Thursday, December 31, 2015

XPDC - Rockin' Live at D'va Sri Alam

Entri terakhir untuk 2015...Asalnya macam malas nak buat cerita pasal ni...sebab utamanya handphone rosak...habis semua gambar dalam tu termasuklah gambar XPDC live ni hilang...tetapi memandangkan saya bukannya selalu berkonsert. Ini cuma konsert saya yang ke 2 untuk 2015 selain Search Panggung Khayalan...dan saya rasa rugi pula kalau tak menulis pasalnya...tambah-tambah pula ianya memang cukup happening...malah saya rasa ianya lebih happening dari Search....maka...


Kat tiket tulis 11 malam. Maka kita orang (Shafid, Portdy + isteri) masuk sebelum 11 malam. Rasa tertipu juga bila harga tiket tulis RM20. Tapi bila nak masuk kita dipaksa pula untuk membeli minuman sebagai syarat untuk masuk. Ni dah kira kos tersembunyi. Saya tak pasti berapa harga minuman (segelas coke) yang dikenakan. Mungkin RM20++. Shafid yang tolong bayarkan. (Mintak halal la bro kalau aku terkurang bayar...)

Untung juga Portdy ada tempah meja. Kalau tak...tahu kat mana nak melepak dalam tu. Sementara tunggu XPDC, kita dihiburkan oleh band club. Yang datang majoriti mat rock...maka dorang pun main lagu rock...rock orang putih la...ada la dorang main lagu Search khas untuk Portdy yang pakai baju Search..Bagus juga band ni...muzik tight...suara penyanyinya (2 perempuan & 1 lelaki) pun power.

(Shafid, aku ada ambik beberapa keping gambar Linda D'va...sayangnya handphone kong...hahaha...tak dapat la nak share kat sini...huhu...)

Ingatkan lepas habis dorang perform, XPDC masuk...rupanya tak jugak...jenuh juga menunggu sambil dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu disco yang bukan kakak-kakak dan yang bawak anak jer pening dengar...aku pun pening sama...

gambar kredit pada Portdy

Akhirnya...pukul 12 lebih baru XPDC keluar...lega....terutamanya bila nampak kelibat Mael...tapi bila mula lagu pertama...terus rasa hilang segala penat menunggu....memang terbaik la...

Maksud terbaik tu bukanlah nak kata dorang perfert...suara Mael sampai, Jeff tak terkucil...tapi bak kata Mael pada malam tu, XPDC bukan band yang protokol, semua nak kena perfect...XPDC adalah band yang untuk semua peminat boleh enjoy...dan saya rasa semua yang berada dalam kelab D'va malam tu memang enjoy...singa a long semua...meriah giler...

lagi sekali kredit gambar untuk Portdy...sayang betul la gambar2 saya semua hilang...

Malam tu Mael boleh tahan banyak cakap...dia cakap XPDC kini dah ada 3 orang Johor...sambil kenalkan Jeff dengan nama kat kampung sebagai Jeffridin. Sempat juga dia cerita sejarah dulu-dulu XPDC main expo kat Masai (Sri Alam ni kawasan Masai) sambil tujukan lagu "Raja Kertas" buat otai-otai yang dah malu-malu nak headbanging depan anak-anak...

Malam tu semua anggota pun muka happy...Zuar dan Amy memang senyum memanjang...rasanyanya line-up kali ni semua pun happy. Tak ada Izo pun tak terasa sangat. Jeff sebagai penganti Izo malam tu memang sempoi. Dia memang tak sama...ada juga terkucil tersalah masuk...tapi tak kisah la...dengan gitar bercabang ala Dimebag Darrell dia tu memang happening la...solo pun dasyat juga..

ni kredit untuk Shafid...iyer-iyer jer mamat pakai baju Def Leppard tu ambik gambar dan rakam video...last-last semua pun hancus...heheh....

Jangan tanya setlist...kejadian dah lama berlaku...saya pun dah ingat-ingat lupa segala detailnya...show habis pukul berapa pun dah tak ingat...Nanti minta Portdy la bagi setlist...dia ada rakam video the whole show...

Kesimpulannya memang enjoy la...rasa best pula tengok live kat kelab kecik-kecik macam ni. Semua pun depan mata...walaupun telinga bingit sikit la bunyi kuat nak mampus tambah pula bau rokok dan alkohol melekat kat baju....

Apa-apa pun memang puas hati la...cuma rasa macam tak puas pulak...semoga berjumpa lagi di show lainnya di tahun depan (macam la selalu tengok konsert...hahaha...)

untuk laporan dari Shafid sila klik >SINI<



Wednesday, December 30, 2015

Wordless Wednesday





Thank You For The Music

Ian Fraser "Lemmy" Kilmister 
(24 December 1945 – 28 December 2015)



Friday, December 25, 2015

The X Factor

Yang menyambut ulangtahun ke 20...


Iron Maiden - The X Factor (1995)

Ada sebab kenapa saya teruja dengan X Factor. Saya akui saya agak lost dengan album sebelumnya Fear of the Dark (1992). Saya tak beli dan tidak mengambil tahu ketika ianya diterbitkan. Tetapi tidak dengan X Factor. Keluar-keluar terus beli.

Mungkin saya berbeza dengan peminat yang lain. Ramai yang kecewa bila Bruce Dickison tiada dan penggantinya bukanlah Michael Kiske yang mereka harapkan. Saya pula agak berbelah bagi antara suka dan tidak. Suka kerana saya sukakan Wolfsbane. Tidak sukanya kerana dah boleh agak dah yang Iron Maiden akan berubah. Suara Blaze Bayley memang lain.


Ternyata saya betul. Iron Maiden telah berubah. Lagunya masih Iron Maiden tetapi lengoknya dah macam Wolfsbane. Tambah-tambah pula ini zaman suram Steve Harris. Lagu-lagunya pun ikut suram dan agak "mellow". Bagi yang biasa dengar Wolfsbane, pasti dapat menangkap yang lagu "Man On The Edge" tu memang feelnya macam Wolfsbane. Tambah-tambah pula ianya dicipta oleh Blaze sendiri. Suatu yang saya tabik. Steve Harris begitu berani memberikan kepercayaan kepada lagu-lagu Blaze.


Album ni bagus sebenarnya. Jenis grower. Makin lama dengar makin menangkap. Yang jadi masalahnya cuma ramai fanboy yang tidak boleh menerima Iron Maiden tanpa Bruce Dickinson. Ianya lebih berkaitan dengan emosi bukannya fakta lagu itu sendiri. Tetapi satu yang perlu saya akui yang pada saya sedikit kekurangan adalah sound gitarnya yang pada saya agak nipis daripada biasa.

Tetapi solo-solo melodic dari Dave Murray dan Janick Gers tetap menangkap. Identiti Maiden yang tidak boleh tinggal. Lagu-lagu seperti "Sign Of The Cross", "Lord Of The Flies" dan "Man On The Edge" membuktikan kehebatan Blaze. Pada saya tiada apa yang perlu beliau buktikan lagi. Sayangnya jodoh beliau tidak panjang.

Best!






Thursday, December 24, 2015

Throwback Thursday

30 tahun yang lalu.....


Paul Young - The Secret of Association (1985) dan Howard Jones - Dream into Action (1985)

Budak-budak dulu zaman 80an, sebelum saya terjebak ke dalam "the dark side of the Force" (haha..deman Star Wars). Ini adalah antara album yang saya suka.

 Lagu-lagu seperti "Everytime You Go Away", "I'm Gonna Tear Your Playhouse Down", "Bite the Hand That Feeds" dari Paul Young ataupun "No One Is to Blame", "Things Can Only Get Better" dan "Like to Get to Know You Well" dari Howard Jones adalah antara lagu-lagu yang menjadi soundtrack kehidupan awal remaja saya.

Nak kata "guilty pleasure" tak juga kot. Saya bukanlah hidup 24 jam dengar lagu rock dan metal. Tak malu pun nak mengaku yang saya sukakan lagu-lagu pop 80an yang macam ni. Yang bestnya lagu-lagu begini harga piring hitamnya masih dalam lingkungan mampu milik.

Seronok teringat-ingat zaman ketika budak sekolah yang hidup tanpa masalah….rakam lagu-lagu begini dari rancangan permintaan radio ke dalam kaset kosong yang biasanya suara DJ pasti mengacau ketika awal ataupun akhir lagu…pengalaman yang generasi sekarang tak akan merasa......

the memories remains….




Tuesday, December 22, 2015

Wings 30 tahun

Sempena konsert Wings 30 tahun yang akan berlangsung di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru pada 25hb Disember nanti...


Sayangnya berkemungkinan besar saya tak akan pergi. Tarikh tersebut kebetulan sama pula dengan tarikh percutian saya bersama keluarga yang telah dirancang awal. Memang tak boleh nak ubah dah. Tunggu laporan dari Portdy, Shafid atau mungkin Deaf ajer lah kalau dia orang turun.


Berbalik kepada cd 30 tahun, rasanya tiada apa yang menarik pun jika anda telah mempunyai kesemua cd album Wings. Mungkin bonusnya lagu "Midnight Blues" kali pertama (betulkan kalau saya tersilap) di keluarkan secara track yang bersendirian. Tidak sambung menyambung dalam trilogi  3 lagu macam cd album Teori Domino. Senang lah sikit nak dengar.


Dari segi seleksi lagu, mungkin susah kot kalau nak puashati hati semua orang...maklumlah banyak lagu best...30 tahun punya seleksi lagu...tapi ok la ni...2 disc...RM25...24 lagu...lagu rancak ada...lagu slow ada...zaman Mus ada...zaman Mel ada...kira ok la...


Bagi yang baru nak kenal Wings, mungkin cd ini sedikit sebanyak dapat membantu. Tambah pula gambar-gambar di inlaynya boleh tahan cantik.

Kepada yang pergi konsert nanti...selamat berkonsert...yang tak pergi....baca review ajer la....





Monday, December 21, 2015

A Night at the Opera

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 40...


Queen - A Night at the Opera (1975)

Dulunya mencari album ini kerana lagu "Bohemian Rhapsody". Tetapi sebenarnya ia bukanlah sekadar itu. Banyak lagi lagu-lagu yang bagus di dalamnya. Queen di tahun 70an memang tidak mengecewakan. Memang terbaik.

Dengan angka terkini sebanyak 12 juta unit terjual diseluruh dunia, maka sudah semestinya ini bukannya calang-calang album. Ramai yang mengangap ini album terbaik mereka. Saya tidak menyangkal walaupun album sebelum ini, Sheer Heart Attack (1974) pun sedap juga.



Muzik mereka agak complicated sebenarnya. Tetapi yang jadi mudah hadam adalah kerana melodinya yang sangat sangat catchy. Mungkin kalau nak cerita bagaimana bentuk muziknya, pada saya A Night at the Opera adalah "multi-layered overdubbed" heavy metal guitar works yang diadun dengan "complex vocal parts" dan dimainkan secara opera dengan pengaruh progressif rock n roll 70an. Amacam...boleh faham tak?..hahaha...

Tetapi yang pentingnya, ia bukanlah sekadar album yang mengandungi lagu epik "Bohemian Rhapsody". Tetapi lagu-lagu lain sama bagus. Dari yang bersound metal macam "Death on Two Legs" ke pop macam "You're My Best Friend", yang syahdu macam "Love of My Life". Semua pun best. "Lazing on a Sunday Afternoon"..." I'm in Love with my Car"...ahh semua best la...





Friday, December 18, 2015

Innocence Is No Excuse

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada bulan Jun yang lalu....


Saxon - Innocence Is No Excuse (1985)

Album ini saya suka kerana 2 sebab. Satu kerana gambar covernya. Dua kerana 2 lagu dari abum ini adalah lagu yang paling awal saya pernah dengar dari Saxon.

Seperti entri Dr Bentara >klik<, saya juga tertarik dengan muka innocent si gadis sunti yang menjadi penghias cover. Tak pasti pula siapa dia tetapi yang pastinya lagu-lagunya didalamnya memang sesedap rasa mendengarnya sama seperti sesedap rasa menatap wajahnya.


Lebih meninggalkan nostalgia buat saya adalah kerana lagu "Rockin' Again" dan "Broken Heroes". Kedua-dua lagu ini saya dengar melalui kaset kompilasi cap apache kalau tak silap dalam sekitar tahun 1986 atau 1987. Mendengarnya hampir setiap hari sehinggakan 2 lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran saya pada ketika itu.

Innocence Is No Excuse pada saya adalah percubaan secara rasmi Saxon untuk menembusi pasaran Amerika. Di bawal label baru yang lebih besar (EMI), Tiada lagi NWOBHM. Mereka kini lebih komersial. Walaupun album sebelum ini, Crusader (1984) telah nampak ke arah itu. Tetapi kali ini sememangnya mereka seratus peratus berubah menjadi pop metal.


Sound gitarnya lebih ringan. Tetapi lagu-lagunya memang sedap. Melodic. Sayangnya nasib mereka tidak secerah Iron Maiden ataupun Def Leppard. Mereka tidak pernah berjaya sepenuhnya menembusi pasaran Amerika.  Bak Biff Byford dalam bukunya "Never Surrender (or Nearly Good Looking)", mungkin mereka tak cukup hensem untuk jadi popular.

Sesuai jika anda sukakan pop metal!