Monday, June 6, 2016

Muhammad Ali

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Memori tentang beliau datang ke Malaysia pada tahun 1975 agak samar samar dalam ingatan. Tetapi peristiwa pakcik makcik jiran sekampung ramai ramai datang ke rumah kami untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan beliau masih terpahat dalam ingatan. Ketika itu hanya rumah kami yang mempunyai tv. Tv kotak hitam putih jenama Toshiba yang ada pintu slide di depannya. Perlawanan tinju pada ketika itu adalah satu acara besar bagi masyarakat sekampung. Tak hairanlah kalau saya tahu sukan tinju lebih awal dari bolasepak.

Malangnya saya dah tak boleh ingat ianya perlawanan yang mana. Adakah yang di KL atau mungkin sahaja "thrilla in manila" kerana nama Joe Frazier adalah satu lagi peninju yang pertama saya ingat selepas Muhammad Ali. Pada ketika itu bagi kami kanak kanak bila berangan menjadi hero, pastinya rasa diri macam Muhammad Ali dan musuh kita adalah Joe Frazier. Dan nama Muhammad Ali menjadi sinonim dengan sukan tinju bagi saya dan generasi yang sebelumnya. 

Selamat jalan Allahyarham Muhammad Ali. Anda sememangnya seorang hero yang sebenar...


Muhammad Ali
(January 17, 1942 – June 3, 2016)

"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" 

 "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."






7 comments:

  1. Al Fatihah..nama beliau ada kat hollywood walk of fame tapi letak kt dinding.dia sendiri yg mintak letak kat dinding sebab tanak nama muhamad tu di pijak

    ReplyDelete
  2. satu keputusan yang bijak dari arwah muhammad ali kan... tak mahu nama muhammad itu dipijak.. pujian patut diberikan kepada arwah atas sebab kecintaan beliau pada nama Muhammad itu.. kerana nama Nabi SAW itu, sayangilah dan cintailah Rasulullah SAW sepenuh jiwa... syabas Muhammad Ali

    ReplyDelete
  3. Mungkin kalau tak 100% pun tapi mungkin 99.99% of the time di masa ini semua orang hanya memberi kata2 yang baik saje untuk Muhammad Ali ni. Bukan saje untuk diri dia, tapi dia seperti wakilkan semua umat Islam dalam dunia tengah kecoh sekarang ni. Nama pun nama Rasullah. Yang Terpuji.

    ReplyDelete
  4. Nama yang akan sentiasa mekar baik kepada muslim dan bukan muslim.. Semoga Allah mengampuni dan merahmatinya..

    ReplyDelete
  5. Nama yang akan sentiasa mekar baik kepada muslim dan bukan muslim.. Semoga Allah mengampuni dan merahmatinya..

    ReplyDelete