Showing posts with label Bad Company. Show all posts
Showing posts with label Bad Company. Show all posts

Tuesday, April 18, 2023

Rawak - Holy Water

Rawak adalah cd/lp yang dibeli secara rawak yang tiada perancangan awal tetapi dibeli bersama-sama dengan cd/lp yang memang dicari kerana ianya secara purata akan dapat menjimatkan kos postage dan adakalanya percuma...


Bad Company - Holy Water (1990)

Bad Company adalah antara pengenalan pertama saya terhadap muzik. Kaset mereka yang bertajuk Run with the Pack (1976) adalah antara kaset terawal yang pernah saya tengok, pegang dan belek ketika saya masih kanak-kanak.

Lagu "Ready for Love" pula adalah mainan halwa telinga ketika zaman sekolah rendah. Ianya antara lagu wajib untuk belajar bermain gitar. Menjelang pertengahan 80an, ketika muzik yang didengar menjadi semakin "extreme", Bad Company tidak pernah lagi di endahkan.

Tetapi pada awal 90an, nama Bad Company secara tiba-tiba kembali menjadi sebutan. Lagu "If You Needed Somebody" menjadi popular dan sering dimainkan di radio. Saya sendiri jatuh suka tetapi tidak pernah mengambil tahu ianya dari album yang mana. Beberapa tahun kemudiannya baru tahu yang penyanyinya adalah Brian Howe bukan lagi Paul Rodgers. 

Pembelian ini adalah semata-mata kerana "If You Needed Somebody". Ianya adalah hard rock dan AOR ala-ala Journey, Foreigner dan band-band penghujung 80an seperti Bad English dan Alias.



Friday, December 16, 2016

Run With The Pack

Lagi yang dah 40 tahun,,,


Bad Company - Run With The Pack (1976)

Album ini sangat tinggi nilai nostalgianya kepada saya. Ini adalah album yang mengenalkan saya apa itu muzik secara fizikal. Seingat saya ketika kanak-kanak dahulu, ada beberapa keping kaset kepunyaan bapa saudara yang beliau tinggalkan di rumah.

Sayangnya saya dah tak boleh nak ingat apa-apa tajuk kasetnya. Yang saya tahu semuanya berbahasa inggeris. Tetapi yang cukup melekat di memori saya adalah gambar cover serigala menyusukan anak. Gambarnya yang unik menarik perhatian hinggakan imejnya melekat dalam kepala. Tetapi saya tak tau apa tajuk dan siapa penyanyinya.


Ketika itu dalam usia saya 6 atau 7 tahun (penghujung 70an) saya masih belum berminat dalam muzik. Tak pernah dengar pun kaset-kasetnya. Makanya kaset-kaset tersebut saya jadikan barang mainan. Konon-konongnya ia sebuah kereta mainan (seperti di gambar). Maklumlah keluarga bukannya golongam berada. Mana mampu nak beli mainan. Terpaksa lah menjadi kreatif bila bermain.

Bila semakin meningkat dewasa dan gila muzik, imej cover album ini sememangnya tak pernah saya lupa. Cuba juga cari tetapi gagal sehinggalah tibanya zaman internet. Ketika itu barulah tau tajuk dan nama penyanyinya. Tetapi tak pernah jumpa pula kaset atau cdnya sehinggalah kenal e-bay dan memiliki piring hitamnya beberapa bulan yang lepas. Dah 40 tahun...baru ni berpeluang nak  dengar. haha..


Walaupun album ini tidak sepopular dan mempunyai lagu hits seperti album-album sebelumnya, tetapi banyak juga lagu-lagunya yang sedap. Sesuai untuk mereka yang sukakan muzik "simple straight forward hard rock 70an". Lagu lagu baladanya pula memang sesuai untuk diputarkan dalam mana-mana radio yang berkonsepkan "classic rock".

Mungkin satu hari nanti saya perlu tunjukkan piring hitam ini kepada bapa saudara saya. Saya tak pasti adakah beliau masih rock n roll seperti dulu...




Monday, June 15, 2015

Straight Shooter

Yang menyambut ulangtahun ke 40...


Bad Company - Straight Shooter (1975)

Bad Company adalah antara pengenalan pertama saya terhadap muzik. Kaset mereka yang bertajuk Run with the Pack (1976) adalah antara kaset terawal yang pernah saya tengok, pegang dan belek. Ianya kepunyaan bapa saudara saya (Pak Alang) yang pada ketika  itu (pertengah tahun 70an) tinggal bersama-sama dengan keluarga saya.

Apabila beliau berpindah, kaset tersebut di tinggalkan di rumah. Saya sekadar membeleknya tanpa berpeluang untuk mendengarnya, Maklumlah pada ketika itu rumah kami tidak mempunyai cassette player sebaliknya cuma ada pemain piring hitam. Sayangnya bila sudah mempunyai cassete player (awal 80an) kaset tersebut pula telah hilang entah kemana. Sampai kesudah saya tidak pernah mendengar bagaimana muziknya.


Bad Company bolehlah dikatakan sebagai supergroup, Paul Rodgers dan Simon Kirke dari Free, Mick Ralphs dari Mott the Hoople dan Boz Burrell dari King Crimson. Tetapi saya sekadar tahu lagu-lagu klasik mereka tetapi tidak pernah mempunyai apa-apa rilisan dari mereka sehinggalah terjebak dalam dunia piring hitam. LP Straight Shooter ini dibeli dengan harga RM18. Memang murah pasal ianya bukanlah asli (gambar cover pun lain). Yang menariknya ia juga megandungi lagu-lagu terbaik dari album pertama "Bad Company - 1974".

Selain lagu-lagu klasik biasa mereka seperti "Rock Steady", "Ready for Love" dan "Bad Company". Ini adalah kali pertama saya benar-benar menghayati lagu-lagu lain mereka. Tak sangka, ianya memang sedap. Lagu-lagu seperti "Feel Like Makin' Love" memang lazat. Rock 70an dengan pengaruh blues yang penuh berjiwa.

Tiada lagu yang mengecewakan. Vokal Paul Rodgers memang "power". Jika anda gemarkan hard rock 70an, 2 album awal mereka "Bad Company" dan "Straight Shooter" memang sangat-sangat saya rekomen.

Terbaik!...sekarang saya patut cari Run with the Pack (1976) pula.