Tuesday, December 17, 2013

Who Do We Think We Are

Lagi album klasik rock yang dah 40 tahun...


Deep Purple - Who Do We Think We Are (1973)

Dalam banyak-banyak album era Mark II, Who Do We Think We Are adalah yang paling akhir cdnya saya miliki. Malah saya mempunyai album-album reunion mereka di tahun 80an (Perfect Stranger, House Of Blue Light) dan 90an (The Battle Rages On) lebih awal dari cd ini.

Tak pasti kenapa. Tetapi sedari zaman budak-budak, Mark II era 70an yang saya tahu cuma untuk 3 album, In Rock, Fireball dan Machine Head. Selebihnya adalah dari era David Coverdale. Album ini memang tak popular. Terus terang saya tak pernah tengok bagaimana rupa kulit album ini sehinggalah di era internet.

Mungkin juga ada kaitannya dengan situasi mereka pada ketika itu. Album ini kurang di promosi kerana kes tak ngam antara Ian Gillan dan Ritchie Blackmore. Walaupun begitu ada 2 lagu yang pernah saya dengar waktu budak-budak dulu. "Woman from Tokyo" dan "Mary Long". Kedua-duanya dalam satu kaset pirate best of DP yang saya miliki satu ketika dulu. Dua-dua lagu ni best tetapi lagu yang agak menarik perhatian sudah tentu-tentulah "Mary Long". Liriknya chorus tu memang agak mengejutkan bagi seorang budak berumur awal belasan tahun seperti saya di tahun 80an dulu.  Walaupun sebenarnya saya tak paham pun maksud lagunya pada ketika itu.


Secara jujurnya saya hanya mendengar keseluruhan lagu dari album ini ketika zaman sudah pandai meng"download" dari internet. Memang agak terlewat. Baru tau adanya lagu-lagu yang tak kurang menariknya seperti "Rat Bat Blue" dan "Smooth Dancer". Tetapi lagu-lagu lainnya agak kurang menyengat. Mungkin album ini akan lebih bagus jika Ritchie Blackmore tak kedekut sangat. Khabarnya ada riff dan lagu-lagu yang Ritchie tak bagi guna kerana dia nak gunakan dalam album solonya. Menurut Roger Glover, lagu "Sixteenth Century Greensleeves" dari album Rainbow adalah salah satu darinya.

Cd yang saya miliki adalah versi remastered tahun 2000. Ada bonus track dan yang paling menarik pada saya adalah instrumental 11 minit lebih "First Day Jam". Menariknya Ritchie Blackmore main bass pasal masa tu Roger Glover tak sampai-sampai studio pasal trafik jem.








5 comments:

  1. takde word la boleh describe Deep Purple ni, sejarah dorang, discography dorang, band members dorang..
    I THANKKK!!!!!! YOU!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Antara album DP yang aku langsung tak tau..baru tau yang lagu women from tokyo tu dari album ni..

    ReplyDelete
  3. Aah album ni mmg asing sgt.. Tak popular mcm album2 lain..klu tshirt pon rasanya x pernah nmpak design cover album ni org pakai

    ReplyDelete
  4. Still prefer "Machine Head" after all these years....

    ReplyDelete
  5. best! album ni macam lost album DP. tak ada siapa peduli.

    ReplyDelete