Wednesday, March 6, 2013

Zero Dark Thirty


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild, Amour, Lincoln,


Zero Dark Thirty (2012)

Seperti Argo, cerita ini juga mengundang kontroversi. Sedikit sebanyak ianya memberikan gambaran buruk tentang Islam dan orang Arab.

Ceritanya mengisahkan tentang sekumpulan agen CIA yang yang di tugaskan untuk memburu Osama bin Laden dari mula berlakunya peristiwa 9/11 sehinggalah akhirnya ia terbunuh di kediaman rahsianya,di Abbottabat, Pakistan pada 1hb Mei 2011.

Tak pasti pula adakah ini kisah yang sebenarnya berlaku ataupun hanyalah satu lagi propaganda. Watak utamanya Maya, seorang agen wanita yang boleh dikatakan secara berseorangan menyelesaikan kes dimana Osama bersembunyi pun tak dapat dipastikan kesahihan kewujudannya. Adakah watak tersebut hanya untuk jadi penyedap cerita? Sedangkan kewujudan Osama sendiri pun masih banyak menimbulkan misteri.

Filem ini sendiri mendapat bantahan di USA kerana adanya adegan menyeksa tahanan antaranya teknik interrogation yang dipanggil "waterboarding". Dan ada juga sedikit adegan lagu metal dimainkan kepada tahanan. (tak pasti lagu apa...kejap sangat dan malas pula saya nak rewind)

Nampaknya Kathryn Bigelow memang gemar membuat filem-filem drama berunsur ketenteraan selepas berjaya memenangi academy awards dengan The Hurt Locker (2008). Satu lagi filem yang saya masih gagal untuk menontonnya sampai habis kerana tertidur...heheheh...

Sebenarnya kalau diketepikan hal-hal kontroversinya, filem ni bolehlah dikategorikan sebagai OK, cuma ianya agak sedikit meleret dipertengahan ceritanya. Biasalah kalau cerita jenis-jenis panjang melebihi 2 jam setengah ni. Dan jangan tak percaya, nama Malaysia pun ada disebut di dalam filem ini.


**Zero Dark Thirty tu maksudnya 00:30 atau pun 12.30 malam bahasa tentera...tak pasti pulak kalau 2 minutes to midnight nak sebut macamana....

4 comments:

  1. X wife steven spielberg ni tanak mengalah jugak eh..asal citer gambaran buruk tentang islam mesti menang award.

    ReplyDelete
  2. oic, kathry bigelow ni wife steven spielberg rupanya...blm tgk lagi filem ni tapi filem The Hurt Locker memang best la, genre action/drama...kira ok jugak la

    ReplyDelete
  3. jika tak silap saya, lagu 'metal' yang digunakan di dalam filem ini ialah "Pavlov's Dogs" dari band hardcore Rorschach, antara band hardcore era 90'an yang mula menyelitkan elemen metal ke dalam muzik mereka. kebetulan saya ada buat research pasal metalcore dan terjumpa petikan tentang lagu ini dalam filem Zero Dark Thirty.

    ReplyDelete