Saya bukanlah peminat tegar Ozzy Osbourne. Pendedahan saya kepada Black Sabbath hanya bermula pada era Dio. Namun, seperti kebanyakan remaja yang terjebak dengan muzik rock pada awal 80an, saya tidak dapat lari dari mendengar muzik solo beliau.
Album - album seperti Blizzard of Ozz (1980), Diary of a Madman (1981), Bark at the Moon (1983) dan The Ultimate Sin (1986) adalah soundtrack zaman saya membesar.
Perubahan dalam selera muzik serta pengunduran Jake E. Lee menyebabkan saya kurang mengikuti perkembangan beliau selepas dari itu.
Walaubagaimanapun tiada siapa yang boleh menafikan yang beliau adalah antara punca tercetusnya Heavy Metal.
John Michael "Ozzy" Osbourne (3 December 1948 – 22 July 2025)