Sunday, November 27, 2016

Private Eyes

Mengimbau kenangan 40 tahun....


Tommy Bolin - Private Eyes (1976)

Bila mula terjebak dalam hobi membeli piring hitam, ini adalah antara album yang menjadi "wish list" saya. Sebelum ini hanya sekadar mempunyai versi "sedut". Pernah bercerita bagaimana asalnya saya mengetahui tentangnya  6 tahun yang lalu. Sila baca di >SINI<

Soundnya memang lemak berkrim. Sound analog 70an seperti ini sememangnya lebih syahdu bila didengar mengunakan piring hitam. Produksinya memang tip-top. Bunyi bass nya memang berdentum. Vokal lunak Tommy dan solo gitarnya yang berjiwa membuatkannya bertambah mantap. Memang syahdu!


Sedikit info untuk yang tak tahu, Tommy Bolin adalah penganti Richie Blackmore dalam Deep Purple ketika era MK4 (1975-1976). Yang menariknya beliau seoarang gitaris yang sangat versatile. Pernah bermain pelbagai genre di dalam beberapa band yang pernah dianggotainya, Psychodelic-blues dalam Zephyr, Rock n Roll dalam James Gang, Jazz dalam Alphonse Mouzun, Fusion ketika bersama Jan Hammer dan Billy Cobham dan sudah semestinya hard rock ketika bersama Deep Purple.


Album solo keduanya ini membuktikan betapa versatile nya dia. Bukan setakat solo-solo gitar yang bagus tetapi beliau juga mempunyai vokal yang sangat bagus. Lagu lagu seperti Bustin' Out for Rosey, Sweet Burgundy, Post Toastee, Shake the Devil dan Hello,Again memang enak didengar terutamanya jika anda sukakan rock 70an yang funky dan penuh jiwa.

Sayangnya inilah hasil kerja beliau yang terakhir. Beliau meninggal dunia 3 bulan selepas album ini diedarkan. Ketika itu beliau hanya berusia 25 tahun. Pastinya akan banyak lagi karya-karya beliau yang bagus jika beliau masih hidup.

Tapi nak buat macamana, dadah punya pasal...maka selamanyalah beliau akan hanya terus diingati sebagai penganti Richie Blackmore dalam Deep Purple....bukannya sebagai seorang lagenda gitar...






6 comments:

  1. Dulu kecik2 memang konpius kenapa last concert in Japan ialah nama Tommy Bolin kan? Then pelan pelan belajar.. oooo. Jan Hamer pun dia ni ada share ye, Jan Hamer apa aku tahu zaman dulu dia macam pioneer jugak show ada main laser

    ReplyDelete
  2. Aku ingat tadi review piring hitam album cina..heheh..baru tau pasal album ni.tq info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 dulu masa 1st time tengok kaset ni aku pun ingatkan lagu cina..

      Delete
  3. cover LP yang begitu menarik, terutamanya gambar di bahagian belakang piring hitam tu, memang cantik (daring habiss.. heehee)

    ReplyDelete
  4. tgk gambar saja tu ingatkan album cina

    ReplyDelete
  5. family tree seterusnya kena check ialah James Gang... wahhahahaha... soo baru aku tau mana mamat Nuno Bettencourt dapat pengaruh sound funk dia selain copy Van Halen..

    ReplyDelete