Lagi album keluaran semula dalam bentuk cd...
Junction - Penentuan (1989) - keluaran semula 2015
Awas...ulasan ini bukan untuk mereka yang sukakan rock leleh meleweh.
Tahun tersebut,1989. Sebagai seorang remaja yang sudah mula terdedah dengan muzik metal yang lebih ekstrem. Lagu-lagu rock leleh bukanlah satu pilihan.
Penentuan adalah antara penyebab saya mula meninggalkan rock melayu. Ianya juga antara kaset terakhir rock melayu yang saya beli pada ketika itu. Mungkin juga mereka adalah antara pencetus trend lagu-lagu rock leleh.
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, lagu track pertama sangat penting untuk mendatangkan mood untuk terus mendengar lagu yang seterusnya. "Bisikan Hati" yang meleweh leweh sebagai track pertama telah menghilangkan mood saya. Ditambah pula dengan lagu track ke 3 ("Monolog Untuk Rina") yang juga meleweh menyebabkan kaset ini antara yang amat jarang saya mainkan.
Mereka sebenarnya bagus. Lagu kesemuanya ciptaan mereka sendiri. Cuma saya kurang gemar dengan lagu-lagu perlahan mereka. Di tambah pula dengan penggunaan keyboard secara berlebihan sedangkan mereka mempunyai 2 orang gitaris yang bagus. Saya juga mempunyai masalah untuk menyukai vokal Hatta.
Walaupun begitu entah kenapa 2 lagu mid tempo, "Lumrah" (yang berbunyi seakan akan lagu Scorpions) dan "Menunggu Hadirmu" melodinya melekat di kepala saya hingga kini. Cd ini pun dibeli kerana itu selain sebagai kenangan zaman remaja.
Terimakasih Universal Music, walaupun cd ini sumbernya hanyalah sekadar dari piring hitam.
bab2 reissue ni aku baru beli raihan dan samad je :)
ReplyDeleteaku pulak suka kat vokal si hatta ni dari vokalis yg gantikan tempat dia dlm album petualang tu..ade trademark tersendiri..suara hatta ngam utk lagu2 leleh jiwang rock..
ReplyDeleteAku baru beli smlm.haha..betul track pertama je potong stim.tapi lagu penentuan best jugak.agak heavy cuma part jerit hatta tu mcm kena paksa..hahah
ReplyDeleteSi hatta ni mmg sesuai bawak lgu jiwang... mase di keluar Junction atau dia kene buang...xtau la citernye... dia buat album solo lepas tu dgn polygram jgk...
ReplyDeletebab vokal Hatta tu memang setuju...rasa terseksa dengar suara dia bab2 lagu yang heavy tu...
ReplyDeleteambik gambar je terkangkang hehehe
ReplyDeletetu kot pasal orang panggil rock kangkang...hahaha...
Deleterasa kesian pun ada bila dia nyanyi lagu2 heavy ni..macam MEL bekas penyayi wings dlm album orang asing tu cube dgr lagu SETAN MENGANAS..lebih kurang mcm si hatta nilaa hahahaha...lagu jiwang je aku suke suara hatta lagu heavy mmmm..rejek hehehe
ReplyDeleteyg pasti sblm aku beli album reissue ni kena baca dulu review abg berteromber...hehehe
ReplyDeleteada dua tiga lagu dlm album ni sound dia pecah. tak pasti la samada aku punya cd je ke atau pun semua.
ReplyDelete