Tuesday, October 27, 2015

Titian

Lagi layan album reissue sementara mencari ilham untuk karangan Search Panggung Khayalan...


Medicine - Titian (1988) - terbitan semula 2015

Lagi album yang tidak pernah saya dengar ketika ianya diterbitkan. Tahun 1988 adalah tahun yang saya masih membeli kaset-kaset rock melayu. Tetapi tidak pasti kenapa album ini saya tertinggal. Mungkin kerana masalah kekangan kewangan sebagai seorang pelajar sekolah. Terpaksa selektif dalam memilih kaset mana yang hendak dibeli.

Kalau tidak silap saya tahun 1988 adalah tahun bermulanya lebih banyak kaset original di jual di kedai berbanding cetak rompak. Sebagai seorang pelajar sekolah yang berbekalkan duit belanja sekolah 50 sen sehari, memang betul-betul kena selektif. Tambahan pula saya sudah mula pandai membeli kaset-kaset original rock orang putih. (1988 dah susah dah nak jumpa kaset pirate jenama apache)

Mungkin kerana imej rambut pendek Medicine menyebabkan saya tidak membelinya. Mungkin juga keputusan saya tepat. Album ini banyak lagu perlahan. Malah 2 track pembukaannya pun lagu perlahan. Pastinya saya tidak akan suka. Lagu yang saya tahu dari album ini hanyalah lagu yang sering dimainkan di radio, 'Tika Dan Saat Ini' dan 'Rimba Cinta'.

Mendengarnya buat kali yang pertama saya rasakan permainan muzik mereka sangat kemas. Mereka adalah pemuzik yang bagus. Susunan muzik pun sedap. Di tambah pula dengan sound cd yang bagus. Sayangnya terlampau banyak lagu yang perlahan. Kurang menepati selara muzik saya. Namun begitu gitaris mereka, Ija memang bagus. Dengarkan sahaja petikan gitar akustik dan solo beliau dalam lagu 'Tika Dan Saat Ini'. Memang syahdu.


Ada beberapa lagu yang menarik perhatian saya. "Mergastua" mengingatkan saya kepada lagu Lefthanded. Mungkin kerana gitaris mereka yang bagus seperti Lefthanded. Saya bersetuju dengan Xyrus Zone yang lagu 'Derita Seorang Filosuf' mempunyai sedikit pengaruh dari Iron Maiden. Mungkin mereka sememangnya peminat Iron Maiden.. Kerana saya pernah melihat mereka muncul di tv secara live (lupa rancangan apa...Panggung Anniversary ataupun Pesta Kingsway) membawakan lagu "Running Free" dari Iron Maiden.

Secara keseluruhannya bukanlah makanan saya. Tetapi ianya sebuah album yang bagus jika anda sukakan lagu-lagu rock yang berentak perlahan.




8 comments:

  1. Yang nampak agak rock sikit cuma gitaris dia je yg nama ija tu..heheh

    ReplyDelete
  2. cepat lah ceta search tu, tak sabar sudah nak baca ni.

    ReplyDelete
  3. juga dalam senarai "shopping cart" slps hillary dan ekamatra... tapi mcm pikir 2 kali sbb aku dah ada kompilasi yg rata2 byk lagu2 drp album ni

    ReplyDelete
  4. WE WANT SEARCH! WE WANT SEARCH!!!
    Medicine ni semua tak important la......SEARCH!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Derita Seorang Filosuf lagu feveret tu, termasuk la lagu Rentak Kehidupan. Hakikatnya memang Medicine ni bagus dalam permainan muziknya, tak silap Ija menang sebagai gitaris terbaik masa pertandingan yang band ni pernah masuk. Dan semestinya mereka ni peminat setia Iron Maiden...setiap konsert dia mesti bawak lagu2 Iron Maiden...

    ReplyDelete
  6. sound album ni mmg bes...aku ske vokal ijam...seblum album ni rilis aku ade beli versi memori hit medicine 2 album dlm 1...album ni dn album muzakarah...tp sound muzakarah tu kurg digital.. hrp lepas ni muzakarah jgk rilis..

    ReplyDelete
  7. banyak betoi album re-issue sekarang ni. Tunggu album Saxo je kot2 ade re-issue

    ReplyDelete
  8. WE WANT SEARCH!! WE WANT SEARCH!!!!

    Portdy dah review, tunggu ko nye lak

    ReplyDelete