Sambung lagi cerita pasal album2 terbitan 1990...sempena 20 tahun dah usia album2 tersebut...cekidout album2 lain yang aku dah buat kat >
SINI<

Kali ni pasal album ke 5 Anthrax...
Persistence of Time...album no 4 dan terakhir Joey Belladona bersama Anthrax (kalau tak campur
Attack of the Killer B's la)...dia adalah vocalist Anthrax dan thrash yang paling aku suka...kalau dibandingkan dengan vocalist lain dari The Big Four..Hetfield,Mustaine dan Araya...memang tak leh celen la vocal Belladona ni...mungkin kelebihan dia pasal tak main apa2 alat muzik selain hanya menyanyi berbanding dengan yang lain...benda ni jugak jadi advantage untuk persembahan live dorang...kalau Metallica,Megadeth dan Slayer cuma terpacak jer menyanyi yang kekadang buat aku rasa bosan dan tertido nak ngabiskan tengok dvd live mereka...tapi bila tengok Anthrax live...memang best!
Kelebihan ni jugak sering digunakan Anthrax dalam lagu2 mereka...kalau The Big Four yang lainnya lebih menonjolkan muzik yang lebih teknikal...tapi Anthrax lebih menumpukan kepada kekuatan vocal Belladona...ini jugak yang dapat kita dengar dalam
Persistence Of Time (PIT)..tapi aku rasa album ni tak secatchy album2 sebelumnya...kena dengar banyak kali...album ni jenis grower...maklumlah
PIT ni ada unsur2 progresif...bila progresif...lagu jadi panjang2...ada beberapa lagu yang panjangnya lebih 7 minit...kalau tak betul2 dengar memang cepat boring...berbanding lagu2 pendek kan lebih senang hadam...

Aku akui masa
PIT ni keluar tahun 90 tu...ianya antara kaset yang paling kurang melekat kat walkman aku...maklum la...keluar saing2 ngan the mighty Rust In Peace dan Seasons In The Abyss kan...dah tentu2 aku utamakan 2 kaset tu dulu...tambah pulak lagu2nya agak kurang memorable...satu2nya lagu yang sekali dengar dah dapat tangkap adalah lagu cover Joe Jackson bertajuk "Got the Time"...kalau State Of Euphoria ada "Antisocial"...
PIT ada "Got The Time"...aneh...tapi Anthrax memang best bila bawak lagu2 cover...tak caya layan
Attack Of The Killer B's...suka betul aku dengar bass Frank Bello dalam lagu ni...underated sungguh dia ni...tapi bagi aku dia adalah salah seorang the bestest bass player untuk thrash...kekadang rasa lagi best dari Jr (Megadeth)...err cerita lain..James LoMenzo > Jr ....huhuhu...
Satu yang aku perasan...untuk PIT...Anthrax dah start buat lirik2 yang serius...takder dah lirik2 humor...tak tau kenapa ntah dorang berubah...mungkin untuk mengikut peredaran masa kot...dari segi produksinya...aku rasanya ianya antara yang terbaik dari Anthrax...lebih baik dari State Of Euphoria dll...
Lagu pembukaan "Time"...walaupun tak sebest lagu pembukaan State Of Euphoria "Be All, End All"...tapi bunyi tik tok tik tok jam tu memang buat teruja la...antara lagu yang jadi fav aku dari PIT selain "Got The Time" adalah "Keep It In The Family","Belly Of The Beast" dan lagu instrumental "Intro To Realty"..

Ini adalah album last yang menampilkan klasik line-up...(Belladonna, Spitz, Bello, Ian dan Benante)...sudah semestinya bagi peminat lama Anthrax ini adalah last album dari mereka yang best...dan sudah semestinya ianya jugak adalah antara last great thrash classics album...tahun 1990 adalah tahun2 terakhir era thrash...masuk 1991...grunge mula melanda muzik mainstream...manakala death metal mengambil alih tahta extreme metal...Anthrax selepas era Belladona cuba menjadi up to date...bukannya tak best...cuma ianya dah tak sama...