tetapi ianya sudah cukup "heaven" bagi peminat muzik tua seperti saya.

Lama dah tak pergi ke kedai cd sebesar ini. Ianya mengingatkan kepada Tower Records KL Plaza. Betul-betul mengamit memori. Sesat sekejap duduk dalam ni…hahaha….

HMV bukan setakat menjual cd dan lp, tetapi ianya juga menjual barangan berkaitan muzik seperti buku dan tshirt. Lupa dah nak ambil gambar semua tu. Dok kyusuk membelek cd dan lp…lupa dunia sekejap.

Yang menariknya disini ada promosi 3 Vinyl untuk £55 dan 2 CD untuk £16 untuk tajuk-tajuk yang tertentu. Tetapi tak ada tajuk yang betul-betul nak beli. Yang berkenan tu ada juga. Tetapi bila otak asyik la terfikir RM kali 6…memang apa pun tak jadi….haha…

Tambah menarik, ada kawasan khas dan luas untuk “Metal”. Bermakna genre metal masih popular dan diterima dengan meluas oleh orang-orang disini. Untuk genre lain pun ada tetapi taklah secara eksklusif seperti “Metal”. Siap dengan logo-logo semua.

Tetapi akhirnya sekadar mencuci mata. Tak ada beli apa pun. Ianya sekadar mengembalikan nostalgia zaman dulu. Seronok…lupa dunia dan rasa rindu betul lah nak ada kedai sebesar ini di Malaysia…


Dua ni beli kat kedai ini. Tetapi bukanlah masa datang hari tu. Kedua-duanya tak keluar lagi pun masa tu. Tetapi kirim dengan anak yang pulang bercuti raya...(jimat duit postage) 😁

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin.