Showing posts with label In Flames. Show all posts
Showing posts with label In Flames. Show all posts

Saturday, March 9, 2024

Foregone

Lagi album 2023...

In Flames - Foregone (2023)

Saya teragak-agak untuk membeli album ini kerana album sebelumnya I, the Mask (2019) tidak berapa kena dengan jiwa.

Tetapi banyak ulasan mengatakan album ini bagus. Dan ramai juga yang meletakkan album ini didalam senarai Top 10 album pilihan terbaik 2023 mereka. Disebabkan itu, saya rasa terpanggil untuk mencuba dan akhirnya terjebak untuk membeli.

Lain orang lain citarasanya. Tetapi bagi saya album ini lebih baik dari beberapa album sebelumnya. Ianya masih bercirikan alternative metal tetapi lagu-lagunya lebih bermelodi. Chorusnya catchy. Mungkin boleh dibandingkan dengan era Reroute to Remain (2002) hingga Come Clarity (2006). Paling hampir lah untuk ke melodic death metal.

Salah satu lagi tarikan untuk kembali mendengar In Flames adalah Chris Broderick. Dia secara rasminya menjadi ahli tetap sejak dari 2022.


Sunday, January 3, 2021

Colony

 Mengimbau kenangan..

In Flames - Colony (1999)

Sebenarnya ini adalah permintaan dari seorang rakan di Instagram. Beliau mahu saya bercerita samada tentang Kansas- Leftoverture, Ted Nugent atau mana-mana album In Flames dari zaman melodic death metal mereka. Sayangnya saya tiada cd Ted Nugent untuk dicerita. Dan kebetulan pula tengah di dalam mood untuk mendengar melodic death metal, maka saya dahulukan Colony dari Leftoverture.

Agak lambat sebenarnya mendengar In Flames. Bermula dari Clayman, tetapi kaset pertama mereka yang dibeli adalah Reroute To Remain (2002). Ketika itu dah rasa ianya berbeza. Tak minat sangat. Bila mendengar album-album awal mereka ternyata ianya lebih memikat hati.


Tak ingat bila kali pertama mendengar album ini secara betul. Kalau tak silap selepas merasa tepu dengan power metal (sekitar menuju ke pertengahan tahun 2000an), ketika itu selera mula berubah ke arah melodic death metal. In Flames adalah salah satu darinya.

Bagi saya bermula dari Colony, In Flames semakin kurang perisa death metalnya. Colony lebih mementingkan melodi yang catchy. Mungkin mereka mahukan supaya ianya lebih mudah diterima di khalayak umum. Lagu-lagunya memang mudah menangkap. Paling digemari adalah bahagian harmonic solo gitarnya. Memang terasa ke'maiden"annya (haha.. ada ke ayat macam ni).

Senang cerita kalau anda mahukan sesuatu yang aggresif tetapi dalam masa yang sama mahukan juga yang melodic. Ini adalah yang patut anda cari.



Thursday, May 23, 2019

I, the Mask



In Flames - I, the Mask (2019)

Tidak mengikuti sangat perkembangan mereka sejak dari album Reroute to Remain (2002). Arah tuju In Flames sejak dari album tersebut memang tidak berapa kena dengan selera.

Ini adalah percubaan untuk kembali mendengar In Flames. Ternyata meraka telah jauh meninggalkan muzik melodic death metal yang menjadi awalan mereka. Tidaklah kecewa. Benda yang dah boleh di agak pun. Tetapi tipulah kalau kata tidak mengharapkan mereka untuk kembali ke era tersebut.


Cuba juga mendengar Battles (2016) (album sebelum) sebagai perbandingan. Ternyata I, The Mask lebih baik. Ada beberapa lagunya yang menarik. Ada momen-momennya. Tetapi ianya tidak konsisten.

I, the Mask rasanya lebih sesuai untuk peminat metalcore, alternative metal atau apa sahaja label muzik yang sebegini. Kena tanya mereka. Sedap lah kot agaknya. Tetapi yang nak melodic death metal seperti saya, kita bernostagia sahajalah dengan The Jester Race (1996), Whoracle (1997), Colony (1999) dan Clayman (2000).




Thursday, April 18, 2019

Cd terkini 2019 - Bahagian 2

Lagi pembelian terkini untuk cd-cd terbitan tahun ini. Dengan kemalasan mencapai tahap maksima, maka akan banyaklah timbul entri-entri ringkas seperti ini... 😀


Overkill - The Wings of War   /   In Flames - I, the Mask

Overkill ni dah 30 tahun kot follow. Lost sekejap pada penghujung 90an. Tapi semenjak 3, 4 album terkini yang mereka kembali thrashing macam dulu-dulu, rasa berminat untuk follow semula. Makin tua makin power. Cumanya rasa rindu juga nak dengar mereka bermain lagu-lagu slow thrash macam "Soulitude" atau "Shades of Grey"...

In Flames pula cuma mula follow ketika album "Reroute to Remain", lepas tu baru kebelakang. Dan berhenti selepas album "Come Clarity". Muzik mereka dah berubah. Ni baru nak cuba-cuba dengar semula.

Macam biasa...mungkin ada entri berasingan yang akan muncul....







Sunday, October 30, 2016

The Jester Race

Yang dah tahun 20 tahun pada 20hb Februari yang lalu...


In Flames - The Jester Race (1996)

Saya selalu kata pertengahan 90an adalah tahun yang kurang menarik bagi muzik metal. Mungkin saya tak betul-betul mencari atau mungkin sahaja pada ketika saya memang dah tepu dengan metal. Rasanya kalau saya tahu lebih awal yang pada ketika di Gothenberg, Sweden adanya “Slaughter of the Soul” dari At The Gates, “The Gallery”dari Dark Tranquillity dan "The Jester Race" dari In Flames mungkin ianya akan berbeza. Mendengar mereka ianya mengingatkan saya kepada salah satu album kegemaran saya, "Heartwork" dari Carcass.

Tetapi dari ketiga-tiga itu saya lebih menyukai In Flames. Mendengar The Jester Race membuatkan saya terpikir mungkin beginilah bunyinya jika Steve Harris berhasrat membuat album death metal. Harmonic gitar solo nya memang mengingatkan saya kepada Iron Maiden. Solo solo gitarnya memang sedap. Memang melodic. Salah sebuah album melodic death metal yang terbaik pernah dihasilkan.


Cd ini sebenarnya baru saya beli. Nampaknya syarikat NSR bukan sahaja menerbitkan semula album-album rock melayu lama dalam bentuk cd. Tetapi juga album-album antarabangsa yang pernah di'under licensed'kan kepada VSP. Bagus juga. Dengan harganya yang mampu milik harapnya banyak lagi album-album terbitan VSP akan dikeluarkan oleh NSR.




Friday, October 5, 2012

Reroute to Remain

Kembali kepada cerita2 album yang dah 10 tahun...



In Flames - Reroute to Remain (2002)

Aku agak terlambat untuk follow In Flames ni...zaman dorang tengah naik aku dah tinggalkan death metal...tapi bila aku berpeluang mendengar album Clayman...aku jadi berminat pulak...dari Clayman la aku mula berminat untuk menjejaki album2 lainnya.

Billa kaset Reroute To Remain ni berada di pasaran (beli pada Dec 2002...tahun2 terakhir aku beli kaset)...aku membelinya tanpa was was...tapi bila mendengarnya ni aku jadi tawar hati dengan In Flames...



Hilang dah melodic death metalnya...walaupun muziknya lebih berat dari Clayman...tapi arah tujunya seolah2 lebih kepada nu-metal...walaupun masih ada elemen melodicnya terutama pada korus lagu...tapi hilang dah trademark solo2 gitar mereka...

Aku tak berani nak cakap mereka "sell-out"...atau menjadi mainstream...mereka masih metal...pada aku tak salah pun kalau nak mainstream...Tapi experimen mereka didalam album ni memang tak berapa masuk untuk taste aku...cukuplah takat aku mendengar dari Jester Race hingga ke Clayman...

Btw...syok juga layan lagu slow dia "Methapor"...memang selalu band2 yang extreme ni bila sesekali buat lagu slow memang sedap2...