Bahan bacaan...
Bruce Dickinson - Flashing Metal With Iron Maiden And Flying Solo by Joe Shooman
Kebetulan dalam mendapat berita tentang kesihatan Bruce Dickinson, saya sedang membaca buku autobiography tentang beliau.
Pada saya beliau adalah seorang individu yang serba boleh. Bukan sekadar menyanyi,mencipta lagu ataupun membuat lirik tetapi beliau juga cemerlang dalam kehidupan diluar dunia heavy metal.
Selain sebagai DJ radio dalam rancangan "Friday Rock Show" di BBC, beliau juga adalah pengacara rancangan tv dokumentari "Flying Heavy Metal" di Discovery Channel, penulis novel best seller, The Adventures of Lord Iffy Boatrace dan The Missionary Position. Penulis skrip untuk filem Chemical Wedding. Juruterbang untuk sebuah syarikat penerbangan komersial. Mewakili England dalam sukan lawan pedang (fencing) dan juga peminat sejarah tentang peperangan.
Ini adalah buku unofficial ataupun unauthorised. Maknanya memang tiada langsung temuramah secara langsung dengan Bruce Dickinson ataupun mana-mana ahli kumpulan Iron Maiden. Walaupun begitu penulis telah melakukan kajian yang baik terutamanya dalam bab ketika beliau bersama Samson dan zaman album solo. Temuramah bersama beberapa orang anggota Samson dan pemuzik yang terlibat dalam album Skunkworks sememangnya banyak membantu,
Sambil tu layan gambar la yer...
Bruce Dickinson dengan imej bermisai..heheh
Selebihnya penulis banyak mengambil siri temuramah Bruce dan orang-orang disekeliling beliau dalam pelbagai sumber. Dari zaman sebelum Iron Maiden ke zaman solo dan zaman kembali semula ke Iron Maiden dan cerita-cerita perihal hobi dan kerjaya beliau selain dari Iron Maiden.
Mungkin ianya lebih menarik jika ditulis oleh Bruce sendiri. Mungkin banyak benda akan dikupas dengan lebih terperinci. Tetapi lebih baik ada dari tiada langsung. Saya tidak boleh mengulas lebih-lebih kerana saya sendiri belum habis membacanya. Dah hampir 4 bulan pun, tetapi masih gagal untuk menghabiskannya. Nampaknya banyak yang perlu diperbetulkan dalam pengurusan masa saya.
"I didnt want to reach forty and have to say all i'd done was look out the window of a tour bus and get drunk" - Bruce Dickinson
Friday, February 27, 2015
Thursday, February 26, 2015
whiplash
Calon filem terbaik terakhir yang sempat saya tonton sebelum berlangsungnya anugerah Oscar...
Whiplash (2014)
Saya terbayangkan Metallica bila membaca tajuknya apatah lagi ianya sebuah filem berkenaan pemain drum. (hahaha...) Tetapi sebenarnya tajuk Whiplash itu adalah berinspirasikan dari sebuah lagu jazz dari komposer jazz terkenal Hank Levy. Minta maaf saya buta jazz, saya tak pernah tahu apa-apa pun pasal lagu klasik jazz.
Memang ceritanya ada bersangkut paut dengan jazz. Whiplash adalah kisah seorang pelajar kolej muzik (Andrew) berusia 19 tahun yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemuzik jazz (drummer) yang disegani seperti idola beliau Buddy Rich. Beliau berusaha keras supaya diterima masuk ke dalam band jazz kolej di bawah kelolaan conductor (Terence Fletcher) yang sangat tegas, garang dan mementingkan kesempurnaan dalam muzik. Salah tempo sikit pun memang kena baling.
Tak pasti ada ker conductor muzik yang begitu garang macam ni. Menontonnya pun buat kita rasa geram dan menyampah. Rasa macam nak tumbuk jer muka dia (hahaha...). Ini bermakna lakonan JK Simmons memang sangat berkesan. Memang tak salah lah bila dia menang anugerah Oscar dan Golden Globe. Memang cemerlang.
Pada saya Whiplash memang best. Jalan ceritanya sangat menarik. Tak mahu komen lebih takut spoiler. Tak pasti adakah Miles Teller yang melakonkan watak Andrew adalah memang seorang pemain drum yang sebenar. Memang nampak hidup gaya permainannya terutamanya ketika beliau membuat drum solo pada akhir filem.
Whiplash membuatkan timbul rasa hormat saya kepada pemuzik jazz.
Rekomended!

Tuesday, February 24, 2015
Johor Bahru di Legoland
Lagi cerita di Legoland....
Mungkin atas faktor usia, saya tidaklah berapa teruja dengan segala permainan yang ada. Tu bagi kat anak-anak la. Tetapi saya cukup suka dengan model-model bangunan/mercu tanda yang ada di Miniland.
Jom layan antara gambar-gambar yang sempat saya ambil.
Oleh kerana saya warga Johor Bahru, maka saya lebih tertarik dengan bangunan-bangunan di sekitar Johor Bahru yang telah di"lego"kan. Maklumlah rasa seronok pula apabila bangunan yang kita biasa tengok hari-hari di abadikan dalam skala yang kecil.
Tak kisahlah walaupun susunan bangunannya tidaklah mengikut keadaan yang sebenar...contohnya Bangunan Sultan Ibrahim bukanlah terletak di Jalan Meldrum.
Tambah menarik bila bas seperti gambar di atas boleh bergerak. Rasa macam kanak-kanak riang pula bila melihatnya...hahaha...
Siapa yang biasa dengan bandaraya Johor Bahru memang pasti kenal dengan bangunan-bangunan ni semua..
Dalam keadaan sebenar, Menara Tabung Haji bukanlah di jalan gereja...tetapi kalaulah mereka dapat buat ikut keadaan yang sebenar...tentu lebih mengujakan...
Bangunan Jotic...sepatutnya disebelahnya Dewan Jubli Intan..Tiada pula model dewan tu. Lejen dewan tu...dulu konsert rock zaman 80an semua buat kat situ...pernah tengok Search kat situ dulu...sekarang dah jadi tempat orang buat majlis kahwin sahaja...
Stesen keretapi Johor Bahru. Anak rilek jer...bapanya yang lebih teruja bila tengok keretapi tu boleh bergerak...hahaha...teringat kecik-kecik dulu main model keretapi yang pakai bateri tu kat rumah kawan. Sendiri nak beli memanglah tak mampu...
Festival rock di Dataran Bandaraya...kalaulah betul alangkah menariknya...tetapi secara realitinya...seingat saya tak pernah kot ada konsert kat sini...ker ada...saya yang lupa...mungkin juga konsert sure heboh tv3...agaknya la...kali terakhir saya kesini hari tu masa pelancaran jersi baru JDT...
Inilah saiz sebenar miniland...tetapi boleh tahan luas juga kawasannya...
Sekian...nanti rajin saya tampal Star Wars yang di"lego"kan pula...

Monday, February 23, 2015
Behind Closed Doors
Sebuah lagi abum dari underated band yang dah mencapai usia 20 tahun...
Thunder - Behind Closed Doors (1995)
Sebuah lagu band yang underated. Tak ramai yang tahu. Dalam dunia muzik ni memang banyak band yang bagus tetapi tidak dikenali ramai. Mungkin silap promosi, masa yang tak sesuai atau sememangnya tiada tuah.

Dalam kes Thunder pada saya lebih kepada masa. Mereka terlambat 10 tahun. Kalaulah mereka wujud sezaman dengan band-band hard rock sekitar akhir 70an ataupun awal 80an, mungkin kisah mereka akan berbeza. Saya pun mengetahui perihal mereka kerana promosi besar-besaran majalah Kerrang! terhadap mereka dan tertengok pula klip video "Love Walked In" di sebuah rancangan chart show di TV3 pada awal tahun 90an dulu.
Mereka mengingatkan saya kepada Whitesnake dengan gaya bluesy hard rock British yang ada "jiwa". Kekuatan mereka pada saya terletak kepada 2 individu rakan sekolej yang mengasaskan Thunder. Vokalis mereka yang mempunyai vokal setanding David Coverdale, Dany Bowes dan gitaris serta tulang belakang dalam penciptaan lagu-lagu mereka, Luke Morley.
Walaupun saya lebih menyukai album pertama mereka, Back Street Symphony (1990) tetapi Behind Closed Doors juga bagus. Ianya lebih berat berbanding 2 album awal mereka. Bagi pengemar bluesy hard rock gaya British boleh cuba lagi-lagu seperti "Moth to the flame", "River of pain", "Fortune train" dan "Castles in the sand".
Sayangnya mereka cuma dikenali di UK. Saya sememangnya pengemar kerja gitar Luke Morley. Kalau tak...tak kan lah beliau pernah dikaitkan sebagai pengganti Steve Vai dalam Whitesnake dan nama yang disebut-sebut sebelum Vivian Campbell dapat kerja dalam Def Leppard.

Labels:
1995,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's,
Thunder
Friday, February 20, 2015
Cinta Buatan Malaysia
Ulang tahun ke 30 album yang mengubah senario muzik negara untuk selamanya.
Search - Cinta Buatan Malaysia (1985)
Tahun 1985. Saya di Tingkatan 2. Zaman muzik new wave sedang melanda. Duran Duran adalah "the best band in the world" bagi remaja yang sedang meningkat naik seperti saya. Walaupun "2 minutes to Midnight" dari Iron Maiden telah sedikit sebanyak membuka mata dan minda saya kepada muzik rock dan heavy metal tetapi kemunculan "Cinta Buatan Malaysia" benar-benar mengubah segalanya.
Ianya menjadi seperti satu budaya. Walaupun sebenarnya pada saya, kemunculan album Battle of the Band lah yang benar-benar memberikan kesan kepada muzik rock dan heavy metal di Malaysia. Tetapi Cinta Buatan Malaysia lah yang membuka laluan untuk semuanya bermula.
Lagu lagu seperti Isi dan Kulit, Nombor dan Balada Pemuzik Jalanan menjadi anthem kepada budak-budak melayu yang baru nak kenal muzik rock. Pakaian dan rambut anggota Search mula menjadi ikutan. Seluar sekolah pun alter sendiri jadi fit ngam-ngam ikut kaki (zaman tu seluar ketat fit ni budak-budak panggil seluar Search). Kasut hi-cut warrior menjadi pilihan. Saputangan "key" adalah satu lagi benda yang wajib.
Pengalaman kena tahan dengan cikgu disiplin kes pakai seluar fit dan rambut panjang adalah perkara biasa bagi kehidupan seorang rocker...hahaha.... Sekarang kalau tengok gambar-gambar lama zaman sekolah tu memang terasa lawak. Rock sangat la kononnya. Tetapi bagi yang sezaman dengan saya tentu pernah merasa.
Memang banyak nostalgianya. Saya pernah 2 kali membelinya dalam bentuk kaset. Tahun 1985 beli kaset pirate RM2.50 dan beberapa tahun kemudiannya versi original. Kalau tak silap masa tu harga kaset melayu dalam sekitar RM7 atau RM9. Yang saya ingat kaset lagu Inggeris harganya RM11. Versi cd pula dah lupa bila ianya dibeli.
Alangkah menariknya jika sempena 30 tahun ini, Search mengadakan persembahan live dengan menjemput semula Man Kidal dan Yan berkongsi pentas dengan membawakan keseluruhan lagu-lagu dari album ini. Teringin betul nak tengok Man Kidal menyolo dalam lagu Isi dan Kulit/ Balada Pemuzik Jalanan dan Yan menyanyikan lagu Jiwa Jiwa Luka/Cinta Pertama secara live.
Terbaik!

![]() |
| versi cd siap ada 2 keping..ni lah masalahnya bila tak ingat apa yang dah ada apa yang belum...simpan jer la kot...takder niat pun nak jual... |
Memang banyak nostalgianya. Saya pernah 2 kali membelinya dalam bentuk kaset. Tahun 1985 beli kaset pirate RM2.50 dan beberapa tahun kemudiannya versi original. Kalau tak silap masa tu harga kaset melayu dalam sekitar RM7 atau RM9. Yang saya ingat kaset lagu Inggeris harganya RM11. Versi cd pula dah lupa bila ianya dibeli.
Alangkah menariknya jika sempena 30 tahun ini, Search mengadakan persembahan live dengan menjemput semula Man Kidal dan Yan berkongsi pentas dengan membawakan keseluruhan lagu-lagu dari album ini. Teringin betul nak tengok Man Kidal menyolo dalam lagu Isi dan Kulit/ Balada Pemuzik Jalanan dan Yan menyanyikan lagu Jiwa Jiwa Luka/Cinta Pertama secara live.
Terbaik!
Labels:
1985,
cd,
rock melayu,
search,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, February 18, 2015
Wordless Wednesday : Vinyl Passion 4
eksyen jer lebih ni siap slip mat bagai...lp pun 20 keping ajer...turntable pun cap ayam...hipster betul...heheh..
Tuesday, February 17, 2015
The Theory of Everything
Filem yang ke 4 ditonton untuk filem-filem yang tercalon untuk anugerah filem terbaik oscar 2015..
(rasanya gagal kot nak menghabiskan kesemua 8 filem yang tercalon sebelum hari anugerah oscar 22hb ni...orang rumah dah conquer tv layan back to back marathon drama Istikharah Cinta...hahaha...)
The Theory of Everything (2014)
Mungkin cerita-cerita yang berdasarkan kisah benar senang untuk tercalon di dalam kategori filem terbaik terutamanya jika ianya mebabitkan orang-orang yang ternama. Tambah pula jika jalan cerita menarik. The Theory of Everything adalah filem biography ahli fizik terkemuka Stephen Hawking.
Yang berbeza sedikit dari filem biography yang biasa, filem ini lebih menekankan aspek hubungan antara beliau dan bekas isterinya, Jane Wilde lebih dari cerita kehidupan beliau sendiri. Hal ini rasanya tak boleh nak dielakkan kerana filem ini dibuat adalah berdasarkan buku memoir bekas isteri beliau yang bertajuk Travelling to Infinity: My Life with Stephen Hawking. Maka sudah tentu cerita hubungan mereka suami isteri yang lebih ditekankan.
Walaupun begitu ianya menarik kerana kita dibawa untuk memahami perasaan si isteri yang menjaga si suami yang mempunyai penyakit motor neuron. Satu penyakit yang menyebabkan pengidapnya menjadi lumpuh dari leher ke bawah. (tetapi masih juga kuat untuk dapat 3 orang anak...hahaha...)
Tambah menarik adalah lakonan kedua-dua pelakon utamanya Eddie Redmayne and Felicity Jones memang cukup berkesan. Bukan senang hendak melakonkan watak oarang sakit seperti Stephen Hawking. Tidak hairanlah jika mereka berdua tercalon untuk anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik.
Rekomended untuk ditonton walaupun anda tidak kenal siapa dia Stephen Hawking..Terbaik!

Subscribe to:
Posts (Atom)