Yang dah pun 30 tahun pada 13hb Jun yang lalu
Ratt - Invasion Of Your Privacy (1985)
Saya dikenalkan kepada album ini oleh abang. Ini antara album kegemaran beliau. Siap print besar-besar tulisan "Invasion Of Your Privacy" kat pintu bilik rumah sewa dia semasa zaman bujang dahulu.
Tidak pernah memiliki kasetnya. (hanya pinjam dari abang) Cd pula dibeli ketika zaman sudah pandai ber"e-bay". Tetapi mana-mana album yang mempunyai "nostalgic value" kalau terjumpa piring hitamnya dengan harga yang mampu milik, nak tak nak...puasa tak puasa...pun tetap "ter"beli jugak.
Album ini pun asalnya dengar agak lambat. Mungkin sekitar tahun 1987. Tetapi lagu "You're in Love" dan "Closer to My Heart" lebih awal saya dengar kerana kedua-dua lagu tersebut ada dalam kaset kompilasi pirate cap Apache "Kerrang Kompilation" kepunyaan saya.
Ratt ni selain Iron Maiden, Scorpions dan Judas Priest adalah antara band yang saya lebih suka mndengar lagu-lagunya dengan mengunakan headphone. Seronok mendengar pattern rhythm gitar yang berbeza di kiri dan kanan hasil kerja gitar Warren DeMartini dan Robin Crosby.
Suatu yang unik, Ratt di era glam/hair metal mereka memang tiada lagu balada slow rock meleweh. Mungkin yang paling hampir pun lagu "Closer to My Heart". Lagu perlahan mereka lebih kepada mid tempo. Tetapi lagu-lagu lainnya memang tersangatlah catchy. Antara yang jadi pilihan "Lay It Down" dan "What You Give Is What You Get".
Best!
Monday, June 29, 2015
Thursday, June 25, 2015
Masjid Jamek Bandar Tangkak
Bulan puasa ni idea pun kering bila nak menulis....tambah pulak dengan letih dan mengantuk....makanya...sempena Ramadhan...layan jer la gambar masjid...
Ni masa menghantar anak sulong ke Tangkak tempohari. Macam biasa..kalau ke luar daerah memang suka menyinggah ke masjid terutamanya di tempat-tempat yang tak pernah sampai. Selain menunaikan tanggungjawap, dapat juga melihat senibina dan budaya sesuatu tempat.
Sebenarnya ini kali pertama benar-benar mengenali bandar Tangkak. Sebelumnya dulu-dulu hanya setakat lalu terutamanya bila dari Muar hendak ke Segamat ataupun sebaliknya. Takpun bila hendak ke Sagil (Gunung Ledang).
Pernah juga menyinggah untuk membeli kain. Bandar Tangkak dulunya memang terkenal sebagai 'Syurga Kain'. Sekarang jer dah tak "happening". Lengang dah. Dulu-dulu berderet bas-bas persiaran menyinggah ke sini untuk beli kain. Kedai kainnya pun dah tak sebanyak dulu.
Masjid ini kedudukannya di tengah bandar Tangkak. Tapi kalau dari jalan utama memang tak nampak. Kena masuk ke dalam di kawasan belakang Dataran Ledang Tangkak. Kali pertama pun masuk ke kawasan ini
Masuk kawasan masjid dah nak nampak senibina unik ni. Terletak di hadapan masjid. Tak pasti pula bangunan apa. Bila datang dekat terdengar pula suara orang mengaji. Rupa-rupanya ianya adalah Pusat Pengajian Al-Quran.
Hasil bertanya dengan En Google, rupa-rupanya Pusat Pengajian Al-Quran ini asalnya adalah masjid lama Tangkak. Unik betul senibinanya. Terdapat 5 bumbung besar( awning) dan 6 bumbung kecil di kubahnya berserta satu menara azan.
Memang unik, mungkin sebab itu ianya tidak dirobohkan bila masjid baru di bina di belakangnya.

Wednesday, June 24, 2015
Welcome to My Nightmare
Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun ke 40.
Alice Cooper: Welcome to My Nightmare (1975)
"Welcome to my nightmare. I think you're gonna like it. I think you're gonna feel you belong."
Mula mendengar muzik Alice Cooper hanya pada penghujung 80an. Album Trash (1989). Sebelum tu hanya pernah dengar nama. Tetapi ketika saya kanak-kanak agak keliru juga dengan imej conteng muka antara beliau dan KISS. Pernah satu ketika dahulu saya ingatkan beliau adalah anggota KISS.
Beliau bolehlah dikatakan sebagai antara pengasas genre shock rock/horror rock dengan persembahan live yang penuh theateritical. Tetapi disebabkan hanya mendengar muzik beliau di zaman 80an, saya agak kurang "feel" dimanakah yang dikatakan shock rock/horror rock tersebut. Maklumlah muzik beliau dizaman 80an lebih terarah kepada muzik glam/hair metal. Beliau adalah seorang sentiasa berubah mengikut zaman.
Tetapi selepas mendengar Welcome to My Nightmare, barulah saya faham. Mendengarnya dengan lampu terpadam di waktu malam adalah suatu pengalaman yang menarik. Terutamanya lagu "Steven". Ianya mengingatkan saya kepada zaman budak-budak bila kali pertama mendengar lagu "Melissa" dari Mercyful Fate. Juga dengan lampu terpadam, Sungguh seram!
Tentu menarik jika dapat menonton persembahan album ini secara live. Dikhabarkan yang album ini sememangnya ditulis untuk persembahan pentas. Memang banyak unsur-unsur drama dan theateriticalnya.
Seperti yang saya katakan, Alice Cooper gemar mengikut zaman. Album ni cukup kuat pengaruh psychedelic rock 70an, Antara lagu yang menarik perhatian saya adalah "The Black Widow" dan lagu balada "Only Women Bleed".
Untuk pengetahuna umum, sebenarnya ini adalah album solo pertama beliau. Sedikit "konpius" kerana sebelum dari ini Alice Cooper adalah nama sebuah band. Dah ada 7 buah album pun sepanjang tahun 1969 hingga 1973. Bila berpecah, beliau, si vokalis (Vincent Damon Furnier) menggunakan nama Alice Cooper sebagai nama beliau sendiri.
Untuk yang berminat, gambar di atas adalah petikan dari buku "Fade to Black: Hard Rock Cover Art of the Vinyl Age" yang ditulis oleh Martin Popoff dan Ioannis. Harap-harap boleh dibaca.

Labels:
1975,
Alice Cooper,
cd,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's
Monday, June 22, 2015
Belantara - Infiniti
Ada masanya kita bernasib baik...
Hari tu semasa "mengali piring hitam" di Skudai Parade, ternampak LP Rush - Signals. Kondisi cover agak teruk. Tetapi dengan harga cuma RM20 (ori bukannya pirate) agak berbaloi juga. Tetapi yang paling tak disangka-sangka bila melihat isi di dalamnya.
Tak sangka pula isinya bukan piring hitam Rush. Tetapi album Infiniti dari kumpulan Belantara. Tak cakap banyak terus beli. Walaupun agak lama juga uncle kedai tu memikirkan apakah patut beliau menjualnya dengan harga RM20. Tetapi setelah berborak perihal muzik besama beliau akhirnya beliau bersetuju. "You're very lucky" katanya. Mana ada orang jual lp band rock melayu walaupun dah takder cover dengan harga RM20.
Kondisinya pun ok. Tiada masalah. Memang happy la. Walaupun ini bukannya album kegemaran saya dari mereka. Kalau dapat 1st album ataupun Srikandi Di Sisi tak tau lah lagi macam mana dia punya happy.
Tak sia-sia la berjam-jam membelek lp kat kedai tu. Nampaknya lepas ni setiap Lp tu tak kira apa tajuknya...kena la kot check dulu apa isinya...kot-kot ada rezeki lagi...heheh...
Next project....tengah cuba untuk membuat sleeve covernya secara DIY.

Belantara,
LP,
Piece Of Mind,
rock melayu,
rush
Friday, June 19, 2015
These Days
Lupakan sekejap pasal album baru Iron Maiden yang akan terbit September ini, tetapi yang ini pasal band yang akan datang ke Malaysia pada September ini.
Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini (19hb June)
Bon Jovi - These Days (1995)
Sesuai dengan tajuknya, Bon Jovi seolah-olah menyedarkan peminat mereka yang seperti saya bahawa mereka tidak akan lagi menoleh kebelakang.
Sejujurnya, saya agak susah untuk menerima Bon Jovi yang baru. Saya masih bernostalgia dengan album-album zaman 80an mereka. Disebabkan itu, ini adalah album terakhir dari mereka yang benar-benar saya "follow". Saya berhenti mendengar Bon Jovi selepas dari ini.
Sebenarnya album ini bukanlah tak bagus. Jon dan Richie masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang bagus. Masalahnya pada ketika itu (1995), saya masih berdarah muda. Masih dahagakan lagu-lagu mereka yang berat dan rock n roll. Tetapi mereka telah menjadi "mellow". Banyak lagu-lagu yang berentak perlahan. Mereka telah menjadi AOR dengan pengaruh blues.
Tetapi sejak-sejak bertambah muda (heheh..), kembali semula mendengar album ini, saya rasakan agak menarik juga. Seperti saya sekarang, muzik mereka juga lebih matang. Sususan muzik yang lebih bagus. Lebih asyik terutamanya bila mendengar lagu-lagu balada mereka seperti "This Ain't A Love Song", "Something For The Pain", "My Guitar Lies Bleeding In My Arms", "Lie to Me", "It's Hard Letting You Go dan beberapa buah lagu lain lagi.
Suka tak suka, saya tetap mempunyai "soft spot" kepada mereka. Bon Jovi adalah antara band rock terawal yang saya dengar bila saya mula meminati muzik rock dan metal. Tambah menarik, anak perempuan sulong saya juga sukakan lagu-lagu mereka. Satu-satunya band yang kami boleh dengar bersama-sama. Yang lain tu dia dengar K-Pop...saya layan Iron Maiden...heheh...

1995,
Bon Jovi,
cd,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Wednesday, June 17, 2015
Lazat Steakhouse
Cerita makan-makan sebelum puasa...esok letak gambar-gambar ni jadi makruh dah...
Kali ini mencuba makanan orang putih pula.
Lokasi : Lazat Steakhouse (dulunya dikenali sebagai Wadihana Islamic Steakhouse) yang terletak di Bandar Baru Uda, Johor Bahru (kawasan rumah kedai belakang Jakel)
Ni Hawaiian Pizza...boleh tahan sedap...cuma tepungnya agak keras kerana di masak garing dan nipis
Ni atas rekemen dari pelayan kedai, Pasta Seafood Marinara..siapa suka makan binatang laut suka la kot bendalah ni...
Grilled Chicken Chop...Sedap!
Macaroni Cheese...nampak macam sikit...tapi pinggang tu cembung ke dalam...muak juga kalau banyak sangat cheese...tapi sedap.
Yang ni pula Macaroni Cheese versi untuk kanak-kanak...
Rekomended la kalau siapa-siapa yang nak try berbuka dengan tekak orang putih (macam penulis... :P )
SELAMAT MENYAMBUT PUASA!

Darul Takzim,
Piece Of Mind,
Sudah Sampai Sini
Tuesday, June 16, 2015
My "Hangar 18"
Akhirnya...berjaya juga memiliki bilik khas untuk mendengar muzik. Tidak lah lagi menggangu isteri...tetapi tetap juga akan menganggu jiran...hahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)