Dengan terbitnya cd ini, maka sempurnalah koleksi Belantara saya. Dulunya ia sekadar dikeluarkan dalam bentuk kaset (1992). Saya tak beli kasetnya tetapi adik perempuan saya ada. Beberapa bulan lepas banyak kali nampak kasetnya di kampung. Sayangnya, bila nak dicari tak jumpa pula di mana. Arghhh...
Yang ini pula terbitan tahun 2001. Keluaran syarikat yang sama. Di beli di kedai kaset tingkat 1 Plaza Angsana. Siap kena order. Kedai tu tak ambik stok pun. Budak jaga kedai tu tak kenal pun Belantara. Cd-cd lain dalam siri "best of" ni ada pulak. Hampeh! Dah tutup dah kedai ni, Bukan dia ajer, semua kedai kaset kat Plaza Angsana dah tutup dah. Lagi hampeh!!. Sekarang nak beli cd kat area Johor Bahru memang dah susah.
Track list. Bezanya versi 2001 kurang satu lagu. Tiada lagu "Jalan Pulang". Yang lain sama. Turutan pun sama. Dari segi sound, saya rasakan versi 2001 sedikit lebih elok. Tapi tapi tak banyak beza pun. Kira ok la. Tabik pada yang berusaha mengeluarkannya.
Akhirnya sempurna sudah. Terimakasih Belantara kerana menjadi sebahagian dari soundtrack zaman remaja saya. Tabik!
Sama dengan.complete jugak.cuma the best of je yg takda
ReplyDeleteErr..title entri takda tu lupa taruk kah
haha...nak cepat pergi sembahyang jumaat sampai terlupa letak tajuk...tq dah edit...
Deletetak komplen kat syarikat rakaman?
ReplyDeletesekarang org tak komplen sound...tapi komplen typo...heheh..
Deletekihkihkih sampai depa p wasap itu tokey sony music..
Deletebelantara memang hebat
ReplyDeleteMendengar pada zaman sekolah lagi(1987 form 4), dapat tahu dia orang ni menuntut kat menara gading di USA...lagi la kagum. Masa kerja syarikat lama dulu, ada sorang member main bass, pernah masuk bertanding battle of band (masa tu juara Lipan Bara), dia cakap masa masuk bertanding tu dia pakai bass Shukri, sebab kawan dia adik pada Shuk. Member tu terkejut aku tau kumpulan Belantara...sebab semestinya -mereka paling "asli" dan "lain dari yang lain" dari zamannya
ReplyDeleteLagu feveret :-
1st album - Jebat, Belantara, Sutra, Kepangkuan Ibunda, Dewi
2nd album - Menari Dalam Hujan, Pelangi & Nafiri, Hadiah Harijadi, Cubaan Bukan Satu
3rd album - Destinasi Infiniti,Daya Tarikan, Airmata
baru ada color merah S/T dan The Best Of..sbb Koleksi Terbaik tu lebih 1 lagu je dr The Best Of, jadi boleh aku skip & guna duit utk album lain..
ReplyDeleteAku mmg suka dgn ini band tau.. lbh kurg mcm kembara la..tp kembara tu "dunia" lain la dlm genre berbeza.. ni belantara dalam genre rock.. tk heranla klu Polygram ni suka amik artis2 yg ade kelainan.. baik dari segi lagu.. maupun suara penyanyi..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI really enjoyed your blog, visit www.atituderocknroll.com.br if you like we can make a disclosure of partnership in our blogroll
ReplyDeletekedai cd kat Plaza Angsana yg kat groundfloor tu ke? aku sempat beli Thunder in the East kat situ. Belantara band bagus. Yeah dah complete! cd Kak Pah rules!! .huhuhu
ReplyDeletePlaza angsana dah takde eh kedai melayu jual cd.. now i realise
ReplyDeleteMemang label sony music byk kali salah typo...biar kena skolah sikit.
ReplyDelete