Friday, July 31, 2009

Rust In Peace

Sementara bersabar menunggu Endgame yang dijangkakan akan dirilis pada bln September ni dan khas jugak untuk Encik Bijak_Sinner mari kita layan album ni dulu - Megadeth Rust In Peace.



Ini adalah album Megadeth yang paling aku suka..diterbitkan pada tahun 1990..album ke 4 dorang dengan line-up klasik yang jugak paling aku suka...walaupun awalnya aku berharap Criss Oliva (Savatage) atau pun Jeff Water (Annihilator)yang akan bermain gitar untuk album ni..namun selepas kedua2nya menolak..kemasukan Marty Friedman benar2 mengubah Megadeth kepada satu tahap yang lebih tinggi...Kombinasi gitar Dave Mustaine dan Marty Friedman memang serasi betul la..mereka berdua ni membuatkan kita rasa rif2 dan solo2 yang teknikal dan susah tu macam senang je kan...memang dasat.

Tapi dah boleh agak la kan...Marty tu kan gitar shredder...aku dah start dengar dia zaman dia ngan Jason Becker dalam Cacophony lagi..album Speed Metal Symphony..sayangnya Jason Becker masa tu join David Le Roth la pulak..dah tak jadi metal..oh..ok...ni citer lain..



Seingat aku masa album ni keluar...promosi dia EMI Malaysia buat besar2an jugak..nak lawan Metallica la kan..siap keluar iklan dia kat suratkabar Berita Harian..suku page..terpampang muka sorang2...dasat..nasib zaman tu aku bukan kaki buku sekerap macam Encik J...kalau tak boleh gunting dan tampal tunjuk bukti...huhu..

Lagu pembukaan Holly Wars...The Punishment Due...1st time dengar jer dah rasa nak terlompat dah dia punya excited best...jarang2 dapat jumpa pembukaan album yg sekali dengar jer dah menangkap...bagi kes aku mungkin selain ni..Blackened atau Battery kot..masuk pulak lagu no 2 Hangar 18...mak aii...gila babas dia punya best..dengar 2 lagu ni jer dah cukup bagi aku rasa berbaloi baloi untuk aku upgrade jadi cd beberapa tahun kemudiannya..



Bagi aku album ni dari awal sampai abis semua best...tak der filler..ok la..mungkin Dawn Patrol..tapi ok la tu..untuk slow down kasi rest kepala kejap dari terjahan berterusan teknikal gitar kan...hehe..

Kalau nak kira lagu favourite...ada 5 lagu yang aku betul2 suka..Holy Wars...The Punishment Due,Hangar 18,Five Magics,Tornado Of Souls dan Rust in Peace...Polaris.



Kesimpulannya..kalau nak dengar thrash metal teknikal bermelodi dgn solo2 membunuh..inilah album yang patut dicari. Rekomended!


***latarbelakang gambo cd tersebut saja2 dibuat begitu rupa sebagai tujuan untuk riak cd megadethwi..huhuhu..

Wednesday, July 29, 2009

In-A-Gadda-Da-Vida



Baru2 ni Eddie ada letak lagu In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer kat blog dia..tetiba buat aku teringat balik bila 1st time aku dengar lagu tu.

Tahun 90 ker 91..tak ingat..ada sorang member zaman aku kat ITM dulu..beliau peminat lagu2 rap..(Yo!..What's up in Doha bro?..)tapi bukan la rap 4U2C,KRU,Nico,Feminin dan Res2 tu...tapi Res2 tu boleh tahan la kan..bukan muziknya...orang2nya la kan...huhu..tapi member ni more to rap omputeh..eh..rap negro lebih tepat...dari beliau la aku kenal gangster rap macam NWA,Public Enemy,Beasty Boy dan macam2 yang aku dah tak ingat lagi...maklum la zaman tu Anthrax kan berkolabirasi dengan Public Enemy...so bila aku berkawan ngan dia terasa la aku ni macam Scot Ian (walaupun rambut aku lebat :P) dan dia macam Chuck D...hahaha..tapi walau dia mat rap..aku metal..tapi kami dua2 minat kumpulan Belantara..hehe..(lain kali boleh cerita pasal Belantara pulak)..

Berbalik pada cerita asal...aku macam biasa la..bila berkawan ngan member yg kaki muzik..benda pertama yang aku buat kalau lepak bilik dorang ialah selongkar koleksi kaset...selain dari koleksi kaset2 rap dia yang menimbum tu..aku terjumpa kaset soundtrack Less Than Zero...yang aku perasan ada Poison cover Kiss "Rock & Roll All Nite dalam tu dan oleh kerana Poison punya pasal (au...huhuhu) aku pinjam kaset tu.

Bila balik bilik pasang dan dengar...baru aku perasan ada lagu2 cover lain yang best terutamanya Hazy Shade Of Winter - Bangles (syok oo lagu ni..) tapi yang betul2 menarik perhatian aku adalah lagu In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer..camner aku tak perasan ada Slayer masa mula2 pegang kaset tu..nasib Poison punya pasal..kalau tak.. tak tau aku pasal lagu ni...huhu...tapi memang best la lagu cover dari kumpulan Iron Butterfly ni...kena dengan sound thrash Slayer..memang terbaek!

Dulu aku pernah cari soundtrack ni kat kedai2...tapi tak pernah jumpa..ni list lagu dari soundtrack tersebut

1. Rockin' Pneumonia and the Boogie Woogie Flu - Aerosmith
2. Life Fades Away - Roy Orbison
3. Rock & Roll All Nite - Poison
4. Going Back to Cali - LL Cool J
5. You & Me (Less than Zero) - Glenn Danzig,
6. In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer
7. Bring the Noise - Public Enemy
8. Are You My Woman? (Tell Me So) - Black Flames
9. She's Lost You - Joan Jett
10. How to Love Again [#] - Oran "Juice" Jones, Alyson Williams
11. Hazy Shade of Winter - Bangles

kalau cerita pasal movienya pulak..Less Than Zero ni diterbitkan pada tahun 1987..rating IMDB tak tinggi pun 5.9 ajer..lakonan Andrew McCarthy dan Robert Downey Jr...aku pernah tengok citer ni kat Astro beberapa tahun yang lalu...tapi aku dah lupa macamana jalan ceritanya...so aku tak berani nak komen...mungkin tak best kot..tu pasal aku tak ingat...hahaha...boleh jugak la korang check kat wiki..

ok..berbalik kepada In-A-Gadda-Da-Vida..walaupun aku pernah terbaca yang Slayer pun bukanlah suka sangat lagu ni...Rick Ruben yang suh dorang buat untuk soundtrack ni..tapi tak kisah la..cakap banyak pun tak guna...jom layan lagunya...

Friday, July 24, 2009

Use Your Illusion 1

Ok la..untuk memenuhi permintaan lagi..(ceh..korang ingat aku buat rancangan radio permintaan ker apa ni?...haha..ada sapa2 lagi nak request..macam la aku tokey kedai cd..huhu..tapi kalau kebetulan aku ada cdnya...apa salahnya kan...) kali ni permintaan En. Kotak Ajaib..dah lama dah dia request..kali ni je baru berpeluang untuk megulas album hebat ni Guns N Roses 'Use Your Illusion 1".




Aku dah cakap..aku suka yang biru..tapi dia seboleh2 suruh buat yang kuning (otak kuning betul la lu abang J...huhuhu)..kenapa aku suka yang biru (UYI 2)..kerana masa 2 album ni keluar..biasa la zaman student..duit loan pun dah nak abis..tak mampu nak beli dua2 sekali..so kongsi2 beli ngan roommate..dia ambik UYI 1 aku ambik UYI 2..pasal masa tu ada rumours2 cakap kemungkinan yg UYI 2 nak kena ban..pasal lirik2 lucah..so aku chop la dulu UYI 2..tu yang aku lebih kerap dengar UYI 2 berbanding UYI 1..tapi tak dinafikan...UYI 1 ni sebenarnya lebih heavy lagu2nya dibandingkan UYI 2.

Setelah kejayaan Appetite For Destruction..memang tak sabar tunggu follow up ni..sekali dia keluar 2 sekaligus..pergh..Kalau Appetite For Destruction lebih pada straight forward heavy hard rock dengan tak der lagu slow tapi kali ni GnR menghasilkan lagu yang pelbagai...ada heavy..ada slow, mid tempo, country dan juga blues..kira macam2 ada...mungkin ramai yang tau pasal November Rain dan Dont Cry ajer...tapi sebenarnya banyak lagi lagu2 yg bagus dalam ni cuma mungkin bukan untuk dunia mainstream kot..

Orang kata banyak lagu maka banyak filler (16 lagu tu)...aku rasa bab ni subjektif..bagi peminat tegar GnR tak der filler dalam album ni..bagi telinga aku mungkin lagu You Aint The First (satu2nya lagu Izzy Stradlin yang aku tak suka)atau Dont Damn Me ataupun Dead Horse...tapi lagu2 ni berjaya diselamatkan oleh gitar solo Slash yang membunuh tu..album ni memang tempat Slash tunjuk terer..rasanya album ni lah yang mengangkat status Guitar Hero untuk beliau.

UYI 1 lebih perisa Izzy Stradlin rasanya..bagi aku beliau memang tulang belakang GnR...rujuk entry aku dulu2 pasal ni..ada 8 lagu beliau dalam ni..influenced Rolling Stone memang terasa dalam lagu2 ciptaan beliau terutamanya Dust N Bones sebuah lagu mid tempo yang menarik..ni Izzy yang nyanyi sendiri..aku suka..manakala opening track Right Next Door To Hell adalah kesinambungan lagu2 dari Apetite For Destruction..pun aku suka jugak..lain2 lagu Izzy yang best dalam ni adalah Perfect Crime, Bad Obsession (Feat Michael Monroe), Double Talkin' Jive (Izzy nyanyi) dan Bad Apples.



Antara highlight untuk UYI 1 bagi aku adalah lagu Live And Let Die..sebuah lagu cover yang lebih best dari versi asal..sorry Paul McCartney...guitar work Slash dalam lagu ni memang terbaek..ngam betul ngan suara Axl...dah rasa macam betul2 ni lagu GnR bukan lagu cover..

Dan semestinya 2 lagu yang paling terkenal...November Rain dan Dont Cry (original)...November Rain tu memang klasik la...aku tak harap pun Axl akan dapat idea untuk buat lagu lain yang dapat menandingi lagu epik ni..dari piano Axl..ke vokalnya...ke orchestranya..hinggalah ke solo membunuh Slash...memang dasat lagu ni..ala2 opera gitu...videoclip dia pun aku suka...manakala Dont Cry (walaupun aku suka yg alternate version dlm UYI 2) adalah satu lagi lagu ballad yang best...ni pun videoclip dia aku suka..

Lain2 yang aku suka adalah The Garden (duet ngan Alice Cooper)dan jugak lagu2 heavy seperti Back Off B!tch dan Garden Of Eden manakala Coma adalah satu lagi lagu epik panjangnya 10.15 minit..lebih panjang dari November Rain..tapi kali ni ni lebih heavy..best lagu ni...dasat gitar solo Slash..

Kesimpulannya...rekomended..debuted no 1 tu kat US billborad chart...35 juta pembeli seluruh dunia tak akan salah..kalau anda mat rock...patut ada kedua2 album ni..kalau anda mat dangdut..tak kisah la beb...huhuhu...


*cd ni aku beli 2nd hand kat satu mamat spore..kalau korang klik besarkan gambo no 1..korang boleh baca sticker kat cd tu...lawak ahh..kat Malaysia takderkan sticker camtu..tak pernah jumpa pulak

**ikut tarikh yg tercatit kat gambo no2..kaset tu aku beli pada 07/10/1991..dah jadi anak dara sunti dah kaset tu..hehe

Wednesday, July 22, 2009

Slave To The Grind

Sebenonya aku nak review 1st album Skid Row...tapi disebabkan untuk tidak menghampakan permintaan dari pengantin baru kita yang tak berapa nak baru tu iaitu En Jairo...so ok la...album ke 2 dari Skid Row...Slave To The Grind..




Nak tau sejarah atau siapa Skid Row...ni untuk yang bukan kaki rock la kan..klik je kat sini..

STTG adalah satu album rock yang heavy (tolak yg 3 lagu slow tu la)..jauh lebih berat kalau nak dibandingkan dengan album pertama dorang..Tidak seperti kebanyakan band lain yang makin slow dengan setiap kemunculan album baru...Skid Row pulak sebaliknya...semakin heavy setiap album sehingga album Ke 3 Subhuman Race(album last Sebastian Bach bersama mereka)..

Teringat aku dizaman ITM dulu...ada sorang kawan peminat tegar Aerosmith meminjam kaset STTG aku untuk preview sebelum dia buat keputusan untuk beli atau tidak..(zaman tu tak der internet untuk disedut buat preview..untung zaman sekarang kan)...dia mengharapkan adala lagu2 yg ala2 18 & Life...tapi lepas je dengar 3 lagu awal...dia serender...heavy sangat la... tak masuk katanya...haha..gitu la summary untuk album ni...memang heavy...tapi bukan la heavy tu maksudnya heavy macam death metal tu...tapi straight heavy metal la..ala2 Guns N Roses 'Appetite For Destruction'..



Bagi aku walaupun Dave 'The Snake' Sabo bukanlah seorang gitar hero...tapi beliau sentiasa dapat menghasilkan rif-rif dan melodi yang best untuk Skid Row..tambah pulak dengan lirik2 Rachel Bolan yang menarik walaupun kali ni kurang anthem kemarahan remajanya seperti di 1st album...tapi lebih berkisar kepada tema yg lebih luas seperti politik, dadah dan kritikan sosial..

Vocal Sebastian Bach memang tidak boleh dinafikan la..antara vocalist terbaik genre heavy metal..live pun sebijik...memang aku suka vocal dia...tu pasal bila dia blah...Skid Row dah jadi tak best..walaupun aku suka Rachel Bolan...nampak cool ajer ngan anting2 berantai kat hidung tu..haha..

3 lagu pertama Monkey Business,Slave To The Grind dan The Threat memang best..tak senang duduk dibuatnya layan lagu heavy macam gini..tak perasan kepala terhanguk2..hehe..manakala Get The F**k out (lagu ni kalau edited version cd tak der...ganti lagu lain) sekadar filler..aku kurang berminat..tu pasal dorang pun tak kisah kot lagi ni kena edit..lain2 yg heavy yang menarik hati aku adalah Psycho Love,Creepshow dan Mudkicker..

Antara 3 lagu slow dalam album ni...Wasted Time la paling best...suara Sebastian lunak je menusuk kat telinga aku..In Darkened Room pun boleh tahan...Sebastian ni lagi slow ker heavy ker...memang masuk la..cuma Quicksand Jesus jer...bukan tak best...tapi kalau nak kena pilih...ni pilihan terakhir la...tapi kalau korang nak harap balad ala2 I remember You macam kat 1st album memang takder la...balad kali ni agak kasar sikit soundnya..



Kesimpulan...album ni memang menarik...kalau tak...tak kan boleh capai no 1 kat Carta Billboard kan (yang pertama oleh band metal di era 90an...lepas tu baru Metallica,Pantera dan GnR menyusul...zaman ni tengah gila NKOTB kan...huhu)...cuma ianya bukan untuk orang yg berjiwa Aerosmith (macam kawan aku tu...hahaha)

*gambo sedikit kelam kerana percubaan mengambil gambo tanpa silau diwaktu malam tanpa flash..hehe

*latar belakang gambo dgn complete discography era Sebastian pula adakah untuk tujuan riak skid rowi..huhuhuhu..

Monday, July 20, 2009

live from Old Trafford Cawangan Bkt Jalil


Tiket awal2 sudah ditempah...2 tiket bersama si dia..(bukan Lisa eh..kang tido luar kang..)


2 pas untuk nengok training session pun sudah dimiliki..kot2 dapat bergambar ngan Sir Alex kan..


Manchester United sudah didepan mata...


Sepatutnya aku ada didalam gambar ni....TETAPI

apakan daya...semuanya tinggal mimpi...aral melintang aku tak dapat pergi...kena la dream on lagi...haha..siak arr...gelak gelak la korang..aduh pedih telinga dengo ayat2 "kata die-hard fan...tapi tak pergi...baik lu sokong My Team ajer"...grrrrrrrrrrr...apa nak buat..di hari yg sama aku kena hantar ayahanda dan bonda aku ke Bandar Penawar untuk kursus praktikal haji...dan di belah malamnya pula ada kenduri arwah di rumah mertua...apa la sangat Manchester United tu kan dibandingkan ngan aku sebagai seorang anak mithali ni...hehehe...takper ada rezeki lain kali...rematch malam ni la pulak...last minute baru tau...aduh...kang aku ponteng keja esok kang ha...


Gambar ni khas aku tujukan buat penyokong Loserfool (terutama En. BS) dengan ucapan dulu korang teringin nak beli baju Owen kan...tapi baju tu ada najis muhalazah kan...sekarang lepas dah kena samak ngan Real dan Newcastle...lu orang dah boleh beli dah baju Owen...no 7 tu...amacam?..huhuhuhu...

sebagai seorg yg berjiwa patriotik..bangga jugak la malaysia kalah melawan 3-2..walaupun aku tau United penat...jet lag dgn suhu dan cuaca yg panas tu..jangan malam ni kena titik sudah la...hehe

er...dengar cerita Benitez,Wenger dan Ancelotti berebut nak beli Amri Yahyah...huhuhuhu..

Friday, July 17, 2009

Nusajaya



Sabtu lepas sesaja nak ngabiskan minyak kereta aku ke Nusajaya..Untuk yang bukan warga Johor, Nusajaya ataupun sekarang dipanggil Kota Iskandar adalah sebuah bandar baru untuk penempatan pusat pentadbiran kerajaan Johor..ala2 macam Putrajaya tu la..terletak di kawasan Gelang Patah.

Semenjak dibuka beberapa bulan lepas, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki kesini..nanti orang kata harap je warga Johor..pejabat kerajaan baru pun tak pernah jejak kan...so here i come..




Sambil korang layan gambo2 ni (guna henpon nokia ajer...kamera digital aku abis bateri la pulak...adus..ni pun ambik gambo dari dalam kereta jer...tengah panas terik..tak larat aku nak keluar) aku sebagai warga Johor yang membayar cukai ada beberapa perkara yang aku nak komplen..pertamanya masalah papantanda..macamana tempat penting macamgini papantandanya langsung tak mesra pengguna...tiada langsung papantanda dipacakkan di area pekan Gelang Patah sehingga aku tersesat hingga ke Pelabuhan Tanjung Pelepas...grrrrrrr...betul2 ngabiskan minyak kereta aku...apa ni?..inikah perkhidmatan yg cekap????..(ala2 iklan yg kat TV dulu tu...hehe)..padanlah boss aku dari Penang tu hari nak pergi sini cari tak jumpa...aku dan geng2 seopis pakat gelak...rupa2nya memang hampeh pun nak cari tempat ni..nasib bos aku tak baca blog aku ni..kalau tak..mau dia gelakkan aku balik ...huhu..



Tempatnya pula mak aii...tempat jin bertendang...nun jauh di hujung dunia..kalau lalu jalan lama...jalan Skudai-Gelang Patah jauh...lalu hiway Perling kena tol RM2.30 pulak...his..betul2 tak mesra alam tempat ni...memang menyusahkan bagi rakyat biasa la kalau nak berurusan ke sini..tak tau ada perkhidmatan bas ke tidak...memang betul2 terpencil tempat ni..

Ok la nanti kata asik komplen ajer..markah kesiannya bangunan2 kat sini memang cantik2..kagum aku...tapi tu la..mungkin tempat baru kan...banyak lagi belum siap...mungkin area sini akan membangun macam Putra Jaya..sapa tau..tapi untuk sekarang...memang langsung tak praktikal..bayangkan masjid pun tak der...camna la dorang semayang jumaat ek..kalau tak der kenderaan susah tu..kedai makan pun aku tak nampak...apa dorang semua bawak bekal dari rumah ke apa ni...hehe..


Dewan Undangan Negeri...tempat DUN bersidang...dengarnya dah start guna dah tu hari


Dataran Mahkota..akan datang acara2 besar macam perhimpunan hari merdeka buat kat sini kot..tak guna dah Dataran Bandaraya...agaknya la


Pejabat MB...dengarnya masih kosong tempat ni..Ghani tak pindah lagi..pejabat lain dah kena pindah..hmmm..


Puteri Harbour...ni terletak kat sebelah Kota Iskandar...tak siap lagi..jalan nak masuk masih tutup...tapi nampak dah banyak dah bot parking


Bandingkan gambo ni ngan gambo bawah...gambo Bangunan Sultan Ibrahim...gomen opis sebelum ni...ada iras2 kan reka bentuknya


dah tu ajer...kalau tersesat ke Johor...singah2 ler.

Tuesday, July 14, 2009

Flesh & Blood

ok la..Khas untuk Encik Takilala...dipersembahkan Poison....au huhuhuhu..



Tak kisah la kalau yang tr00 metal tu kata Poison ni lembik la..macam pompuan la..tak ganas la...tak macho la..gay la..(tapi tau tak korang...dorang ni dapat lebih banyak awek dibandingkan band2 yang konon tunjuk macho tu ...aku ada kawan yang cakap extreme metal adalah muzik gay..pasal pemuzik dan peminatnya semua lelaki..konsert pun semua lelaki..tak ker perhimpunan gay namanya tu...huhuhu..siak arr..aku diam tak menjawap...hahaha)...

Tapi bagi aku..good music tetap good music..tak kira la pakai lipstik ler pakai corpse paint ker...Poison adalah satu contoh good music untuk kategori glam metal..

Flesh & Blood adalah album ke3 dorang...diterbitkan pada tahun 1990..tahun2 dimana aku tengah mengila dengar thrash/death metal...tapi album ni tetap berjaya memikat hati aku..inilah antara album yang dulunya menemani aku setelah telinga tepu dengar thrash/death dikala lewat malam study last minit nak exam...oleh kerana itu jugak aku telah pun meng'upgrade' versi kaset album ni kepada cd beberapa tahun yang lalu..



Tapi kalau nak dengar total glam metal..lagu2 good time party album tak ingat dunia..ini bukanlah albumnya..tu try dengar album Look What The Cat Dragged In atau pun Open Up and Say Ahh...kerana dalam album ni Poison telah berubah...menjadi lebih matang...dengan lirik2 yang lebih serius...tiada lagi imej2 lipstik pompuan tu semua...kali ini mereka kearah yang lebih dewasa dengan melodi hardrock yang catchy dengan sedikit pengaruh blues..

Antara lagu yang aku suka ialah Ride The Wind..ni lagu kalau bawak motor..jalan hiway PLUS...memang feel la..Lain2 lagu Life Loves A Tragedy, Valley Of Lost Soul,Flesh & Blood,Come Hell or High Water dan Let It Play juga menarik..tapi still dorang tak lupakan lagu party ala zaman glam mereka iaitu Unskinny Bop..layan ahh lagu ni...

Kalau lagu slow, Life Goes On memang menarik..lagu ni banyak kenangan pada aku..zaman berjauhan beratus batu ngan si dia...layan lagu ni...adoi..dalam hati ada taman betul la...hahaha...dan tak lupa sebuah lagi lagu slow yang emotional ditujukan khas kepada James Kimo Maano (Pak Guard Poison) iaitu Something to Believe In



Overall bagi aku perubahan yang dilakukan Poison sangat berjaya...sayangya selepas album ni CC DeVille keluar dari Poison kerana bagi aku gitar work CC dalam album ni adalah yg terbaik selama beliau bersama Poison...walaupun CC tidaklah sehebat guitar2 hero dizaman tu tapi solo2 beliau terutama solo mendayu dalam Life Goes On memang aku suka..dan aku stop dengar Poison selepas CC tiada...walaupun pengganti beliau hebat2 belaka seperti Richie Kotzen dan Blues Saraceno...

Tetapi sejak tahun 1999 CC telah kembali ke Poison...namun sayangnya Poison gagal untuk menghasilkan album glam sebaik Look What The Cat Dragged In atau pun album post glam seperti Flesh & Blood...mungkin bukan zamannya..aku dah tak boleh nak masuk album2 re-union dorang..tapi mungkin juga ok bagi orang lain...cuma pada aku Poison yang aku suka hanya setakat album ini..



So..En Takilala...amacam?..puas?..au huhuhuhu...