Showing posts with label Helter Skelter. Show all posts
Showing posts with label Helter Skelter. Show all posts

Tuesday, August 3, 2021

Helter Skelter

Layanan rawak semasa Work From Home...
   

Helter Skelter - Helter Skelter (1989)

Band yang agak kurang popular di sini berbanding band senegara mereka yang lainnya seperti Rusty Blade ataupun Rockers. Tak pernah nampak pun versi cd. Yang ada hanyalah versi cd Megapack 2 + 1.

Mereka lebih dikenali kerana kontroversi ciplak "How Many Tears - Helloween" dan "Seven Doors Hotel - Europe". Dalam salah satu temuramah Radio Singapura pada suatu masa dahulu, apabila Michael Weikath (Helloween) di beritahu tentang perkara ini, beliau tidak mengambil kisah pun. Mungkin bagi beliau ianya juga suatu bentuk promosi untuk mereka di rantau ini. Lagipun siapalah Helter Skelter di mata beliau...

Tetapi bagi yang tinggal di Johor Bahru pastinya biasa dengan mereka. Majoriti dari kami memang biasa mendengar dan menonton radio dan tv dari Singapura terutamanya ketika tahun-tahun sebelum adanya ASTRO. Lagu-lagu mereka memang kerap dimainkan di radio. Tiada Lagi Airmata dan Melissa antara yang sangat popular.

Dan secara jujurnya saya sememangnya mengemari mereka walaupun muzik mereka tidaklah sekeras atau seberat Rusty Blade mahupun Rockers. Gitaris mereka bagus. Susunan muziknya sedap. Lagu-lagu perlahan mereka masih dalam lingkungan rock dengan gitar berdistorsi dan bukan yang terlalu meleweh. Tak pasti kenapa mereka kurang popular. Mungkin mereka kurang diberikan promosi

Mereka juga membawakan lagu cover "Crash Course In Brain Surgery", versi Metallica. Menurut mereka dalam salah satu wawancara yang pernah saya baca, ianya suatu percubaan untuk membawa genre thrash ke dalam muzik mereka. Kalau ianya di terima mungkin akan di teruskan untuk album yang berikutnya. Saya tidak pasti adakah ianya diterima. Jujurnya saya tidak pernah mendengar album kedua mereka kecuali lagu Memori Mardiana yang sering keluar di Radio Singapura.

Cd Megapack ini adalah peluang untuk saya mendengarnya..


Thursday, October 31, 2019

Follow The Blind

Ini sambungan dari entri Demon - The Unexpected Guest...


Blind Guardian – Follow the Blind (1989)

Sebenarnya lagu "Don't Break The Circle" kali pertama saya dengar bukanlah dari Demon. Tetapi versi cover dari Blind Guardian. Asalnya ingatkan ini versi asal. Selepas ada cdnya, barulah tahu siapa penyanyi asal.

Kalau kena pilih, saya lebih suka versi Blind Guardian. Ianya lebih laju. Tetapi versi Helter Skelter pun boleh tahan juga. Maklumlah, versi itu lebih awal saya dengar dari kedua-duanya... Hahaha...

Sedikit berkenaan album Follow The Blind. Seperti album pertama mereka, Battalions of Fear, album ini juga berkonsepkan speed metal. Memang agak berbeza dengan arah muzik mereka sekarang.

Bukan yang sekarang tak best, tetapi selera saya lebih terarah kepada muzik mereka pada zaman ini. Memang raw. Lagu "Banish From Sanctuary" dan "Valhalla" adalah antara yang paling diminati.




Monday, October 28, 2019

The Unexpected Guest

Antara yang baru di miliki...


Demon - The Unexpected Guest (1982)

Demon adalah antara band yang berada di dalam pergerakan New Wave Of British Heavy Metal yang muncul pada penghujung 70an dan awal 80an. Tak mengikuti dan tak berapa minat pun. Tetapi ada satu lagu mereka yang cukup berkenan di hati. Tajuknya "Don't Break the Circle".

Sila youtube, spotify atau apa sahaja cara untuk cuba dengar lagu ini. Kemudiannya, dengar pula lagu "Antara Syurga Dan Neraka" dari "Helter Skelter". 😁😁😁



***Pembelian cd hanya kerana minat satu lagu....hmmmm...ini adalah penyakit...kalau orang lain.. download sudah....