Tuesday, January 7, 2014

Semalam di Muar


Bandar Maharani Bandar Diraja...


Tempat bermalam...

Riverview Hotel
Tempat makan...

Medan Ikan Bakar Sabak Awor
Tempat beriadah...

Pameran volkswagen/mini cooper klasik di Dataran Tanjung Emas

Tempat perabis duit tetapi tersenyum puas....

Wetex Parade (gambar pinjam tak tau siapa punya)

Pasal dapat benda-benda ni semua...

yehaaaa!!!!!





Monday, January 6, 2014

Vs Melaka United

Perlawanan Persahabatan
04hb Januari 2014

Johor Darul Takzim 4  Melaka United 1
(Pablo Aimar 28',Luciano Figueroa 37',Safee Sali 84'(p), 91')

Lama dah tak cerita bola....Liga Malaysia pun dah nak mula. Ini game pertama aku pergi untuk tahun 2014. 2 game friendly sebelum ni tak dapat pergi pasal ada hal.

Sebelum tu aku nak bagi pandangan...bagi aku di era bolasepak moden ni janganlah bersikap kenegerian sangat. Manchester United dan Liverpool bukanlah untuk penduduk Manchester atau Liverpool sahaja. Nak jadi kelab yang hebat kena open minded. Kata nak wakil Malaysia untuk AFC. Bagi aku JDT ni sapa2 pun di galakan menyokong. Tak perlu kau orang Johor pun. Lagi besar fan base lagi bagus...lagi banyak merchandise boleh jual. Kewangan kelab jadi lebih kukuh. Kan bagus macam tu. Sebab tu playernya datang dari pelbagai negeri. Anak sedara aku yang penyokong tegar Selangor pun tahun ni dah start sokong JDT pasal Amri Yahyah. Benda macam ni yang kita nak dalam era bolasepak pro. Kelab lain pun patut buat macam tu...lawan siapa lagi bagus manage kelab. Tak payah la sibuk kenegerian sangat....ko sokong Manchester United macam la ko lahir kat Manchester...

Ok...cukup pasal tu...macam biasa...layan bebel pasal game...


1- Stadium Larkin dalam proses upgrade. Nak besarkan lagi...sekarang punya kapasiti memang tak cukup..sesak. Seperti gambar di atas kerja-kerja ubahsuai dah start jalan dah terutama kat bahagian luar hadapan. Kabarnya dorang buat secara berperingkat tanpa menganggu jadual game. Kalau tengok dia punya plan bergambar...memang cantik la kalau siap nanti.



2- Keadaan padang memang tip-top...maklum la padang ni memang tak bagi guna untuk apa-apa acara pun selain game JDT. Selepas abis musim lepas, ni baru kali ke 2 guna padang ni. Memang bagus dorang jaga. Siap sebelum game pancut air kat padang kasi rumput basah...macam dah kat stadium eropah pulak aku tengok...


3- Walaupun friendly game...stadium penuh sesak...aku nak masuk grandstand pun tak dapat...dah penuh. Maklumlah semua pun teruja nak tengok Pablo Aimar.

Pablo Aimar
4- Aku rasa memang berbaloi beli Aimar ni...memang rajin kiri kanan atas bawah dia main....skill memang awesome. Paling aku respek nampak sangat dia tak kedekut ilmu. Dia dah macam jurulatih dah atas padang ajar itu dan ini. Bebudak Malaysia ni kalau tak dapat ambik ilmu dari dia aku tak tau nak cakap apa la...ni la peluang untuk belajar dari player kelas dunia. Secara tak langsung benda ni adalah perkara baik untuk bolasepak Malaysia.

5 - Dari segi permainan nampak sangat pengurus Jiménez lebih kepada percubaan taktikal dan keserasian pemain. Macam-macam kombinasi pemain dia cuba. Mungkin dia pun tak decide lagi siapa dia punya 1st eleven. Paling respek dia bagi peluang juga untuk budak-budak remaja piala presiden main. Padahal budak-budak ni bukan dalam team JDT pun. Nampaknya bukan takat JDT dia jaga...tapi pemain-pemain remaja pun. Ini memang perkembangan bagus untuk pemain-pemain remaja. Kau bagus...kau akan dapat peluang. Siapa kata PBNJ takat beli star ajer dan tak pentingkan pembangunan pemain muda.

6 - Tak sia-sia aku datang dapat tengok Aimar score dan selamat kembali kepada Safee Sali. Tu Amri Yahyah tak main tu....memang kalau boleh nak harap banyak gol...tapi biasa la friendy...pemain pun tak all out...takut injured..


7 - Dari segi penonton...memang rasa kurang lah bila dah tak boleh baling rest roll lagi...dah FAM tak bagi nak buat macamana kan...tapi B.O.S tetap macam biasa....meriah...cuma ada segelintir fan yang masih membakar flare walaupun benda ni dah di larang...Bak kata TMJ pun buat apa lah asyik nak bayar denda kepada FAM pasal kes flare ni...kan lagi baik duit tu guna pembangunan bolasepak...Banda ni dah jadi barang larangan...terpaksa la akur...kena pikir cara lain untuk jadikan meriah...dan aku benci betul budak depan aku hisap rokok non-stop sampai naik lemas aku rasa...nasib la aku tak bawak anak...

8 - Game ni aku pergi sorang...tak bawak anak...maklum la Johor dah start sekolah hari Ahad...mungkin lepas ni memang jarang aku bawak anak kot...walaupun dia nak ikut....kesian pulak tengok dia letih esoknya nak kena bangun pagi pegi sekolah.

9 - Last...tahniah penyokong Melaka yang datang pakai bas...walaupun team dorang main liga bawahan...tapi semangat penyokong mereka tetap membara...tak ramai...tapi ada suara...respek!...Moga mereka akan kembali...






Friday, January 3, 2014

Dance of Death

Memulakan cerita pasal cd di tahun baru dengan cerita Iron Maiden....sudah semestinya la kan....
Sepatutnya di tulis pada tahun lepas sempena menyambut ulangtahunnya yang ke 10.


Iron Maiden - Dance of Death (2003)

Awalnya tak berapa gemar dengan album ini. Tambahan pula covernya tidak menarik. Pada saya ini adalah cover album mereka yang paling buruk. Pertama kali ternampaknya di rak cd memang tiada nafsu untuk membelinya. Tambahan pula pada ketika itu (awal tahun-tahun 2000) saya baru kembali mendengar semula muzik rock dan metal selepas kononnya nak pencen bila berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Memang terasa kelainan pada awalnya. Lagu-lagunya agak panjang yang kebanyakannya lebih dari 6 minit. Lebih progressif. Biasanya mereka cuma ada 1 atau 2 lagu yang begitu. Saya sememangnya agak sukar untuk hadam lagu-lagu yang progessif. Terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menerimanya. Lebih pelik bila adanya lagu seperti Journeyman. Tak pernah terpikir mereka akan bermain akustik dengan iringan keyboards. Suatu benda yang tak rock langsung ketika saya remaja di tahun-tahun 80an dulu. Makin aneh bila Iron Maiden pula yang memainkannya. Siapa kata Iron Maiden tidak pernah berubah.


Tetapi sebenarnya lagu-lagu progresif seperti Paschendale, Dance of Death, Face in the Sand dan Journeyman itulah yang menarik. Semakin lama mendengarnya semakin sedap (grower). Manakala untuk lagu-lagu yang pendek memang saya tiada masalah untuk menyukainya. Sayangnya tiada lagu yang betul-betul dapat mencabar lagu-lagu di era 80an mereka kecuali pada saya Montségur. Lain-lain mungkin Wildest Dreams dan Rainmaker. Manakala percubaan pertama Nicko McBrain mencipta lagu (New Frontier) sekadar ok-ok sahaja lah.

Di pendekkan cerita Dance of Death sama seperti The Final Frontier, memerlukan masa. Di era 6 orang anggota ini saya tetap memilih Brave New World dan A Matter of Life and Death sebagai album terbaik mereka. Walaupun begitu album ini memang wajib dibeli. Ini Iron Maiden la beb...tak rock la kalau tak ada....







Thursday, January 2, 2014

Darjah satu




Semasa blog berteromber ni bermula...anak bongsu aku yang gambarnya sering kena tampal kat sini baru berusia setahun....diam tak diam....dia dah masuk darjah 1 dah...lama dah rupa-rupanya aku berblog...



nampaknya aku pun dah terikut-ikut trend makbapak zaman sekarang yang ambil gambo anaknya masuk sekolah dan upload ke laman sosial...hahaha....


teringat2 dulu aku masuk darjah 1 dengan tak kenal walau seorang pun kawan pasal baru berpindah dan aku tak pernah bersekolah tadika....abah kerja dan mak pulak setakat temankan masa daftar dan kena balik rumah pasal nak jaga adik....bayangkan betapa blurnya duduk dalam dunia yang serba asing...tapi aku rilek jer...siap kena lantik jadi penolong ketua darjah...huhu..





Wednesday, January 1, 2014

First...

Entri pertama untuk 2014...




"No one will ever remember their first download but you will always remember your first record."



(Jangan tak percaya Slippery When Wet adalah 1st kaset album penuh yang aku beli guna duit belanja sekolah masa tahun 1987 dulu. Sebelum tu hanya kaset best of atau lagu kompilasi atau pinjam abang atau dubbing kawan-kawan punya...)


Tuesday, December 31, 2013

Last....

Entri terakhir untuk 2013....

Sedar tak sedar makin tua....kalau nak playback 2013...rasanya yang peribadi takyah la cerita kat sini. Ni bukan blog adu domba pun....Tapi kalau yang duniawi...ada la jugak....2013 adalah tahun aku aktif kembali membeli cd sejak-sejak kenal E-Stock.... rasa macam zaman budak-budak dulu pun yer juga bila membeli cd-cd dengan harga serendah RM13++ secara trial and error...kes malas nak try cekidot kat youtube....janji namanya pernah dengar satu ketika dulu bantai jer beli....

2013 juga tahun aku aktif kembali ke stadium menonton bola...gara-gara penangan JDT.....baru nak up...lalang tak lalang....yang keluar duit kita...kalau team bangang siapa yang nak pergi. Tak pasti musim depan ni aku akan serajin tahun ni....rasanya sejak kedatangan Pablo Aimar lagi teruk sesak kat Larkin nanti....kadang-kadang macam rasa tak larat pukul 6.30 petang dah bersesak-sesak nak masuk stadium. Memang ada terpikir nak beli season pass....senang seat dah ada nombor...rilek-rilek lepas maghrib pun boleh masuk...tapi bila pikir orang rumah nak ikut...anak nak ikut...masak beb kalau satu tiket dah RM452....parah!!


Dalam hal blog pulak....tak sangka blog rock syok sendiri hal duniawi ni dah cecah 200k page view....terimakasih la..aku pun tak pasti siapa ajer yang baca selain geng-geng yang biasa....Tapi duit nuffnang pun tetap ciput jer dapat...hahaha....kalau tak ada aral....tetap akan menulis...ni pun bab album yang menyambut ulang tahun pada 2013 ada beberapa lagi yang aku tak sempat nak buat....banyak yang sangkut kat draf kes kekeringan idea nak menulis....

Kalau bab nyesal pulak....ni cerita hal duniawi la yer....ada sikit la terkilan tak pergi tengok Metallica...hahaha....

Tak apalah...semoga 2014 akan menjadi lebih baik untuk kita semua...dunia dan akhirat....

SELAMAT TAHUN BARU.



***2014 aku akan sekali lagi berdup dap dup dap....2 orang anak aku akan ber"PMR" dan ber"SPM".....bapak yang terlebih saspen....





Monday, December 30, 2013

Animals with Human Intelligence

Pastinya tak ramai yang follow band atau album ni. Tapi tahun ni dah genap 20 tahun dah...


Enuff Z'nuff - Animals with Human Intelligence (1993)

Memasuki tahun-tahun 90an, apa-apa yang berkaitan dengan hair metal bukanlah sesuatu yang cool. Begitulah nasib yang menimpa Enuff Z'nuff. Sayangkan...bila pemuzik-pemuzik yang bagus di cap tak bagus hanya kerana dunia mainstream melabelkannya begitu.

Saya secara jujurnya bukanlah mengikuti sangat perkembangan Enuff Z'nuff. Band-band 2nd wave of hair metal terutamanya yang penghujung 80an agak kurang saya ikuti kerana pada ketika itu saya lebih tertarik kepada muzik metal yang lebih ekstrim. Satu-satunya lagu yang saya tahu dari mereka pun cumalah "Fly High Michelle" yang saya dengar dari kompilasi best of slow rock kepunyaan rakan sebilik.

Cumanya sejak-sejak pandai mengunakan ebay, saya tertarik untuk mendengar semula semua band-band dari era 80an tak kira walau apa pun genrenya. Terjumpa dengan harga yang murah memang saya tak berkira untuk membelinya. Ternyata album ini mengejutkan. Memang sedap lagu-lagunya malah mereka adalah pemuzik yang cukup berbakat. Maka tak hairan lah Majalah Rolling Stone pernah menobatkan mereka sebagai "Hot New Band of the Year" untuk tahun 1991.


Satu yang saya cukup tabik dengan band-band hair metal adalah gitarisnya. Kebanyakan daripada mereka adalah shredder yang bagus. Pada saya mendiang Derek Frigo juga bagus. Sayangnya mungkin kerana terlalu ramai yang bagus, nama seperti Derek Frigo tidak akan diingati kecuali kepada peminat Enuff Z'nuff.

Banyak lagu yang menarik. Cumanya mungkin ada yang sedikit meleweh bagi telinga yang biasa dengar extreme muzik macam saya. Suara vokalisnya Donnie Vie memang jenis-jenis manja. Mungkin ada yang tidak suka. Tetapi jika anda inginkan sebuah album hard rock yang tidak terlalu berat, yang rilek-rilek, yang melodic, mungkin Animals with Human Intelligence patut anda cuba.