Tuesday, July 14, 2015

Vs Selangor

Liga Super
13hb Julai 2015

JDT [3] - [1] SELANGOR
JDT
Amri Yahyah 11'
Luciano Figueroa 45'+2, 79'
SELANGOR
Andik Vermansyah 45'+1



bas chrome vs bas merah kuning

Rengkas-rengkas ajer la...semua pun dah mood nak raya kan...

Macam game dengan Dortmund juga, last minute baru decide nak pergi tu pun bila member satu opis siap datang rumah jemput.

Yang bestnya game bulan puasa ni start lambat. Lepas Isyak keluar rumah pun masih sempat. Orang pun tak ramai. (11,300 orang yang diumumkan oleh pihak stadium). Tak payah susah-susah beli tiket awal. Sampai stadium pukul 9.30 malam pun tiket masih ada jual.


Teringat masa zaman 80an dan 90an dulu pun macam ni. Tak pernah beli tiket awal. Keluar rumah lepas maghrib pun masih sempat beli dan dapat tempat duduk. Dia sejak TMJ pegang ni jer tetiba stadium jadi sesak. Semua jadi kemaruk. Yang dulu tak minat pasal bola pun tiba-tiba jadi pakar.

Game pukul 8.45 pm, pukul 5 lebih dah kena masuk stadium pasal nak chop tempat duduk. Kalau tak...memang kena berdiri la jawapnya. Giler!!...banyak masa terbuang. Itu antara sebabnya saya dah malas nak pergi stadium. Mungkin bukan saya seorang. Ramai lagi yang rasa macam tu. Dah la parking pun susah kalau datang lambat. Nak beli tiket satu hal. Ulat bermaharajalela. Tu pasal kebelakangani stadium dah tak berapa nak penuh. Orang dah penat. Lain lah pada mereka yang mampu nak beli season pass.

Haha...keluhan hati peminat bola golongan marhean...Ingat nak tulis ringkas tapi dah jadi panjang.

Ni dua player ni memang paling sporting dengan penyokong. Siapalah malam tadi yang bertuah dapat kasut Amri Yahyah dan jersey Safiq Rahim...

Ok berbalik pada game. JDT masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah kat Larkin. Kalau tak silap sejak Ogos 2013...dah nak masuk 2 tahun tu. Game best, ultraSel pun happening. Cumanya pada saya pengadil kat Malaysia ni memang antara penyumbang untuk berlaku kekecohan penonton. Memang hampeh.

Last sekali, akhirnya TMJ buka mulut. Walaupun masih tak jelas kenapa dia letak jawatan. Tetapi sekurang-kurangnya dia berjanji yang projek JDT ini akan jalan terus. Saspen juga kalau-kalau dia dah fed-up. Siapa lah yang nak tolong pump duit dan carikan penaja kan..



LUASKAN KUASAMU!!!



7 comments:

  1. Nak raya masih 11,000++ crowd dah kira hebat pada aku.
    penjualan tiket pakai komputer akan ubah banyak benda.
    No more ulats, no more rushing, numbered seatings, comfort, macam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu hari masa game Dortmund ada jual online...ramai dah request numbered seatings ni...tapi ntah la...bila nak buat ntah....tunggu stadium baru kot...

      Delete
  2. aku tgk semalam kat tv9 taniah jdt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LED screen kat stadium pun ada pasang live kat tv9 tu...so kalau time gol 4 kali tayang replay...4 kali juga la penonton sorak gol...hahaha..

      Delete
  3. "Game pukul 8.45 pm, pukul 5 lebih dah kena masuk stadium"

    dah macam tengok konsert kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...konsert sekali sekala ok lagi...ni tiap2 minggu...jenuh...

      Delete
  4. Dah nak raya pun ramai lagi org.kuat betul penangan JDT.raya mana tahun ni bro?

    ReplyDelete