Monday, February 29, 2016

The Time of the Oath

Yang dah 20 tahun pada hari ini...tambah istimewanya bukan selalu boleh jumpa tarikh 29hb Feb...


Helloween - The Time of the Oath (1996)

Sejujurnya hanya lagu "Forever and One (Neverland)" yang saya betul-betul dengar dari album ini. Lagu perlahan yang melodinya cukup indah ini berulang-ulang kali saya dengar. Maklumlah, 1996 adalah tahun saya mabuk kepayang. Zaman indah bercinta. Makanya paham-paham sahajalah lagu bagaimana yang mudah melekat di dalam hati.

Lagu lainnya mungkin lagu yang bertajuk "Power". Itupun kerana lagu ini kedudukannya adalah sebelum lagu "Forever and One (Neverland)". Maka setiap kali rewind (zaman ni masih menggunakan kaset) mesti terlajak hingga ke lagu "Power". Selalu dengar lama-lama suka. Lagunya memang sedap pun. Lagu lain tak berapa nak dengar sangat.


Beberapa tahun lalu, bila dapat membeli cdnya. Barulah mendengarnya semula. Kali ini lebih menyeluruh. Tenyata hasil kerja ke2 dari line-up Andi Deris / Michael Weikath / Roland Grapow / Markus Grosskopf / Uli Kusch ini boleh tahan sedapnya. Rugi juga dulunya terlampau fanatik terhadap Kai Hansen/Michael Kiske.

The Time of the Oath lebih aggresive, berat dan raw jika hendak dibandingkan dengan Master of the Rings. walaupun dengan anggota baru, Mereka masih mengekalkan tradisi Helloween. Mungkin ianya bukan lagi seperti Keepers tetapi tidak juga terlampau pop seperi Pink Bubbles Go Ape atau Chameleon.


Andi Deris / Roland Grapow memang tidak mengecewakan. Banyak lagu sedap. Dari "Before the war" dan "Steel Tormentor" yang melodic, power ballad, "If I knew", mid tempo rockers, "A million to one" hinggalah yang epic seperti "The time of the Oath" dan "Mission Motherland". Semua best.

Tetapi memang tak boleh nak lawan la metal anthem, "Power" dan lagu balada tersangat sedap "Forever and One (Neverland)"..




Friday, February 26, 2016

Dystopia




Megadeth - Dystopia (2016)

Album baru. Harapan baru. Setiap kali itu juga Dave Mustaine menjanjikan yang ianya sehebat zaman lampau mereka. Tetapi secara jujurnya pada saya semenjak tiadanya Marty Friedman dan Nick Menza, Megadeth bagaikan hilang magik.

Album-album selepas mereka walaupun ada lagu yang bagus tetapi kurang  mencapai tahap piawaian yang saya harapkan. Mungkin ianya hanya saya. Maklumlah, selera muzik saya masih terperangkap didalam era 80an.


Dystopia sedikit mengujakan. Kemasukan Kiko Loureiro seperti satu pengharapan baru. Hasil kerja beliau ketika bersama Angra memang menarik. Tidak menafikan kehebatan Chris Broderick tetapi pada saya Kiko mampu menghasilkan solo-solo yang lebih berjiwa, mudah hadam dan senang diingati.

Selepas mendengar keseluruhan album ini, saya terbayangkan Megadeth di era So Far, So Good... So What!, Rust in Peace dan Countdown to Extinction. Kali ini Dave Mustaine benar-benar mengotakan janjinya. Riff-riff thrash sekolah lama kembali lagi. Memang best!

Abang Mus dan Kiko
Track pembukaan,“The Threat is Real” membuatkan saya tersenyum. Ianya seperti Megadeth yang saya kenal dulu. Laju, melodic dengan kerja gitar Dave vs Kiko yang sangat menarik. Ianya mengingatkan saya kepada track pembukaan album Rust in Peace , “Holy Wars…the Punishment Due.”

Mendengar track ke 2, "Dystopia" lagi lebar senyuman saya. Tak kisahlah jika ianya ada pengaruh "Hangar 18". Riff dan melodinya terus melekat kat kepala. Sedap giler. Mungkin ini lagu yang paling saya suka. Kenapalah Abang Mus membiarkan saya menunggu lama untuk lagu sebagus ini? kenapa???...

Track ke 3, "Fatal Illusion" pun bagus. Seperti di era So Far, So Good... So What! tetapi dengan sound yang lebih moden. Ianya agak merisaukan saya. Takut lagu-lagu yang berikutnya tidak setanding dengan 3 track pembukaan. Tetapi ternyata saya tersilap. Lagu-lagu berikutnya pun bagus. “Death From Within" pula seperti lagu dari era Countdown to Extinction. Cuma "Bullet to the Brain" yang saya rasakan sedikit kurang menyengat. Sukar juga untuk menjaga momentum bila beberapa lagu awalnya sedap-sedap belaka.

 Junior dan Chris Adler (LOG)
2 track berikutnya, "Post American World" dan "Poisonous Shadows" agak sedikit berlainan. Maklumlah ini lagu yang Kiko terlibat sama. Pengaruh power metal Angra sedikit terasa terutamanya pada lagu "Poisonous Shadows". Ada sedikit bunyian Timur Tengah dan orkestra. Tetapi secara keseluruhannya ianya tetap Megadeth. Sedap!

Berikutnya, instrumental “Conquer or Die”. ni tempat Kiko tunjuk skill. 2 lagu penutup yang aggresif dan rocking, “Lying in State” dan “The Emperor” melengkapkan Dystopia sebagai antara album thrash terbaik untuk dekad ini. Manakala bonus track “Foreign Policy”, lagu cover dari band hardcore punk Fear sangat kena liriknya dengan keseluruhan tema album.

Sebagai peminat besar Megadeth saya sangat berpuashati. Album ini juga berjaya menduduki tangga ke 3 dalam carta Billboard 200. Satu pencapaian besar untuk thrash metal pada abad ini. Terimakasih Dave Mustaine kerana memahami kehendak peminat seperti saya.

Walaupun baru nak masuk March, pada saya ini adalah album terbaik untuk 2016. Sebagai penyokong Dave Mustaine dalam perbalahan Metallica Vs Megadeth...saya rasakan James Hetfield and Co's mempunyai tugas berat untuk mengatasi album ini.

Terbaik!




Wednesday, February 24, 2016

Vagrant


Lagi perihal album keluaran semula...


Vagrant - Vagrant (1990) - keluaran semula 2016

Sebuah lagi album terjah. Tak pernah dengar dan tak ambil tahu pun suatu masa dulu. Tengok tajuk lagu pertama ("Percikan Cinta Di Dataran Merdeka") dah mengeluh dah. Adakah ini suatu lagi album leweh meleweh....

Tetapi sebaik sahaja menekan butang 'play' terus rasa teruja. Mula-mula dah dengar gitar solo yang bergulung. Menarik! Ianya tidak seperti yang saya jangkakam. Boleh tahan sedap lagunya. Kerja gitar dan solo yang bagus. Entah mengapa ianya mengingatkan saya kepada kumpulan Belantara. Lagu kedua pula ("Kerana Takdir") walaupun jenis perlahan ternyata sekali lagi mempunyai kerja gitar yang bagus. Rasanya inilah satu-satunya lagu mereka yang saya pernah dengar di radio.

Secara keseluruhannya sangat menarik. Tetapi yang paling buat saya teruja adalah kerja gitar gitarisnya yang bernama Kiya. Jujurnya saya tidak pernah tahu pasalnya. Sangat underated. Beliau adalah seorang shredder yang sangat bagus. Solo solonya memang dasyat. Tambah hormatnya, beliau mencipta 8 lagu dan bertindak sebagai penolong penerbit selain bertanggungjawap dalam susunan muzik. Memang berbakat. Tabik!


Muzik mereka tidaklah terlalu berat kecuali lagu bertajuk 'Vagrant' yang agak heavy. Sedap lagu ni. Bahagian akhirnya yang ada bunyian tradisional Sarawak tu memang menarik. Kreatif!. Instrumental "Nurani" pula menyerlahkan lagi kehebatan gitarisnya. Malah boleh dikatakan kesemua solo solonya memang hebat. Lagu meleweh mereka seperti "Kau Dan Aku" juga jadi sedap kerana kerja gitar beliau. Tambahan pula suara vokalisnya, Baha pun memang power.

Selain Sandiwara - Cinema, inilah cd terjah keluaran semula yang saya rasa berbaloi dan rugi tidak mendengarnya lebih awal. Seperti Cinema, Vagrant juga senasib. Sayang band yang berbakat seperti mereka tidak mendapat pengiktirafan yang selayaknya.




Monday, February 22, 2016

The Ultimate Sin

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ni, 22hb Februari....


Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin (1986)

1986 adalah tahun hebat untuk heavy metal. Tahun yang saya mula benar-benar terjebak. The Ultimate Sin adalah salah satu darinya.

Tidak seperti album-album Ozzy yang sebelumnya. Album ini saya dengar pada tahun ianya diterbitkan. Maka ianya lebih bernostalgia berbanding album-album sebelumnya. Memang tak boleh lupa kenangan ber"air guitar" menggunakan raket badminton ketika lagu "Shot in the Dark" dimainkan, Biasalah zaman masa budak-budak baru nak "up".

Album ini mengenalkan saya kepada Jake E. Lee. Mungkin agak sukar untuk beliau mengantikan tempat Randy Rhoads. Harapan yang terlampau tinggi. Tetapi saya bukannya pendengar Ozzy dari zaman Randy, makanya itu bukan satu masalah untuk saya. Cara beliau memang tidak sama dengan Randy. Beliau dengan cara beliau sendiri. Saya tidak mengikuti sangat muzik Ozzy selepas beliau di pecat. Mungkin ianya tanda protes dari saya terhadap Ozzy. Heh!..


The Ultimate Sin muziknya agak komersial. Banyak bunyian keyboards. Tetapi tiada siapa yang boleh menafikan kerja gitar Jake E. Lee. Solo-solonya memang hebat. Pada saya itulah tarikan utama album ini selain melodi lagu-lagunya yang sedap-sedap. Lagu kegemaran saya sudah semestinya "Killer of Giants". Selepas 30 tahun pun masih tak jemu-jemu untuk didengar.

Album ini juga mengingatkan saya kepada zaman tape video VHS "The Ultimate Ozzy". Syiok tengok Jake E. Lee punya gelek. Tu yang terus ber"air guitar" depan cermin tu. Hahaha....

Best!



Friday, February 19, 2016

Pelangi

Lagi album keluaran semula...



The Unwanted – Pelangi (1982) – keluaran semula 2016

30++ tahun tak dengar. Ianya mengembalikan nostagia zaman kanak-kanak saya ketika darjah 5 atau 6. Mendengarnya semula satu-satu kenangan di zaman tersebut terbayang di depan mata. Berkubang mandi paya dan bermain bersama rakan-rakan. Selagi tak Maghrib dan tak kena jerit suruh balik memang tak balik.

Dari segi muziknya pula ketika itu adalah zaman rock dan blues. Remaja pada ketika itu (kampung saya dan sekitar JB) termasuklah abang saya (sebelum beliau terjebak dengan Duran Duran dan muzik new wave setahun selepas itu) terpengaruh dengan Deep Purple, Scorpions, Rainbow dan UFO. Kalau yang melayunya selain Sweet Charity dan Blues Gang, The Unwanted adalah apa yang mereka dengar, beli dan jamming lagu-lagunya di tembok di simpang jalan.


Walaupun seingat saya tidak pernah mempunyai kasetnya, tetapi bila cd ini diputarkan, satu-satu lagunya kembali dalam ingatan. Tak ingat bagaimana tetapi mungkin curi-curi dengar ketika abang tiada di rumah. (Kalau dia ada jangan haraplah dapat sentuh radio kaset tu..hahaha). Lagu ala-ala Deep Purple “Sampai Bila” adalah antara yang paling saya ingat. Rasa heavy sangat dah lagu ni zaman tu. Antara lagu yang saya dan rakan-rakan sekelas suka nyanyi sama-sama bila berangan nak jadi rock.

Tapi yang paling popular dan tentu-tentulah lagu “Penyesalan”. Selalu dengar kat radio dan masuk carta LPMI Radio Singapura. Selain itu lagu rock dangdut “Kebahagian” pun selalu main kat radio. Tak silap saya memang banyak lagu-lagunya sering diputarkan di radio. (Orang-orang Johor zaman tu memang majoritinya dengar radio Singapura). “Pelangi”, “Nasi Lemak Kopi susu” dan lagu balada sedap giler yang hampir-hampir saya terlupa “Mawar Idaman”. Dengar cd ni baru teringat balik lagu ni. Memang sedap.

Apa yang menariknya tentang The Unwanted ni pada saya berbanding band yang  sama asal negaranya dengan mereka, Sweet Charity adalah mereka tiada lagu saduran/cover. Majoriti lagu dan lirik adalah ciptaan mereka sendiri. Tiada yang  ciplak yang sebijik-sebijik (maklumkan saya kalau ada). Permainan muziknya bagus. Gitarisnya Ismail Sukar sangat underated kalau nak dibandingkan dengan Rosli Mohalim. Padahal dia pun bagus. Solo pun dasyat. Hanafie Waren tak payah cakaplah. Vokal memang power!

Satu yang tak boleh nak lari pada band-band rock zaman tu adalah pengaruh lagu-lagu dangdut. Mereka juga ada (Kebahagian). Malah yang berentak joget pun ada (Seimbas Pandang). Tetapi yang bestnya walaupun dangdut rock, elemen progessif rock jelas kendengaran. Dengarkan intro “Kebahagian”. Memang best.


Satu yang baru saya perasan bila mendengarnya sekarang. Majoriti lagu mereka ada unsur-unsur progressif rock 70an. Ada tempo yang berubah-berubah (Contoh lagu Pelangi). Dulu budak-budak manalah tahu. Pengunaan solo keyboard ala-ala Deep Purple/ Uriah Heep oleh pemain keyboard, Said M Amin pula menambahkan lagi elemen progressif lagu mereka. Sangat menarik. Sesuatu yang berbeza dengan band-band rock melayu sezaman dengannya.

Memang terbaik album ni. Harapnya akan menyusul pula album ke2 mereka yang ada lagu "Masih Ada Rindu" dalam bentuk cd. Sayang kalau album sebagus ini tidak sampai ke generasi mendatang.

Sangat Best jika anda sukakan rock 70an..

(ada siapa-siapa dah dengar lagu terbaru dari Hanafie Waren, giler metal lagu dia. Kalau terjumpa cdnya konpem akan dibeli)




Thursday, February 18, 2016

Sudah Sampai Sini @ Bukit Tinggi


@ Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

layang gambar la sambil semabang-sembang....


Kalau nak pergi tempat sejuk...tanah tinggi...feeling feeling kat oversea...inilah salah satu tempat yang patut anda kunjungi. Terletak tidak jauh dari Genting Highland. Kalau dari KL masuk Lebuhraya Karak, selepas kawasan rehat Genting Sempah akan nampak simpang ke Bukit Tinggi.


Ini adalah percubaan kedua kesini selepas tidak berjaya pada November lalu kerana kes tanah runtuh. Biasalah kawasan tanah tinggi, kalau muzim hujan memang kena berhati-hati. Sama kes macam kalau mendaki Cameron Highland.


Masuk kena bayar. RM13 dewasa dan RM8 kanak-kanak. Mahal. Tapi kalau menginap kat resort atas tu boleh minta waive. Sebenarnya bukan entrance fees sahaja yang mahal. Semua benda pun mahal  kat atas tu. Kadang-kadang rasa tak berbaloi dengan apa yang ada.


Kami menginap semalam kat atas tu. Bilik hotelnya ok tapi harganya paham-paham sahajalah. Paling tak tahan bila nak makan. Semua pun mahal giler. Buffet dia memang tak berani nak tengok la...hahaha...Tak banyak pilihan pulak tu. Kebanyakannya memang makanan orang putih. Maklumlah sini konsepnya adalah bandar Perancis. Makan pizza pun kalau jenis yang macam kami ada 3 orang anak yang kuat makan....memang parah kocek la....haha...


Kawasan tersebut memang tak jumpa la warung tepi jalan. Atas nasihat budak hotel, kitorang malam-malam turun bawah balik masuk lebuhraya karak makan kat Kg Bukit Tinggi. Kat kawasan rumah kedai situ ada satu restoran makanan melayu dan satu restoran mamak. Barulah boleh makan kenyang tanpa kepala pikir berapa keping lagi duit yang tinggal kat dalam dompet...hahaha...


Sebenarnya tak ada apa sangat pun kat atas bukit ni. Selain dereten kedai dan bangungan ala-ala Perancis (tak luas mana pun kawasannya) tiada apa pun lain yang menarik. Kalau belah siang boleh juga ke perkampungan Jepun. Kalau belah malam memang lepak-lepak makan ajer la. Ada la show ala-ala circus dari Negara China.


Gambar-gambar ni majoritinya di ambil selepas subuh (dalam lebih kurang 7 am gitu). Orang lain tengah membuta. Tu pasal lengang giler. Satu town kita punya. Menjelang pukul 10 (kena pula hari ahad time cuti sekolah) memang sesak la. Nak parking kereta pun payah.


Sebenarnya tempat ni yang bestnya hanya untuk bergambar. Feeling sejuk macam kat Perancis. Senibina kat sini sememangnya berdasarkan daerah Alsace di Perancis.

 Kalau duit tak berapa nak ada, datang balik hari ajer la. Ambik gambar. Pose sana sini. Selfie dua tiga keping lepas tu balik. Yang penting janji dah sampai. Ye tak?

Colmar Tropicale @ Bukit Tinggi kita yang punya!!!....

Semoga berjumpa lagi di edisi Sudah Sampai Sini yang lainnya. K Bai.



Monday, February 15, 2016

Erosi

Lagi album keluaran semula...


Crossfire – Erosi (1990) keluaran semula 2015

Hanya 2 album mereka yang saya tahu. Fatamorgana dan Erosi. Selepasnya memang tidak ambil tahu. Jika dibandingkan antara keduanya, saya memilih Erosi sebagai album kegemaran. Walaupun Fatamorgana mempunyai “Realiti dan Fantasi” (antara lagu slow rock melayu kegemaran) tetapi saya memilih Erosi atas 2 sebab.

Pertamanya atas nilai nostalgia kerana saya ada membeli kasetnya ketika ianya pertama kali diedarkan pada tahun 1990. Keduanya kerana saya rasakan album ini lebih berat dan metal. Mungkin juga pengaruh Khalid Mobin (Rusty Blade) sebagai penerbit. Malah saya rasakan muzik mereka memang ada iras-iras Rusty Blade pada sestengah lagunya. Sebagai contoh cuba dengarkan lagu “Lagenda Gunung Ledang”.

versi kaset 1990

Pada saya mereka adalah antara pejuang muzik heavy metal melayu yang sebenar.  Tak banyak band yang berani meletakkan hanya 3 lagu slow dalam satu album. Malah 2 lagu pembukaan adalah lagu yang heavy. Barulah naik semangat. Lagu-lagu perlahan mereka pun jenis guitar oriented. Pluckin guitar bukannya jenis guna keyboard yang mendayu. Lebih menariknya kali ini majoriti lagu-lagunya adalah ciptaan mereka sendiri. Banyak lagu menarik tetapi "Erosi", "Lagenda Gunung Ledang" dan "Kuasa Mistik" menjadi pilihan.


Sedikit tentang produksi cd terbitan semula ini. Gambar covernya sedikit berbeza dengan gambar kaset. Khabarnya diambil dari cover piring hitam. Tapi pada saya kalau nak ikut nostalgianya patut dikekalkan seperti gambar di kaset. Tentang kualiti sound pula. Biasalah diambil dari piring hitam. Cumanya kalau boleh penerbit lebih berhati-hati dengan track-track terakhir kerana biasanya sound dari piring hitam akan menjadi kering dan nyaring pada track-track terakhir. Lain-lain memang tiada nak komplen.

Untuk entri lama saya berkenaan album ini sila klik >SINI<