Sunday, October 30, 2016

The Jester Race

Yang dah tahun 20 tahun pada 20hb Februari yang lalu...


In Flames - The Jester Race (1996)

Saya selalu kata pertengahan 90an adalah tahun yang kurang menarik bagi muzik metal. Mungkin saya tak betul-betul mencari atau mungkin sahaja pada ketika saya memang dah tepu dengan metal. Rasanya kalau saya tahu lebih awal yang pada ketika di Gothenberg, Sweden adanya “Slaughter of the Soul” dari At The Gates, “The Gallery”dari Dark Tranquillity dan "The Jester Race" dari In Flames mungkin ianya akan berbeza. Mendengar mereka ianya mengingatkan saya kepada salah satu album kegemaran saya, "Heartwork" dari Carcass.

Tetapi dari ketiga-tiga itu saya lebih menyukai In Flames. Mendengar The Jester Race membuatkan saya terpikir mungkin beginilah bunyinya jika Steve Harris berhasrat membuat album death metal. Harmonic gitar solo nya memang mengingatkan saya kepada Iron Maiden. Solo solo gitarnya memang sedap. Memang melodic. Salah sebuah album melodic death metal yang terbaik pernah dihasilkan.


Cd ini sebenarnya baru saya beli. Nampaknya syarikat NSR bukan sahaja menerbitkan semula album-album rock melayu lama dalam bentuk cd. Tetapi juga album-album antarabangsa yang pernah di'under licensed'kan kepada VSP. Bagus juga. Dengan harganya yang mampu milik harapnya banyak lagi album-album terbitan VSP akan dikeluarkan oleh NSR.




10 comments:

  1. mcm inlaynya lipat dua jek.. kena cari yg 1st press jgk tu bro..
    btw.. bila baca ulasan bro.. nk jgk rasa dengar/beli ni album..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...inlay lipat dua...tapi dulu pun masa zaman kaset rilisan VSP pun jenis macamgini jugak..

      Delete
  2. Kalau betul dia nak reissue semua yg pernah dipublish VSP ,, memang gila la perbelanjaan kita nanti huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tu la ada perasan gak album ni haritu.ingat nak beli pasal tak penah dgr in flames ni.banyak jugak album metal under vsp yg nsr rilikan balik

    ReplyDelete
  4. satu2nya album in flames yg aku layan (setakat ini) cuma colony

    nostalgic value beb...

    ReplyDelete
  5. album in flames yg aku hadam seratus-peratus muziknya...sebut sahaja artifac, the jester race, december flower, warfear, graveland.,,semua teringat dikepala riff gitarnya..bole dgr solo fredik nordstorm dlm lagu december flower yg membunuh...gabungan idea jesper stormblad dan glen lungenstorm mmg mmbunuh klu buat riff...syg cd keluaran nsr ni mcm bootleg je rilisannya...cover depan artwork maskot mereka iaitu kepala jester tu pn nmpk kecacatannya...prnh borak2 dgn tauke kedai ckp yg rilisan ni rilisan cari makan pintu blakang punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...macam bootleg...asialink punya dulu cover lagi cantik kot..

      Delete
  6. Tidak dinafikan lagi.. antara melodic death metal tersedap di dunia. Penyumbang kepada kegilaan Gothenberg death metal... seterusnya menjadi inspirasi kepada apa yang hari ini dikatakan 'American Metal'.

    ReplyDelete