Monday, October 12, 2015

Samarkand

Demam cd rock melayu 80an reissue berterusan....



Bloodshed - Samarkand (1987) - keluaran semula 2015

Dah pernah buat cerita pasal album ni 6 tahun yang lalu. Kalau rajin nak baca apa yang saya merepek ketika itu sila klik >SINI<

Rasanya tak perlulah saya ulas lagi. Cuma saya ingin berkongsi perbezaan yang terdapat antara cd keluaran semula 2015 ini dengan cd asal 1st press terbitan tahun 1997.


Dari segi sound rasanya cd 2015 ini tidak jauh ketinggalan dengan 1997. Tak pasti sumber mana yang digunakan. Tak rasa pun dari master tape yang asal. Mungkin juga piring hitam atau mungkin sumbernya sememangnya dari cd 1997 ini. Pasal itu soundnya tidak jauh berbeza.

2015 (kanan) 1997 (kiri)
Tapi yang pastinya gambar cover dan inlaynya memang berbeza. Saya pasti yang cd terbitan 2015 ini menggunakan cover kaset sebagai rujukan. Font tulisan Samarkand adalah sama dengan di kaset.


Inlay di belah dalam dan graphic di atas cd juga berbeza. Yang atas 2015, bawah 1997.


Inlay 2015 jenis kertas sekeping lipat dua, manakala 1997 jenis kertas panjang berjela.


Begitulah lebih kurang perbezaannya. Yang 1997, "packaging"nya lebih berbaloi. Tapi tak kisah lah. Nak dapat yang 1997 ni memang dah susah dah. Dapat yang baru ni pun dah kira elok...janji soundnya bagus.



13 comments:

  1. Ok...thanks for sharing.
    Kalau jumpa aku nak beli...

    ReplyDelete
  2. ah~ buku2 jiwa dulu... samarkand (dan titian) lain kali hehehe

    ReplyDelete
  3. dah beli dah cd ni.. sound memang bagus!

    yg tak bagus ialah stiker hologram ditampal pada gambar masjid tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sticker hologram ni memang menyakitkan hati...sampai pernah jadi isu dengan Universal Music masa cd Di Pintu Sepi...

      Aku punya ni aku dah kopek...tinggal sikit sisa2 dia...malas aku nak gosok lebih2...kertas cover dia pun bukannya kualiti sangat...kang ada yang terkoyak pulak kang...

      Delete
  4. Banyak kali pegi kedai cd tak jumpa2 lagi.aku baru beli masa scarecrow ngn junction penentuan

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. EMI mmg xde masalah dri segi sound...dorg mmg amik berat pasal kualiti... cuma Universal ni aje aku xphm... mungkin sbb dorg xnk mastertape ni di copy senyap2 oleh tukang mastering utk tujuan2 tertentu... sbb mende ni dh pnah jd kt artis dorg...(artis antarabangsa)..

    ReplyDelete
  7. sekeping lipat dua...maybe rege kertas dh mahal sbb GST...xpasal2 nti universal ni gulung tikar..

    ReplyDelete
  8. yg penting cover asal album ni di kekalkan...dari segi kertas kulit album NSR punye lagi baek sikit laaa..

    ReplyDelete
  9. Rilisan semula SAMAD dan RAIHAN first album kualiti kertas memang superb

    ReplyDelete
  10. Rilisan semula SAMAD dan RAIHAN first album kualiti kertas memang superb

    ReplyDelete
  11. Rilisan semula SAMAD dan RAIHAN first album kualiti kertas memang superb

    ReplyDelete