Thursday, October 20, 2016

Scoundrel Days

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 6hb Oktober yang lalu



A-Ha - Scoundrel Days (1986)

Sebelum keujudan Mayhem. Burzum, Darkthrone, Emperor, Enslaved dan lain-lain yang seangkatan dengannya, inilah black metal Norway yang sebenar...hahaha...

Saya telah mula meninggalkan sedikit demi sedikit muzik pop dan new wave bermula dari tahun 1986. Ini adalah album pop 80an terakhir yang benar-benar saya ikuti. Menjelang tahun 1987, saya telah mula menjadi mat rock sepenuhnya.


Mungkin kerana itu album ini agak kurang kesannya kepada saya berbanding album pertama mereka, Hunting High and Low (1985). Bukan lagunya tak bagus tetapi ianya lebih kepada saya yang sudah berubah hati. Namun begitu ada 3 lagu yang cukup berkenan, "I've Been Losing You", "Manhattan Skyline" dan "Cry Wolf".

Saya tidak mengambil tahu perihal mereka selepas dari album ini, tetapi tidak dinafikan sekali sekala saya tetap mencari lagu-lagu mereka kerena mereka adalah sebahagian dari soundtrack perjalanan hidup ketika awal remaja.

Selepas Duran  Duran, mereka lah hero saya...sehinggalah terpengaruh dengan muzik untuk hantu berubat*...


*panggilan orang tua saya untuk muzik rock hantu takder masa depan...hahaha..







7 comments:

  1. Sweden, Norway, Finland band gerek2, cuma Denmark je aku tak pasti, ada cuaca sejuk dirang time winter yang buat dorsng terror cipta lagu jot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Denmark ada King Diamond/Mercyful Fate...Mike Tramp White Lion pun Denmark...Lars Ulrich pun...tapi paling gerek Michael Learns To Rock la...huhu...

      Delete
  2. A-HA ni yg aku tau lagu dia cuma soundtrack james bond je.the living daylights kot

    ReplyDelete
  3. kemana perginya menghilang, kesemua line-up A-Ha ini sekarang bro..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi...last album dorang tahun lepas...Cast in Steel...

      Delete
  4. Nama memang pernah dengar, tapi sbb bukan peminat, jadi memang tak tahu album & lagu2 diorg...

    ReplyDelete