Yang dah tahun 20 tahun pada 20hb Februari yang lalu...
In Flames - The Jester Race (1996)
Saya selalu kata pertengahan 90an adalah tahun yang kurang menarik bagi muzik metal. Mungkin saya tak betul-betul mencari atau mungkin sahaja pada ketika saya memang dah tepu dengan metal. Rasanya kalau saya tahu lebih awal yang pada ketika di Gothenberg, Sweden adanya “Slaughter of the Soul” dari At The Gates, “The Gallery”dari Dark Tranquillity dan "The Jester Race" dari In Flames mungkin ianya akan berbeza. Mendengar mereka ianya mengingatkan saya kepada salah satu album kegemaran saya, "Heartwork" dari Carcass.
Tetapi dari ketiga-tiga itu saya lebih menyukai In Flames. Mendengar The Jester Race membuatkan saya terpikir mungkin beginilah bunyinya jika Steve Harris berhasrat membuat album death metal. Harmonic gitar solo nya memang mengingatkan saya kepada Iron Maiden. Solo solo gitarnya memang sedap. Memang melodic. Salah sebuah album melodic death metal yang terbaik pernah dihasilkan.
Cd ini sebenarnya baru saya beli. Nampaknya syarikat NSR bukan sahaja menerbitkan semula album-album rock melayu lama dalam bentuk cd. Tetapi juga album-album antarabangsa yang pernah di'under licensed'kan kepada VSP. Bagus juga. Dengan harganya yang mampu milik harapnya banyak lagi album-album terbitan VSP akan dikeluarkan oleh NSR.
Sunday, October 30, 2016
Thursday, October 27, 2016
Inside The Electric Circus
Sebuah lagi album yang menyambut ulangtahun yang ke 30 pada bulan Oktober ini
W.A.S.P - Inside The Electric Circus (1986)
Lagi album yang mengamit kenangan zaman remaja. Penghujung 1986 adalah tahun yang saya betul betul terjebak dengan muzik rock dan heavy metal. Inside The Electric Circus adalah salah satu darinya.
Pada saya Inside The Electric Circus adalah penamat era sound raw metal 80an mereka. Bermula dari album yang berikutnya The Headless Children, mereka telah sedikit berubah.
Bolehlah dikatakan ini adalah album mereka yang paling "pop" dan catchy. Maka tak hairanlah jika ianya adalah album mereka yang paling laris jualannya sehingga kini.
Banyak sangat lagu sedap dan banyak sangat memori tentangnya. I Dont Need No Doctor dan Sweet Cheetah adalah antara yang wajib bagi saya. Untuk baca kenangan lama saya tentangnya, sila klik >SINI<.

Labels:
1986,
cd,
rock omputeh,
WASP,
Youth Gone Wild 80's
Tuesday, October 25, 2016
Sweet Charity Boxset
Semalam Rafi Xyrus Zone dah tunjuk dia punya boxset...hari ni blog ni pulak...
Saja nak bakar line pada siapa-siapa yang belum ada...haha..
Lengkap semua album ada termasuklah yang koleksi..koleksi tu penting pasal ada lagu dalamnya yang tiada dalam album yang lain.
Sebenarnya taklah boxset sangat pun. Sekadar kertas lipat yang dimasukkan cd didalamnya. Tetapi bila dah susun semua cd didalamnya...hasilnya jadi cantik la juga...Terbaik!
Bagi sesiapa yang belum ada tu inilah peluangnya. Beli satu-satu pun boleh. Taklah rasa berat sangat banding nak beli sekaligus. Tapi yang pentingnya beli cd "Berita Gempa" dulu untuk dapatkan kotak.
Untuk saya dah cukuplah kot. Dua versi cd dah ada. Lepas ni kalau ada lagi cd reissue Sweet Charity memang tak beli dah...lainlah kalau dalam bentuk piring hitam...tergoda jugak tu...heheh..
Dengan ini kira lengkap dah semua lagu dah ada kecuali "Seri Hari Raya". Harapnya lepas ni ada la pula reissue cd hari raya yang ada lagu tu.
Sweet Charity ni sejarah rock melayu. Sesiapa yang sebaya saya pasti terkesan. Dengan keluarnya cd-cd reissue macam ni sekurang-kurangnya muzik mereka akan terus hidup untuk generasi yang seterusnya.
Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berusaha menjayakannya. Tabik!

2016,
cd,
rekomended,
rock melayu,
Sweet Charity
Monday, October 24, 2016
To Hell With The Devil
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 24hb Oktober...
Stryper - To Hell With The Devil (1986)
Lagi album kegemaran dari tahun 1986. Seperti yang dikatakan sebelum ini, banyak betul album album rock dan heavy metal yang best di tahun 1986. Sesiapa yang membesar pada masa itu pastinya akan bersetuju. Mungkin itulah zaman kemuncaknya. Terutamanya bagi genre yang dikenali sebagai glam atau hair metal.
Menulis ini sambil menonton video clip "Calling On You". Kali pertama menontonnya di tape video (vhs) "Kerrang! Video Kompilation 2" kira-kira 29 tahun yang lalu. Video yang mengenalkan saya kepada Stryper. Sejak itu terus menjadi peminat mereka.
Mungkin ada yang was -was dengan lirik mereka. Tetapi muzik mereka bagus. Harmonic vokal dan rif gitar yang sangat catchy. Twin guitar solo antara Ozz Fox dan Michael Sweet yang dasyat. Semua lagu sedap. 30 tahun dengar pun masih rasa sedap. Tak ada satu lagu pun yang tak sedap.
Salah satu album kegemaran saya untuk genre yang sebegini. Album terbaik yang dari mereka. Sangat rekomended bagi yang minat genre heavy/glam/hair metal 80an atau kat Malaysia ni orang panggil Rock Kapak. Terbaik!
*** bandingkan permulaan Dari Kacamata - MAY dan To Hell With The Devil...dapat cam persamaan dia?...

Stryper,
Youth Gone Wild 80's
Saturday, October 22, 2016
Motel California
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 22hb Oktober...
Ugly Kid Joe - Motel California (1996)
Ini adalah contoh sebuah band yang cuba berevolusi setelah genre muzik yang membuatkan mereka dikenali tidak lagi menjadi popular. Album sebelumnya, Menace To Sobriety (1995) adalah sebuah album pop metal yang bagus. Sayangnya pertengahan 90an bukan lagi trend muzik yang sebegitu. Album tersebut gagal di pasaran dan mereka digugurkan oleh syarikat rakaman.
Mereka tidak menunggu lama. Setahun selepas itu Motel California diterbitkan oleh label mereka sendiri. Muziknya jauh berubah. Mungkin untuk terus kekal relevan, elemen rap rock ala Rage Against The Machine mejadi pilihan. Ikut telinga saya ada juga pengaruh kuat Faith No More dalam lagu-lagu mereka contohnya "It's A Lie" dan "Bicycle Wheels".
Satu satunya lagu yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu lama mereka adalah "Would You Like To Be There". Sejujurnya saya tidak menyukai Ugly Kid Joe yang baru. Tiada lagi rif rif dan solo solo menarik. Malah hampir tiada solo. Mungkin kecintaan saya kepada era pop metal mereka sangat kuat sehinggakan saya kurang berminat dengan album ini Namun begitu tetap juga kasetnya di upgrade menjadi cd. Begitulah bahananya kehidupan seorang cdholic...haha..
Mereka berpecah selepas dari album ini tetapi membuat comeback dengan EP Stairway to Hell (2012) dan album terkini Uglier Than They Used ta Be (2015) dengan kembali kepada muzik mereka yang asal.

1996,
cd,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's,
Ugly Kid Joe
Thursday, October 20, 2016
Scoundrel Days
Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 6hb Oktober yang lalu
A-Ha - Scoundrel Days (1986)
Sebelum keujudan Mayhem. Burzum, Darkthrone, Emperor, Enslaved dan lain-lain yang seangkatan dengannya, inilah black metal Norway yang sebenar...hahaha...
Saya telah mula meninggalkan sedikit demi sedikit muzik pop dan new wave bermula dari tahun 1986. Ini adalah album pop 80an terakhir yang benar-benar saya ikuti. Menjelang tahun 1987, saya telah mula menjadi mat rock sepenuhnya.
Mungkin kerana itu album ini agak kurang kesannya kepada saya berbanding album pertama mereka, Hunting High and Low (1985). Bukan lagunya tak bagus tetapi ianya lebih kepada saya yang sudah berubah hati. Namun begitu ada 3 lagu yang cukup berkenan, "I've Been Losing You", "Manhattan Skyline" dan "Cry Wolf".
Saya tidak mengambil tahu perihal mereka selepas dari album ini, tetapi tidak dinafikan sekali sekala saya tetap mencari lagu-lagu mereka kerena mereka adalah sebahagian dari soundtrack perjalanan hidup ketika awal remaja.
Selepas Duran Duran, mereka lah hero saya...sehinggalah terpengaruh dengan muzik untuk hantu berubat*...
*panggilan orang tua saya untuk muzik rock hantu takder masa depan...hahaha..

Wednesday, October 19, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)