Showing posts with label Alice Cooper. Show all posts
Showing posts with label Alice Cooper. Show all posts

Wednesday, April 3, 2024

Road

 Lagi album 2023...

Alice Cooper - Road (2023)

Tak boleh nak ingat dah ini album keberapa beliau tanpa bantuan google. Kali terakhir saya membeli cd album beliau adalah Welcome 2 My Nightmare (2011). Itu pun pembelian jualan murah RM10 dari Popular Book Store. Cdnya pun masih berbungkus plastik. Tak pernah pun putar. Yang betul-betul dengar adalah Dragontown (2001). Beli kaset. Tapi tak berapa nak minat. 

Alice Cooper susunan muziknya berubah mengikut zaman. Sebagai seorang yang membesar di era 80an, sudah semestinya saya mengemari era glam metal beliau yang bermula dari Trash (1989), Hey Stoopid (1991) dan The Last Temptation (1994)

Hasil membaca beberapa ulasan, saya terpengaruh untuk membeli album terbaru ini. Percubaan di spotify juga menyakinkan yang album ini berbaloi untuk dimiliki. Road bukanlah seperti 3 album yang saya sebut di atas. Tetapi pengaruhnya ada. Sesuai dengan usia beliau dan kemungkinan ini adalah album terakhir, beliau memilih gabungan dari era 70an, 80an dan 90an. 

Lagu-lagunya sedap. Alice Cooper jarang yang tak sedap. Cumanya kalaulah sound gitar Ryan Roxie, Nita Strauss dan Tommy Henriksen lebih berat ala-ala glam metal 80an...pastinya album ini lebih best. Terutamanya untuk telinga peminat yang seperti saya.



Tuesday, July 12, 2022

Hey Stoopid

 Lagi membeli sebuah kenangan….


Alice Cooper - Hey Stoopid (1991)

Kenangan zaman belajar di ITM. Kasetnya (kaset pinjam) terutamanya lagu "Might As Well Be on Mars" asyik di ulang-ulang pasang di walkman sampai habis bateri. Ntah kenapa suka betul dengan lagu ini. Lirik dan melodinya agak terkesan di hati.

Antara kaset pinjam yang hampir-hampir nak jadi harta sendiri. Berminggu atau berbulan atau mungkin juga hampir satu semester tak pulang. Tapi akhirnya dipulangkan juga. Kalau tak... jadi dah entri ni entri gila format…haha...


Alice Cooper sama seperti Aerosmith dan Whitesnake antara artis rock 70an yang berjaya meloloskan diri di era yang dipanggil sebagai hair metal. Itupun kerana mereka bersalin kulit mengubah muzik mereka mengikut aliran semasa. Kurang gemar dengan album-album awal beliau, tetapi trilogy Trash (1989), Hey Stoopid (1991) dan The Last Temptation (1994) adalah "holy grail" bagi yang minat beliau dari lewat 80an.

Tak ingat bila dan di mana versi cd dibeli. Tetapi versi piring hitam ini adalah antara yang baru berjaya dimiliki.  Antara yang menarik tentang album ini adalah barisan gitaris jemputannya. Joe Satriani, Steve Vai, Slash, Vinnie Moore dan Mick Mars…semua pun hebat. Tetapi yang lebih menarik lagi, bolehlah dikatakan yang kesemua lagunya sedap. Tak perlu skip!

3 album yang disebut tadi amatlah dicadangkan jika anda mahu mencuba dengar Alice Cooper di dalam genre pop metal.


Thursday, April 23, 2020

Hiburan WFH - Hey Stoopid

Lagi mengimbau kenangan silam dalam mengharungi Work From Home ketika PKP...


Alice Cooper - Hey Stoopid (1991)

Lama betul tak pasang cd ni. Rasanya inilah album Alice Cooper yang paling digemari. Mungkin lebih kepada nilai nostalgianya.

Tak pernah ada pun kasetnya. Ketika itu (tahun 1991) tengah kemaruk dengan thrash. Keutamaan membeli adalah kepada muzik yang sebegitu.

Ianya mengembalikan nostalgia ketika zaman bergelar siswa. Pinjam kaset kawan bilik sebelah. Bila telinga dah letih dengan lagu-lagu metal hantu akar kayu, lagu - lagu perlahan dalam album ini lah yang dapat mendamaikan hati.

Entah kenapa suka betul dengan lagu "Might As Well Be On Mars". Entah berapa puluh kali lagu ni berputar dalam walkman. Pasang, rewind, pasang, rewind, pasang, rewind pula guna pen kilometrico... Tandanya bateri walkman dah nak habis la tu... Haha... (yang merasa zaman tu paham la 😅)...


SELAMAT BERPUASA SEMUA



Wednesday, June 24, 2015

Welcome to My Nightmare

Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun ke 40.


Alice Cooper: Welcome to My Nightmare (1975)

"Welcome to my nightmare. I think you're gonna like it. I think you're gonna feel you belong."

Mula mendengar muzik Alice Cooper hanya pada penghujung 80an. Album Trash (1989). Sebelum tu hanya pernah dengar nama. Tetapi ketika saya kanak-kanak agak keliru juga dengan imej conteng muka antara beliau dan KISS. Pernah satu ketika dahulu saya ingatkan beliau adalah anggota KISS.

Beliau bolehlah dikatakan sebagai antara pengasas genre shock rock/horror rock dengan persembahan live yang penuh theateritical. Tetapi disebabkan hanya mendengar muzik beliau di zaman 80an, saya agak kurang "feel" dimanakah yang dikatakan shock rock/horror rock tersebut. Maklumlah muzik beliau dizaman 80an lebih terarah kepada muzik glam/hair metal. Beliau adalah seorang sentiasa berubah mengikut zaman.


Tetapi selepas mendengar Welcome to My Nightmare, barulah saya faham. Mendengarnya dengan lampu terpadam di waktu malam adalah suatu pengalaman yang menarik. Terutamanya lagu "Steven". Ianya mengingatkan saya kepada zaman budak-budak bila kali pertama mendengar lagu "Melissa" dari Mercyful Fate. Juga dengan lampu terpadam, Sungguh seram!

Tentu menarik jika dapat menonton persembahan album ini secara live. Dikhabarkan yang album ini sememangnya ditulis untuk persembahan pentas. Memang banyak unsur-unsur drama dan theateriticalnya.

Seperti yang saya katakan, Alice Cooper gemar mengikut zaman. Album ni cukup kuat pengaruh psychedelic rock 70an, Antara lagu yang menarik perhatian saya adalah "The Black Widow" dan lagu balada "Only Women Bleed".


Untuk pengetahuna umum, sebenarnya ini adalah album solo pertama beliau. Sedikit "konpius" kerana sebelum dari ini Alice Cooper adalah nama sebuah band. Dah ada 7 buah album pun sepanjang tahun  1969 hingga 1973. Bila berpecah, beliau, si vokalis (Vincent Damon Furnier) menggunakan nama Alice Cooper sebagai nama beliau sendiri.

Untuk yang berminat, gambar di atas adalah petikan dari buku "Fade to Black: Hard Rock Cover Art of the Vinyl Age" yang ditulis oleh Martin Popoff dan Ioannis. Harap-harap boleh dibaca.





Thursday, October 6, 2011

Dragontown

Kepada sesapa yang menonton Alice Cooper semalam (iyer...terutama anda En Deaf Angel)...tolong lah kasi review dan bubuh gambo Orianthi Panagaris sekali yer...heheh...

Bila dapat tau Alice Cooper turun Singapore dan dah tentu2nya aku tak berpeluang nak pergi...mengembur kembali koleksi cd/kaset Alice Cooper aku jer yang mampu aku buat...bestnya kalau dapat bercerita pasal yang terbaru Welcome 2 My Nightmare...tapi aku masih belum berpeluang nak mendengarnya...belek2...paling last Alice Cooper yang aku ada ialah Dirty Diamonds...tapi ni versi lanun...kalau yang ori cuma kaset ni..



Alice Cooper - Dragontown

(ini adalah antara kaset2 yang terakhir aku beli...kerana selepas dari ni...tahun 2002 ke atas kalau tak silap...dah susah nak jumpa kaset2 ni...)

Terus terang...10 tahun yang lalu masa baru2 beli kaset ni...ianya bukanlah sesuatu yang aku suka sangat...Alice Cooper ni sentiasa cuba untuk releven mengikut zaman...jangan mengharap Dragontown ni seperti album2 klasik 70an maupun pop metal 80an nya...tapi ianya lebih kepada trend semasa ketika itu...apa lagi kalau bukan campuran alternative,post-grunge,nu-metal dan industrial.

Dragontown selalu dianggap sebagai siri terakhir dari konsep album secara trilogy yang bermula dari "The Last Temptation (1994)" dan "Brutal Planet (2000)" walaupun Alice Cooper sendiri tidak pernah mengiyakan kaitan antara 3 album ni...tapi secara peribadinya bagi aku Dragontown memang ada kena mengena dengan Brutal Planet...dari segi lirik...konsep lagu2nya...memang hampir sama...sayangnya bagi aku...Dragontown tidaklah sebagus Brutal Planet...Dragontown lebih mellow...lebih ringan dan tak banyak killer songs...banyak lagu yang sama jer bunyinya yang buat rasa gatal jer tangan nak forward...



ada 2 jer lagu yang aku betul2 ingat selepas hampir 10 tahun tak dengor album ni...yang pertama lagu parody Elvis Presley tu..."Disgraceland"...ni aku ingat sangat pasal alice nyanyi stail Elvis dan satu lagi lagu slow "Every Woman Has a Name"...aku memang tabik Alice...lagu slow dia memang tak pernah mengecewakan aku...memang berhantu...

tapi tu cerita dulu la..untuk buat entri ni...aku dengor balik....ternyata telinga orang yang dah bertambah tua 10 tahun memang berbeza...hahaha...sekarang aku rasa ok la pulak...walaupun still ada lagu2nya yang aku rasa filler...tapi banyak la jugak yang aku boleh terima...umur memang kekadang memainkan peranannya...nampaknya kena la aku masukan Dragontown dalam list kaset yang perlu aku upgradekan ke cd...tu pun kalau jumpa yang murah2 la...

Apa2 pun aku tetap suka Alice era 80an nya...Constrictor, Raise Your Fist and Yell, Trash dan Hey Stoopid...nak buat camner...dah aku membesar di zaman tu....

Tuesday, October 6, 2009

Hey Stoopid

Raya pun dah masuk 17 hari dah..so back to business...review cd kembali lagi..kali ni aku tetiba rasa nak layan Alice Cooper...walaupun Alice Cooper sudah popular sejak zaman 70an lagi…tapi aku hanya mula dengar betul2 album beliau dari album Trash…semuanya kerana lagu Poison..popular kan lagu ni dulu…tapi untuk kali ini..aku akan review album selepas Trash iaitu Hey Stoopid.



Hey Stoopid adalah album yang ke...erk..aku lost count dah..banyak sangat Alice Cooper ni buat album..tapi apa2 pun album ni memang banyak nostalgia bagi aku..aku tak pernah beli pun kaset2 Alice Cooper..semuanya pinjam member..Hey Stoopid tidak lah sepopular Trash…maklum la diterbitkan pada tahun2 grunge tengah bermaharajalela..tapi ini album Alice Cooper yang bernostalgia pada aku…tu pasal beberapa tahun lepas bila terjumpa ada orang nak jual cd ni aku terus sambar..

1st time dengar album ni masa aku belajar di ITM dulu…pinjam kaset member bilik sebelah..biasanya lepas letih dengar lagu thrash/death metal…terutamanya waktu2 pkl 1,2 pagi aku suka dengar lagu yang kurang bingit sambil2 study…Hey Stoopid adalah salah satunya..Mulanya dulu aku tertarik nak dengar album ni pasal bila baca kat inlay kaset tu tengok artis jemputan untuk album ni dasat2 belaka…punya ramai gitar hero…tak caya..tengok ni..

Joe Satriani - "Hey Stoopid", "Burning Our Bed", "Feed My Frankenstein", "Little by Little" dan “Wind-up Toy”
Vinnie Moore - "Hurricane Years" dan "Dirty Dreams"
Steve Vai - "Feed My Frankenstein”
Slash – "Hey Stoopid"
Mick Mars (Motley Crue) - "Die for You"

Dan juga Nikki Sixx (Motley Crue) bass untuk "Feed My Frankenstein” dan Ozzy Osbourne backing vocal untuk "Hey Stoopid"



Orang dah legend kan…menang senang nak dapat orang2 popular contribute…sapa tak kenal Alice Cooper..antara pengasas shock rock/horror rock..persembahan live dia memang penuh theateritical…yang baru nak kenal boleh cekidout sini. Antara vocalist rock yang aku minat suaranya.

Antara lagu yang menarik bagi aku adalah Hey Stoopid, Snakebite (ada feel macam lagu poison skit2) dan Feed My Frankenstein (ni lagu bass line dia ada iras2 Dr Feelgood…rupanya memang Nikki Sixx yang main pun..padan la..) dan Wind-up Toys

Tapikan lagu2 slow dia memang meruntun jiwa ahh..Love’s a loaded Gun,Burning Our Bed,Die for You..memang layan..tapi ada satu lagu yang betul2 aku suka dari album ni..Might As Well Be On Mars..sebuah lagu slow rock yang umppphhh..teringat2 zaman tu pakai walkman asik la rewind kaset untuk dengar lagu ni berkali2 guna pen kilometrico (iyer changing season..gua pun sama..hehe)..kes nak jimat bateri..huhu..



Aku sampai sekarang pun masih follow Alice Cooper ni walaupun aku cuma ada cd ni ajer…lain2 semua main sedut…mungkin kalau jalan2 terjumpa Trash murah2…aku akan sambar kot..tapi untuk album2 lain..jadilah versi sedut..hehe..