Friday, November 1, 2013

"The Spaghetti Incident?"

Yang dah 20 tahun...


Guns N' Roses - "The Spaghetti Incident?" (1993)

Guns N' Roses main punk? Itulah sebenarnya yang ada di dalam album "The Spaghetti Incident?". Majoriti lagu-lagunya adalah cover version dari band-band punk seperti The Damned, U.K. Subs, New York Dolls, The Stooges, Misfits, Sex Pistols dan lain-lain.

Bagi peminat rock/heavy metal yang tak berapa minat muzik punk macam saya, "The Spaghetti Incident?" bukanlah kegemaran walaupun saya sememangnya die hard GNR. Satu yang menariknya, "The Spaghetti Incident?" mengembalikan sound raw GNR ke era Appetite for Destruction.


Separuh dari lagu-lagunya dirakamkan bersama Izzy Stradlin semasa seisi rakaman album Use Your Illusion. Asalnya untuk dimuatkan ke dalam album tersebut. Tetapi bila mereka membuat keputusan untuk menerbitkan lagu-lagu ini dalam satu album khusus yang lain. Bahagian gitar Izzy telah digantikan dengan Gilby Clarke. Rasanya tak banyak perubahan kot. Stail Gilby memang tak lari jauh dari Izzy.

Dulu masa beli kaset dapat poster gambar ni dan tampal kat bilik masa kat kampung...tapi dah kena buang bila orang tua buat make-over bilik tu... 

Highlight pada saya adalah lagu-lagu rock 70an seperti "Hair of the Dog" dari Nazareth dan "Buick Makane" dari T-Rex. Ini lagu paling best disamping 2 lagu slow "Since I Don't Have You"  dan "Ain't It Fun" (featuring Michael Monroe) yang solo gitar Slash punyalah mendayu-dayu syahdunya tu. Kalau yang punk mungkin saya suka "Attitude" - Misfits sebab Misfits dan Ramones adalah antara 2 band punk yang senang saya nak masuk kepala.

"The Spaghetti Incident?" bukanlah untuk casual fan. Tetapi jika anda minat muzik punk mungkin anda boleh cuba dengar bagaimana lagu punk di GNR kan.



8 comments:

  1. ni ada lagu down on the farm tak? aku ada satu bootleg dorang main kat apa Farm Aid, then AXL rose cakap la dorang cuma tahu satu lagu ada perkataan farm UK Subs, so dorang main la lagu tu kat tu show.
    Anyway ni album aku suka yang last song kot? ada I don't care about you, %&#& YOU!!! haha. Lawak.

    ReplyDelete
  2. Selain since i dont have you,lagu new rose nyanyian duff mckagan pun aku suka..

    ReplyDelete
  3. Favourite aku lagu Since I Donn't Have You...suara macam gampang tapi itu lah yang best nye...

    ReplyDelete
  4. aku suka gile album ni beb, start to finish layan abis, rockin abis.

    http://pckokak.blogspot.com/2011/04/guns-n-roses-is-punk-band.html

    ReplyDelete
  5. Lupa dah lagu2 dalam album ni, kecuali Since I Dont Have You...rasanya lepas album ni GNR berkubur

    ReplyDelete
  6. errr.. kat album tak ada label pon diorang cakap diorang cover punk.. kebanyakkan lagu2 dalam ni adalah lagu2 yang diorang suka dengar secara peribadi. of coz duff mckagan dulu adalah pemuzik punk dari northwest sebelum berhijrah ke L.A dan berjumpa dengan Slash n Adler. jadi kesukkan nya mesti la dari misfits.(atiitudde) Iggy pop& stooges (raw power). new rose (the dammed)dan axl pulak selain dia gila dengan nazareth ( hair of the dog) , QUeen, Elton john. Band yg pertama hook dia ada lah sex pistol! (black leather). lagu2 lain pula macam buick makane /big dumb sex tu pasal depa suka gile ngan marc bolan tu..siapa rock rebel tak suka marc bolan kat U.S? dan big dumb sex tu lagu soundgarden yg depa mmg minat sebelum diorang rekod appetite lagi..sbab diorang member ngan soundgarden..siap pinjam, equipt soundgarden lagi bila depa gig kat seattle ( during hell tour 86).. selain tu.. macam lagu aint it fun.. axl tengah drive bila tengah layan lagu stiv batros band the dead boys.. dia terus call semua org termasuk slash yg masa tu luar kawasan utk mai studio ari tu jugak... nak rekod lagu aint it fun..dan axl ni sangat fanatik dengan michael monroe band hanoi rock ..so dia ajak duet..pasal sebelum ni mmat ni ajak axl duet gak utk album dia.. dah terhasil aint it fun yg polish cantik siap ngan solo slash yg melekat... harus di ingat punk disini bukanla punk yg seperti kita faham kat mesia ni.huru hara main muzik bising.. punk di sini tu adalah attitude!! attitude music tuu.. kemana dia nak bawak pendengar..alam khayal kah atau alam stand for what u believe! .appetite for destructiona tu sebahagiannya consider adalah punk album laa..sebab apa.. sebab depa buat lagu tak pedulik org! ditengah org sibuk lagu2 poison glam sex sex girls diorang bawak benda lain.. benda "BUSUK" ..benda tu busuk tu la realiti los angleses time tu ! itu lah punk sebenarnyaa! diorang nak cakap apa (album statement) cakap la..aku nak maki ke nak cakap F**K ke ..kitaorg punya suka. tak caya dengar lagu its so easy bayangkan kalo takde solo slash..n hanya duff saje yg menyanyi..punk rock gile lagu tu.. n opss u cant puts ur arms around memory tu adalah diambil dari duff yg sepatutnya duff plan masukkan kat album solo dia..
    dan.. look at ur game girl (hidden track cover dari charles manson pscycho killer ) tu tak de mengena dengan apa pun rock ka metal ka punk.. so bila org sebut spageti adalah 'Punk cover album" aku naik rimas..pasal statement tu bukan dari GNR sendiri..adehhh..tah sapoa iya adalah sebuat cover album aje.. dari genre oldies ( skyliner utk since i dont have u ) punk, grunge (soundgarden ) glam rock ( buick makane-marc bolan ), rock n roll (johnny thunder - cant put ur arms.) hard rock ( nazareth - hair of the dog),,dan hardcore! (fear idont care about u ).. hard core kat U.S early 80an dah ada mcm black flag n fear ni..so please la aku hargai ada org appreciate album ni tapi sebagai katanye die hard fan GNR.. study bebetul la .. jangan main hantam copy paste info dari intenet dan terjemahkan je. satu lagi album ni sah2 axl yg lead idea n concept..axl nak fan2 dia dan semua belajar keterbukaan mendengar music.. biar vocabulary music tu byk..music bukan sekadar utk hanguk2 kepala, layan jiwang tuju lagu kat awek..music salah art form yg punya statement dan merakam masa, mentalilty dan suasana ketika music tu dibikin

    ReplyDelete
    Replies
    1. why so serious?...

      pertama sekali...ribuan terimakasih kerana baca blog syok sendiri ni...walaupun mungkin tak paham atau mungkin juga salah faham apa yang di tulis...terimakasih juga kerana gigih memberi komen yang panjang lebar...ini membuktikan anda seorang yang sangat passionate...tabik!

      Tetapi saya memohon maaf kepada Cik Cathy...or is it Encik Cathy?....kerana saya hanya seorang peminat casual muzik yang mendengar lagu untuk hanguk2 kepala dan tuju lagu jiwang untuk awek...muzik bukan cara hidup...bukan attitude dan bukan juga kerjaya untuk saya...maka saya tinggalkan bab attitude dan falsafah dalam muzik untuk orang yang berkenaan...muzik untuk saya hanya sekadar hobi...

      Kenapa nak marah bila orang kata album ni 'punk cover'...penting sangat ker?...why so serious?...kan saya kata majoriti...bukan kata semua punk...sila paham balik apa yang di baca....

      Lastly...baik lah...saya terima saranan anda...saya akan study dan tak copy and paste...walaupun saya pun tak pasti tang mana yang copy and paste...dan tak tahu pula tulis blog syiok sendiri pun nak kena study macam buat tesis...

      akhir sekali penting sangat ker genre...yang utama kan sedap di telinga....why so serious???

      Delete