Friday, July 23, 2010

Pornograffitti

Jangan bimbang (atau kecewa :P )...entry ni takder kena mengena dengan unsur2 lucah,porno maupun peterporn...heheh..



Pornograffitti adalah tajuk album ke 2 kumpulan Extreme...sebuah lagi album kegemaran aku dari tahun 1990...kira 20 tahun punya anniversary la ni..

Rasanya ramai yang kenal kumpulan Extreme ni kan...terutama pasal lagu More Than Words dan gitaris hebat dia Nuno Battencourt tu kan...tapi rasanya ramai yang tak tau muzik Extreme yang sebenar...More Than Words bukanlah kayu pengukur untuk lagu2 lain Extreme...aku sendiri pada mulanya mendengar Extreme adalah semata2 kerana Nuno...kalau tak silap abang aku yang kenalkan aku dengan 1st album Extreme...cekidout gitarist dia katanya...ada majalah gitar (aku lupa majalah apa) yang letakan Nuno sebagai best young guitar player...1st dengar aku dah terbayang Eddie Van Halen dan Vito Bratta...wow...dasat mamat ni...start situ terus aku follow Extreme...

Jangan salah anggap...mereka bukan lah klon glam/hair metal poison motley crue wananabe...walaupun ramai yang mengkatogerikan begitu...bagi aku mereka adalah sebuah band yang unik...bayangkan ada rock,metal,funk,blues,folk,rap,big band,akustik malah jazz dalam muzik mereka dan ada yang mengatakan Pornograffitti adalah sebuah album funkmetal terbaik dan aku tak teragak2 untuk mengakuinya...



aku membeli kaset Pornograffiti ni sebelum lagu More Than Words dan Hole Hearted meletup...sayangnya 2 lagu yang popular tersebut adalah lagu2 berbentuk gitar akustik yang langsung tak mengambarkan keseluruhan album ini...sesiapa yang tak pernah mendengar album ni mesti menjangkakan lagu2 lain mereka juga berkonsep begitu...tapi korang silap...album ni sebenarnya betul2 menonjolkan kehebatan Nuno Battencourt....kalau korang peminat gitar...ini adalah salah satu album yang wajib ada dalam koleksi...

Tidak dinafikan tarikan utama album ini adalah dibahagian gitarnya...Ada banyak solo dan gitar work dasat Nuno dalam hampir semua lagu dan antara yang menarik perhatian aku adalah "flight of the bumblebee" semasa intro lagu "He Man Woman Hater"...berasap beb...memang dasat mamat ni...tak hairan la ramai gitaris2 kat Malaysia pun jadikan dia idola (contoh Eddrie Hashim...err..mamat ni rambut gitar pun sama macam Nuno...heheh)..



Semua lagu pun layan...tapi antara yang menarik perhatian aku adalah lagu pembukaannya Decadence Dance dan 2 lagu funk metalnya When I'm President dan Get The Funk Out...manakala lagu Li'l Jack Horny pun sedap....siap dengan horn section lagi...best ooo...tapi ada satu lagu mulanya dulu aku tak suka dengar...tapi sekarang syok pulak adalah When I First Kisses You...lagu ala2 50an jazz macam Frank Sinatra...boleh tahan vocal Gary Cherone ni...tak hairan la kenapa Eddie Van Halen ajak dia join Van Halen dulu kan..

Selain tu...kalau lagu2 fast yang menarik bagi aku adalah He Man Woman Hater, Money (In God We Trust) dan Pornograffitti...kalau lagu slow...selain More Than Words (ni lagu dah overplayed la...) aku suka lagu Song For Love...solo Nuno dalam lagu ni memang menusuk kalbu arr...antara lagu power balad kegemaran aku..

dari segi produksi album ni pun tersangat la sedap...clear...sayangnya kemunculan dorang ni tak kena masa...kemunculan Nirvana dan grunge telah membunuh band2 hard rock yang bagus macam dorang ni...apa nak buat kan...

apa2 pun kalau korang nak tau apa yang best sangat pasal Nuno Battencourt ni...boleh try cekidout album ni la...



7 comments:

  1. gua dah tengok kehebatan Nuno ni dalam DVD - GUITAR WaRS konsert - live in Japan.

    dalam konsert tu Nuno & GAry Cherone ada main lagu GEt the Funk Out, More than words, & of course my feveret "hole hearted".

    ReplyDelete
  2. Pada aku, lagu yang tepat untuk menggambarkan kehebatan Extreme sebagai sebuah band ialah Cupid's Death.

    Band yang betul-betul teknikal. Boleh duduk sama level dengan Toto tapi kategori Hard Rock la..

    ReplyDelete
  3. Portdy..."Hole Hearted" tu aku suka video clip dia...original idea..

    Zan...album 111 sides to every story pun best jugak...nanti rajin2 aku review...

    ReplyDelete
  4. Dec'08 lepas, Extreme turun Jakarta for their 1st and only S.E.A tour...dpt tau pon last minit. Melepas..!!!

    Maybe kebetulan kot, album VH dgn Gary Cherone pun sikit2 mcm ada pengaruh Extreme... hehehe!

    ReplyDelete
  5. F&A...sayangnya album Gary ngan Van Halen tu tak laku...hehe..

    ReplyDelete
  6. seingat saya Nuno pun beralih kepada sound grunge selepas era extreme...kan?

    ReplyDelete
  7. In transit... Nuno solo memang banyak tempias grunge...x der dah solo2 shred dia tu...90's la kan...

    tapi aku suka giler lagu "Crave"...

    ReplyDelete