Monday, August 31, 2015

Sungai Segget

Sungai Segget memang lejen. Malu lah mengaku budak Johor kalau tak tau kat mana Sungai Segget. Tapi rasanya bagi budak-budak baru terutamanya yang lahir pada penghujung 90an ke atas memang tak pernah tau pun yang Bandaraya Johor Bahru tu ada sungai ditengah-tengahnya. Anak-anak saya contohnya. Mereka tak tahu pun yang sepanjang Jalan Wong Ah Fook tu ada sungai disebelahnya.

Sungai Segget 1955
Sungai Segget awal tahun 2000
Sungai ni memang terkenal dengan kekotorannya. Baunya pun busuk. Tikus besar jangan cerita. Sememangnya sangat tercemar. Atas sebab itulah kalau tak silap saya dalam tahun 2003 atau 2004 ianya ditutup di bahagian atasnya dan digunakan sebagai laluan penjalan kaki.

Sungai Segget 2005 (Legaran Segget)
Selepas projek penutupan sungai ini selesai (2005), ianya dinamakan sebagai Legaran Segget. Siapa yang tdak tahu memang tak terpikir pun dibawahnya ada sungai. Awalnya memang menarik. Cantik. Bersih. Siap ada air pancut, gerai, kedai makan dan macam-macam aktivi diadakan. Sayangnya seperti kebiasaannya tempat-tempat awam di Malaysia. Penyelenggaraannya semakin hari semakin teruk.

Sungai Segget skarang - Ogos 2015

Kini selepas 10 tahun, Sungai Segget muncul kembali. Di bawah Program Transformasi Johor Bahru, projek pemulihan Sungai Segget sedang giat dijalankan. Khabarnya projek yang bernilai lebih dari RM200 juta ini akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2016.


Khabarnya proses pemulihan ini melibatkan penambahbaikan kualiti air dan mengurangkan pencemaran yang disalirkan ke Selat Tebrau. Proses membaik pulih itu juga membabitkan kawasan tebing supaya menjadi taman rekreasi hijau untuk kegunaan orang ramai dan tarikan pelancong.

Khabar dari mulut ke mulut pula kononnya nanti ada  laluan bot untuk pelancong ala-ala macam kat Melaka tu. Yang ni betul ke tak kurang pasti. Tetapi yang pastinya jangan lah projek ni esok jadi projek gajah putih. Sungainya kotor dan harumannya sama macam dulu.


Tetapi yang pastinya pada zaman kegemilangan Sungai Segget dulu mesti ramai yang tahu Medan Selera Ungku Puan. Kawasan gerai makanan (siangnya tempat parking) di belakang kuil bersebelahan Plaza Seni yang juga dikenali sebagai Hard Rock.

Mat rock JB dan budak-budak underground metal 90an mesti tahu tempat ni. Kawasannya bukanlah bersih dan berbau tetapi tetap menjadi tumpuan untuk melepak dan mengisi perut bagi warga Johor Bahru. Macam-macam makanan ada. Laksa johor, mee rebus, mee bandung, otak2...macam-macam lah...Sekarang semuanya tinggal kenangan.


SELAMAT HARI MERDEKA!


*kredit kepada tuan punya 3 gambar yang teratas. Tak pasti dan lupa dari blog mana gambar itu di ambil




Friday, August 28, 2015

Death on the Road

Bersempena lagi seminggu nak keluar The Book of Souls....

Yang akan menyambut ulangtahun ke 10 esok, 29hb Ogos...


Iron Maiden - Death on the Road (2005)

 Scream for me Dortmund!!!!......................

Dirakamkan di Westalenhalle Arena, Dortmund Jerman pada 24hb November 2003, semasa Dance of Death World Tour (2003–2004).


Tak kisah lah entah berapa banyak pun Iron Maiden nak keluar album live...entah berapa versi live pun "Run To The Hills", "The Number of the Beast"atau "Hallowed Be Thy Name?" yang mereka nak keluarkan. Peminat hardcore mereka tetap akan beli juga. Dan bilangan yang hardcore ni pun bukanlah sikit-sikit umat. Sememangnya Iron Maiden adalah mesin pencetak duit...hahaha...


Tak perlu nak ulas. Iron Maiden bab persembahan live memang selalunya tip-top. Yang menariknya Death on the Road ni kita dapat dengar lagu-lagu seperti "Wildest Dreams", "Dance of Death","Rainmaker", "Paschendale", "No More Lies" dan "Journeyman" dirakamkan secara live buat kali yang pertamanya secara official.


Kalau kali pertama menonton mereka secara live tentu tak suka sampai 6 buah lagu baru (pada waktu itu) dimainkan. Macam kes pengalaman saya semasa di Singapura dulu. Kalau boleh nak suruh mereka main lagu-lagu lama kesemuanya. Tapi biasalah world tour macam ni adalah untuk promosi album baru.


Tapi tak kisah la itu semua. Yang pentingnya tak sabar nak tunggu The Book of Souls...dan lagi tak sabarnya... agak-agak dapat tak dengar...."Scream for me Kuala Lumpur!!!............"




Thursday, August 27, 2015

Gila Format 4




White Lion - Big Game (1989)

Lagi album pujaan hati ketika zaman remaja. Tak kisahlah kalau ada yang kata cheesy ker apa...tetapi saya memang cukup kagum dengan petikan gitar Vito Bratta. Sayang beliau bersara awal.

Album-album yang bernostalgia sebegini sememangnya layak untuk saya bergila format.


Wednesday, August 26, 2015

Man Bai s/t

Kaset yang dah 20 tahun...


Man Bai - Man Bai (1995)

Hahaha...saya tergelak bila terjumpa kaset ini di dalam gerobok. Bukanlah nak kata Man Bai atau album ini tidak bagus. Tetapi sebagai seorang metalhead amatlah janggal bila anda membeli kaset pop sebegini. Tetapi sebenarnya ada cerita disebaliknya.

Guilty pleasure?...hmmm...mungkin kurang tepat. Lebih kepada untuk tujuan mengurat. Hahaha....

Saya bukanlah peminat Gersang. Tetapi saya akui, album pertama mereka memang bagus. "Perbezaan", "Jiwa Rock n' Roll", "Kaca Dari Permata" dan beberapa buah lagu lagi memang heavy. Memang rock. Sayangnya mereka menjadi pop dengan imej mat smart untuk album-album seterusnya. Kadang-kadang jeles juga bila awek-awek zaman tu semua minat Gersang. Isteri saya pun dulu peminat Man Bai. Kiut katanya. Sekarang kurang. Dah botak. (Mus Speedrider..tolong jangan terasa) hahahaha....

Cerita pasal awek. Sebenarnya inilah puncanya saya terjebak membeli kaset ini. Zaman buat mix tape untuk mengurat. Dulunya zaman muda belia adalah berkenan kat seorang kawan perempuan satu pejabat. Saya tau dia peminat Man Bai. Dia suka lagu "Kau Ilhamku". Makanya kaset ini dibeli semata-mata kerana inginkan lagu tersebut dalam mix tape yang saya buat untuk beliau. Lagu-lagu lain di dalamnya saya dah lupa. Tetapi yang saya ingat lagu tersebut digandingkan "back to back" dengan lagu "More Than Words - Extreme". Bukan ker lagu "Kau Ilhamku" tu kira macam versi melayu untuk "More Than Words"?


Lagu-lagu lain dari kaset ini saya kurang ingat. Pemain kaset saya sudah rosak. Tetapi lagu "Sebenarnya"  pun kalau tak silap saya sedap juga. Tabiknya album ini diterbitkan sendiri oleh Man Bai. Beliau juga mencipta beberapa buah lagu. Dia dibantu oleh Shahrul dan Pacai dari Ekamatra yang juga bertindak sebagai penolong penerbit disamping bermain gitar dan bass. Hillary Ang juga ada bermain untuk album ini. Bukan calang-calang pemuzik yang terlibat.

Begitulah lebih kurang ceritanya. Tentang awek tersebut pula. Hmmm...Taktik saya berjaya. Bercouple lah juga. Tapi tak lama. Dia bertunang dengan orang lain atas pilihan keluarga. Nak buat macamana. Tiada jodoh. Heheh...





Monday, August 24, 2015

Physical Graffiti

Klasik rock n roll yang dah 40 tahun usoanya pada februari yang lalu...


Led Zeppelin - Physical Graffiti (1975)

Saya bukan peminat tegar mereka. Sekadar mendengar secara kasual. Sedari dulu lagi saya tidak didedahkan dengan muzik mereka. Mula mendengar mereka hanya pada awal 90an melalui seorang rakan ketika menuntut di ITM. Itu pun tidak berapa nak masuk.

Physical Graffiti adalah album ke 2 Led Zeppelin saya selepas IV. Hanya baru-baru ini terasa hendak cuba mendegar muzik mereka secara lebih mendalam. Sama kes seperti ACDC. Sayangnya muzik mereka tak semudah ACDC.


ACDC muziknya straight heavy rock n roll/ blues yang "BOOM" terus depan muka. Manakala Led Zeppelin walaupun muziknya juga rock n roll dan blues, tetapi ianya pelbagai. Agak progressif. Ada ketikanya agak santai dan ada yang agak mellow dan meleweh. Saya memang agak sukar untuk menerima muzik yang terlampau meleweh. Ini menyebabkan agak susah juga pada mulanya untuk menghadamkan muzik mereka.

Pada selera saya, Physical Graffiti bukannya mudah. Tak semudah menyukai gambar covernya yang menarik (antara penyebab utama cd ini dibeli, kalau dapat versi lp tentu lebih menarik, lebih besar lebih jelas). Kebanyakannya lagu-lagunya jenis meleweh. Selain "Kashmir" (pada pandangan saya antara lagu terbaik mereka selain Stairway to Heaven), saya tidak pernah mendengar lagu lainnya.

Tetapi selepas berulang kali dengar, Ianya benar-benar meresap dalam jiwa. Contohnya, lagu "In the Light". Asalnya agak susah nak masuk. Agak meleweh. Tetapi selepas beberapa pendengarn, melodinya melekat kat kepala. Solo dan melodi gitar dalam lagu ini memang menusuk kalbu. Ini adalah antara lagu kegemaran saya dari Physical Graffiti.


Kalau tidak biasa dengan muzik sebegini, agak letih juga utuk menghabiskannya. Maklumlah panjang. Ada 2 disc. Saya lebih menyukai disc yang pertama terutamanya kerana lagu "Kashmir" dan sebuah lagu rancak yang sangat best, "Trampled Under Foot".

Amat berbaloi untuk dimiliki terutamanya kerana hasil kerja gitar Jimmy Page yang sangat-sangat ohsem.

Terbaik!






Friday, August 21, 2015

Di Pintu Sepi

Kali pertama di cetak dalam bentuk cd.


Search - Di Pintu Sepi (2015) - terbitan asal 1988

Sold out dah untuk 500 cetakan yang pertama. Khabarnya tak sampai sehari dah habis. Memang hebat penangan Search. Kalau tengok "like" kat FB tentang rilisan semula album ini pun dah lebih dari 500 orang. Memang konpem tak cukup. Tapi jangan bimbang, bagi sesiapa yang belum dapat, khabarnya pihak Universal Music akan buat cetakan kedua pada minggu hadapan.

Baguslah benda ni dah mula jadi trend. Mula-mula NSR, sekarang Universal Music. Harap-harap lepas ni syarikat rakaman lain pun akan buat benda yang sama. Sayang banyak khazanah muzik negara yang tenggelam macam tu sahaja. Khabaranya cd ini di ambil dari piring hitam dengan menggunakan "Digital Quality 16-Bit Remastered". Soundnya kira boleh tahan lah.


Bagi yang tak tahu, album ini dulu pernah mencetuskan kontroversi. Kena tarik balik pengedaran dan penjualannya setelah seminggu berada dipasaran atas perintah mahkamah. Masa tu kes saman menyaman antara Search dan Syarikat rakaman Polygram. Khabarnya ada beberapa lagu yang sebenarnya hendak digunakan untuk album Fenomena telah digunakan dalam album ini. Tu yang jadi kes mahkamah tu. Sesiapa yang hidup zaman tu tahu lah kes antara Search dan Polygram ni.

Sejujurnya dulu tak sempat pun nak beli album ni. Sekadar pinjam kawan. Cuma ada kaset yang seterusnya iaitu "Berpaling", tu pun dah hilang dah. Album ini mengandungi 4 lagu baru ( Di Pintu Sepi, Setelah Hujan, Kepala Angin dan Gadis Ayu). Yang lainnya adalah lagu-lagu dari album sebelumnya.


Antara memorinya ialah lagu Kepala Angin yang oink oink tu. Pasal lagu ni dah dengar dulu dalam filem "Kepala Angin" lakonan Azmil Mustapha dan Jacqueline Mitchell. Ada siapa-siapa ingat filem ini? Lama dah tak main kat tv.

Satu lagi lagu yang jadi tajuk album. Beriya-riya kononnya nak buat efek buka pintu guna gitar setiap kali pergi jamming dan berbalah adakah bunyi tu bunyi pintu sebenar atau guna gitar...sampai sekarang pun tak dapat jawapan.


*Khabarnya Universal Music juga akan riliskan cd "Berpaling" minggu depan. Best!...tapi lagi satu berita yang best..."Mentari Merah Di Ufuk Timur" akan dipiringhitamkan...fuh!!!...boleh pokai kalau macam ni....






Thursday, August 20, 2015

Hidden Treasures (EP)

18hb Julai yang lalu...genaplah 20 tahun usia EP ini...


Megadeth - Hidden Treasures (EP) (1995)

Sebab utama untuk beli cd ini adalah kerana lagu "Angry Again". Kali pertama mendengarnya dari kaset soundtrack "Last Action Hero" memang dah terus suka. Ini adalah antara lagu yang menjadi all time favourite saya dari Megadeth.

Lagu ini memang tidak terdapat di dalam mana-mana album studio Megadeth. Begitu juga lagu-lagu lainnya. Kebanyakannya adalah dari soundtrack filem.

1. "No More Mr. Nice Guy" -  Shocker (1989)
2. "Breakpoint" -  Super Mario Bros. (1993)
3. "Go to Hell"  - Bill & Ted's Bogus Journey (1991)
4. "Angry Again" - Last Action Hero (1993)
5. "99 Ways to Die" - The Beavis and Butt-head Experience (1993)
6. "Paranoid" - Nativity in Black: A Tribute to Black Sabbath (1994)
7. "Diadems" - Demon Knight (1995)
8. "Problems" - Previously unreleased

Selain "Angry Again", lagu yang menjadi pilihan saya dari EP ini adalah "99 Ways to Die" dan lagu cover Black Sabbath, "Paranoid".

Patut ada jika anda adalah seorang pengemar Megadeth. Hidup Abang Mus!!