Friday, November 25, 2016

Poison's Greatest Hits: 1986–1996

Sementara yang lain tengah sibuk dengan Hardwired...kita layan dulu yang lebih brutal (:p) yang akan genap 20 tahun pada hari esok 26hb Nov...


Poison's Greatest Hits: 1986–1996 (1996)

Ini adalah penghujung zaman kegemilangan Poison. Album terakhir (walaupun sekadar album kompilasi) yang mendapat anugerah double platinum. Album-album selepas dari ini memang tidak pernah mencapai tahap sebegini terutamanya seperti 3 album awal mereka.

Kompilasi ini menghimpunkan 18 buah lagu yang mana 15 lagu adalah dari zaman C.C. DeVille, (5 dari album Look What the Cat Dragged In (1986), 4 dari Open Up and Say... Ahh! (1988), 5 dari Flesh & Blood (1990) dan satu dari Swallow This Live -1991).

Hanya satu lagu dari zaman Richie Kotzen (Native Tongue -1993) dan 2 lagu "unrelease track" dari Blues Saraceno, gitaris terkini mereka pada ketika itu


Hair metal yang sentiasa ada "soft spot" buat saya. 3 album awal mereka adalah soundtrack kehidupan. Tak kisah lah nak kata poseur ker apa. Minat sejak pertama kali mendengar mereka dari zaman tape VHS Kerrang Kompilation. Bukanlah yang terbaik tetapi mereka berada di tempat dan masa yang betul.

Ianya sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mencuba Poison. Walaupun sebenarnya muzik mereka juga berevolusi dari satu album ke satu album yang lainnya. 10 tahun yang berwarna warni. 10 tahun gemilang yang tak akan mereka perolehi lagi...






6 comments:

  1. kalau aku pedulik apa posseur metal cakap, aku tak minat Poison ni.
    tapi ni Poison dahsyat. Unskinny Bop meremang ok bulu roma, dan Tell Me Why pun aku suka, dan of course balada tragik sentimental jiwa jiwa merintih layu hiba kecewa duka rasa nak mati lagi baik - lagu Life Goes On. hahaha

    ReplyDelete
  2. menarik klu ada nampak ngam harga aku nak.. jadikan koleksi, kejap lagi aku nak sedut 2 3 lagu hehe

    ReplyDelete
  3. Poison lagu yg paling aku suka sampai skang life goes on..album paling aku suka flesh n blood ngan native tongue

    ReplyDelete
  4. Hanya satu lagu dari zaman Richie Kotzen (Native Tongue -1993...

    Hey aku suka wei zaman Native Tongue...

    Stand...Fire And Ice...huahuahua

    ReplyDelete
  5. ooh.. poison, kau la racun, tapi kau juga tetap jadi pojaan ku.. long live poison, hails to brett michael..

    btw.. jom singgah ke blog yusrina bro, ada kisah terbaru Bon JOvi.. ayuhh

    ReplyDelete