Showing posts with label Sonata Arctica. Show all posts
Showing posts with label Sonata Arctica. Show all posts

Monday, July 29, 2024

Clear Cold Beyond

Lagi album terbitan 2024...


Sonata Arctica - Clear Cold Beyond (2024)

Kali terakhir mendengar mereka adalah Talviyö (2019). Ingatkan malas dah nak mengikuti mereka kerana kurang gemar dengan album tersebut. Tetapi percubaan mendengar lagu "First In Line" di spotify menyebabkan jatuh suka. Sedap betul melodinya. Dan akhirnya terjebak untuk mencuba keseluruhan album terbaru mereka.

Ternyata Sonata Arctica mencuba untuk kembali seperti dulu. "First In Line" sememangnya kembali kepada akar umbi power metal mereka. Begitu juga dengan beberapa lagu yang lainnya. Tetapi bagi saya ianya tidak cukup konsisten. Memang banyak lagu yang catchy dan sedap. Tetapi ada masanya kedengaran agak sama. 

Mungkinnya ianya hanya saya. Telinga yang semakin tepu dengan irama sebegini. Mungkin saya dah patut berhenti untuk terus membeli album-album dari genre sebegini. Tetapi itulah...mungkin ini bukan hanya penyakit... tetapi satu sumpahan...haha..


Thursday, January 23, 2020

Talviyö



Sonata Arctica - Talviyö (2019)

Lama dah tak dengar Sonata Artica. Dulu, zaman kemaruk dengan genre power metal (awal-awal tahun 2000), album mereka seperti Ecliptica (1999) dan Silence (2001) adalah antara yang paling digemari.

Ingat lagi dulu melawak dengan kawan, "kau dengar Sonata Artica… aku tengok Winter Sonata"…hahaha... Masa tu belum tahu istilah K-pop. Tapi cerita Winter Sonata tu memang meletup. Ianya adalah pengalaman pertama  menonton drama korea atas alasan untuk meneman isteri… ok…ini cerita lain….hahaha...


Menjelang pertengahan tahun-tahun 2000an, mula rasa tepu dengan muzik sebegini. Album terakhir mereka yang ambil tahu kalau tak silap Winterheart's Guild (2003). Itu pun tak beli. Sedut MP3. Selepas belasan tahun, rasa teringin untuk mendengar mereka semula. Tambahan pula, entah kenapa kebelakangan memang kemaruk untuk mendengar genre sebegini semula.

Ternyata Sonata Artica sekarang agak berbeza. Muzik mereka semakin lembut. Genre power metal sememangnya tidak memerlukan rif gitar yang kuat. Cukup sekadar lagu yang bermelodi dan senang menangkap. Terutamanya untuk yang lebih symphonic. Tetapi Sonata Artica sekarang terlalu lembut. Mungkin terlalu progressif. Ada masanya bunyian keyboard lebih mendominasi. Bunyian gitar seolah-olah sekadar latar belakang. Memang ada lagu yang bukan power metal. Malah tak metal pun.


Bukanlah tak sedap. Lagu mereka masih melodic. Memang catchy. "Message From The Sun" adalah contohnya. Tapi bagi peminat yang ketinggalan dalam mengikuti perkembangan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini memang akan rasa lain. Rasa berbeza. Ini bukan Sonata Artica yang kita kenal dan suka.

Bukanlah album pilihan. Tetapi ianya masuk dalam kategori kena dengar banyak-banyak kali untuk suka. Itupun kalau anda jenis yang tidak cepat merasa bosan 😁




Thursday, December 5, 2019

CD 2019 - Bahagian 14







Gambar kedua-duanya berkonsepkan sama. Suasana sejuk dan dingin. Maklumlah kedua-duanya berasal dari Negara Nordic. Tetapi genre muziknya tak sama. Sonata Arctica berkonsepkan power metal dari Finland manakala Borknagar pula progresif black metal dari Norway.

Sonata Arctica dah lama dengar sejak album Silence (2001) tetapi Borknagar ni baru jer belajar dengar dan terus melekat. Kedua-duanya antara calon album pilihan 2019.