Lagi demam album-album rock keluaran semula
Samad - Samad (1994)
Saya pasti saya pernah memiliki kasetnya dulu. Tapi tak pasti dimana ianya sekarang. Hilang atau salah letak. Puas juga mengembur tapi tak jumpa.
Tetapi yang pastinya dalam banyak-banyak cd keluaran semula, Cd Samad inilah yang paling terbaik. Samada dari segi kualiti "sound" ataupun kulit "cover"nya. Album ini adalah produk asal WEA. Sudah semestinya mereka tiada masalah untuk mendapatkan master tape mahupun artwork yang asal. Rasanya mereka hanya mencetak semula cd yang asal tanpa sebarang perubahan. Kulit covernya masih tertulis P & C 1994. Tiada tarikh 2015 ditulis.
Covernya panjang berjela bukannya sekadar kertas sekeping yang dilipat 2. Nampaknya selepas NSR dan Universal Music, WEA juga telah terjebak dalam mengeluarkan semula album-album lama. Berita baik untuk peminat rock tetapi tidak berapa baik untuk poket. Hahaha..
Berbalik pada cdnya, pada saya arwah Samad dalam Lefthanded akan sentiasa menjadi "Dave Murray" manakala Man Kidal adalah "Adrian Smith". Walaubagaimana bagus pun mereka akan sentiasa dibayangi. Tabik pada arwah, album ini bukan sahaja membuktikan yang beliau bukan hanya mempunyai solo-solo yang berjiwa tetapi mampu juga untuk menyolo laju. Mungkin beliau adalah "Gary Moore" Malaysia.
Penampilan istimewa "Paul Gilbert (Mr Big)" dalam 2 lagu adalah bonus. Arwah Samad membuktikan yang gitaris Malaysia juga adalah setanding dengan gitar-gitar hero dari Barat. Saya tertarik dengan lagu "Land Of Paradise" nyanyian "Harry Hess (Harem Scarem)". Terpulang kepada selera masing-masing samada anda sukakan versi ini ataupun versi Search yang bertajuk "Feel The Pain". Tak pasti siapa yang rakam dulu. Tetapi yang pastinya lagu tersebut adalah ciptaan Yan yang juga bermain untuk album ini dan menjadi anggota Search pada ketika itu. Entah kenapa mereka, Arwad Samad dan Search merakamkan lagu ini dengan lirik dan susunan muzik yang berbeza saya pun kurang pasti. Yang pastinya lagu ini menjadi lebih "raw" bunyinya ditangan arwah,
Terdapat juga vokal dari Jamal Abdillah dan Arab. Tetapi saya kurang berminat. Lagu pilihan saya adalah instrumental "Joget" dan "Nafas Terakhir". Menariknya album ini ianya juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Saya pernah melihat cd album ini versi Jepun. Dan ianya juga pernah memenangi anugerah Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.
Al Fatihah untuk arwah Abdul Samad Bin Mian (1963-2008)
Aku baru cakap ni kat blog Ijau.
ReplyDeleteApa silapnye Lefthanded kat mana.
Dulu masa Lefthanded first kaset keluar, its a huge huge moment.
Ada kawan2 aku langsung tak pandang, tak pedulik about a band called Search pun ada, tu la betapa hebatnye tarikan Lefthanded zaman tu....
betul deaf...aku salah seorang darinya...zaman Keadilan, memang aku into Lefthanded...dari segi muziknya dorang memang jenis yang skilful...bak kata Yan yang pernah join dua2 band...Lefthanded kena sempurna...manakala Search lebih pada santai muziknya...
Deletetapi tu la...tak tau mana silapnya...lepas Nash blah...Man Kidal tak ngam dengan arwah...Lefthanded pun abis gitu ajer...
Aku lupa website mana yg aku baca dulu,paul gilbert pay tribute untuk arwah samad.pastu dia ckp nak letak lagu "joget" dalam album solo dia tapi tak pasti album yg mana.aku pun start beli terus layan album ni jek
ReplyDeleteBlogger mesti ada problem ni.ko update blog pun tak kuar kat news feed blog aku
ReplyDeleteAku dah adjust masa post...rasanya dah ok kot..tq info
ReplyDeletealbum ni dlu (mase kecik2) slalu dgr abg aku pasang...rasenye kt kg msih ade kaset ni...lame tk "menjenguk" kot2 dh mereput ke ape... lagu sume pun kire bes... satu lagu dlm album ni "animo" adalah lgu asal lefthanded "rockrama"....ni dh masuk list "must buy" aku hehe
ReplyDeleterasanya faktor paul gilbert kot yg buat album ni sampai ke jepun tu...
ReplyDeletec'mon take a shot! kasi viral ini album!
Wow...album ni pon kena virus reissue.. produksi album ni mmg tiptop..mmg standard pasaran luar.. err album mentera mental/metal ade tak? Yg kompilasi gitarist2 hebat malaya
ReplyDeleteWow...album ni pon kena virus reissue.. produksi album ni mmg tiptop..mmg standard pasaran luar.. err album mentera mental/metal ade tak? Yg kompilasi gitarist2 hebat malaya
ReplyDeleteWow...album ni pon kena virus reissue.. produksi album ni mmg tiptop..mmg standard pasaran luar.. err album mentera mental/metal ade tak? Yg kompilasi gitarist2 hebat malaya
ReplyDeletegejala reissue.."Berita baik untuk peminat rock tetapi tidak berapa baik untuk poket". Hahaha..anyway thanks infonya...
ReplyDelete"Malam yang panjang" pun ada dua versi. This one versi Arab... another one is Hattan
ReplyDeleteklu sudah rebiunya mencengkam. harus dimiliki ini cd...
ReplyDeleteMasa memula Samad kuar album ni aku terus beli sebab aku nak album lefthanded yg baru ketika itu walaupun album solo. Tapi aku puashati susunan muzik yg bersih dan tersusun hasil kerja tangan arwah yg lain dr album lefthanded dulu2. Man kidal kita faham dgn setting sound yg garang dan bising skit. Beza dgn arwah samad..... itu lah kerja arwah yg terbaik....
ReplyDeletesetuju
Delete