Wednesday, March 31, 2010

99 Re-Revisited

Bayern Munich 2
Ribery (77), Olic (91)

Man Utd 1
Rooney (1)

30 March 2010, Allianz Arena
UEFA Champions League (Quater Final 1st leg)



Macam ulangan final 1999 pulak...cuma kini skripnya terbalik...Manchester United pulak yang terkena walaupun leading seawal minit pertama...kena gol injury time lak tu....adoiii...


Frank Ribery...(future Chelsea player?...hmmm..jangan harap la...hehehe...)

Apa nak kata...memang Bayern deserved menang...United main ntahapaapa...strategi main lone striker kali ni tak menjadi...mungkin pasal Park Ji-Sung terikat main sayap kiri pasal nak marking Philip Lahm...tak macam sebelum ni main central midfield...dia lebih bebas kesana kemari...trio central midfield kali Scholes,Carrick dan Fletcher gagal berfungsi...asik la hilang bola...hampir keseluruhan game memang Bayern yang control...tak der nak komplen2 la..memang main teruk..period!


Tambah malang...Rooney injured la pulak...(to chelsea supporter...jangan suka dulu arr...ni bukan Aston Villa tau..heheh) Harap2 tak teruk la...kalau teruk nasib England kat World Cup pun samar2 la jawapnya..

tapi macam biasa la...sekali sekala mesti ada off day...ini Manchester United beb...kita bukan one man team...tak der Rooney pun kita tetap marching on...sebelum ni orang cakap takder Ronaldo kita abis...tapi tengok kat mana kita sekarang...so tak der hal...tunggu je la next week...kita akan titik Bayern...tapi sebelum tu...


BRING ON CHELSEA!!!!!


NOT ARROGANT...JUST BETTER!


*..kalah punya pasal...mata tak leh lelap pulak pagi tadi...tak pasal2 gua mengantuk tengahari ni..

Monday, March 29, 2010

May - Dilema

Dalam entry Juara Juara Rock bulan Julai tahun lepas…aku ada janji nak review satu2 band yang berjaya buat solo album…tapi tu la..dengan rasa malasnya..tak der masanya..dan tak sampai serunya…tak jugak2 buat…iyer la kalau serunya tak sampai…ngadap depan pc berjam2 pun…satu idea pun tak keluar…mungkin kali ni serunya dah sampai kot…so…aku pilih yang jadi juara la…MAY dengan 1st albumnya Dilema


kaset ni diterbitkan pada tahun 1988...ikut apa yg aku tulis kat kaset tu..dibeli pada Feb 1988..

Satu yang menariknya album Dilema ni…MAY memilih untuk menerbit dan mencipta sendiri lagu2 dalam album ni kecuali ada 1 lagu cover version…memang sepatutnya beginilah la caranya band rock bekerja…bukan mengharapkan lagu2 dari pencipta dan producer lain…satu hal yang selalu mengganggu aku kalau cerita bab rock melayu…Cuma beberapa kerat contoh Rusty Blade dan Belantara yang benar2 berani berbuat begitu…antara sebab mengapa aku meninggalkan rock melayu di penghujung tahun2 80an tu…

Bagi aku Dilema adalah antara album MAY yang terbaik…mungkin kerana aku memang suka sound2 raw dan bunyi heavy metal awal 80an yang macamgini…album ni memang lebih berkonsep heavy metal/rock kapak era2 80an…so bunyi2 Motley Crue,WASP dll seangkatan dengannya memang jelas kedengaran...album2 selepas tu MAY sudah mula ada rif ala2 thrash gitu…so album ni memang berbeza ahh..

Tracklist
Side A
1-Impian (Mus/Mus)
2-Tiada Lagi Engkau (Man/Mus)
3-Emosi Muda (MAY/Mus)
4-Kau Masih Lena (Abu/Hairamak)
5-Keadilan (Copyright/Yusri)

Side B
1-Trajidi (Abu/Mus)
2-Sketsa Sebuah Cinta (Zul,MAY/Yusri,Mus)
3-Haruskah (Man/Rosnah Sajee,Mus)
4-Gadis Misteri (MAY/Shikin,Mus)
5-Ku Dalam Dilema (Yus/Yus)




Tambah yang bestnya...lagu2 slow dia memang betul2 sound rock...bukan slow rock zaman2 May tahun 90an yang pakai lagu2 Saari Amri tu...dorang bukan tak boleh buat lagu2 slow rock yang syahdu...contohnya dari album ni Ku Dalam Dilema, Sketsa Sebuah cinta, Kau Masih Lena dan Tiada Lagi Engkau...tapi kenapa ntah masih nak guna Saari Amri...tekanan dari syarikat rakaman kot...ntah la...sekali lagi tu sebab kenapa aku tinggal kan rock melayu pada penghujung 80an dan tahun2 90an...lagu meleweh...bosan.

Album ni ada 2 lagu dari album Juara Juara Rock 3...Gadis Misteri (ni kuat bunyi Motley Crue dalam lagu ni) dan Sketsa Sebuah Cinta (pada aku lagu slow rock MAY yang terbaik sehingga kini)...dan sebuah lagu cover...tu jam rock melayu memang giler band2 rock Jepun kan...Loudness la...Earthshaker la...kalau Search cover Tokyo dari Earthshaker...May pulak pilih lagu Dark Angel(Animals) dari 1st album Earthshaker...dengan tajuk Keadilan...memang sedap lagu ni...kalau korang nak tau...lagu ni dicipta oleh Adrian Smith (Iron Maiden)...tu pasal sedap melodinya...

Tapi lagu favourite aku dalam album ni adalah Trajidi Dan Haruskah...sedap dengar ketukan drum dan double pedal Man dalam lagu2 ni...ni baru rock kapak beb...tak kisah la kalau ada bunyi2 sama macam band2 omputeh time tu..janji rock...satu lagi lagu yang menarik...lagu dari track pertama...Impian...dengan bunyi keyboardnya...ada bunyi pop sikit lagu ni...tapi best...manakala satu lagi lagu yang heavy bertajuk Emosi Muda pulak berentak heavy rock n roll'...layan jugak la.



Satu yang pasti MAY ni anggota2 dia memang bagus permainan dorang...kalau tak...tak kan la boleh jadi juara kan...boleh tahan jugak rif2 dan solo2 Abu...begitu jugak dengan Yus dan Man...Mus tak yah cerita la...semua pun tau power tak power vocal dia...tapi memang underated betul la dorang...jarang betul aku terbaca kisah2 dorang kat mana2 majalah...mungkin dorang low profile kot...sampaikan cd pun susah nak jumpa...kalau Search,Lefthanded,Wings,Rusty Blade,BPR,Rockers semua ada keluar cd...kenapa yer album2 MAY tak der?...takat ni yang aku jumpa album Hakikat ajer...sayang betul..

Apa2 pun kalau terjumpa kat mana2 album ni...sambar je la...konpem tak rugi.

Friday, March 26, 2010

Scorpions - Virgin Killer

Tak abis lagi nak cerita pasal Scorpions ni…sementara nunggu bila la nak beli album baru dorang..kali ni sekali lagi ke era 70an…sekali lagi ke zaman Uli Roth…kali ini album terbitan tahun 1976 Virgin Killer



Sama jugak macam Taken By Force…cd aku ni bukan 1st press…versi asal sama jugak macam beberapa album Scorpions yang lain…cover ori kena banned…dorang ni memang suka letak cover yang kontroversi…google sendiri la kalau nak tengok cover ori Virgin Killer ni macamana…tak sesuai nak tampal kat sini...dan seperti biasa..harga untuk versi asal ni melambung2 kat ebay…

Virgin Killer ni satu lagi album zaman Roth yang aku minat…dan aku pernah terbaca kat satu interview yang Roth cakap album ni lah yang paling dia suka masa zaman dia dengan Scorpions dulu…kalau tak kerana The Sails Of Charon dalam Taken By Force aku memang setuju sesangat…memang enjoy dengar album ni dari mula sampai abis..tak yah skip2 tak yah forward2…all killer no filler…

Zaman ni lagu2 Scorpions terbahagi dua…satu yang Schenker/Meine buat dan satu lagi yang Roth buat…tapi bila tiga2 bergabung…lahirlah lagu klasik ni Pictured Life…memang terbaik..dan macam biasa solo2 dan permainan Roth memang dekat benar dengan Jimi Hendrix…terutama macam lagu Polar Nights tu..tapi tak kisah la…yang penting memang best…(tapi cuba dengar Polar Nights versi live dalam Tokyo Tapes..lagi bset ooo)...bagu aku highlight untuk album ni memang la pasal guitar work Roth..



Dalam album ni jugak ada 2 lagu yang Roth nyanyi…Hell Cat dan Polar Nights…tapi bab suara dia tu…memang aku kurang berkenan la..macam sumbang pun ada...how I wish Klaus Meine yang nyanyi dua2 lagu tu…tapi disebabkan sound,melodi dan gitar work/solo sedap…tak berapa kisah pun bab vocal tu…so kira boleh maaf la…

Dulu2 sebelum tahu pasal Roth…aku macam tak percaya Hell Cat tu lagu Scorpions…dengan ada ala2 rap skit (tahun 70an tu...advance sungguh..)…vocal ala2 Hendrix…tak sangka itu Scorpions…rupanya aku ada terbaca yang Rudolf Schenker tak main pun dalam lagu tu…padanlah takder bunyi Scorpions… dengan dia nyanyi sendiri…dah macam Roth solo pulak…no wonder la ini album favourite dia...dan bagi aku Hell Cat dan The Sails Of Charon tu macam ada sangkut paut pulak...macam ada persamaan...


Yang boringnya cd2 lama...packaging tak menarik langsung...untuk cd ni..lirik pun takder...hampeh.

Asik puji Roth je kan…jangan lupa jugak sumbangan R. Schenker dan Klaus Meine…bukan pasal rythm gitar dan suara dorang ajer...kombinasi dorang dalam menghasilkan lagu2 sedap memang tak dapat dinafikan dari dulu hingga sekarang…dengar aje la…In Your Park (fav ballad aku dari zaman 70an), Backstage Quen, Crying Days dan Catch Your Train…sedap2 belaka…kalau tak silap dalam video World Wide Live..R.Schenker pernah cakap...dia tak minat nak jadi gitar hero...tapi dia lebih berminat untuk dikenali sebagai komposer...tu pasal dia takder menyolo agaknya..

Senang cerita memang tak rugi beli album ni...lagu heavy macam Virgin Killer ada, lagu slow macam Yellow Raven pun...ahh semua pun best..

Tak jumpa pulak aku video clip ker live show ker lagu2 dari album ni kat youtube...layan versi audio jer la...

Tuesday, March 23, 2010

Taken By Force

Semua dah tau…Sting In The Tail merupakan album terakhir Scorpions…katanya la kan...dah nak pencen rupanya dorang ni...tak sedar cepat betul masa berlalu…aku yang kecik2 masa penghujung tahun 70an dulu dengar muzik dorang ni pun lagi dah nak tua…apa lagi dorang tu kan…atuk2 dah semua…memang dah patut pencen kot..tapi aku bukan nak cerita pasal Sting In The Tail..ni album baru aku tak dengar lagi…tapi nak cerita salah satu album dorang yang jadi favourite aku dulu2..terbitan tahun 1977 Taken By Force



Budak2 melayu akhir 70an dan awal 80an kalau tak kenal Scorpions ni aku tak tau la korang spesis apa…budak2 kelas aku kat sekolah rendah time tu dah bantai nyanyi lagu Scorpions dah kat konsert sekolah…beg sekolah “Swan” (beg sandang warna hijau ni popular sungguh dulu2…tak tau korang pernah tengok tak)..kalau tak terconteng logo Scorpions memang tak sah la…dalam banyak2 band luar…aku rasa Scorpions la yang paling dekat kat jiwa budak2 melayu time tu (err…kecuali yang mat diskang la kot..heheh)

Kecik2 dulu aku banyak dah dengar lagu era 70an Scorpions…tapi aku tak tau dari album2 mana…dan sapa2 dia ahli Scorpions tu…zaman bebudak la kan…mana nak ambik tau pasal ni semua…tapi ada satu lagu yang aku suka sangat pada zaman tu..lagu The Sails Of Charon..dan aku selalu perasan lagu2 zaman tu agak berbeza dengan lagu2 zaman 80an macam dari album Animal Magnetism atau Blackout yang tengah popular time awal 80an tu…bila aku dah sekolah menengah…pertengahan 80an baru aku tau The Sails Of Charon tu dari album Taken By Force dan lagu2 yang agak lain bunyinya tu dari zaman Uli Jon Roth…bukan Matthias Jabs…padan la lain…

Sejak dari tu..aku mula minat Uli Jon Roth…2 album dari zaman dia Taken By Force dan Virgin Killer menjadi pilihan aku…tapi yang lebihnya Taken By Force ni pada aku kerana lagu The Sails Of Charon la…lagu Scorpions yang paling aku suka…dengar je dah tau betapa kuatnya pengaruh Jimi Hendrix pada Roth…solo Roth dalam lagu ni memang terbaek ahh…sayangnya selepas album ni Roth keluar dari Scorpions…dalam satu interview aku baca…sebabnya kerana dia dah bosan nak main heavy rock…sayang sungguh….


cd aku ni remastered version...ori version cover depan gambar lain..gambar bebudak main tembak2 kat kubur...susah nak jumpa versi tu..kalau ada kat ebay pun...harga melambung2...

Lagu2 zaman tu senang nak beza mana satu Rudolf Schenker dan mana satu Uli Roth buat...bunyi yang heavy rock tu mesti Schenker...kalau yang progresif tu mesti Uli Roth..selain "The Sails Of Charon"...ada 2 lagi lagu Uli Roth...."I Got To Be Free" dan sebuah lagi yang aku suka "Your Light".

Tapi selain The Sails Of Charon...ada lagi beberapa lagu all time favourite lagu Scorpions aku dari album ni...tu pasal pada aku semua lagu best...takder filler...terutama "Steamrock Fever", "We'll Burn The Sky", "He's a Woman - She's a Man" dan lagu slow menyayat hati "Born To Touch Your Feeling"...

Teringat kecik2 dulu...kalau conteng2 meja,dinding sekolah..mesti nak tulis "Steamrock Fever" dan "Born To Touch Your Feeling"...so kepada cikgu sekolah rendah aku dulu (Sekolah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau)...dulu2 kalau terjumpa ayat tu terconteng kat mana2...memang aku la yang punya kerja...hehehe...


Scorpions ni cd dia packaging memang selalu tak best...terutama yang lama2..remasterd version pun inlay takat lirik jek...tak menarik langsung..

oh yer...jangan lupa...Taken By Force juga merupakan penampilan pertama Herman Rarebell di posisi drums...dan bermulanya juga era lirik yang kekadang pelik..dan kekadang lawak tulisan Rarebell macam "He's a Woman - She's a Man" tu..

Kesimpulannya...kalau nak mencuba Scorpions era Uli Roth...memang aku rekomen la Taken By Force ni...enjoy!





Monday, March 22, 2010

In Your Park


Man Utd 2
Rooney (11), Park (59)
Liverpool 1
Torres (5)

21 March 2010, Old Trafford


Ntah la...tetiba je aku teringat lagu In Your Park dari Scorpions ni...

I want to walk in your park
Cos I'm alone,
I want to walk in your heart
Where are you? I don't know ...


mungkin pasal lirik dia ada sebut PARK...buat aku terkenag Park Ji-Sung...pastu ada ALONE pulak...You always walk alone...hehehe..

Tak nak la menguris hati peminat Liverpool lebih2 kan...cuma aku nak ucapkan selamat berebut tangga ke 8...huhu

Nampaknya sama seperti game Milan tempohari...Park Ji-sung sekali lagi diberi tugas bebas di belakang Rooney...dan sekali lagi beliau menjadi...respek aku mamat Korea ni...sorang squad player yang terbaik...main tak main...posisi apa pun SAF letak...dia takder komplen2 punya...ntah bila la Malaysia nak ada player tahap2 macamgini..

Tambah manisnya...bangun pagi tadi...dengar berita..Chelsea hanya mampu seri...dah muka aku pun berseri2 pagi ni walaupan kesan sunburn masih tak hilang2 lagi...hehehe

Friday, March 19, 2010

Bukit Gambang Resort City

Seperti biasa...kalau anak2 dah sekolah...time cuti sekolah la masa nak berjalan2...bulan lepas dah pergi Kuantan dah...tapi disebabkan tu hari ada satu tempat nak pergi tapi tak sempat...ada rezeki lebih...kali ini ke sana lagi...
Kuantan...Here i go again!

Lokasi kali ni Bukit Gambang Resort City...tempat baru...semua pun baru...so takder nak komplen sangat la...bayaran masuk ke Water Park pun tak mahal...ok la...cuma kulit muka, tangan, tengkuk aku je ni ha...dah masuk 3 hari masih perit lagi..abis terbakar beb..mengelupas...panas gila kat sana...konon ingat nak mandi skit2 jer...sekali dah jumpa air...masuk pkl 11 pagi...resort tutup pkl 6 petang baru keluar...mana tak terbakar kulit..harap2 tukar kulit baru ni akan menjadikan kulit aku lebih fair and lovely...huhuhu..

Perjalanan kali ni tak lalu Mersing...pasal aku bertolak dari KL...so merasa la buat pertama kali aku lalu Highway Baru Pantai Timur tu...siap berhenti makan dekat 4 jam jugak la perjalanan...so jom layan gambar...


kalau nak bermalam...boleh la sewa apartment kat Caribbean Bay Suites ni..ada dua jenis...yang 1 bilik dan 2 bilik...ikut bajet dan berapa ramai la kan...satu je yang tak best..tv dia takder astro...buat kaki bola macam aku memang tak tenteram hidup...tapi nasib kat lobby tu ada satu Bistro...boleh la layan tengok bola walaupun langsung takder crowd dalam tu...


lorong nak masuk ke pintu apartment...waktu tengahari gelap macam apa...takder lampu...tetiba aku teringat scene cerita hantu korea awek rambut panjang tutup muka merangkak kat lorong tu..hahaha..


A room with a view...view yang sesuai untuk skodeng dari balcony apartment...hehe..


Kat Caribbean Bay Suite ni macam2 aktiviti boleh buat...time cuti sekolah siap ada magic show...masuk free...ada karaoke..singgit satu lagu...video game...gym...tempat main bebudak...merry go round la...baling tin la...dah macam funfair pun ada jugak...dan kalau nak merasa naik kereta kuda pun boleh jugak...tapi mahal giler...budak umur 2 tahun pun dia nak charged...apa barang???


antara main attractions kat Water Park ni...6 Lane Racer Slides..tempat luncur 6 lorong ni memang seronok...boleh berlumba sapa paling laju...tinggi tu...tapi anak pompuan aku yang darjah 5 pun takder hal je meluncur...so..korang...ada brani??


lagi untuk yang berani sahaja...Crystal Slide dan Family Raft Ride...yang Crystal Slide tu ada 3 jenis...yang terbuka....terowong terang dan terowong gelap...kalau datang sini tak cuba semua memang rugi oo...tapi macam aku cakap tadi...untuk yang berani sahaja la..heheh...eleh...anak2 aku semua pun cuba..


Coco Beach...tempat yang membuatkan aku kena sunburn...adoii..perit muka..


yang menariknya kat sini time ombak tu...layan..


Ni dia panggil Penquin Island...tempat mandi untuk budak2...tapi mak bapak budak pun ramai jugak...kelihatan anak bongsu aku dah bersiap sedia dengan boyanya...err..ni dah masuk hari ke 3 selepas balik dia bawak boya gi nursery...kemaruk nak mandi kolam tak abis lagi..heheh..

banyak lagi gambar dan aktiviti menarik...tapi cukup la tu...aku letak lebih2 promosi pun bukannya Bukit Gambang ni nak bayar aku...harapkan korang klik nuffnang jugak la kan...hehehe...

Kepada geng2 Kuantan...terutama En Hafiz ChangingSeason...sorry la..kali ni nak telepon pun tak sempat..jadual ketat..juga kepada Pakcik Kordi..ada rezeki lain kali lah yer...

Wednesday, March 17, 2010

Sudah Sampai Sini


Suria KLCC, 15th March 2010


Caribbean Bay Suite, 16th March 2010



Coco Beach,Bukit Gambang Resort City, 16th March 2010



nanti cerita ahh...penat drive dan perit muka kena sunburn masih tak hilang...