Monday, June 30, 2014

Dookie

Yang dah 20 tahun...


Green Day - Dookie (1994)

Terpengaruh membeli kaset ini adalah kerana video clip “Basket Case” dan "When I Come Around" yang sering keluar di MTV. Tak sangka pula lagu-lagu lainnya pun best. Sekurang-kurangnya muzik Green Day tidak lah meleweh seperti grunge.

Lagu-lagunya jenis catchy, mudah, rancak dan gembira. Tak kisahlah jika mereka sering menjadi mangsa debat apakah mereka layak untuk dipanggil punk kerana ada yang berangapan mereka terlalu pop dan komersial. Saya kurang arif tentang punk dan mungkin juga tidak layak bercakap mengenainya. Tetapi bukankan lagu-lagu Ramones juga sangat pop bunyinya?


Tak kisahlah…yang penting sedap. Kali pertama mendengarnya pun saya dah suka. Mereka adalah permulaan kepada munculnya band-band pop punk yang lainnya seperti Blink 182, Sum 41 dan mungkin juga Bunkface.

Pernah cuba untuk meng'upgrade'kan ke cd. E-stock menjualnya dengan harga serendah RM13 lebih. Sayangnya hilang dalam pengeposan. Tapi tak kisahlah. Dapat refund. Mungkin akan membelinya juga suatu hari nanti.




Saturday, June 28, 2014

Menakluk Kosmos




Wings - Menakluk Kosmos (2014)

Dah lama tak rasa teruja untuk membeli album baru Wings. Album yang sebelumnya (Naga Kramat) pun dah beberapa tahun selepas itu baru dibelli. Promosi di Facebook terutamanya dari Sayap-Sayap Wings dan rakan-rakan blogger membuatkan rasa bersemangat. Walaupun agak lewat juga membelinya, tetapi perasaan ketika mengunboxingnya, (ada ker perkataan macam ni...dan macam lah box set sangat kan...hahaha..) rasa terujanya tu kalau album Wings ni kali terakhirnya sama perasaannya semasa album Teori Domino (1990).

Awalnya agak ragu-ragu. Terutamanya bila mendengar lagu-lagu slow yang dah dimuatnaik di youtube. "Bisa Yang Tertunda" tu lebih kepada macam lagu Awie solo bukannya Wings. Maaf, saya bukanlah peminat Awie. Saya suka Wings tapi saya kurang gemar dengan Awie. Lagu yang terlebih bunyian keyboard seperti "Bisa Yang Tertunda" memang buat saya rasa kurang berminat. Tetapi bila review dari rakan-rakan blogger majoritinya kata positif, saya sedikit bersemangat.

Selepas membeli dan mendengarnya. Ada yang best tapi ada juga yang tidak. Cerita yang tak best dulu....tapi sebagai peringatan...ini bukan review. Saya bukan orangnya yang layak. Tetapi sekadar pendangan dari seorang peminat rock yang mengikuti perkembangan mereka dari zaman Belenggu Irama.

1st impression tengok packagingnya kat kedai dah rasa kecewa. Kenapa bukan jewel case...kenapa mesti digipak. Dah lah sizenya tak standard. Macamana nak letak kat rak cd. Packaging jenis macam ni memang senang nak koyak. Hampeh betul!!!. Sampai hari ni masih tak tau nak selit kat celah mana bendalah ni.

Lagu-lagu slownya sedikit mengecewakan saya. Lebih kedengaran seperti Awie berbanding Wings. Banyak keyboards. Tiada lagi solo-solo mendayu trademark Joe macam dulu-dulu. Jangan salah faham. Bukan lagunya tak sedap. Melodinya sedap. Contohnya lagu "Ingatkan Dia", sekali dengan chorusnya dah melekat. Tapi dari susunan muziknya..tak rock. Mungkin hanya "Ingatkan Dia" yang berbunyi rock.


Tetapi yang lain-lainnya pada saya best. Produksinya pun bagus. Tip top!. Lagu-lagu heavy dan mid temponya memang menarik. Sedap!. Mungkin tak sesuailah kalau hendak dibandingkan dengan zaman album-album mereka di zaman 80an atau awal 90an. Perbadingan dengan era Mus seperti album Mencari Asal Usul atau Mr.Barbarik mungkin lebih tepat. Lagu "Adoney Dari Paran" mempunyai feel lagu-lagu heavy dari zaman tersebut.

Lagu-lagunya lebih kepada corak hard rock moden. Tetapi rif-rif dan sound gitar Joe masih mempunyai identiti yang serupa walaupun ada sedikit pengaruh Zakk Wylde terutamanya pada lagu "Menakluk Kosmos". Manakala lagu "Raja Segala Duri" ada bahagian-bahagiannya yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu progressif 70an. Saya juga bersetuju dengan saudara Takilala yang lagu "Komplikasi Pramaya" mempunyai intro yang mengingatkan kita kepada lagu Shadows of War dari Loudness.

Tak perlulah nak review setiap lagu. Pada saya lagu-lagu heavy dan mid-temponya memang tidak mengecewakan. Memang best. Jangan terpadaya dengan lagu-lagu perlahan mereka yang dimuatnaik di youtube. Lagu-lagu lainnya memang heavy. Memang keras. Senang cerita Wings telah kembali terbang ke angkasa dan Kosmos telah pun berjaya mereka takluki,

Terbaik!




Friday, June 27, 2014

JDT Juara...Larkin berpesta...

Penantian selama 23 tahun.....tak kisah lah Johor ker JDT ker Johor FA ker Johor FC...malah kalau Ulu Tiram FC pun takder hal punya....janji Piala Liga kembali ke bumi Johor....

Ni yang berlaku kat Stadium Larkin malam semalam....


Boleh tahan ramai...rasanya hampir tiga suku stadium penuh...dalam 20,000 memang ada la...sesak kat parking dah macam ada game pulak...


Layan gambar ajer la...tu pun dapat dari jauh ajer...nak duduk grandstand pukul 7 pintu dah tutup...dah penuh....yang sampai lepas maghrib macam aku...nengok dari jauh ajer la...


layan jer la gambar2 pakai kamera handphone ni...

Larkin berpesta...
Aku cuba nak ambik gambar player masa dorang pusing stadium...tapi tangan goyang la pulak...semua gambar blur...Nak ambil gambar bas 2 tingkat yang takder bumbung masa dorang berarak pun tak dapat...dorang sampai dah malam...dah gelap...takder kerja aku nak duk nunggu tepi jalan...hahaha...



Dalam tempoh 2 tahun ni...bukan takat JDT jer barabis duit...aku pun tak pasti berapa ratus duit aku dah habis...duit tiket..bawa anak-anak semua...burger..kuaci, jajan air kotak...kekadang satu game pun aku dah berabis kat RM100 bila duduk kat grandstand...

Mungkin yang tak sama minat...tak akan pernah paham...sama kes la macam blog aku ni cerita pasal rock...pasal cd....kumpul cd....pada sesetengah orang ntahapahapa lah...macam budak-budak...membazir....tapi kalau benda tu kau punya minat...kau punya hobi...kau punya passion...dia punya feel tu memang lain macam la...cuba tanya yang kaki vinyl tu apa perasaannya time nak bukak kotak vinyl yang baru dapat dari posmen tu....fuh!!!

Tak kisah lah...penat...duit...semuanya jadi berbaloi bila....

We are the champion!!!!!!

Luaskan kuasamu!!



Wednesday, June 25, 2014

Japandemonium

Sempena Jepun tersingkir dari world cup....heheh..

Antara album live kegemaran dari 20 tahun yang lalu.


Mr Big - Japandemonium (1994)

Album ke 3 dari siri live Raw Like Sushi terbitan dari Jepun. Di rakamkan di Koseinenkin Hall, Tokyo, Jepun pada 29 Oktober 1993.

Mereka memang popular di Jepun. Ada banyak rakaman live mereka di Jepun yang diterbitkan. Tapi kalau tak silap, Raw Like Sushi yang pertama tu bukanlah rakaman live di Jepun. Cuma albumnya sahaja diterbitkan di Jepun.

Mereka sememangnya pemuzik yang hebat. Tahap dewa punya skill. Sememangnya tiada masalah untuk persembahan live. Dari lagu berat dan laju seperti "Colorado Bull Dogs" sehingalah lagu mid-tempo macam "Green Tinted Sixties Mind" hingga ke lagu perlahan macam "Wild World", semuanya tip top. Tak pernah dengar pula mereka ada  buat "touch-up" untuk album-album live mereka.


Antara highlight sudah tentu-tentunya persembahan solo dari Paul Gilbert dan Billy Sheehan. Ni dua orang memang idola. Paling suka masa dia guna electric drill. Hebat!. Tiada nak komplen sangat, Kalau boleh nak cari dalam bentuk cd. Cuma sayangnya mereka tak main lagu-lagu laju macam "Daddy, Brother, Lover, Little Boy" dan "Addicted To That Rush".

Feeling abis dengar  "Promise Her The Moon" versi live ni. Memang lunak vokal Eric Martin. Tambah menarik 2 lagu bonus album ni pun sedap. Terutamanya "Seven Impossible Days".

Terbaik!




Tuesday, June 24, 2014

Superunknown


Lagi yang dah 20 tahun...


Soundgarden - Superunknown (1994)

Terus terang saya hanyalah pendengar kasual mereka. Namun begitu saya pernah menampal poster Chris Cornell (zaman dia berambut panjang) di dinding bilik bersebelahan dengan poster Kirk Hammett ketika menuntut di ITM suatu masa dahulu. Entah kenapa saya sukakan nama Soundgarden. Pernah juga menampal stickernya di cermin belakang kereta saya yang pertama dulu.

Saya bukanlah orangnya yang layak untuk memberikan komen/review tentang Superunknown. Pada saya album ini tidak sesuai untuk didengar jika anda sedang berada dalam mood yang gembira. Lagu-lagunya memang agak emosi dan depressing. Senang cerita jika anda adalah seorang yang beranggapan "lagu tempo laju = bagus" dan "lagu tempo perlahan = tak bagus". Sila abaikan album ini. Tetapi jika anda sukakan grunge. Ini memang sesuai untuk anda.


Kalau sebut Superunknown, ada 2 lagu yang cukup saya ingati. Pertamanya, "Spoonman". Sering kali melihat video clipnya dirancangan MTV. Dan yang keduanya, yang ada ceritanya untuk saya adalah "Black Hole Sun". Lagu sedih begini memang sangat sesuai untuk didengar berulang-ulang kali ketika anda sedang bersedih. Ianya mengingatkan saya kepada seorang awek lama yang tinggal di Bakar Batu, JB..tak payah cerita lah kisahnya macamana kan.... heheh..






Monday, June 23, 2014

Hail to England

Takder nak hail hail dah...England dah out dari world cup...hahaha...

Tapi ni bukan nak cerita pasal world cup...tapi baru perasan yang 4 tahun yang lalu ada buat entri pasal album ni  >SINI<


Manowar - Hail To England (1984)

Maknanya dah 4 tahun sejak World Cup yang lalu tak dengar langsung cd ni.

Sempena ulangtahunnya yang ke 30 bulan depan. Beberapa hari ni melayan kembali cd ini. Ternyata setiap kali mendengarnya, perasaannya tidak pernah berubah.  Blood Of My Enemies, Kill With Power, Hail To England dan Bridge of Death tetap best...tetap metal....muzik begini antara penyebab saya mula terjebak menjadi mat rock....ianya membawa saya menjadi seorang budak belasan tahun kembali....

Tak kisah lah jika anda sudah terlewat 30 tahun...jika anda gemarkan sound raw heavy metal awal 80an....album ini pastinya tidak akan mengecewakan...

Terbaik!!!...tapi dalam masa yang sama terasa tua pulak...hahaha...

“Each note I now play being a black arrow of death sent straight to the hearts all those who play false metal”

Kill Kill Die Die!!!..............






Saturday, June 21, 2014

Vs Kelantan

Liga Super
20hb Jun 2014

Johor Darul Takzim 3  Kelantan 0
( Mohd Amirulhadi Zainal 25', Mohd Nazrin Nawi 53', Luciano Gabriel Figueroa 87')



Menyelit sikit hal bola tempatan walaupun orang lain tengah sibuk dengan demam Piala Dunia...ringkas jer ni...

1 - Ini perlawanan terakhir home untuk liga musim ni. Lawan Kelantan pulak tu...so dah boleh agak stadium kembali sendat. Tengok tiket yang aku dapat pun tiket tambahan so memang konpem takder can la nak selesa macam 2, 3 game yang lepas...(tu yang malas nak tampal gambar tiket...bukannya ada tulis lawan apa pun...)

2 - Untuk 2 musim berturut-turut aku tak miss walaupun satu game di Larkin ni...rekod tu...Piala Malaysia nanti tak tau la....rasanya kalau macam ni berbaloi kot aku ambik season pass untuk musim depan...

3 - Stadium macam biasa...meriah...tambah-tambah pulak bila menang...sayang kalau lawan ATM tu hari menang...kan dah boleh angkat piala kat Larkin...rezeki belum sampai kot...


abang cameraman...2,3 kali gak kamera zoom kat arah seat aku...tapi rasanya tak keluar kot muka kat tv...lain la aku ni awek cun...hahaha....

4 - Tiada kejadian tak diingini berlaku...walaupun penyokong Kelantan boleh tahan ramai jumlahnya...aku di pahamkan sebahagian besarnya adalah orang2 Kelantan yang duduk JB....mungkin penonton Johor yang katanya baru nak up ni makin matang...makin berdisplin...siap sebelum game penyokong Johor dan Kelantan bergambar sama-sama...apa la nak gaduh2 kan...Lagu negeri Kelantan yang fan dia nyanyi pun satu stadium berdiri tanda hormat...

5 - Cuma lepas game ada sikit kecoh pasal salah faham abang2 FRU...ada sorang brader nak bukak banner tapi FRU tangkap kononnya ceroboh masuk padang...Respek dengan Luciano, Bojan Hodak dan Amri Yahyah yang datang slow talk dengan FRU...akhirnya brader tu lepas....Untuk abang2 FRU...rilek la bro...guna la budi bicara...tak kan la tak pasal2 orang nak merusuh...bola jer pun...

6 - Lama lepas abis game...ada geng yang bakar flare...aku tak dapat ambik gambar...aku dah balik...saja jer dorang nak test...Pahang boleh buat atas alasan sambut kemenangan...tak kan team lain tak boleh kot...lagipun game dah lama pun abis...

7 - Selangor menang malam ni...makanya kena tunggu last game la siapa yang angkat piala...Ini blog penyokong JDT...dah tentu-tentu la aku nak JDT menang....sorry geng2 Sarawak....harap JDT menang next game dengan Sarawak...seri pun ok kot...tak tau lah kalau Selangor menang sampai 8-0...


8 - Harap next entri aku pasal Liga Super adalah cerita JDT jadi juara....kalau tak apa nak buat...belum rezeki kot....guna pepatah Liverpool la...next year is our year...hahaha...


Ok...dah...korang sambung balik la layan Piala Dunia...btw...suka aku Costa Rica menang ngan Itali....dan England out...huhuhu....


"LUASKAN KUASAMU"