Tuesday, January 31, 2017

Satu Malaya Dah Tahu

Lagi dari draf tahun lepas....Yang dah 20 21 tahun...


Hattan - Satu Malaya Dah Tahu (1996)

Ada satu ketika dulu saya cuba kembali untuk mendengar lagu lagu rock melayu selepas meninggalkannya pada awal tahun 90an. Satu Malaya Dah Tahu adalah salah satu dari percubaan tersebut.

Tambah menarik bila dapat tahu yang lagu "Dia" dari album Wings & Superfriends ada di dalam album ini. Sedap lagu ni. Sayangnya versi yang dimuatkan di dalam album ini tidak sama dengan versi Wings & Superfriends. Ianya versi Hattan dengan pemuziknya sendiri. Saya tidak pasti siapa. Tetapi disebabkan dah terbiasa dengan versi Joe, maka yang ini agak kurang bagi saya.


Yang popular dari album ini rasanya lagu "Rendang Tak Berbuah". Tetapi saya agak kurang berminat.  Sejujurnya album ini kurang menepati citarasa saya. Hattan semakin menjadi lebih blues berbanding rock n roll.

Kalau cerita pasal Hattan. bagi saya album Antem adalah yang terbaik dan kena dengan citarasa saya,



Friday, January 27, 2017

Ebay

Sedikit nak cerita pasal ebay. Pasal ada juga yang tanya.


Ini pengalaman saya yang menggunakan perkhidmatan ebay sejak dari tahun 2009 dengan jumlah pembelian setakat entri ini ditulis adalah sebanyak hampir 400 kali.

Antara barangan yang pernah dibeli termasuklah cd, lp, buku, basikal dan aksesorinya (kawan kirim) dan juga alatan memancing (ini pun kawan kirim)

Nak kata selamat sememangnya selamat. Kalau barang tak sampai memang tiada masalah untuk minta refund dari penjual. (tetapi mesti buat report dalam tempoh masa yang disediakan dan ianya boleh juga direct deal secara budi bicara dengan penjual. Penjual yang rating tinggi sememangnya tak akan menipu)

Sepanjang pengalaman saya cuma ada 2 kali barang tak sampai. Yang satu tu dipulangkan semula jumlah wang manakala yang satu lagi pula, penjual menggantikannya dengan cd yang baru.

Tapi nak jadi cerita, yang ganti cd tu sebulan selepas tu dua-dua cd pun sampai. Rupanya cd yang pertama tu tersesat ke negara lain. Padanlah lambat sampai. Tak tau lah nak rasa untung atau bersalah...haha...


Ini contoh tersesat ke negara lain. Ada beberapa kali juga berlaku. Entah kenapa pos ke Malaysia dah beberapa kali tersesat ke India dan Sri Lanka. Mungkin dorang ingat Malaysia ni adalah sebuah negara kat kawasan belah sana kot...

Ada juga kes beli cd lain sampainya pula cd yang lain. Tapi penjual mengantikannya dengan tanpa banyak soal. Tapi yang paling saspen terbeli cd dari Israel. 3 keping pulak tu. Tak perasan seller dari mana. Sibuk check harga dan postage murah, sampai tak perasan pula seller dari negara mana. Tawakal sahajalah ingatkan dah kira "burn" dah. Tapi tak sangka pula 3 bulan lebih selepas tu barang sampai dengan selamat. Tak kena tahan pulak dengan kastam.

Bab kastam pula, saya agak bernasib baik. Banyak juga yang dibuka dan diperiksa oleh mereka. Tetapi setakat ini memang tak pernah pula kena tahan. Mungkin cd-cd yang saya beli tak lah seganas dan sesetan mana.

Cara pembayaran pula paling mudah dan selamat  adalah menggunakan pay pal. Ada masalah memang senang dapat refund. Tapi kalau nafsu tu susah nak kawal (macam saya), baiklah pay pal tu disambungkan ke debit kad. Cuma guna duit apa yang kita ada. Kalau pakai kredit kad memang sedap waktu beli...bila sampai statement baru rasa nak menangis...hahaha...


Sekarang ni agak "slow down" dalam e-bay. Matawang kita pun teruk dah. Tak larat tengok. Dulu ada seller (e-stock dari UK) yang bagi free postage. Bayangkanlah convert ke RM pun baru dalam belas-belas ringgit ajer sekeping cd. Bawah RM10 pun ada. Mana tak kemaruk tiap-tiap minggu beli. Borong habis. Mungkin selepas tu baru dorang perasan kot, harga postage lebih mahal dari harga cd yang dia jual. Lepas tu terus stop. Tukar nama company baru tapi dah tiada lagi pos percuma. Tapi masih murah lah dia charge GBP1.50 untuk pos.

Tetapi antara pengalaman yang menarik masa kemaruk mengebay adalah kunci jam pukul 2,3 pagi semata-mata tak nak kalah bid. Dia biasa time last minute tu lah yang gila gila punya bid. Paling saspen bila 10 saat terakhir, line internet pulak buat hal dan kita kalah bid hanya 20 sen. Memang tension betul...hahaha...

Tapi sekarang jarang dah "bid". Lebih suka beli yang "Buy it now". Lebih mudah.

Ok...itulah serba sedikit pengalaman 8 tahun mengebay...terimakasih.





Wednesday, January 25, 2017

Gila Format - Reckless

Sempena konsert beliau di Stadium Malawati pada 21hb Januari yang lalu...


Bryan Adams - Reckless (1984)

Tak pergi pun. Setakat layan kat youtube. Meriah betul tengok crowds sing-along sama-sama. Vokal beliau pun masih power. Kalau lah dapat join sama...

Apa-apa pun Reckless adalah antara album kegemaran sepanjang zaman...tak jemu-jemu dengar walaupun dah 33 tahun...memang layak untuk di"gila format"kan.

Terbaik!!

Entri lama  >2009<  dan >2014<




Monday, January 23, 2017

Seleksi Head Bang

Sementara menunggu keluarnya piring hitam Darjah Satu. (khabarnya lepas raya cina) Layan dulu kompilasi ini. Ini satu lagi yang tersangkut dalam draf dari tahun lepas...


XPDC - Seleksi Head Bang (1996)

Kena dengan tajuknya. Semua lagunya adalah lagu-lagu berat dari 3 album pertama XPDC. Boleh feeling-feeling Metallica...hahaha...

Ketika cd ini diterbitkan, demam XPDC memang sedang memuncak. Saya sendiri yang sebelum itu tidak mengambil tahu perihal mereka (circa awal 90an yang sangat "true") telah mula membeli kaset dan cd mereka. Merekalah penyebab mengapa saya mula kembali mendengar rock melayu di pertengahan tahun 90an.


Sering memutarkannya di dalam kereta sehinggakan isteri saya yang tak minat rock pun menjadi tahu akan lagu-lagu XPDC. Cd ini masih sekali sekala saya putarkan bila rasa teringin nak dengar lagu-lagu heavy mereka.

Best!




Friday, January 20, 2017

Macaroni Cheese Tuna

Hari ni kita jadi blog memasak...haha...

Selera omputih...jom masak Macaroni Cheese Tuna...


Ni idea anak-anak. Nak cuba masak sendiri katanya. Ibunya pun tak dibenarkan masuk dapur.




Ini antara bahan-bahannya...korang google sendiri la...bapaknya pun tak pasti sangat apa bahan-bahan resepinya yang lengkap...huhu...


Proses memasak. Tak dibenarkan masuk dapur...so dapatlah sikit sikit jer gambar...


Masterchef in da house



Tadaaa...hasilnya

Komen juri : Ok la kerana ini kali pertama mereka memasak tanpa bantuan. Kira pass la. Cumanya kalau lebih pedas tentu lebih bagus. Maklumlah cheese ni kalau banyak boleh buat muak. Pedas dapat kurangkan muak. Tapi ini tekak budak...biasa la...tentu tak suka pedas...

Sekian!




Wednesday, January 18, 2017

The Killing Kind

Lagi yang tersangkut dari tahun lepas...Yang dah 20 21 tahun...


Overkill - The Killing Kind (1996)

Ini adalah antara album yang menjadi peneman saya di tahun 1996. Tak kisahlah walaupun mereka juga telah berevolusi seperti kebanyakan band thrash yang lainnya, tetapi saya suka. Mungkin juga kerana pilihan yang agak terhad pada ketika itu, maka kasetnya antara yang selalu saya mainkan sehingga menjadi suka.

Mungkin sebab lainnya ada juga antara lagu-lagunya yang mengembalikan nostalgia saya di zaman The Years Of Decay (1989). Lagu seperti The Mourning After/Private Bleeding adalah salah satu contohnya. "Feel"nya hampir sama.


Yang menariknya walaupun mereka kehilangan 2 gitaris, Rob Cannavino dan Merritt Gant secara serentak. Tetapi sound mereka masih tetap Overkill. Kemasukan gitaris baru, Joe Comeau dan Sebastian Marino seolah-olah tidak terasa. Mungkin kerana tulang belakang Overkill adalah D.D. Verni dan Bobby "Blitz" Ellsworth. Selagi mereka berdua ada, selagi itulah Overkill akan tetap ada. Sememangnya mereka berdualah yang menentukan hala tuju dan penciptaan lagu Overkill.

Secara kesimpulannya, The Killing Kind bukanlah tak bagus tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang istemewa untuk menjadi klasik thrash seperti Horrorscope dan Years Of Decay.




Monday, January 16, 2017

Van Halen - Best Of Volume 1

Lagi entri yang tertinggal dari tahun lepas...(ada lagi sikit ni...)

Dah 20 21 tahun..


Van Halen - Best Of Volume 1 (1996)

Kalau anda baru nak dengar Van Halen tetapi tak pasti nak bermula dari mana, mungkin Best Of Volume 1 adalah antara pilihan yang tepat. Ia mangandungi lagu-lagu hits mereka dari album pertama, Van Halen (1978) hingga ke album 10, Balance (1995).

Namun begitu tidak ada satu lagu pun dari album ke 5, Diver Down (1982) tetapi turut juga memuatkan lagu "Humans Being" dari runut bunyi filem Twister (1996) dan 2 lagu baru re-union mereka bersama David Lee Roth.


Album ini dapat mengambarkan keseluruhan perjalanan karier mereka dari zaman David Lee Roth sehinggalah ke zaman Sammy Hagar. Dari sound rock n roll 70an hingga ke new wave 80an dan modern rock 90an. Tak kisah apa zaman pun tetapi yang paling utama sudah semestinya keistimewan petikan gitar Eddie Van Halen.

Memang Terbaik!