Monday, June 13, 2016

Look What the Cat Dragged In

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 23hb May yang lalu..



Poison - Look What the Cat Dragged In (1986)

Kalau definasi hair/glam metal itu mahu ditunjukkan dalam satu album, Look What the Cat Dragged In pada saya adalah yang paling tepat untuk menterjemahkannya. Imej dan lagu-lagunya adalah apa yang perlu ada untuk genre sebegini.

Mungkin ada yang mencebek dan menyampah tak suka tetapi muzik adalah selera peribadi. Seperti saya yang kurang gemar dengan grunge dan muzik yang meleweh Mungkin anda juga begitu dengan genre hair metal. Tetapi jika anda ingin mencuba, Look What the Cat Dragged In adalah cadangan saya untuk anda bermula.

Imej make-up, hairspray, spandex dan fesyen warna warni mereka adalah lambang kegemilangan hair/glam metal dipertengahan tahun-tahun 80an. Saya yang pada ketika itu berumur 15 atau 16 ketika pertama kali melihat video clip "Talk Dirty To Me" terus tertarik dengan mereka. Siapalah yang tak minat kerana lagunya sangat catchy. Tambah pula dengan imej mereka di video clip tersebut yang sangat remaja, energetic dan ceria.



Album ini, boleh dikatakan semua lagunya mudah hadam. Glam/hair metal adalah "about having fun" dan "melodic power ballad". Itulah yang mereka berikan. "Talk Dirty To Me", "Cry Tough", "I Want Action", "Look What The Cat Dragged In" adalah "good-time rock and roll" dengan "sing-along choruses" dan "I Wont Forget You" pula adalah power ballad yang sangat melodic dan catchy.

Satu lagi ciri glam/hair metal adalah seorang gitar hero. Dan Poison memberikan kita C.C Deville. Saya tidak pernah malu untuk mengaku yang saya adalah peminat besar Poison walaupun ada yang kata mereka chessy. Tak kisah lah...selera masing masing la kan...

Sedang cuba mendapatkan versi lp...




8 comments:

  1. hair/glam metal ni yg aku melekat rasanya cuma dokken je kot...

    ReplyDelete
  2. Teringat arwah mak aku marah abg aku pasal kaset ni.kenapa beli kaset pondan semuanya ni..heheh..hampir2 nak kena buang jugak la kasetnya.aku setuju dgn apa yg ko ckp,kalo nak kenal true glam album ni la kena dgr.poison ngan stryper je yg meriah dengan kaler warna warni..heheh

    ReplyDelete
  3. Aku suka Poison nye lagu cam unskinny bop, life goes on.. hehe.

    ReplyDelete
  4. aku pula sependapat dgn berteromber.. memang album ni lah yg memperkenalkan aku pd dunia glam/hair metal.. selain album kumpulan Ratt.. bagi aku Poison dan Ratt adalah the king of glam metal..
    Hidup Glammm / hair matal gituu

    ReplyDelete
  5. glam hair metal zaman btul2 rock bg aku.. dari segi fesyen dn lagu.. dn gaya persembahan.. mmg truly rock.. sebelum dn selepas.. rock jgk lah.. but glam d best.. lahir di era aku dlahirkan.. muehehe

    ReplyDelete
  6. haha sekali pandang macam pempuan...

    ReplyDelete