Friday, June 24, 2016

Gila Format : The Final Countdown

Sempena ulangtahun ke 30 pada 26hb Mei yang lalu..

(Gila format yang sedikit berbeza...sayang kaset dah hilang...)

Europe - The Final Countdown (1986)

Album yang mengenalkan mereka kepada dunia. Banyak lagu menarik didalamnya. Tetapi sayang, selamanya mereka akan hanya dikenali kerana lagu The Final Countdown. Nak buat macamana. Lagunya memang sedap. Sesuai pula menjadi anthem untuk acara-acara keramaian. Tahun baru dah tentu tentu dah. Dah jadi lagu wajib pun untuk kiraan tahun baru.


Anak saya mengenali lagu The Final Countdown semasa berada di Festival Layang Layang. Ketika beliau terdengar lagu tersebut saya mainkan dirumah, terus beliau gelarkannya sebagai lagu layang layang. Begitulah "catchy"nya lagu tersebut. Sekali dengar pun iramanya dah melekat dan terngiang ngiang di kepala. Tetapi bagi saya selain catchy, saya cukup sukakan solo gitarnya. Ringkas dan nampak mudah tetapi sebenarnya cukup sukar untuk dimainkan. Begitulah keistemewaan John Norum. Seorang shredder yang hebat.

playernya dah tiada...simpan ajer la buat kenangan...

Selain itu, ini adalah antara kaset-kaset terawal saya di zaman apache. Lagu-lagunya menjadi soundtrack kehidupan di zaman sekolah menengah. Video VHS kepunyaan abang yang masih tersimpan sehingga kini boleh dikatakan di tonton hampir setiap hari. Rock The Night, Cheroke, Indian dan lagu balada Carrie adalah lagu lagu lain yang pada saya cukup sedap dari album ini.


Walaupun selepas dari ini baru saya tahu yang Europe mempunyai album album awal yang lebih heavy, yang lebih kena dengan jiwa, tetapi kenangan yang dibawa bersamanya membuatkan saya rasa berbaloi untuk mememiliki albumnya dengan pelbagai format. Melihatnya sahaja sudah cukup membawa saya semula ke alam remaja...arghhh...kalau lah ada mesin merentas masa...





10 comments:

  1. Mesin merentas masa kan dah ada Bert..!! Tu dalam filem Trilogy Back To The Future.. hihh hihh
    Lepas ni boleh la sewa dari Michael J. Fox kejap.. cakap kat dia, nak balik ke tahun 80an ke, 90an ke.. boleh apa..?

    kahh kahh kahh.. jangan marah bert.. gurau di bulan puasa.. hu hu

    ReplyDelete
  2. Ni album ye zaman kaset dulu memang world. Carrie, final countdown, carrie, rock the night, carrie, cherrookee, carriee,.. hahahahahaha.
    taoi kelakar final countdown, band cina mati pun bawak..., cina kawin kat hotel... bila waiter waitress masuk bawak dish pertama pun lagu ni, ada sekolah cina kat kl tiap2 pagi akan main lagu ni tanda sekolah dah nak mula, murid lekas2 masuk pagar. Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Swedish rock legend...sedap album ni

    ReplyDelete
  4. takda cerita Tom Angelriper ke Ramadhan tahun ni?

    ReplyDelete
  5. Aku baca dlm metal hammer kalo tak silap.diorang ckp dpt idea cipta lagu ni inspirasi dari lagu iron maiden.bdk kpop pun suka lagu ni..heheh

    ReplyDelete
  6. album ni sebaya umur aku..haha.. aku mase kecik2 suka lagu final countdown tu.. suka dgr tang intro keyboard tu.. ble dh besau baru aku tau tu lgu band rock kapak.. album ni best.. cheroke.. rock the night.. carrie.. heart of stone mmg truly europe punye stail muzik..

    ReplyDelete
  7. Video tape macam tape sewa kedai pakai kad ahli. Kau tak pulang eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pulang deposit hangus beb...hahaha...tapi dulu2 aku ada jugak pinjam lepas tu tak pulang...

      btw...dulu kat Holiday Plaza...ada satu kedai India tu banyak arr jual tape video rock ni semua...dulu banyak aku beli kat situ...

      Delete
  8. final countdown je yang aku tahu. ada tu versi metal, sedap juga dgrnya.. haha

    ReplyDelete