Wednesday, July 31, 2013

Before Sunset

Sambung cerita sebelum menonton Before Midnight



Before Sunset (2004)

Sila rujuk entri Before Sunrise. Seperti biasa, sipnosisnya sila rajinkan diri untuk baca sendiri. :)

Selepas 9 tahun kisah Jesse dan Celine bertemu di Vianna. Pasangan ini kembali lagi. Kali ini berlatarbelakangkan bandar Paris pula. Sebenarnya jika tiada sambungan dari Before Sunrise pun saya rasa ok sebenarnya. Biarlah ceritanya tergantung. Biarkan imaginasi kita sendiri yang menentukan penyudahnya.

Tapi Richard Linklater (pengarah/penulis) ada penyudahnya sendiri. Awalnya saya bimbang jika Before Sunset ini tidak menjadi sebaik Before Sunrise. Tak banyak filem sequel yang berjaya tambah-tambah jika ianya mengekalkan formula dan konsep yang sama. Sanggupkan anda menonton benda yang hampir sama sekali lagi? Jawapannya YA. Jika filem sequelnya adalah sebagus filem yang pertama. Rating 8 di IMDB mengiyakannya.

Jika anda tida pernah menonton Before Sunrise, tidak perlu bimbang. Before Sunset adalah sebuah filem yang boleh bergerak secara sendiri. Kalau Before Sunrise perbualan mereka lebih kepada mengenal diri masing-masing tetapi untuk Before Sunset, perbualan mereka terarah kepada apa yang berlaku kepada mereka berdua selepas berpisah di Vienna 9 tahun yang lalu. Sebuah drama cinta yang sangat real dialog dan lakonannya. Ethan Hawke dan Julie Delpy membuktikan sekali lagi chemistry antara mereka berdua memang betul-betul menyakinkan. Kekadang terpikir juga, adakah dialog mereka ada skrip atau semuanya adalah secara spontan. Jenuh juga kalau nak menghafal skrip dialog yang panjang-panjang tu.

Filem ini jugalah yang menjadi penyebab untuk saya menyukai filem-filem Richard Linklater yang lainnya seperti  Slacker, Dazed and Confused, The Newton Boys dan yang paling best School of Rock.

Sama seperti Before Sunrise, Before Sunset juga tergantung penyudahnya. Memang ada rumour yang ianya akan disambung kembali. Ternyata semuanya benar dengan terbitnya Before Midnight. Adakah pasangan ini akan dapat bersama akhirnya?...Tak sabar rasanya nak menonton Before Midnight pula.










Monday, July 29, 2013

Canggung Mendonan

Album pop melayu terbaik yang dah 20 tahun


M. Nasir - Canggung Mendonan (1993)

Tak pasti dengan anda, tapi bagi saya ini adalah antara album pop melayu terbaik sepanjang zaman. Saya mula meminati M.Nasir sejak dari zaman Kembara hinggalah di zaman rock 80an. Antara memori yang tak dapat saya lupa, ketika darjah 6, saya dan rakan-rakan sekelas pernah audition lagu "Express Rakyat" untuk konsert sekolah. Sayangnya kumpulan kami tidak terpilih. Kawan yang bawa lagu Kojo No Tsuki versi Scorpions pun tak terpilih. Cikgu pilih yang bawa lagu kanak-kanak. Alahai...tak rock sungguh cikgu zaman tu.

Tetapi di penghujung 80an, saya mula meninggalkan rock melayu termasuklah M.Nasir. Saya mula dikenalkan kembali kepada M.Nasir oleh rakan sebilik semasa di ITM melalui album Saudagar Mimpi. Tapi tak cukup terkesan. Jiwa metal saya masih kental ketika itu sehinggalah apabila saya mendengar lagu Sentuhan Listrikmu. Ntah kenapa lagu ini benar-benar membuka hati saya. Mungkin ketika itu saya tengah hangat berfeeling-feeling bercintan. hahaha...Sentuhan Listrikmu lah yang tergerak hati nak beli kaset ni.



Pada saya ini adalah album pop melayu yang lengkap. Lagunya penuh dengan melodi kemelayuan yang pelbagai. Ada juga balada, slow rock, pop rock malah jangan tak percaya, Abang M.Nasir juga boleh rap. Lirik -liriknya agak mencabar minda apatah lagi lirik-lirik yang di tulis oleh Arwah Loloq. Memang kekadang kena buka kamus. Anda tau apa makna mendonan?

Sangat sesuai kepada yang mendengar muzik bukan hanya sekadar mendengar. Ada semangat, ada protes, sejarah, romatis, isu semasa, pengorbanan dan macam-macam lagi yang boleh kita jumpa dalam lagu-lagunya. Itu pun jika anda yang jenis rajin mengkaji. Jika tidak. Enjoy mendengar muziknya pun cukup dan tersangat best dah. Kalau tak silap saya ini lah tahunnya M.Nasir kena banned dengan RTM kes isu "Siapa Mahathir" tu kan?. Ini zaman M.Nasir masih memberontak. Biasanya zaman-zaman beginilah yang selalu menghasilkan masterpiece. Dan Canggung Mendonan adalah masterpiece M.Nasir setakat ini.



Selain Sentuhan Listrikmu dan lagu-lagu berimej pop melayu yang popular seperti Mentera Semerah Padi, Anak Anak Kita, Tanya Sama Itu Hud Hud dan Bonda, saya juga cukup suka lagu Bukalah Hatimu. Mungkin kerana lagu ini sedikit rancak temponya. Begitu juga lagu balada Aduhai! Kasih! Aduhai!. memang feeling habis. Dan tak lupa juga Wadi. Solo Kid Search dalam lagu ini memang berjiwa.

Sangat rekomended!





Friday, July 26, 2013

A Real 20 Years One







Iron Maiden - A Real Live One & A Real Dead One (1993)

20 tahun dah album live Fear of the Dark World Tour ni. A Real Live One mengandungi lagu-lagu dari era Somewhere in Time (1986) hingga Fear of the Dark (1992). Manakala A Real Dead One mengandungi lagu-lagu sebelum Somewhere in Time.

Ini bukan nak review. Pasal takder apa yang aku tak suka pasal Maiden. Cuma cerita bergambar.



Dulu aku ada 2 kasetnya. Sayang yang tinggal cuma satu. Tak tau mana pergi Live one.




Masa upgrade ke cd beli tak saing. (Dia pun rilis tak saing kan?). Hasilnya dapat Live One versi Capitol (US) manakala Dead One versi EMI (made in Holland).


Yang tak puas hatinya versi EMI ni, inlaynya jenis kertas sekeping. Kasetnya pun macam tu. Banding dengan versi Capitol kat bawah. Penuh gambar warna warni.






Tak pasti adakah Dead One versi EMI memang macam tu atau yang Made In Holland ajer camtu. Adakah versi Capitol Dead One juga ada gambar banyak macam versi Capitol Live One. Dan ada berapa versi cd ni sebenarnya. Yang aku tau versi remastered 1998 combined jadi A Real Live Dead One.  Ni yang macam nak cari Dead One versi Capitol. Mungkin Deaf boleh bagi penjelasan. Aku tau dia ada vynil semua.

Btw, album live ni memang di tunggu-tunggu sebenarnya. Maklum la 8 tahun dah selepas Live After Death. Paling best dah tentu-tentu lagu Fear of The Dark. Suara penonton singalong kat Helsinki tu takder rakaman live lain yang boleh celen. Dan aku suka juga versi Bring Your Daughter... to the Slaughter dalam Live One ni.






Wednesday, July 24, 2013

New Wave Of 1983

30 tahun dah berlalu....


Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983)
Spandau Ballet - True (1983)

Kalau tak pasal aku terdengar lagu 2 Minutes To Midnight masa tahun 1985 tu. Mungkin selamanya Duran Duran dan Spandau Ballet adalah the best band in the world bagi aku...heheh..

Seven and The Ragged Tiger aku pernah cerita kat >SINI< , True nanti la bila-bila aku buat.




Tuesday, July 23, 2013

Before Sunrise

Antara filem yang saya tertunggu-tunggu untuk tahun ini adalah Before Midnight. Nampaknya dah ada pun di beberapa laman download untuk disedut. Tetapi sebelum menontonnya saya rasa saya perlu menonton semula 2 filem awalnya. Maklumlah filem pertamanya 18 tahun yang lalu. Hampir lupa dah. Apa kata kita revisited balik filem tersebut untuk menyegarkan memori.



Before Sunrise (1995)

Sipnosisnya sila baca sendiri.

Ini bukan untuk mereka yang sukakan action. Ia sememangnya  cerita yang banyak cakap. Memang boleh membuatkan anda mengantuk. Mungkin ada yang mengangap filem begini sebuah filem yang bosan. Maklumlah sepanjang cerita hanya mengisahkan perbualan antara 2 pelakon utamanya. Tapi pada saya ianya adalah sebuah filem yang sangat cemerlang. kalau tak masakan dapat rating 8 di IMDB.

Before Sunrise adalah sebuah drama cinta. Kekuatan filemnya adalah pada dialog-dialognya. Kena dengar betul-betul untuk lebih menghayati. Kerana di situlah magis sebenar filem ini. Memang lebih baik jika anda menontonnya bersama sarikata. Maklumlah telinga melayu ni kekadang agak kurang menangkap apa bunyi butir yang dicakapkan. Tapi jangan la guna sarikata melayu nanti tak sampai pulak maksudnya.

Chemistry antara 2 pelakon utamanya memang cemerlang. Ethan Hawke dan Julie Delpy benar-benar dapat menghayati jalan cerita. Kekadang terasa seolah-olah perbualan mereka adalah perbualan sebenar. Bukannya lakonan mengikut skrip.

Pemandangan sekitar bandar Vienna yang cantik menambahkan lagi seri filem ini. Kita seolah-olah di bawa melancong ke sekitar Vienna. Adegan ketika mereka melawat kedai rekod 2nd hand pastinya membuatkan teman-teman yang deman mengumpul vinyl terliur (heheh..). Kedai rekod tu memang sebenar-benarnya wujud di Vienna. Beroperasi sejak tahun 1948. Sesiapa yang tersesat ke Vienna boleh la cuba cari.

Walaupun cerita ini tidaklah mencapai status box office, tetapi memang sangat direkomen untuk di tonton kerana kelainan jalan ceritanya. Tak perlu cgi, tak perlu lagak ngeri, dialog dan lakonan yang bagus walaupun ceritanya hanya berkisar pada kisah satu malam sudah cukup menjadikan cerita ini pada kelasnya yang tersendiri.

REKOMENDED!




Monday, July 22, 2013

I Hear Black

Lagi thrash yang 20 tahun




Overkill - I Hear Black (1993)


Setelah dihidangkan dengan 2 album klasik thrash, The Years Of Decay (1989) dan Horrorscope (1991), I Hear Black sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan. Perubahan arah tuju muzik metal di awal tahun 90an sememangnya memberi kesan kepada band-band thrash yang lainnya. Overkill juga tidak terkecuali. Di kala thrash metal hampir mati. Tiada lagi falsafah "faster is better". Majoriti band thrash inginkan "Black album" versi mereka, maka untuk Overkill, lahirlah I Hear Black.



Memang ini bukan Overkill yang biasa. Temponya lebih perlahan, gelap dengan melodic dan riff yang lebih catchy. Namun feel ala-ala Black Sabbath yang biasa pada mereka masih ada. Groove ala Pantera juga menjangkiti mereka, jelas kedengaran dalam lagu "World of Hurt". Lagu slow mereka tetap awesome. Pernah saya katakan dulu, band-band thrash memang sedap kalau buat lagu slow. "Shades of Grey" memang sebuah lagu slow thrash yang baik.



Mungkin jika anda mahukan thrash yang laju, anda akan kecewa. Tetapi jika sukakan sound yang berat. I Hear Black sesuai untuk anda. Yang menariknya selain shredding guitars Merritt Gant dan Rob Cannavino, bunyi bass D.D. Verni sangat menonjol. Pastikan anda mempunyai sistem hi-fi yang bagus untuk menikmatinya (heheh..). Dan pada saya Bobby "Blitz" Ellsworth benar-benar menyanyi untuk album ini. Penggunaan vokal terbaik beliau setakat ini.

Kalau ini album experimen, pada saya mereka berjaya. Mereka kembali bermain laju dengan album berikutnya. Kalau ada gelaran Big 5 of thrash, sudah pasti Overkill termasuk dalam pilihan saya.



Sunday, July 21, 2013

Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band



Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1978)

Ini bukan The Beatles. Tapi filem muzikal yang diterbitkan pada tahun 1978 lakonan Peter Frampton dan adik beradik The Bee Gees (Barry, Robin dan Maurice Gibb). Filemnya teruk kena kritik (boleh cari kat youtube, rating 3.5 jer kat IMDB) walaupun barisan pelakonnya bintang-bintang belaka. Aerosmith, Alice Cooper dan Earth Wind And Fire pun ada. Malah boleh juga tengok Steve Martin ketika muda dan menyanyi pulak tu. Memang filem ini menggunakan lagu-lagu Beatles walaupun tidak ada seorang pun anggota Beatles yang terlibat. Cuma George Martin, producer mereka sahaja yang menjadi producer untuk soundtracknya.

Dah tersebut pasal soundtrack. Entri ini sememangnya bukan nak cerita pasal filemnya. Tapi LP ni...



kondisi kavernya agak teruk...tapi isi perutnya masih ok


Sayangnya LP made ini Malaysia ni (dulu harganya cuma RM6.90) cuma ada satu disc. Soundtrack yang sebenarnya ada 2 disc. Walaupun begitu lagu-lagu penting tetap ada. Menarik juga bila mendengar Peter Frampton, Bee Gees featuring Peter Frampton on guitar, Aerosmith, Alice Cooper malah Earth Wind & Fire membawakan lagu-lagu Beatles. Maklumlah ketika itu zaman disco. Tak kisah lah kalau filemnya flop, tapi siapalah yang tak suka lagu-lagu Beatles kan. Memang best!

Merujuk kepada entri >INI<.  Ianya juga di tujukan kepada mereka-mereka yang deman vinyl dan the Beatles, bolehlah layan album ini semoga demam anda semakin kebah.

heheh...