Friday, August 31, 2012

Not Dead Yet



Jason Becker: Not Dead Yet (2012)

Aku lum tengok lagi dokumentari ni sebenonya....baru jer pun rilis kat selected filem festival...kat UK pun bulan November nanti baru rilis....tapi ini adalah antara filem yang aku tunggu2....sejak dengo ura2 pasal filem ni setahun dua yang lepas (tajuk asalnya Jason Becker Movie : Perpetual Burn)...aku lama dah follow fanpage dia kat FB pasal nak tau apa latest news pasalnya...

Mungkin budak2 rock/metal sekarang tak kenal pun sapa dia Jason Becker ni....tapi masa tahun 1988,1989...beliau adalah salah seorang gitarist/shredder yang disebut2 bakal menjadi bintang besar...pernah menang 'Best Young Guitarist tahun 1989' dari majalah 'Guitarist'...menjadi pengganti Steve Vai untuk David Le Roth dalam album A Little Ain't Enough (1991)....tapi segala2nya berubah bila dia kena penyakit ALS yang menyebabkan dia lumpuh dan tak boleh bercakap dan dah tentu2nya tak boleh lagi bermain gitar...(cerita lebih lanjut baca jer la kat wiki)....

Aku mula tau pasal beliau melalui kaset Cacophony - Go Off! (1988)...kepunyaan sorang kawan sekolah aku yang baru mula berjinak2 nak belajo main gitar...beli gitar dan baru start belajo gitar lepas abis periksa SPM...tapi lepas tu terer giler main gitar mengalahkan aku yang dari sekolah rendah dah pegang gitar tapi tak pandai2....dia ni cukup giler minat Cacophony...band yang diterajui oleh 2 bintang gitar muda yang sedang nak naik pada masa tu Marty Friedman dan Jason Becker....dan dialah antara yang frust bila Jason memilih untuk join David Lee Roth yang tak metal sedangkan Marty join Megadeth...

Walaupun diramalkan oleh doktor yang nyawanya tak akan panjang lepas kena penyakit ALS ni...tapi sehingga sekarang (22 tahun kemudian)...beliau masih bernyawa...masih terus berkarya walaupun beliau tak boleh bercakap dan lumpuh seluruh badan...hanya boleh berinteraksi menggunakan mata...dari situlah mulanya idea untuk pembikinan filem ni...

Siapa sangka...dengan teknologi terkini...dengan hanya mengunakan mata...Jason masih mampu mencipta lagu...masih menerbitkan album....semangat yang adanya padanya memang sangat2 la aku respek....tak sabo aku nak nengok dokumentari ni....



Antara masterpiece Jason...di petik dari album Collection (2008) - "End of the Beginning"...lagu ciptaan beliau ni asalnya dirakamkan oleh Michael Lee Firkins kerana pada masa tu beliau dah tak boleh main gitar....tapi versi demo ni dimainkan oleh beliau sendiri...pada ketika ianya dirakamkan...beliau telah pun menghidap ALS tapi masih diperingkat awal....nak dengar versi Michael Lee Ferkins cekidot >SINI<


Jason Becker bersama2 ngan Marty Friedman di zaman kegemilangan Cacophony....kalaulah dia masih boleh bermain...buat reunion pulak ngan Marty....memang pergh!!!!


My Guitar Hero







Wednesday, August 29, 2012

Words


ABAH HENCEM LAWA




p/s - kata2 budak berumur 5 tahun adalah tidak menipu dan datang dari hatinya yang tulus lagi ikhlas....huhuhu...


Monday, August 27, 2012

Man On The Moon


"That's one small step for a man, one giant leap for mankind"

Walaupun peristiwa bersejarah ni berlaku sebelum aku lahir...tapi imej ni dan nama Neil Amstrong dah melekat kat kepala aku sejak zaman aku sekolah rendah lagi...tak ingat dah sejarah darjah berapa ada belajo pasal ni....dan rasanya sampai sekarang pun masih ramai yang tak percaya perkara ni betul2 berlaku...

Betul ker tidak...banyak yang boleh di baca kalau betul2 nak ambik tau pasal ni....nampaknya segala teori konspirasi dan kabar2 angin macam kononnya dia dengo bunyi azan masa kat bulan akan berkubur bersama2 ngan kematiannya....

Beruntunglah jadi orang yang boleh mengubah sejarah dunia...thanks Neil Alden Armstrong....kerana dia...siapa la yang tak pernah bercita2 nak jadi angkasawan....RIP (August 5, 1930 - August 25, 2012)

sejak pagi tadi lagu ni asik la terngiang2 kat kepala aku...salah satu fav. aku ni...






Saturday, August 25, 2012

Selepas raya...

masih tercari2 feel nak berblog selepas raya....bukan takder line internet kat kampung...tapi lebih kepada lebih syok makan tempeyek dari menaip...

nanti la...naik kerja minggu depan baru ada feel kot....biasa la...dah tua2 ni apa sangat la raya...keseronokan raya ni lebih pada bebudak....yang tua2 ni lebih kepada seronok dapat berkumpul adik beradik dan berjumpa member sekampung yang dah bertahun tak jumpa....tu jer...tambah tak seronok...United kalah di hari raya...heheheh....

bapak gua bersama 3 dari cucu2nya...










Friday, August 17, 2012

Raya



Baju raya dah ada dah...so konpem jadi la raya tahun ni....heheh...

Disebabkan dah dalam mood raya....rasanya ni last entri aku sebelum raya...dan dah nak balik kampung pun ni...so...aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan2 dan pembaca blog ni....mana yang tersilap bahasa dan ter"riakwi" tu....ampun dan maaf dipinta.... :P

MAAF ZAHIR DAN BATIN


btw...BPL pun dah start...selamat datang RVP...(sorry deaf...huhu...) nasib game United bukan kat malam raya...tenteram sikit nak merebus ketupat...heheh...








Wednesday, August 15, 2012

Metallica Unbound

Sebuah lagi buku yang baru abis aku baca...


Metallica Unbound - The Unofficial Biography

Sepanjang bulan puasa ni...time tak tertido waktu lunch...inilah antara bahan bacaan aku...nak kata best ke tak buku ni...aku pun tak sure...aku ada 3 buku biography pasal Metallica...tapi baru yang satu ni jer aku sempat baca...so aku tak leh nak buat perbandingan...nampaknya kena cari masa jugak untuk baca semua buku2 yang berderet2 tunggu turn tu....

Aku rasa kalau korang peminat Metallica...sure korang dah khatam dah cerita pasal Metallica ni...buku pasal ni pun ada melambak2 kat pasaran...semua pun unofficial biography...so aku tak sure samada buku ni bagus ker tak...samada ianya just “another Metallica book” ataupun “THE Metallica book”....tu nampaknya aku kena baca lagi 2 buah buku tu...

Cuma yang menariknya...penulis buku ni K.J.Doughton adalah peminat Metallica sejak permulaan lagi...dia lah orang yang bertanggungjawap menguruskan Metallica Fan Club yang pertama...zaman2 Metallica pun orang tak kenal lagi...maka keseluruhan buku ini adalah merupakan pandangan peribadi dari seorang peminat awal Metallica hinggalah dorang jadi popular...


Kalau korang peminat tegar Metallica...mungkin ini adalah salah satu buku pasal Metallica yang patut korang baca...tapi paling aku suka...rasanya akan berbeza dari buku2 lain adalah cerita pasal John Marshall...


***sorry takder gambo...aku lupa aku save kat mana gambo2 yg aku snap dari buku ni...nak ambik semula malas la pulak...



Monday, August 13, 2012

dates

Ni bukan cerita pasal berdating...tapi buah yang cukup sinonim di bulan puasa...


seingat aku jarang sungguh...ataupun mungkin tak pernah pun aku beli buah kurma....setiap kali bulan ramadhan konpem akan dapat percuma...terutama dari opis orang rumah aku...banyak dan sampai tak termakan...sampaikan bagi2 kat jiran atau bawak balik kampung...

tahun ni pun sama...cuma yang menariknya tahun ni dapat pelbagai jenis buah kurma...


buah kurma yang biasa...yang standard selalu dapat percuma...


jenis yang bertangkai...memang sedap...


tapi yang paling favourite untuk aku dan anak2 adalah yang ni...kurma badam ataupun yang orang kampung aku panggil almond dates....memang sedap dimakan waktu berbuka...

sebab tu...kira rekod la...tak pernah2 stok kurma kat rumah abis selepas 2 minggu berpuasa....tapi jenis yang2  ni jerla...yang jenis biasa tu...hmmm....



***satu lagi entri malas/takder idea di bulan puasa...heheh...