Sempena hari kemerdekaan..
Ella & The Boys - Anak Merdeka (1987) keluaran semula 2016
Minggu ini genap sudah 29 tahun album ini dipasarkan. Ketika itu ianya bersempena dengan sambutan 30 tahun negara. Sayangnya jarang sungguh lagu yang menjadi tajuk album ini dapat kita dengar ketika negara menyambut ulangtahun kemerdekaan.
Bukan itu sahaja, album ke 2 Ella & The Boys ini juga agak kurang mendapat sambutan. Tak pasti dimana silapnya. Pada saya album ini lagu lagunya lebih baik dan sedap dari album pertama mereka. (pernah cerita dalam entri >sini< ) Mungkin juga kerana album ini terlalu cepat diterbitkan di saat orang belum puas dengan lagu Dua Insan Bercinta.
Selain anthem untuk hari merdeka, album ini juga mengandungi lagu anthem untuk hari ibu. Lagu Ibu nyanyian Lord liriknya memang sesuai untuk didedikasikan untuk para ibu. Lagunya pun sedap. Sayangnya seperti Anak Merdeka ianya kurang dipromosikan.
Pernah memilikinya dalam bentuk kaset. Tetapi di waktu itu tengah kemaruk dengan lagu rock inggeris, maka ianya tidak diendahkan sangat. Tetapi jujurnya hanya betul betul menghayatinya beberapa tahun yang lalu. Tak sangka pula ianya "grower". Makin lama dengar makin sedap. Lord memang seorang komposer yang bagus. Walaupun dah ada kesemua lagu lagunya dalam cd kompilasi Ella & The Boys tetapi memilikinya dengan cover yang asal adalah satu kemestian bagi mana mana album yang ada memorinya.
Saya berharap idea untuk menghidupkan semula Battle of the Bands akan menjadi kenyataan. Teringin nak dengar Ella menyanyikan semula lagu lagu dari album ini. Banyak lagu lagunya yang pada saya lebih sedap dan rockin' dari zaman solo beliau.
Wednesday, August 31, 2016
Monday, August 29, 2016
Slippery When Wet
Sempena 30 tahun (18hb Ogos 1986) album yang menjadi nostalgia untuk saya...
Bon Jovi - Slippery When Wet (1986)
Setiap orang ada tempat bermula. Seperti entri di >SINI< Slippery When Wet adalah tempat bermulanya saya menjadi seorang yang kemaruk membeli muzik. Dari kaset ke cd dan kini merapu ke piring hitam.
Ketika album ini keluar, saya baru terjebak dengan muzik rock. Seingat saya kali pertama mendengar lagu You Give Love A Bad Name adalah dalam rancangan radio Casey Kasem American Top 40. Lupa dah di siaran radio mana tetapi sejak itu saya mula terpengaruh dengan Bon Jovi. And the rest is history. Walaupun 2, 3 tahun kemudiannya saya mula pula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrim, namun Bon Jovi akan sentiasa ada tempatnya di hati saya.
Ianya mengembalikan kenangan di zaman sekolah. Mendengarnya hampir setiap hari sehinggakan naik hafal kesemua lagu-lagunya. Menonton tape VHSnya beramai-ramai. Terkial-kial belajar intro lagu "Wanted Dead Or Alive". Berangan nak jadi rock star. Ini adalah zamannya heavy metal dan rock masih tiada beza. Tak kisah sangat pasal genre. Ini juga zamannya Richie Sambora masih melakukan apa yang seorang gitar hero patut lakukan. Sesungguhnya saya rindukan zaman tu.

Wednesday, August 24, 2016
Cosmosis Indulgence
Terkini di pasaran.
Predicate Not Defined - Cosmosis Indulgence (2016)
Agak tekejut juga bila saya diminta oleh Saudara Azwi (vokal,gitar dan tulang belakang PnD) untuk mengulas cd terbaru mereka. Selain Raimi (Faithcraft Production), blog yang tak berapa nak metal ini memang tak pernah pun didekati mana-mana band untuk promosi album mereka. Lagipun ini bukannya blog ulasan album semata-mata. Untuk itu, setinggi-tinggi terimakasih untuk Azwi dan Predicated Not Defined atas kepercayaan mereka. Saya bukanlah pandai sangat dalam bab ulas mengulas ni.
Secara jujurnya saya kurang mengambil tahu tentang apa yang berlaku di dalam dunia muzik metal tempatan. Pernah dengar nama Predicate Not Defined tetapi tidak pernah mendengar lagunya. Ini pengalaman pertama saya mendengar mereka walaupun sebenarnya ini album penuh mereka yang ke 3. Tak sangka pula saya suka apa yang saya dengar.
Mereka agak eksperimental. Bukan setakat metal yang biasa-biasa. Melodic death/thrash yang progressif dan agak teknikal juga. Struktur lagunya sentiasa berubah-ubah dan tidak dijangka. Ianya menjadikan kita ternanti-nanti apa akan berlaku seterusnya. Muzik sebegini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimainkan bermakna mereka sememangnya pemuzik yang sangat bagus. Tabik kepada pemain drum mereka dan saya suka juga solo-solo gitar mereka yang sangat melodic.
Yang menariknya ada juga unsur unsur muzik tradisional melayu diselitkan. Paling ketara pada lagu "Physic" dimana ada bahagian harmonic solonya berunsurkan lagu joget. Manakala lagu "Malay Vivarium" pula solo gitarnya ada lengok seperti lagu asli. Sememangnya kedua-dua lagu ini adalah antara yang paling menarik minat saya.
Tapi bukan itu sahaja. Cd ini banyak mengandungi lagu yang bagus. Penggunaan "clean vocal" pada bahagian chorus yang melodic di majoriti lagu-lagunya menjadikan ianya lebih menarik. "Juvenile", "Thermo Dynamics", "Bima Sakti", "Chemical Digestron", "Hidrogen" adalah antara yang saya suka. Sebenarnya semua pun best. Yang menariknya lagu mereka agak berlainan di antara satu lagu dengan yang lainnya. Tak cepat bosan dan senang hadam.
Mungkin yang menjadi tarikan juga adalah lagi tribute mereka kepada P. Ramlee, "The Mustar Anthem". Satu-satunya lagu yang berbahasa melayu. Pastinya anda akan tertarik dengan instrumental "Maafkan Kami" yang diselitkan pada penghujung lagunya. Kreatif!
Apapun yang pasti produksinya bagus. Kalau tak tengok info ingatkan ini band Mat Saleh. Packaging juga tip-top. Inlay berwarna setebal 16 mukasurat. 14 lagu (satu darinya intro) Memang berbaloi. Tetapi yang paling utama pada saya adalah lagu lagunya yang agak melodic. Senang nak melekat. Sedap!. Pada saya hebat macamanapun kalau tak sedap tak guna juga.
Terbaik!...mungkin saya patut juga mendapatkan 2 cd terawal mereka. (khabarnya mereka mempunyai vokalis wanita pada suatu masa dahulu..)
Dapatkan cd mereka dengan segera. Untuk info lebih lanjut, sila hubungi mereka di FB >SINI<
Atau mungkin email sahaja kepada totalazwi@gmail.com
Sokong Muzik Metal Tempatan!

Monday, August 22, 2016
The Dark Saga
Yang dah 20 tahun pada 23hb Julai yang lalu.
Iced Earth - The Dark Saga (1996)
Ini adalah antara yang menarik untuk peminat heavy metal di tahun 1996. Album ke 4 Iced Earth yang berdasarkan komik Spawn ini pada saya adalah penyambung nyawa heavy metal di zaman kegelapan pertengahan 90an. Sayangnya saya terlambat mengikuti muzik mereka. Hanya bermula ketika album Something Wicked This Way Comes (1998). Kalau tidak sudah tentu muzik di tahun 1996 tidaklah terlalu bosan sangat untuk saya.
Walaupun ada yang beranggapan Iced Earth telah berubah menjadi lebih melodic dan tidak lagi sekeras seperti 3 album sebelumnya, tetapi bagi saya ianya jauh lebih bagus dari apa yang ada di pasaran pada ketika itu. Mungkin untuk standard Iced Earth, ianya bolehlah dikatakan sedikit perlahan. Tetapi jika anda peminat heavy metal, ianya masih boleh di maafkan.
Bukan thrashing power metal seperti sebelumnya tetapi saya suka melodi lagu lagunya. Mereka masih ada rif-rif thrash pada beberapa lagu rancak mereka seperti The Dark Saga contohnya. Violate dan The Hunter pun bagus. Tetapi lagu di track-track terakhir kecuali A Question Heaven agak kurang menyengat. Tetapi saya cukup tertarik dengan lagu Died For You. Power ballad yang memang power!!!
Terbaik dari Matt Barlow. Suka atau tidak, tiada siapa yang boleh menafikan yang The Dark Saga adalah antara persembahan vokal terbaik beliau.

Labels:
1996,
Iced Earth,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Friday, August 19, 2016
Kelkatu Gugur Sayapnya
Lagi album rock lama yang dikeluarkan semula...
Shima & The Boys - Kelkatu Gugur Sayapnya (1989) - keluaran semula 2016
Tahu pasal album ni. Pernah dengar 2 lagunya di radio tapi tak pernah dengar album penuh. Membelinya semata mata kerana minat pada Lord. Pada saya beliau sangat "underated". Bukan sahaja sebagai seorang gitaris tetapi juga sebagai seorang komposer.
Mula timbul minat kepada beliau ketika membuat entry berkenaan cd Ella & The Boys 5 tahun yang lalu. >SINI<
Mendengarnya secara tekun berulang ulang kali menyebabkan saya jatuh suka. Sesuatu yang saya tak berapa kisahkan pun dulu ketika zaman Battle Of The Bands.
Ternyata album ni boleh tahan lagu lagunya. Lord sememangnya komposer yang bagus. Malah dia juga boleh menyanyi. 3 lagu solo dan satu berduet dengan Shima. Konsep lagu lagunya tak lari sangat dari zaman Ella. Feel blues dan rock 70an ala ala Uriah Heep masih kedengaran terutamanya bahagian keyboardnya. Sound gitarnya pun sedap. Tidak lagi nyaring seperti zaman Ella.
Tak kisah pun jika penyanyinya bukan Ella. Saya lebih kepada hendak mendengar muzik The Boys. Saya tertarik dengan lagu Pedaya Cinta sejak pertama kali mendengarnya. Lagu sedap dan suara vokalisnya pun power. Shima memang tak sama dengan Ella. Dan dia tidak cuba juga untuk menjadi Ella. Saya sukakan ianya begitu. Walaupun ada juga bahagian seraknya yang cuba menjadi Ella tetapi suara beliau lebih kasar. Tetapi ada juga bahagian high pitch yang saya rasakan seperti menjerit.
Beliau dicanangkan sebagai saingan Ella. Walaupun beliau pernah juga berada di puncak tetapi rasanya hanya ada satu Ella. Sesuatu yang agak sukar hendak di gugat sehingga kini. Saya tak tahu sangat lagu lagu Shima solo dan tak berminat pun. Tetapi saya berharap suatu hari nanti ada pula cd rilisan semula Lord Justice. Band Lord selepas dari The Boys.

Wednesday, August 17, 2016
Brader, Kita Mesti Terus Hidup!
Antara buku terbitan terkini yang sempat di baca...
Brader, Kita Mesti Terus Hidup! (daripada pengarah filem cult kembara seniman jalanan) - Nasir Jani (2016)
Yang sebaya saya pasti tahu siapa dia Nasir Jani. Seorang pengarah yang agak kontroversi di zamannya. Filem arahan beliau, Kembara Seniman Jalanan menjadi filem wajib tonton untuk generasi rock 80an seperti saya. Terutamanya bila kumpulan Search di zaman Cinta Buatan Malaysia terbabit sama. Zaman rock baru nak bertapak. Diam tak diam dah 30 tahun dah usia filemnya.
Tapi buku ini bukan semata-mata pasal Kembara Seniman Jalanan. Tidak juga pasal biography Nasir Jani. Tetapi ianya adalah luahan perasaan beliau terhadap apa yang beliau alami yang diambil dari buku nota peribadi beliau yang ditulis pada penghujung 90an. Ianya bukanlah Nasir Jani kalau isi kandungannya tidak lantang dan kontroversi.
Banyak nama nama besar yang disentuhnya. Penentangan beliau terhadap Finas, Kementerian Penerangan, Tok Mat dan lain lain lagi. Sekatan dan ketidakadilan yang dikenakan kepada beliau oleh apa yang disebut beliau sebagai rejim Mahathir. Pandangan dan cerita disebalik tabir beliau tentang isu rambut panjang, kes tangkapan kumpulan Kris, kawan baik beliau Ito dan lain lain kes kontroversi yang melibatkan beliau termasuk untuk siapa lirik Satelit Puaka dan Bazooka Penaka beliau tujukan.
Menarik. Ianya mengembalikan memori saya terhadap apa yang berlaku pada industri muzik dan filem Malaysia pada akhir 80an dan awal 90an. Bahasa bukunya agak kasar. Tetapi bak kata Usman Awang, (seperti yang dicatatkan dalam buku ini), "Suatu bangsa tidak akan menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar". Mungkin buku ini akan membuka minda anda.

Monday, August 15, 2016
World Gone Made
Yang menyambut ulangtahun ke 30...
CJSS - World Gone Mad (1986)
Semenjak dah ada kembali pemain kaset, dapatlah semula mendengar kaset-kaset lama. Antara yang rasanya dah lebih dari 20 tahun tak dengar adalah kaset ini. Lagu lagunya pun dah lupa macamana.
Kali pertama mendengarnya mungkin dalam tahun 1987 atau 1988. Yang membuatkan tertarik untuk mendengarnya pada ketika itu adalah kerana gitarisnya yang bernama David T. Chastain.
Nama beliau tercatat dalam senarai antara gitaris gitaris hebat yang disiarkan dalam majalah URTV (jangan tak percaya). Beliau memang shredder hebat. Sayangnya nama beliau kurang dikenali pada zaman sekarang.
CJSS adalah huruf awal nama anggota kumpulan mereka. Muzik mereka adalah heavy/speed metal yang mempunyai pengaruh Judas Priest. Mungkin orang sekarang lebih gemar mengelarkannya sebagai muzik tradisional heavy metal. Muzik sebegini sememangnya menjadi kegemaran saya.
Mendengarnya semula mengingatkan betapa dulunya lagu lagu seperti World Gone Made, Hell On Earth, Run To Another Day dan beberapa buah lagi sememagnya santapan halwa telinga saya. Cuba juga mencari cdnya tetapi boleh tahan mahal juga harganya.
Jika anda pengemar muzik heavy metal 80an, ianya mungkin kena dengan selera anda. Dan jika anda sukakannya mungkin anda patut cuba juga dengar Chastain. Kumpulan yang ditubuhkan oleh David T. Chastain selepas CJSS.

1986,
CJSS,
kaset,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Friday, August 12, 2016
Gersang
Lagi perihal album keluaran semula...
Gersang - Gersang (1988) - keluaran semula 2016
Ini antara wish list. Akhirnya tertunai juga. Ianya merupakan kenangan di zaman persekolahan. Sayangnya ia tidak seperti yang diharapkan. Cover dan inlaynya langsung tak sama dengan versi asal. Satu gambar band member pun tak ada. Alasan kononnya mengikut versi piring hitam. Tetapi pada saya ia lebih kepada pihak pengeluar yang mengambil jalan mudah. Khabarnya pihak yang berusaha dah bagi pun cover yang asal. Tapi mereka tak nak, nak buat macamana. Sedih!
Tak puashati punya pasal. Saya mencari versi cdr. Walaupun ianya sekadar untuk koleksi peribadi tetapi ianya sangat berbaloi. Cover dan inlay yang asal. Cantik. Malah kualiti bunyinya juga telah di touch-up semula. Memang puashati. Maaf. Saya tidak menyokong cetak rompak. Tetapi kualitinya memang setanding dengan yang asli.
Ok. Tinggalkan bab tersebut. Sedikit mengenai kisah albumnya. Dulu memang malu la nak mengaku suka Gersang. (hahaha...) Walaupun dressing ala mat smart tetapi sebenarnya album pertama mereka ini lebih rock dari kebanyakan band rock tahun 90an. Album ini hanya mengandungi 3 lagu perlahan. Lainnya memang hard rock/ heavy rock n roll.
Semua lagu bagus. Yang rancak dan perlahan semua pun sedap. Perbezaan (ciptaan Din Mayat), Gelora, Perwira Bakti, Kaca Kaca Kota dan Jiwa Rock n Roll adalah antara yang paling diminati. Yang 3 lagu perlahan tu sememangnya kegemaran orang rumah. Gersang ni terutama Man Bai dan Kid, kemudiannya Acis memang budak- budak perempuan suka la. Kiut katanya...hahaha..
Permainan muzik dorang pun bagus. Banyak juga lagu yang mereka cipta sendiri. Saya juga tertarik dengan pemain keyboard jemputan mereka Islah. Tak tau siapa dia ni. Ada 2 lagu yang beliau cipta. Walaupun ada ala-ala David Bryan (Bon Jovi). Cuba dengarkan lagu Perwira Bakti yang ada pengaruh Bon Jovi - Runnaway. Tetapi antara highlight album ini selain ketukan drum Jojet, adalah kerja gitar Kid. Saya cukup suka petikan beliau dalam lagu Kaca Kaca Kota. Tapi tu lah...bila Gersang menjadi lebih pop dalam album kedua mereka. Nama Kid pun terpalit sama. Selamanya susah la peminat Hillary nak terima beliau dalam Search. Patutnya Kid buat reunion Gersang. Mungkin ianya lebih bagus.
Satu kagi kenangan saya pasal album ini adalah button badge. Di dalam kasetnya dulu ada borang untuk anda membeli button badge logo Gersang dan pelbagai band rock melayu yang lain. Tak ingat berapa ringit tapi saya ada membelinya. Tapi malu pula nak pakai.
Apa-apa pun album ni memang rock. Tapi saya meninggalkan Gersang selepas dari ini. Masa tu dah jadi mat thrash. Apa barang nak dengar dan pakai button badge Gersang. Poser sungguh....hahaha...
Gersang - Gersang (1988) - keluaran semula 2016
Ini antara wish list. Akhirnya tertunai juga. Ianya merupakan kenangan di zaman persekolahan. Sayangnya ia tidak seperti yang diharapkan. Cover dan inlaynya langsung tak sama dengan versi asal. Satu gambar band member pun tak ada. Alasan kononnya mengikut versi piring hitam. Tetapi pada saya ia lebih kepada pihak pengeluar yang mengambil jalan mudah. Khabarnya pihak yang berusaha dah bagi pun cover yang asal. Tapi mereka tak nak, nak buat macamana. Sedih!
versi cdr |
Ok. Tinggalkan bab tersebut. Sedikit mengenai kisah albumnya. Dulu memang malu la nak mengaku suka Gersang. (hahaha...) Walaupun dressing ala mat smart tetapi sebenarnya album pertama mereka ini lebih rock dari kebanyakan band rock tahun 90an. Album ini hanya mengandungi 3 lagu perlahan. Lainnya memang hard rock/ heavy rock n roll.
versi cdr, versi asli sekeping gambar pun tiada |
Permainan muzik dorang pun bagus. Banyak juga lagu yang mereka cipta sendiri. Saya juga tertarik dengan pemain keyboard jemputan mereka Islah. Tak tau siapa dia ni. Ada 2 lagu yang beliau cipta. Walaupun ada ala-ala David Bryan (Bon Jovi). Cuba dengarkan lagu Perwira Bakti yang ada pengaruh Bon Jovi - Runnaway. Tetapi antara highlight album ini selain ketukan drum Jojet, adalah kerja gitar Kid. Saya cukup suka petikan beliau dalam lagu Kaca Kaca Kota. Tapi tu lah...bila Gersang menjadi lebih pop dalam album kedua mereka. Nama Kid pun terpalit sama. Selamanya susah la peminat Hillary nak terima beliau dalam Search. Patutnya Kid buat reunion Gersang. Mungkin ianya lebih bagus.
Satu kagi kenangan saya pasal album ini adalah button badge. Di dalam kasetnya dulu ada borang untuk anda membeli button badge logo Gersang dan pelbagai band rock melayu yang lain. Tak ingat berapa ringit tapi saya ada membelinya. Tapi malu pula nak pakai.
Apa-apa pun album ni memang rock. Tapi saya meninggalkan Gersang selepas dari ini. Masa tu dah jadi mat thrash. Apa barang nak dengar dan pakai button badge Gersang. Poser sungguh....hahaha...
Labels:
1988,
2016,
cd,
Gersang,
kaset,
rock melayu,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, August 10, 2016
Down on the upside
Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 21hb Mei yang lalu...
Soundgarden - Down On The Upside (1996)
Walaupun kata tak minat, saya tetap memiliki 3 album Soundgarden. Untuk cerita Badmotorfinger rujuk sini< dan untuk Superunknown >sini<
Mungkin ini penyakit. Pantang kalau masuk ke kedai kaset. Beli bukan pasal minat tapi lebih kepada ketagihan seorang "cassetteholic/cdholic". Tak tahu ada ubat tak untuk penyakit ni. Risau juga bila sedikit demi sedikit dah terjebak pula menjadi hipster "vinylholic"...parah!...
Yang menarik minat saya untuk mendengar Soundgarden adalah soundnya yang agak metal berbanding band grunge yang lain. Tetapi dengan DOTU, muzik mereka menjadi lebih ringan. Kurang perisa metal dan tiada lagi riff riff menarik dari Kim Thayil. Walaupun trademark grunge Soundgarden masih ada tetapi secara keseluruhannya mereka cuba untuk bereksperimen dan menjadi lebih matang.
Ada juga lagu yang menarik. "Ty Cobb" salah satu contohnya. Lagu rancak yang agak berbeza dengan kebiasaan mereka. Walaupun kali ini mereka lebih melodic, tetapi tiada lagu yang sekali dengar terus melekat seperti "Black Hole Sun" dari Superunkwown.
Ada yang kata selain kematian Curt Cobain, kemunculan album-album experimental dari nama-nama besar grunge seperi No Code dari Pearl Jam dan DOTU dari Soundgarden adalah punca kejatuhan genre grunge di penghujung tahun-tahun 90an.
Mungkin juga....

Smells Like Teen Spirit 90's,
Soundgarden
Monday, August 8, 2016
CD 3 Ringgit
Seperti yang dinyatakan di blog "Koboi Tanduk", saya berkesempatan ke lokasi kejadian pada hari sabtu yang lalu. Selepas hampir sejam terkial-kial dan terbongkok bongkok membelek sampai sakit mata. (maklumlah orang tua lama macam saya ni kadar penglihatan jarak dekat memamg semakin bermasalah...haha..) Akhirnya inilah hasilnya.
Mungkin dah terlambat. Tak jumpa pula cd Black Sabbath. Motorhead pula cuma satu tajuk. Cd pop memang banyak. Tapi dengan harga RM3 sekeping semua ni memang kira lebih dari berbaloi la...

Friday, August 5, 2016
Yeah!
Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada 23hb Mei yang lalu...
Def Leppard - Yeah! (2006)
Beli dah lama. Kalau tak silap ketika "Popular" buat sales dengan harga RM9.90 semasa renovation kedai mereka beberapa tahun yang lalu. Mendengarnya baru sekarang. Ntah mengapa sejak album "Slang" agak tawar hati juga untuk mendengar Def Leppard.
Tak sangka pula album ini sedap. Terbaik dari mereka semenjak "Retro Active". Satu kemungkinannya kerana ianya adalah lagu-lagu cover yang memang dah sedia sedap. Lagu-lagu rock klasik Britain 70an. Menariknya mereka menjadikan lagu-lagu tersebut seolah-olah lagu mereka sendiri tanpa mengubah sangat versi yang asal. Sesuatu yang tak mudah untuk dilakukan. Sekarang kita dah tau dah dari mana Def Leppard mendapat "influence" mereka.
Banyak juga lagunya yang baru pertama kali saya dengar dan ada juga yang pernah dengar tetapi baru ini tahu siapa penyanyi asalnya. Contohnya lagu "Hangin' On The Telephone". Pertama kali dengar versi thrash dari band Acid Reign. Terus suka. Baru ni ambil tahu siapa penyanyi asalnya yang sebenar.
Pilihan lagunya memang menarik. Tambah pula kebanyakannya bukanlah lagu popular dari penyanyi asal. Antara yang paling saya suka selain "Hanging on the Telephone" - The Nerves adalah "20th Century Boy" dari T. Rex, "Waterloo Sunset" - The Kinks, "Hell Raiser" - Sweet, "No Matter What" - Badfinger dan "Don't Believe a Word" - Thin Lizzy
Yang menariknya juga adalah gambar-gambar dalam inlaynya. Setiap band member bergaya ala-ala cover dari album-album lejen klasik rock 70an...
Contohnya, Rick Savage bergaya ala-ala Freddie Mercury dari album Queen II
Vivian Campbell ala Marc Bolan dari album T. Rex - Electric Warrior
Yang ni pula khas untuk Deaf....Abang sado Phil Collen dengan gaya Iggy Pop dalam Raw Power...hahaha....

Tuesday, August 2, 2016
Night Songs
Hari ini 2hb Ogos 2016, maka genaplah 30 tahun usia album kegemaran di usia remaja..
Cinderella - Night Songs (1986)
Pernah menulis pasalnya 7 tahun yang lalu >sini<
Night Songs adalah antara album yang mengembalikan nostagia ketika saya mula terjebak dengan muzik rock dan metal. Ianya adalah antara kaset (apache) terawal saya. Sayangnya yang tinggal kini hanyalah "cover"nya sahaja. Kasetnya dah hilang entah kemana.
Walaupun begitu saya masih tetap mempunyainya dalam bentuk kaset. Ianya adalah pemberian seorang rakan (saya dah lupa siapa). Menurutnya ianya dibeli oleh abangnya di Jepun ketika beliau menuntut di sana. Covernya dah hilang. Sebab itulah dihadiahkan kepada saya. Tulisan di kasetnya semua bahasa Jepun. Sepatah haram pun tak boleh nak paham.
Versi cd pula di beli 19 tahun yang lalu. Kalau ikutkan sticker di kotaknya, ianya di beli di Salem Power Station dengan harga RM32. Ini yang menariknya Salem Power Station berbanding Tower Records. Mereka selalu ada cd versi special price yang lebih murah. Sayangnya kedua-dua kedai cd ini dah tinggal kenangan dan sejarah. Bolehlah dikatakan pada penghujung tahun 90an dulu saya adalah pengunjung tetap mereka terutamanya Salem Power Station di Ampang Point. Maklumlah dekat dengan rumah (ketika itu menyewa di kawasan Kg Pandan)
Versi piring hitam ini pula dibeli melalui ebay sekitar setahun dua yang lalu selepas terjebak dengan penyakit kumpul vinyl. Dah tak ingat harganya. Mungkin sekitar RM50 hingga ke RM70. Saya jarang membeli piring hitam dengan harga yang lebih dari itu. Tetapi yang pastinya mana-mana album yang ada nilai sentimental pastinya berbaloi untuk saya gila formatkan. Hobi yang mengabiskan duit sebenarnya. Tetapi kepuasan memilikinya tak tergambar dengan kata kata.
Walaupun dah 30 tahun usianya, lagu lagu seperti Night Songs, Shake Me, Nothin' For Nothin',Somebody Save Me, In From The Outside masih tetap mengujakan setiap kali mendengarnya. Apatah lagi lagu Nobody's Fool. Ianya adalah antara lagu slow rock kegemaran sepanjang zaman. Syahdu sungguh solo gitar Tom Keifer dalam lagu ni...
Terbaik!

Cinderella,
kaset,
LP,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Subscribe to:
Posts (Atom)