Showing posts with label As-Sahar. Show all posts
Showing posts with label As-Sahar. Show all posts

Friday, May 27, 2016

Baku Karama

Lagi album keluaran semula...


As Sahar - Baku Karama (1999) - keluaran semula 2016

Secara jujurnya ketika As Sahar meletup dengan eastern black metalnya, saya tidak mengambil tahu pun. Seperti yang sata katakan sebelum ini, pertengahan 90an adalah tahun-tahun yang saya agak "lost" dengan muzik metal.

Ketika Baku Karama keluar, saya dalam proses mengambil tahu apa yang saya tertinggal. Mulanya agak pelik juga. Apa yang saya baca mereka adalah band black metal, tetapi Baku Karama tidak seperti yang saya baca. Ianya sebuah album rock/heavy metal biasa. Kemudiannya barulah saya tahu yang ianya sememangnya di buat begitu kerana sebagai penghormatan dari mereka untuk muzik rock melayu tahun 80an. Siap ada lagu slow rock di track kedua. Susunan biasa bagi album-album rock melayu tahun 80an.


Khabarnya ramai peminat mereka tak suka. Tetapi bagi saya yang membesar dengan lagu-lagu rock 80an, Baku Karama sememangnya album yang bagus. Semua lagu sedap. Solo-solo gitarnya pun bagus. Situasinya mengingatkan saya kepada Celtic Frost dengan album Cold Lake. Ramai tak suka, tapi saya suka.

Manchester United rocks!!!
Pada saya yang menariknya tentang Baku Karama adalah melodinya yang simple dan korus "sing-a-long" yang sangat catchy. Tak perlu suara "high pitch", ianya sudah cukup sedap di halwa telinga.

Terbaik!