Yang dah 40 tahun usianya pada 5hb Mei yang lalu...
AC/DC - Powerage (1978)
Dah pernah buat entri pasal album ini 6 tahun yang lalu. Rujuk >SINI<
Saya bukanlah pengemar ACDC pada asalnya. Zaman awal terjebak dalam muzik rock, saya lebih mengenali logo mereka berbanding lagu-lagunya. Tiada siapa yang berada di sekitar saya yang mengemari ACDC. Oleh sebab itu saya agak lambat untuk mendalami muzik mereka.
ACDC adalah sebuah band yang tidak mudah hadam. Ramai yang berangapan muzik mereka hampir sama sahaja. Tetapi jika anda dapat memahami muzik mereka, ianya akan menjadi satu ketagihan. Itu yang terjadi kepada saya. 6 tahun yang lalu adalah tahun yang mana saya cuba untuk memahami muzik mereka. Kemudiannya terjebak dan membeli hampir keseluruhan album studio mereka.
Namun begitu, Powerage bukanlah sebuah album yang saya cadangkan jika anda baru hendak bermula. Separuh kedua untuk album ini sememangnya agak mendatar dan kedengaran agak sama sahaja. Memang langsung tidak sesuai untuk beginner.
Tetapi jika hendak mencuba juga. Saya cadangkan lagu Sin City atau Rock And Roll Damnation atau Riff Raff dan mungkin juga Down Payment Blues. Tapi jika semua ini tak boleh masuk, sememangnya anda bukanlah untuk ACDC.
*salam ramadhan untuk pembaca setia berteromber walaupun tuan tanahnya dah tak berapa nak setia untuk menulis sepanjang masa...terima kasih.
Showing posts with label ACDC. Show all posts

Wednesday, May 16, 2018
Monday, January 22, 2018
Blow Up Your Video
Sudah pun berusia 30 tahun pada 18hb Januari yang lalu...
AC/DC - Blow Up Your Video (1988)
Cd ini diperolehi hanya 2 atau 3 tahun yang lalu. Tahun-tahun yang tengah kemaruk untuk melengkapkan discography AC/DC dalam simpanan. Sebelum itu memang tak pernah dengar. Saya memang agak terlambat untuk memahami muzik AC/DC.
Pertama kali dengar memang kurang berminat. Ini adalah antara cd mereka yang paling kurang diputarkan. 2 lagu pembukaan adalah lagu yang paling menarik. "Heatseeker" dan "That's the way I wanna Rock N Roll". Ada 2,3 lagu lain yang agak catchy juga chorus dan rif -rifnya bila di dengar berulang kali. Tetapi selebihnya hanyalah biasa-biasa dah bolehlah dikatakan sebagai filler.
Pertengahan 80an adalah tahun-tahun kejatuhan AC/DC. Flick of the Switch (1983), Fly on the Wall (1985) dan Blow Up Your Video adalah antara album-album mereka yang kurang digemari. Boleh juga di anggap sebagai filler dalam discography mereka. Nasib juga mereka kembali dengan album hebat, The Razors Edge (1990) selepas dari ini.
Kesimpulannya, Blow Up Your Video adalah album yang perlu anda beli jika anda dalam kategori peminat tegar ataupun untuk melengkapkan koleksi discography mereka.

Labels:
1988,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Saturday, November 18, 2017
Wednesday, January 4, 2017
Dirty Deeds Done Dirt Cheap
Seperti kebiasannya...ada beberapa entri dari tahun lepas yang tersangkut dalam draf...Ini salah satu darinya....
Yang dan 40 tahun pada 17hb Disember yang lalu ...
AC/DC - Dirty Deeds Done Dirt Cheap (1976)
Saya adalah peminat AC/DC generasi baru. Baru bukan bermakna "muda". Tetapi baru kerana hanya baru-baru ini mula terjebak minat dengan muzik mereka.
Dirty Deeds adalah antara album klasik era Bon Scott. Asalnya dulu agak sukar juga untuk saya membezakan antara vokal Bon Scott dan Brian Johnson. Tetapi yang saya perasan Bon Scott mempunyai suara yang lebih sedikit tinggi (higher register) berbanding Brian Johnson. Namun begitu kedua-duanya ada keistemewaan masing masing.
Dirty Deed Done Dirt Cheap adalah apa yang anda jangka dari ACDC. Hard rockin rock n roll. Inilah trademark mereka. Dari dulu hingga sekarang. Lagu yang menjadi tajuk album, Dirty Deed Dond Dirt Cheap adalah highlight utamanya. Antara lagu mereka yang kerap saya dengar di radio sebelum saya mula terjebak meminati mereka.
Pada saya mendengar ACDC adalah mudah. Rock n roll supposed to be fun. Dirty Deeds Done Dirt Cheap sememangnya membawa keceriaan itu.

1976,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's
Monday, June 20, 2016
Who Made Who
Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb Mei yang lalu...
ACDC - Who Made Who (1986)
Saya menjadi peminat mereka baru beberapa tahun yang lalu. Dengan ACDC, peribahasa tak kenal maka tak cinta memang sangat bersesuaian. Super Rockstar seperti Axl Rose pun sanggup mengenepikan ego beliau demi semata-mata untuk menjadi penyanyi penganti kepada ACDC. Memang susah untuk tidak menyukai mereka. Mereka adalah legend. Period!
Who Made Who adalah soundtrack kepada filem Maximun Overdrive arahan penulis novel kegemaran saya Stephen Kings. Dan kebetulan atau tidak, ACDC adalah band kegemaran beliau. Filemnya walaupun dilakonkan oleh salah seorang Brat Pack, Emilio Estevez telah gagal dipasaran. Tetapi Who Made Who tidak. Ia mencapai tahap platinum dengan 5 juta unit terjual di USA.
Sebenarnya ianya hanya mengandungi 3 lagu baru dimana 2 daripadanya adalah instrumental. Bolehlah juga dikatakan sebagai album kompilasi dengan lagu lagu hit mereka seperti You Shook Me All Night Long, Hell Bells dan lain-lain dan satu dari lagunya, Ride On adalah dari era Bon Scott. Tetapi walaupun begitu, lagu baru yang menjadi tajuk album, Who Made Who adalah salah satu lagu paling menonjol. Memang Sedap.
Ianya sangat sesuai juga untuk sesiapa yang baru nak belajar mendengar ACDC. Rugi oo tak dengar ACDC...
ACDC - Who Made Who (1986)
Saya menjadi peminat mereka baru beberapa tahun yang lalu. Dengan ACDC, peribahasa tak kenal maka tak cinta memang sangat bersesuaian. Super Rockstar seperti Axl Rose pun sanggup mengenepikan ego beliau demi semata-mata untuk menjadi penyanyi penganti kepada ACDC. Memang susah untuk tidak menyukai mereka. Mereka adalah legend. Period!
Sebenarnya ianya hanya mengandungi 3 lagu baru dimana 2 daripadanya adalah instrumental. Bolehlah juga dikatakan sebagai album kompilasi dengan lagu lagu hit mereka seperti You Shook Me All Night Long, Hell Bells dan lain-lain dan satu dari lagunya, Ride On adalah dari era Bon Scott. Tetapi walaupun begitu, lagu baru yang menjadi tajuk album, Who Made Who adalah salah satu lagu paling menonjol. Memang Sedap.
Ianya sangat sesuai juga untuk sesiapa yang baru nak belajar mendengar ACDC. Rugi oo tak dengar ACDC...
Labels:
1986,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Monday, January 18, 2016
Fly On The Wall
Lagi entri yang sepatutmya ditulis tahun lepas...yang menyambut ulangtahun ke 30 31
ACDC - FLY ON THE WALL (1985)
Mungkin ini bukanlah album mereka yang popular. Ramai terutamanya peminat dari tahun 70an mereka yang tidak suka. Tetapi sebaliknya pula bagi saya. Entah mengapa ini lah album mereka yang paling cepat untuk saya hadam. Sekali dengar pun dah suka
Lagu-lagunya agak catchy berserta sing a long chorus yang memang sedap. Lagu seperti "Sink The Pink" betul-betul mengingatkan saya kepada Cinderella ataupun Ratt. Manakala "Playing With Girls" pula mengingatkan saya kepada KISS. Mungkin kerana saya mendengar lagu-lagu mereka terlebih dahulu dari ACDC, menyebabkan saya berperasaan begitu.

Mungkin kerana album ini bertepatan dengan zaman bermulanya era pop metal. Feel lagu-lagunya memang begitu. Ianya mengingatkan kepada band-band di era hair metal yang berkiblatkan mereka. Cinderella salah satu contohnya. Mungkin inilah album rujukan mereka.
Lagu-lagunya agak catchy berserta sing a long chorus yang memang sedap. Lagu seperti "Sink The Pink" betul-betul mengingatkan saya kepada Cinderella ataupun Ratt. Manakala "Playing With Girls" pula mengingatkan saya kepada KISS. Mungkin kerana saya mendengar lagu-lagu mereka terlebih dahulu dari ACDC, menyebabkan saya berperasaan begitu.
Pada saya idea yang mengatakan ACDC 70an lebih best dari ACDC 80an menjadi penyebab kenapa album ini gagal di pasaran. Kalau mereka sebuah band baru, mungkin lain penerimaannya...
Labels:
1985,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Thursday, October 8, 2015
Ballbreaker
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 26hb September yang lalu...
AC/DC - Ballbreaker (1995)
AC/DC kembali menjadi AC/DC. Straight "blues rock n roll". Album sebelumnya, "The Razor's Edge" (1990) walaupun mempunyai lagu-lagu hits seperti "Thunderstruck" dan "Are You Ready", tetapi berbunyi agak pop kalau mengikut piawaian AC/DC sendiri.
Mungkin dengan kemasukan semula drummer Phil Rudd, selepas 12 tahun, (kali terakhir ketika album, "Flick of the Switch" (1983), line-up klasik "Back in Black" menjadikan mereka kembali kepada asal.
Tetapi ini bukanlah "Back in Black". Mereka telah melangkah terus kehadapan terutamanya bila menggunakan khidmat Rick Rubin sebagai penerbit untuk mendapatkan sound terkini. Tetapi yang pastinya AC/DC akan tetap menjadi AC/DC.
Best jika anda peminat AC/DC. Maklumlah muzik sebegini bukan semua oarng boleh hadam.

1995,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Wednesday, October 15, 2014
'74 Jailbreak
Hari ini...15hb Oktober, EP ini menyambut ulang tahunnya yang ke 30.
AC/DC - '74 Jailbreak (1984)
Secara kebetulan, cd ini baru saya terima semalam. Ngam-ngam untuk buat cerita sempena ulangtahunnya yang ke 30. Tetapi kalau di baca sejarahnya >wiki< koleksi lagu-lagu ini sebenarnya dirakamkan pada 40 tahun yang lalu (1974).
Saya agak baru dalam mendalami muzik AC/DC. Ini adalah kali pertama saya mendengar '74 Jailbreak secara keseluruhan. Mendengar EP ini membuatkan saya faham kenapa masih ramai peminat mereka masih menyanjung mendiang Bon Scott. Memang power!
Ntah kenapa dulu-dulu saya agak kurang terdedah dengan muzik mereka. Tetapi sedar tak sedar dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini saya sudah memiliki 13 cd mereka. Hampir lengkap dah discographynya. Sememangnya saya adalah salah seorang peminat mereka sekarang. "Better late than never". Sayang sungguh band lagenda seperti mereka ini belum pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.
Best!

![]() |
| hanya tinggal 2 tajuk dari di atas yang belum dimiliki |
Ntah kenapa dulu-dulu saya agak kurang terdedah dengan muzik mereka. Tetapi sedar tak sedar dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini saya sudah memiliki 13 cd mereka. Hampir lengkap dah discographynya. Sememangnya saya adalah salah seorang peminat mereka sekarang. "Better late than never". Sayang sungguh band lagenda seperti mereka ini belum pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.
Best!
Labels:
1984,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Monday, September 9, 2013
Flick of the Switch
kumpulan lagenda dengan album mereka yang dah masuk 30 tahun.
AC/DC - Flick of the Switch (1983)
Tak kisah la zaman apa...grunge atau alternative. AC/DC tetap AC/DC. Mereka tidak pernah sellout. Ini adalah suatu perkara yang saya cukup respek dengan mereka.
Kalau ada biasa dengan BERTEROMBER, tentu anda tahu yang saya hanya mula mendengar AC/DC secara serius sejak dari tahun lalu. Tetapi saya menjadi ketagih untuk mendengar mereka selepas itu. Maka secara jujurnya saya tidak pernah mendengar Flick of the Switch ketika ianya diriliskan 20 tahun yang lalu. Pertama kali mendengarnya adalah pada penghujung tahun lalu. Ini adalah sebuah album yang tak terhegeh-hegeh, tak terkeseng-keseng, tak meleweh. Up tempo. Straight forward rock n roll. Kuatkan volume anda dan GO!!!.
Ianya mengingatkan saya kepada album-album awal mereka di era Bon Scott. Rupa-rupanya mereka sememangnya mahukan begitu, Sebuah album yang back to basic. Pada saya mereka berjaya. Soundnya raw seakan-akan rakaman live dari studio dengan sound gitarnya yang berdentum. Adik beradik Young memang tak pernah mengecewakan saya.
Lagu -lagu seperti "Rising Power", "Guns for Hire" dan "Bedlam in Belgium" memang sedap. Sayangnya jika telinga anda belum terlatih untuk mendengar AC/DC, pastinya kebanyakan lagu-lagunya akan kedengaran seperti sama. Flick of the Switch memerlukan sedikit masa. Ianya bukanlah catchy dan pop seperti Back In Black.
Bukan untuk pendengar casual. Tetapi untuk untuk peminat AC/DC khususnya, This is heavy rock n' roll!!!!

1983,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Wednesday, August 28, 2013
Tuesday, June 4, 2013
High Voltage
Selain Motorhead, ACDC adalah sebuah nama besar rock yang saya tidak berapa ambil tahu semasa zaman saya budak-budak dahulu. Hanya kebelakangan inilah baru saya cuba untuk mendengar mereka terutamanya ACDC dengan lebih serius. Kali ini saya mencuba album pertama mereka.
AC/DC - High Voltage (1976)
High Voltage bukanlah sebenar-benarnya album pertama mereka tapi ianya merupakan album pertama yang diriliskan di pasaran antarabangsa. Walaubagaimanapun ianya mengandungi lagu-lagu dari 2 album awal mereka yang hanya diriliskan di Australia, High Voltage dan T.N.T.
Saya tak berapa pasti perihal sejarah muzik tapi bagi saya High Voltage telah mengubah sejarah rock n roll selamanya. Kemampuan AC/DC dalam membuat lagu2 catchy blues based hard rock telah menjadi satu trademark yang kemudian menjadi ikutan di seluruh dunia.
Lagu2 seperti It's A Long Way to the Top, Rock n Roll Singer, The Jack, T.N.T., Can I Sit Next To You Girl, She's Got Balls memang cukup catchy. Satu benda yang saya kagum, mereka hanya menggunakan riff-riff yang simple dan mudah tapi yang dasyatnya boleh pula menghasilkan pelbagai lagu yang sedap-sedap.
Bagi saya peranan Malcolm Young dalam High Voltage dan AC/DC secara keseluruhannya memang patut diiktirafkan. Mungkin ada yang tak bersetuju kalau saya katakan beliau adalah the most under-rated rythm guitarist. Tetapi begitulah nasibnya jika mempunyai adik bernama Angus Young, peranannya seolah2 dinafikan sedangkan hampir semua lagu2 dan riff2 AC/DC adalah dari idea beliau. Bukankah sepatutnya dia berhak mendapat pengiktirafan yang lebih?
Kalaulah dari dulu lagi saya telah didedahkan dengan High Voltage, mungkin dah lama saya menjadi peminat mereka.

Monday, October 29, 2012
Powerage
AC/DC - Powerage (1978)
Cd kedua AC/DC saya selepas "Back In Black". Sebenarnya untuk zaman Bon Scott, saya cuba untuk mendapatkan "Highway To Hell" atau "Dirty Deeds Done Dirt Cheap" atau mungkin "Let There Be Rock" seperti yang dicadangkan rakan2...tapi saya kalah bid...disebabkan Powerage ada "Sin City"...antara lagu AC/DC yang saya kenali...saya mencuba Powerage.
Seperti Back In Black...saya cuba menghayati Powerage selama seminggu...terutamanya ketika memandu dan menolong isteri mengosok baju (sebenarnya memang itulah sahaja masa yang saya ada untuk mendengar muzik kebelakangan ini).
Sama seperti Back In Black...Powerage juga mengunakan konsep yang sama...straight simple blues based rock n roll...crank up the guitars to 10 and have fun...iyer...sememangnya itulah konsep rock n roll...rilek2 sudah...kalau anda nak memberatkan kepala...AC/DC sesungguhnya bukan untuk anda.
Sesuatu yang saya rasa agak kurang dengan album ni cuma dari segi melodi...2nd half dari album ini pada saya agak mendatar...lagu yang seolah2 sama sahaja...mungkin sebab tu album ni agak kurang disebut berbanding album2 era Bon Scott yang lainnya...Walaubagaimanpun selain Sin City...lagu2 seperti Rock And Roll Damnation, Riff Raff dan Down Payment Blues patut saya sebut antara lagu terbaik dari album ini.
Apa2 pun AC/DC tetap AC/DC....Angus Young tetap hebat...takder yang salahnya dalam muzik mereka...dan saya sangat tertarik dengan vokal Bon Scott...kalau Brian Johnson dikatakan lebih banyak menjerit...suara Bon Scott lebih natural...lebih power...memang tak salahlah kalau ramai fan AC/DC tetap menyanjungi beliau sehingga kini...
Powerage bukanlah untuk mereka2 yang baru nak belajar dengat muzik AC/DC...tapi untuk yang lainnya...This is Rock N Roll!!!.

1978,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's
Thursday, October 18, 2012
Back In Black
AC/DC - Back In Black (1980)
Sebelum ini...saya hanyalah seorang casual listener terhadap muzik AC/DC...tidak pernah mempunyai kaset/cd malah mendownloadnya pun tidak....tetapi selepas membaca buku Why ACDC Matters...saya rasa amat tertarik untuk mendengarnya dengan lebih serius...
Misi saya untuk mendapatkan album mereka yang paling dikenali telah pun tercapai...Back In Black bukan setakat album biasa...kalau tak...takkan lah ianya terjual sebanyak 50 juta unit...hanya ketinggalan di belakang Michael Jackson - Thriller untuk menjadi album paling laris sepanjang zaman..
Selepas mendengarnya hampir setiap hari (ketika menolong isteri mengosok baju...iyer..saya memang suami mithali...heheh) selama seminggu...saya mendapati album ni sememangnya sedap...formula muzik AC/DC memang simple...lagu2nya jenis straight forward rock n roll tapi bermelodi...terutamanya part chorus...mereka sebenarnya memainkan muzik campuran blues pop tetapi dengan sound gitar hard rock hasil rif2 dan solo berhantu adik beradik Young...
Mungkin disebabkan lagu2nya yang agak straight forward menyebabkan sesetengah kita (termasuk saya) akan merasa cepat bosan dan merasa seolah2 semua lagunya berbunyi hampir sama....tapi setelah mendengarnya berkali2...telinga saya hampir terlatih untuk memahami muzik mereka...
Prinsip AC/DC adalah mudah...Rock N Roll is supposed to be fun....dan itulah yang mereka lakukan...keep it simple...and play them loud...no ballads...takder emo2...lirik jenis tak pening kepala...happy happy sudah... inilah yang dinamakan Rock N Roll....
Saya semakin ketagih untuk mendengar lagu "You Shook Me All Night Long" berulang2 kali...sememangnya lagu ini cukup menangkap....pada saya inilah lagu yang paling pop dan paling sedap dari album ni...mungkin "Rock and Roll Ain't Noise Pollution" juga...dan saya juga amat meminati intro lagu "Hells Bells" dan "Back in Black"....nak kata ianya satu album yang sempurna...mungkin tidak juga...tapi kenapa ianya boleh terjual sehingga 50 juta...sememangnya menjadi misteri untuk saya..
Ada yang kata Brian Johnson lebih banyak menjerit daripada menyanyi...maka misi saya seterusnya adalah untuk mendapatkan album ACDC dari era Bon Scott pula.

1980,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Friday, September 21, 2012
Why ACDC Matters
Sebuah lagi buku yang baru abis di baca...
Why ACDC Matters - Anthony Bozza
Kalau anda peminat ACDC....takder apa yang barunya dalam buku ni...semuanya memang dah terpahat kat kepala....tapi ianya masih satu bahan bacaan yang berinfomasi....membacanya mengingatkan saya seperti membaca kerja rumah karangan sewaktu di sekolah ataupun assingnment di IPT...kalau saya seorang guru/lecturer...mungkin saya akan berikan tajuk begini..."Kenapa saya suka ACDC".... :P
Tapi yang sebetul2nya buku ini ditujukan kepada haters atau mereka2 yang masih was-was tapi masih nak tau apa yang hebat sangatnya dengan rockers tua yang balik2 main 3 chords yang sama ni....kalau anda macam saya...jenis yang tak berapa nak paham apa yang bestnya dorang ni...mungkin jawapannya akan anda jumpa dalam buku ni...
Hujah2 Anthony Bozza (bekas editor majalah Rolling Stones) memang menyakinkan...nampaknya saya perlu mendengar ACDC dengan lebih serius selepas ini....Back In Black akan menjadi misi utama ebay saya selepas ini...
Sekian, Terimakasih.

Friday, April 22, 2011
Last Action Hero
Baru2 ni tertengok pulak cerita Last Action Hero kat Astro...apa yang aku ingat dulu (tahun 1993)...selepas Terminator 2...ini lah filem Arnold Schwarzenegger yang ditunggu2...(serius susah betul nak eja nama mamat ni...siap kena google..heheh..)
Tapi bila filem ni main kat panggung...rasa nyesal lak nengok...memang hampeh...tapi ada satu benda yang aku suka pasal Last Action Hero...soundtrack dia...giler best..

Yang paling aku suka dalam soundtrack ni ialah Angry Again dari Megadeth...Satu lagu ni pun aku rasa dah cukup berbaloi untuk aku beli kaset ni...dan lagu ni memang takder kat mana2 album studio Megadeth kecuali Hidden Treasures dan album kompilasi...Angry Again bagi aku anytime je boleh beat mana2 lagu dari Countdown to Extinction...period!
Lagu lain yang best...Big Gun - ACDC...walaupun aku bukannya fan ACDC...banyak lagu dia susah aku nak hadam....tapi ini antara lagu pop dorang yang aku boleh layan...mungkin pasal terlampau kerap sangat ternengok video klip dia kat MTV tv singapore dulu...
What The Hell Have I - Alice In Chains...ni pun meletup gak kat MTV time tu...tapi aku kurang masuk la...ntah la...lemas aku lagu2 yang jenis moody gini...satu2nya lagu Alice In Chains yang masuk kat benak aku cuma "Would?"..(ni pun dari soundtrack jugak kan...)
Dream On - Aerosmith...aku memang tak jemu ngan lagu ni...dulu2 puas aku cari dari album mana la lagu ni...iskh..zaman2 takder internet la kan...soundtrack ni jer la yang dapat aku layan lagu ni...beli cd Big Ones pun frust takder lagu ni...
Two Steps Behind - Def Leppard...ni wife aku suka lagu ni...lepas More Than Words - Extreme meletup...semua pun nak buat stail unplugged camgini...1st time nengok kemunculan Vivian Campbell...ingatkan lepas ni Def Leppard semakin best...sekali.....aduh...pesal la dorang tak ambik John Sykes jer???..
Poison My Eyes - Anthrax...kira ok la...layan jugak..bunyi macam lagu2 dari Sound of White Noise...
Real World - Queensrÿche...lagu ballad ni pun sedap...ciptaan bersama Michael Kamen...tak kenal Michael Kamen??..klik >SINI<....dulu mula2 ambik masa gak nak hadam...

lagu2 lain tu aku tak berapa ambik pot sangat...walaupun aku suka Tesla...tapi lagu dia kat soundtrack ni tak berapa menarik pada aku...complete track listing adalah seperti berikut
1."Big Gun" - (AC/DC)
2."What the Hell Have I" - (Alice in Chains)
3."Angry Again" - (Megadeth)
4."Real World" - (Michael Kamen and Queensrÿche)
5."Two Steps Behind" - (Def Leppard)
6."Poison My Eyes" - (Anthrax)
7."Dream On" - (Aerosmith)
8."A Little Bitter" - (Alice in Chains)
9."Cock the Hammer" - (Cypress Hill)
10."Swim" - (Fishbone)
11."Last Action Hero" - (Tesla)
12."Jack and the Ripper" - (Michael Kamen & Buckethead)
Kesimpulan...filemnya sucks...tapi soundtracknya ROCKS!!!

1993,
ACDC,
Aerosmith,
Alice In Chains,
Anthrax,
Def Leppard,
kaset,
Megadeth,
Queensrÿche,
Smells Like Teen Spirit 90's,
soundtrack,
wayang
Subscribe to:
Posts (Atom)